javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Monday, January 29, 2024

Anekdot Jalanan

 Ia adalah sebuah buku karangan ZRA - nama singkatan bagi Zainal Rashid Arshad, orang yang saya kenal dari channel Youtube bertajuk ZRA Strim. 

Channel itu pun saya jumpa ketika hendak mengkaji analytics untuk channel youtube sendiri - dan ditunjukkan bahawa audience untuk channel saya - kebanyakannya juga menonton channel ZRA Strim.

Buku tersebut diterbitkan oleh Tentang Kita Sdn Bhd - Hafizul Faiz, kawan Shazwan.
Membaca prolog karangan Hafizul Faiz sahaja saya kira sudah membangkitkan semangat berkobar-kobar untuk membaca buku ini. Dalam prolog juga Hafizul Faiz menyebut beberapa buku yang saya 'familiar' :
- Ayat-ayat Cinta
- Salju Sakinah
- Tunggu Teduh Dulu

Saya hanya termenung sebentar, dan bertanya, "Dah lama tak membaca buku-buku yang membangkitkan minat terhadap sastera. Seolahnya kita telah kehilangan sebahagian daripada diri kita - kita pada suatu masa dahulu"


Pengalaman

Dia bercerita tentang pengalaman, kisah hidup wartawan, kisah di jalanan. Kisah kehidupan yang dia lalui. 

"Cerita perjalanan hidup terasa panjang walaupun hakikat usia ini pendek sahaja. Tetapi, tidak semua kisah kita penting untuk orang lain. Harus selektif."

"Saya suka kehidupan sukar, soloist dan freedom. Terlalu lama kerja berpasukan ada kalanya menjadikan kita hilang pesona pada kemahiran peribadi.

26 tahun dalam media massa, suku abad hidup bergelumang dengan budaya kerja berpasukan.

Selepas begitu lama dalam kokon - kita mula berfikir, "Kalau mahukan perubahan total berdasarkan perspektif peribadi, soloist jalan terbaik."

Bagus sangatlah tu, kena dengan keadaan saya sekarang ni yang sudah tidak lagi ada syarikat - bungkus akibat salah strategi dan keadaan yang memaksa.



Sesalan

Ada masanya, dia menyampaikan sesalannya.

"Itu detik yang kemudiannya sangat dikesalkan. Saya sepatutnya terus sahaja memberkan wang tanpa perlu membiarkan Ibrahim mencuci kasut.

Membiarkan kanak-kanak yang lapar memangku kaki dan kasut kita di atas ribaan adalah satu perbuatan tidak bertamadun.

Setiap kali mengingatkan kejadian itu - saya rasa sangat bersalah.

Sejak tahun 2012, saya berusaha menghapuskan rasa bersalah yang dibawa pulang dari Kabrebeya.

Tahun ini saya berkesempatan meletakkan lapan kaki kanak-kanak di atas ribaan, sambil mengukur saiz dan mengikat tali kasut mereka."



Penulis Surat Cinta Sewaktu Zaman Persekolahan

"Belanja Makan Upah Tulis Surat Cinta

Saya pernah stream mengenai kisah saya menulis surat cinta pada Wen, Nik dan Art Param. (Tiga kawan baik yang juga sudah kembali ke rahmatullah).

Tahun 1983 dan saya sudah mahir sedikit mengolah bahasa indah kerana ketika Tingkatan Empat - saya belajar aliran Sastera.

Saya sudah membaca novel "Badai Semalam" karya Khatijah Hashim, juga membaca antologi puisi "Lukisan Zaman".

Mahir bahasa menjadikan kerja menulis surat cinta terasa lebih euforia.

Kita berasa sangat puas apabila dapat menyusun kata-kata indah dalam surat cinta, menzahirkan perasaan kawan-kawan.

Walaupun pemilik perasaan itu sendiri sentiasa bercelaru ketika melahirkan isi hatinya.

Selebihnya - upah menulis surat cinta selalunya lengkap, makanan, minuman dan sebatang rokok."



Menjadikan Buku Sebagai Teman

"Pada Mei 1984, apabila terpaksa melarikan diri ke Kuala Lumpur, saya hanya sempat membawa sehelai dua pakaian, selebihnya ialah novel "Bumi Manusia" karya Pramoedya Ananta Toer (Pak Pram).

Saya sumbat semua dalam beg sandang sekolah dan terus naik bas, perjalanan pertama ke Kuala Lumpur.

Novel "Bumi Manusia" pada masa itu diharamkan di Indonesia, saya membelinya di kedai buku tepi tangga Pekan Rabu, Alor Setar.

Saya beli edisi asal Bahasa Indonesia yang diterbitkan Hasta Mitra (1980), sebelum dilarang jualannya oleh rejim Suharto atas tuduhan novel itu mempromosi Sosialis dan Komunisme.

Pada usia 17 tahun, buku itu saya beli hasil gaji sebagai budak penjaja buah di sekitar Pasar Malam seluruh Kedah.

Melalui novel "Bumi Manusia" saya kenal watak Minke dan turut jatuh cinta pada gadis manis, Annelies."



Meminati Karya Azizi

Saya ingat-ingat lupa - rasa pernah membaca salah satu karya yang ada - sebab ada dalam rak buku. Tak pasti emak atau ayah yang membaca buku tersebut.

"Azizi Haji Abdullah (4 April 1942- 21 Ogos 2011)

Biodata dan senarai karya Azizi boleh saja diperoleh sekelip mata dengan merujuk Mr Google. Saya tidak dapat menghabiskan ruang ini untuk menyenaraikan semula copy paste internet.

Azizi dalam kisah ini - dikenang dalam perspektif lain yang lebih humanis. Barangkali juga sebagai lelaki kebapaan yang polos tapi romantis.

Membaca karya-karya Azizi sangat tebal nilai kemanusiaannya. Wacana sosial dan politik saling berinteraksi dalam tebal dan nipis ideologi penulis ini.

Azizi seperti idolanya, Sasterawan Negara Shahnon Ahmad - karya yang sangat berteraskan masyarakat desa. Itu runut sastera mereka.

Selain menulis, seperti Shahnon, Azizi juga pernah menyertai parti siasat dan bertanding pilihanraya. Novel Seorang Tua di Kaki Gunung (1981), Al-Asyraq (1987), Yang Merusuh (1991), Beruk (1991) dan Kawin-kawin (2002) memperlihatkan sikap kesasterawanan Azizi."


Biodata Penulis Di Hujung Buku



Benar, seperti komen di youtube channel ZRA Strim ini - terima kasih saya ucapkan kepada ZRA membangkitkan semula semangat kepada saya untuk menulis semula.





Latihan Untuk Mengingat

 
Perbualan pagi itu sewaktu nak menghantar Ibrahim ke sekolah.

Saya : Alamak, lupa nak potong kuku Ibrahim... Ibrahim la ni tak ingatkan... Dekat sekolah ada tak cikgu cek kuku budak panjang ke pendek?

Ibrahim : Tak ada..

Saya pun ceritalah. Masa zaman saya sekolah dulu, cikgu memang selalu nak cek sama ada kuku kita pendek ataupun panjang. Kalau kuku kita panjang, maka tangan akan kena ketuk dengan pembaris kayu yang panjang tu. Jadi saya tanya dia, dekat sekolah ada tak pembaris panjang?

Ibrahim : Tak ada, tapi pembaris besi ada kot

Saya : Ha, baguslah. Gunalah pembaris besi tu.

Ibrahim membuat muka blergh..

Ibrahim : Ada hari tu, cikgu Amirah sampai koyakkan kertas sebab seorang budak ni jawab tak betul… ke main-main…

Saya beritahu dia, dahsyat jugak eh cikgu. Hanya sekadar memberitahu, marah ni ada yang bagus, ada juga yang tak bagus atau tak betul. Marah yang betul, bila dah cakap banyak kali, tak nak dengar, memang kena la marah. (dalam usaha untuk brainwash dan justify mak ayah marah anak)

Marah yang tak betul pulak, saya pun tak ingat jawab apa sebab rasanya nak menilai tu bukanlah satu skil yang dapat diterangkan dalam masa yang singkat. Ini dalam perjalanan nak ke sekolah ni.

+++++++++++++++++++++++++

Dalam kejadian yang lain, setelah dah habis exam, buku teks pun dah dipulangkan.

Ibrahim : Cikgu kata boleh bawak mainan atau buku yang bagus untuk minda. 
Saya : Ha, bawaklah Froggit tu…. card games ke
Wife : Kang hilang pulak benda tu..
Saya : Haah, dah la mahal… 
Wife : Bawak la kad UNO, kad UNO boleh bawak tak?
Ibrahim : Hmm tak tau lah…
Saya : Takkan tak boleh,… kan boleh develop minda
Ibrahim : Cikgu kata boleh bawak apa-apa, buku lucah je tak boleh
Saya dan wife tergamam sekejap.
Saya : Buku lucah tu apa?
Ibrahim : Entahla, buku tajuk LUCA kot..
Saya : Macam mana eja?
Ibrahim : L-U-C-A
Saya : Ooooo

Nampaknya masih mentah dan tak tahu apa maksud lagi. Tapi sampai bila? Tanpa diketahui, akan ada episod pada masa hadapan di mana persoalan untuk mendedahkan anak dengan ilmu sebenar berkaitan topik tersebut akan berlegar-legar di minda… dan waktu itu akan tiba lebih cepat dari yang dijangka…

Membesarkan anak, adalah latihan untuk mengingat pengalaman lampau. Latihan untuk mengingat masa lalu.

Friday, January 26, 2024

Memasak Adalah Satu Skil

 Hari Jumaat, Mak dengan Ayah Mertua ada datang ke rumah di Ayer Keroh, Melaka. Ada bawa sekali dengan cucu, Ayra dan Anas. Pada hari Sabtu, nanti akan ada kenduri kahwin yang bertempat di Batu Pahat.


Memasak

Abah bawa nasi ayam daripada rumah, jadi malam tu makan lah nasi ayam. Abah memang seorang yang pandai masak dan selalu masak. 

Saya ingat itu adalah salah satu benda atau skill atau sifat yang terpuji. Satu benda yang memang saya kagum adalah memang Abah selalu jamu makan. Tempat ataupun rumah di Bangi itu memang menjadi satu pusat ataupun tempat persingkahan saudara mara. Dan apabila saudara mara datang, Abah yang masak.

Alang-alang, memang rajin memasak, abah juga ada skill pilih bahan, memang selalu pergi ke pasar, membeli bahan-bahan mentah. Dan memang kalau pergi travel tempat-tempat tertentu, memang tahulah apa bahan-bahan yang memang nak beli. Sebagai contoh, ikan bilis mata biru, ambil daripada sabah - apa lagilah yang lain, saya pun tak tahu. 

Saya rasa kelebihan memasak ni salah satu benda yang lain adalah lainnya boleh buat perut kenyang, boleh rapatkan perhubungan dengan mendiamu orang makan, dan dapat jimatkan duit. Zaman sekarang ni kalau nak harapkan beli makanan kat luar, mahal satu hal. Tapi selalunya rasa tak puas berbanding dengan duit yang kita spend.

“ In my family, the one who is good at cooking is my mother. So, the environment of my family and my wife's family is different. Sometimes, in a marriage, there will be a conflict of value. Because the way we are raised is different. In fact, we should not expect the opposite. And we should always be open-minded. And always try to get understanding in every situation.” -terpaksa letak sebab chatgpt tak tukar default sebagai Bahasa Melayu.


Bermalam

Jadi di Ayer Keroh ni, rumah yang baru pindah lebih 2 tahun, adalah beberapa bilik dan bilik pun dapatlah sediakan juga dengan katil dan juga tilam. Yang mana kalau dekat Jasin sebenarnya, ahli keluarga datang untuk bermalam pun sedikit kekok sebab memang tak ada katil dan tilam ekstra. Tilam ekstra mungkin ada tapi tak berapa selesa lah.


Open Day

Hari Sabtu pagi ada Open Day untuk Tadika Musa. Kita satu keluarga pergi, tapi kita juga beritahu mak abah yang kita tak dapat pergilah ke Batu Pahat. Perjalanan agak jauh. Sejam 42 minit. Lebih kurang 2 jam lah kalau saya suka untuk membundarkan masa. Pergi 2 jam, balik 2 jam. Habis 4 jam. Jadi, mak abah pun okey. So, kita pun tak pergilah. 

Di hari Open Day Musa, kita dengarlah penerangan sedikit daripada Teacher Rad, yang mana dia beritahu apakah progres Musa. Ada dia punya table yang menunjukkan antara area fokus. Read English dah sampai buku berapa. Buku untuk Bahasa Melayu dah sampai mana. Iqra dah sampai mana. Yang lain okey. 

Nampaknya mungkin Iqra tu yang nak kena fokus balik lah. Time dengan abang dia dulu, selalu sebelum nak main game, suruh baca Iqra dulu. Dia hujung minggu. Jadi, lajulah dia bergerak Iqra tu. Yang dengan Musa ni, tak berapa strict pula. 

Jadi, betul lah orang kata. Walaupun sebenarnya anak-anak mempunyai ibu bapa yang sama. Tapi sebenarnya ibu bapa tu adalah berbeza. 7 tahun lepas, anak pertama. Dua tahun lepas tu dapat anak kedua. Approach dah berbeza. Pendekatan berbeza. Situasi berbeza. Pekerjaan sama ke atau makin sibuk dan sebagainya.


Keluarga dan pergaduhan

Dalam keluarga, apakah kita ada pergaduhan-pergaduhan dan bagaimana dapatkah kita bersatu semula setelah pergaduhan? 

Perhubungan adalah sesuatu yang kompleks. Kadang-kadang, anak yang mungkin kita dah didik sejak kecil, apabila besar pula, akibat sesuatu pergaduhan, mungkin memutuskan untuk menjauhkan diri daripada kita. Bagaimana nak elak daripada terperangkap dalam keadaan tersebut? Bagaimana nak elakkan benda itu daripada berlaku? 

Kita tak mampu nak kawal takdir, tapi apa yang kita boleh buat adalah buat sehabis baik dan menyerahkan urusan-urusan kepada Tuhan.

Sunday, January 14, 2024

Glamping di Asahan

 Hari ini ada Family Day. Isteri bersama dengan staff-staff Klinik Kesehatan Simpang Beko. Jadi untuk Family Day ini, dia dah buat siap-siap baju khas untuk Family Day. Dah ada yang tentative program seawal 9 pagi di Asahan. Dan ada juga dalam tu aktiviti-aktiviti team building.

Tempat buat Family Day ni adalah di laman 3 budaya Asahan. Asahan Theme Park. Alang-alang dah ada dekat sini. Wife dah arrange untuk glamping. Nama lain bagi Glamorous Camping. Dekat tempat perkhemahan yang ada dekat Asahan Theme Park ataupun laman 3 budaya ni juga.


Terkenang Family Day Mahersaham

Event-event seperti ini sebenarnya mengingatkan suatu masa dahulu, di mahersaham pun pernah juga ada Family Day di mana aktiviti-aktiviti yang dibuat adalah seperti sebagai contoh sukaneka, makan-makan dan saya hanya tertarik sebab organisasi yang besar 30, 30 orang, 40 orang menariklah untuk buat team building ni. Cuma memang akan ada orang yang akan lebih bekerja keras untuk memastikan program ni berjalan dengan lancar dan tidaklah semua yang kena betul-betul kerah tenaga untuk menguruskan program ni.


Sumbangan Kepada Ekonomi Setempat

Jika dilihat dari segi tempat, saya melihat bahawa aktiviti-aktiviti macam ni memang bagus dan sebagai contoh yang lain, ianya juga mengingatkan saya dengan sebagai contoh Cafe Markissa, sebuah cafe yang terletak berhampiran dengan Tasik Biru di Cincin, Melaka, yang mana kat situ juga sebenarnya lah tempat pusat latihan khidmat negara, kalau saya tak silap.

Jadi kat sini, isu perkhidmatan pusat khidmat latihan negara tu pun sebenarnya ada yang kata satu pembaziran sebab sekarang ni benda tu pun dah dibatalkan, cuma adalah usaha untuk menghidupkan semula. Jadi nak bina balik, nak bina tempat untuk program yang melibatkan rakyat seluruh negara, pastinya menelan belanja yang besar. Jadi apabila program tu ditamatkan, pastilah ianya satu kerugian.

Namun demikian, dengan adanya pihak-pihak tertentu yang cuba utilize tempat tersebut masih membuka kepada orang awam sebagai contoh, maka itu sedikit sebanyak akan membawa kepada kebaikan terutamanya dari sudut ekonomi. Dan lagi satu yang saya lihat, mungkin tourism , lokal tourism, benda-benda macam ni, tempat perkhemahan, mungkin dapat adalah satu sektor yang di mana orang Melayu yang banyak sebenarnya.

Jadi kalau dapat kerajaan lebihkan bahagian ni sebenarnya banyak akan memberikan peluang pekerjaan kepada orang Melayu. Bukanlah untuk nak tekankan sangat kepentingan memberikan advantage kepada orang Melayu. Tetapi orang Melayu biasanya, ataupun majority-nya memang adalah yang berpendapatan rendah. Terutamanya yang berada di ceruk kampung, yang terlibat dalam industri pertanian, perladangan mungkin. Yang mana mungkin kalau tak dibantu tak adalah income yang lumayan.


Sekitar Keadaan Glamping

Berkaitan dengan glamping di kawasan ini menarik. Yang saya duduki ada 2 katil Queen. Dan ada aircon, ada plug. Dia memang letak berdekatan dengan Water Theme Park dan memang agak hampir sama lah mungkin dengan Bayou Lagoon sebagai contoh. Namun pengalaman mandi at least ada satu upgrade lah dari segi swimming pool yang biasa.

Saya ingat konsep-konsep macam ni menarik untuk diketengahkan, memberikan satu pengalaman baru. Ada juga, saya ingat mungkin sebagai contoh, mungkin ada persamaan sedikit dengan The Waterway Villa di Bentong dan juga The Rubber Escape di Alor Gajah, Melaka.

Untuk kedua-dua ni, sebenarnya tempat tu adalah tempat yang dimiliki oleh Cina yang kaya. Mungkin dia berhasrat untuk menjadikan tempat tersebut sebagai satu weekend getaway untuk dia, untuk rakan-rakan ke atau keluarga saudara-saudara.

Ada juga untuk tempat dewan, sekiranya orang nak buat satu event perkahwinan di situ pun sebenarnya boleh kata sesuai juga. Dan itu salah satu contoh bagaimana daripada tanah yang tak ada apa, mungkin jauh daripada kota boleh dibangunkan sebagai satu tempat penginapan ataupun pengalaman yang menarik.


Berkhemah Adalah Percutian Yang Murah

Saya ingat kalau perlu bercuti, bercuti di tempat macam ni pun sebenarnya sudah cukup bagus. Dan memang saya lebih sukakan pengalaman yang dekat dengan alam semula jadi, berkhemah. Memang ada dalam impian kalau menarik ingat nak beli satu set perkemahan.

Walaupun ada yang memang suka untuk bercuti di luar negara. Saya ingat dekat Malaysia pun, dalam negara pun masih banyak tempat yang tak diterokai lagi. Perkhemahan adalah satu percutian yang menyeronokkan, dekat dengan alam semula jadi. Namun, ianya juga mungkin memerlukan kepada kesukaan daripada pihak yang lain juga yang ingin turut bercuti.

Kalau anak-anak yang lebih besar pun mungkin boleh consider untuk hiking, berada dalam hutan sebagai contoh. Saya fikir itu akan menjadi satu pengalaman yang menarik.

Jika dilihat dari pengalaman peribadi, satu-satunya pengalaman saya berkemah berdekatan dengan hutan mungkin adalah ketika perkemahan PKBM Persatuan Kebangsaan Bersatu Malaysia di mana saya waktu itu berada di bawah. Tak tahu nak panggil Brigade ke ataupun platoon, tapi berada di bawah Para. Para ni adalah merujuk kepada bahagian parachute untuk askar.


Meraikan Perpindahan Dr

Seiringan dengan program Family Day ini juga, sebenarnya ada meraikan juga Dr. Izzatul, kawan wife yang akan kemudiannya ditempatkan di Klinik Kesihatan selandar. Dia ada seorang je anak, anak dia nama dia Ali. So waktu Family Day ni, anak saya Ibrahim nampak seronok bermain bersama dengan Ali.

Dalam masa yang sama juga, ada juga yang seorang yang dah senior veteran akan bersara tak lama lagi. Maka dia juga termasuk dalam orang yang diraihkan. Sempat juga saya ada bertegur dengan dr izzat rasanya salah seorang daripada dua dr lelaki yang ada di simpang bekoh,datang dari HSA bhg kecemasan. Saya bertanyakan perihal ezuwan ezani,kawan satu universiti saya di volgograd - katanya Ezuwan sudah ada dalam bahagian admin sekarang.

Ujian setiap orang berbeza-beza. Ada orang kadang berada dalam satu situasi akan memilih jalan yang lain. Saya ingat autism mungkin dah menjadi sesuatu yang common. Ada beberapa kenalan saya yang memang anak dia autism. Benda itu adalah dugaan dan ujian. Berdoa semoga yang melahadapinya dipermudahkan urusan kita yang tak terbayang mampu atau tidak jika berdepan dengan cabaran seperti itu.


Sumayyah Nyenyak Tidur

Lama Sumayah tidur. Tanpa disedari sebenarnya Sumayyah seakan keletihan dan akan ada beberapa episod berak yang agak kerap. Dalam masa yang sama, wife bermain dengan Ibrahim dan Musa dekat swimming pool. Program Family Day pada waktu petangnya masih bersambung sehingga lebih kurang pukul 4 atau pukul 5 berserta dengan majlis penyampaian hadiah. Tempat asahan water theme park sebenarnya akan tutup dalam pukul 6 petang dan saya pun tak sempatlah nak bermain sangat swimming.


Yang menjadi persoalan adalah malam nanti nak makan apa sebab walaupun kita memang memilih untuk glamping akan tetapi kita juga lupa untuk mungkin menyediakan sesuatu seperti makanan untuk boleh goreng secara BBQ, membakar arang, peralatan-peralatan seperti itu mungkin untuk memberikan lagi pengalaman kemping diberkatan dengan kawasan hutan. Apakah contoh lain aktiviti yang boleh dilakukan sewaktu ada camping?


ChatGPT menjawab:

Untuk menambah pengalaman camping atau glamping Anda, ada beberapa aktiviti lain yang bisa dilakukan, selain BBQ:

  1. Hiking dan Jelajah Alam: Menjelajahi jalur alam sekitar kawasan camping untuk menikmati keindahan alam.

  2. Memancing: Jika ada sungai atau danau di dekat lokasi camping, memancing bisa menjadi kegiatan yang santai.

  3. Pengamatan Bintang: Malam hari di alam terbuka adalah waktu yang tepat untuk pengamatan bintang.

  4. Permainan Keluarga: Membawa permainan papan atau aktivitas kelompok yang menyenangkan.

  5. Bercerita di Sekitar Api Unggun: Berkumpul di sekitar api unggun sambil bercerita atau berbagi pengalaman.

  6. Fotografi Alam: Mengambil foto pemandangan alam atau kegiatan camping.

  7. Yoga atau Meditasi: Melakukan aktivitas relaksasi seperti yoga atau meditasi di alam terbuka.

  8. Pengamatan Satwa Liar: Mengamati binatang dan burung di sekitar kawasan camping.


Jiran Merbau Lestari

Pada asalnya, selepas wife dan anak-anak selesai bermain, berenang, sumayah pula sudah pun bangun, so masing-masing sudah pun bersiap, maka kita memilih untuk pergi ke tempat yang terdekat dalam kawasan penginapan itu sendiri, bertanya apakah ada makanan yang boleh dibeli.

Setelah diperhatikan, adalah boleh beli bihun yang mungkin daripada pagi, tapi kemudiannya rasa sedikit basi, dibulangkan macam yang dapat refund semula duit, ada Maggi dalam cup, ada juga beberapa donat dan juga currypuff.

Sampai pada waktu petang itu juga, sempat saya berbual bersembang dengan suami kepada kawan wife berkaitan dengan apakah keadaan sekarang sebab pasangan suami isteri itu sebenarnya menyewa tempat di Jasin yang sebelumnya kami sewa sebelum berpindah ke Bukit katil.

Dalam perbualan dengan jiran glamping, katanya malam ni dia akan pergi makan di Segamat lah. Segamat, bandar yang rasa banyak pilihan dan dekat dengan tempat glamping tersebut. Lagipun, adik dia memang ada tinggal dekat Segamat.

Jadi malam tu saya sempatlah tengok sekejap apakah bandar terdekat dengan asahan water theme park tersebut. Dan daripada pemerhatian dan sebenarnya petang tu juga wife saya pun pergi dekat tempat yang ada jual waffle dalam kawasan theme park tersebut bertanya kepada orang tu jadi dia suggest Jementah lah boleh cuba pergi ke Jementah lah.

Jadi kita pun tengok area google map Jementah ambil masa lebih kurang 20 minit sahaja manakala kalau nak ke segamat dia akan mengambil masa selama 40 minit.


Sampai Di Jementah

Pergi Jementah, yang menariknya jalan dia lurus, seperti mana mungkin pergi ke Muar, mungkin lalu jalan di Melaka ni seperti Lebuh AMJ. Bandar ataupun kawasan perumahan, kawasan persekolahan ada dekat sebelah kanan dan kiri jalan.

Tempat yang kita pergi pada malam tu, lebih kurang pada waktu maghrib adalah Nasi Lemak Susu. Ada juga yang namakan dia, nama lain dia adalah Nasi Lemak Hao. Sesampainya di sana, kita mencari tempat parking dan adalah seorang pak cik Cina ni, dia tengah makan dengan keluarga dia. Dia mengarahkan anak dia untuk alihkan kereta, rapatkan ke sebelah dalam lagi. Sebab, nak parking dekat area tu sebenarnya agak kompleks sebab kalau nak u-turn ke, nak masuk ke, memang akan rapat dengan meja diorang.

Tak tahulah mungkin memang kereta yang ada parking dekat situ memang kereta dia. Ada Hilux dekat situ pun mungkin kereta dia juga. Make sense untuk rapatkan lah. Tetapi, melihat kepada timbangrasanya pak cik tu, ia adalah sesuatu yang patut dipuji. Dan, saya pun melambaikan tangan.


Nasi Lemak Susu

Kita tinggalkan Ibrahim dan Musa dalam kereta sebab sejurus naik sahaja kereta untuk pergi ke Jementah, mereka pun mula tidur. Kepenatan agaknya setelah bermain hampir seharian di tempat permainan air. Kita order nasi lemak ayam goreng berempah, nasi lemak rendang daging, teh ais cincau, dan apple asam boy. Kemudian kita order untuk bungkus nasi lemak biasa satu, nasi lemak ayam goreng satu, dan juga sotong tempura untuk dibawa pulanglah. Makanan cepat disediakan. Mungkin sewaktu kita sampai pun, orang sebenarnya dah ramai, dah penuh. Tapi selepas tu akan bertambah lebih penuh. Dan sewaktu makan, apa yang saya dapat perhatikan dekat meja yang ada pak cik cina tadi tu, boleh nampak saya perasan salah seorang ahli keluarga dia mengalami Down Syndrome. Jadi Down Syndrome ni kita boleh tahulah daripada bentuk muka dia tu.

Dia ada nama khas untuk muka mereka yang ada Down Syndrome. Sedikit sebanyak benda tu membuatkan hati kecil saya berdoa. Semoga urusan pak cik tu dan keluarganya dipermudahkan urusan. Makanan yang kita bungkus siap agak lewat. Jadi kena menunggu sedikit. Air yang sedap, teh ais cincau memang sedap. Kalau datang lagi, saya akan repeat order.


Sampai Semula Ke Asahan

Kita pun pulang kembali semula ke Asahan, Themepark, dan sampai di sana barulah Ibrahim tersedar dari tidur dan bertanya, "Tadi kata nak pergi Johor?". Maka saya pun menjawab, "Kita dah pergi Johor dan dah balik dari Johor dah pun, baru bangun tidur. Ish3x".

Di kawasan perkhemahan, kita buka makanan yang kita bungkus tadi dengan beralaskan tikar yang kita memang ada bawa, berbumbungkan langit, adalah lampu, memang dipasang lampu supaya kawasan tu tak terlalu gelap. Ibrahim makan dengan berselera, Musa seperti hampir kebanyakan masa tidak begitu berminat nak makan, dan kita pun tidur malam tu untuk menyambung perjalanan pada keesokan harinya.


Pagi itu kita sarapan sedikit dengan makanan lebihan yang ada daripada semalam, antaranya ada donat, ada nasi lemak semalam yang tak habis. Dan kita pergi keluar dan mengambil gambar lah di beberapa tempat dalam kawasan tersebut. Ada juga sangkar burung. Kemudiannya kita pun bersiap bersalin pakaian untuk mandi sekali lagi dalam kawasan theme park tersebut.

Untuk kali ni nampaknya macam mungkin air yang sejuk jadi masing-masing pun tak begitu excited untuk mandi lama-lama. Dan sempat kita makan mie dalam cawan, minta air panas dan kita makan lah untuk memanaskan badan. Kita menunggu-nunggu juga untuk order waffle daripada kedai yang ada dalam tu tapi orang yang in charge masih belum sampai.

Sehinggalah kita check out pun dia masih belum sampai lagi. Jadi alternatifnya saya pun menempah minuman manis dari kedai berdekatan. So ada gummy apple sebab Ibrahim bersungguh sangat minta benda tu. Yang saya order selain itu adalah caramel macchiato dan juga double chocolate . Jadi air tu kedua-duanya memang sedap. Paling sedap untuk peminat bukan kopi adalah double chocolate .


Bertolak Ke Segamat

Selepas check out, kita pun bertolak. Kali ini ke Segamat pula. Mungkin juga bertitik tolak daripada perbualan dengan jiran glamping semalam. Dan kita pun sudah menempuh perjalanan ke Jementah semalam. Bila lagi hendak melawat kawasan berdekatan, mungkin selepas-lepas ni tak akan berpulang pun untuk melawat bandar lain yang ada di Malaysia ni.

Jadi kita pun pergilah bertolak ke segamat. Dalam perjalanan, sempat juga beli buah duku langsat. Mungkin anak pun tak pernah makan buah tersebut. Yang pada asalnya mereka ingatkan buah mata kucing. Dan belilah RM10 - tak ingat dapat 1kg ke 2kg?


Nasi Arab

Selepas itu kita pergi makan di kedai nasi Arab. Kedai tu kalau tengok dalam Google Maps, tak banyak review pun. Ada 5 ke 7 review sahaja. Tetapi bila kita order tu memang terbaik lah makanan kat situ. Bagi saya bandar Segamat ni memang mungkin belum terdedah dengan mahalnya makanan di luar bandar Segamat mungkin. Di mana harga nasi Arab yang ayam mungkin sekitar RM14, RM15. Yang kambing RM23. Tapi rasa memang puas hatilah dan tip top. Saya pun komen lah dekat wife. Yang mana rasa nasi Arab di sini lebih sedap dan lebih berbaloi daripada Chef Amar punya lamb shank.


Ketika waktu makan, Sumayyah macam tak senang duduk. Jadi sementara makanan sampai, sebelum tu sempat saya berjalan sambil mendokongnya pergi ke kedai-kedai yang berhampiran deretan kedai-kedai yang ada. Jadi sempat juga singgah dalam satu kedai. Kedai tu menawarkan permainan board game. Tetapi bukan untuk dijual, tetapi menyediakan servis perkhidmatan tempat untuk bermain di mana dia charge 1 kepala 1 jam RM8.

Pemiliknya adalah Cina, muda orangnya. Ketika dia tanya saya datang daripada mana, saya katalah saya datang daripada Melaka. Dan dia kata, oh segamat ni takde apa. Jadi dia buat kedai ni pun sebagai adalah alternatif untuk penduduk di sini. Dia kata ada mall yang berdekatan pun, ada mall lama dalam tu pun dah kosong. Ramai orang yang tutup kedai.

Begitulah sedikit sebanyak gambaran tentang bandar segamat. Selepas makan, kita sempat pergi ke kedai sebelah, belilah selipar untuk, ataupun sandal untuk Sumayyah. Dan memang saya agak terkejut bila saya bayar tu, dia kata harganya RM4. Mana nak dapat lagi selipar RM4, lagi-lagi pula untuk budak.


Dataran Segamat

Selepas dah selesai makan, naik kereta, kita pergi singgah sementara di dataran Segamat. Satu dataran yang menarik. Lapang. Nampak gah. Saya ingat Johor ni sebenarnya tak kurang hebatnya juga. Pengalaman sebagai contoh waktu pergi ke Muar, terkejut bila melihat kan Muar punya waterfront - teringat Sabah ataupun di Kuching Sarawak.

Segamat pun sebenarnya bila dilihat dari pemandangan dari drone, memang mempunyai beberapa jambatan. Di antaranya adalah melintasi sungai-sungai yang ada. Dan sungai tu, selanjutnya Segamat adalah bandar berhampiran sungai.

Saya ingat dataran Segamat tu, waktu kita pergi ke Johor Bahru, ada juga dataran dekat berhampiran dengan Medini tu. Itu pun nampak gah juga. Mungkin dataran Ayer Keroh pun sebenarnya boleh tahan juga, tapi tak dapat komen lebih sebab kita pun jarang pergi.

Kewujudan dataran sebenarnya adalah satu benda yang mungkin penting dalam pembinaan sebuah komuniti.


Kerja Hari Ahad

Hari Ahad merupakan hari bekerja untuk rakyat Johor. Bila pergi ke Bandar Segamat, dapat rasakan bahawa sekitar bandar sebenarnya agak lengang. Walaupun sebenarnya, seperti yang kita tahu, biasanya hari bekerja, jalan biasanya akan agak sibuk. Tapi mungkin memang hari bekerja waktu yang lengang agaknya di jalan, berbanding dengan waktu hujung minggu.

Kemungkinan yang lain pula adalah mungkin hari Ahad, memang mood hari Ahad sebab hari Ahad sebenarnya adalah hari yang patutnya berehat.

Jadi kalau kena bekerja juga, mungkin bekerja dengan santai, saya pun tak pasti. Tapi kewujudan dua tempat yang berbeza dalam Malaysia ni, yang mengamalkan satunya cuti Jumat dan Sabtu, yang negeri lain cutinya adalah Sabtu dan Ahad, mungkin dapat memberikan peluang yang dapat menggunakan perbezaan ni sebagai satu advantage ataupun satu arbitrage.


Bertukar Pemandu

Perjalanan pulang dari Segamat ke Ayer Keroh mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Untuk setengah jam yang pertama, saya membawa kereta kemudiannya dihinggapi rasa mengantuk, maka wife saya pun menawarkan untuk memandu dan saya pun sempatlah tidur dalam setengah jam begitu.

Kemudian tersedar nampak yang kereta sudah mula nak keluar, masuk ke tol Tangkak, masuk ke leburaya utara selatan, yang mana route-nya akan jalan terus kemudian exit Ayer Keroh.

Pada malamnya, Sumayyah cirit-birit kerap berak dan berkali-kali juga bawa dia ke tandas untuk menukar pampers. Namun, badan taklah panas. Pada malamnya, dia sukar tidur tapi kemudiannya saya menyuap beberapa sudu air sejuk. Jadi, dia minum dengan banyak, selepas itu barulah dia mudah tidur.


Take Things For Granted?

Kenapa saya kata terlepas pandang? Sebab Budak dah cirit-birit, dari segi ilmu medik pun patutnya tahu memang akan berlaku dehydration. Patutnya memberikan minum air. Memanglah maknya pun ada memberikan susu tapi adakah kita ambil sambil lewa - mungkin melihat keadaan baik, tidak begitu teruk maka kita pun buat endah tak endah sahaja.

Susahnya bayi adalah dia tak boleh nak cakap apa yang dia nak sebenarnya. Jadi apa yang dapat dia beritahu adalah mungkin gerak badan yang tak selesa, merengek, menangis dan sebagainya.

Keesokan harinya Isnin, saya ingat pada waktu paginya nampak dia sudah lebih aktif, nampak normal, jadi ambil keputusan untuk hantar juga ke taska. Ibrahim pergi juga ke sekolah cuma bila balik daripada tadika dia beritahu dia baru je cirit-birit. Jadi adakah dah berjangkit satu penyakit yang berjangkit? Datang daripada mana?

Pada malamnya isteri pun adalah memberitahu yang mana ada juga staf-staf yang turut mandi di Asahan tu kata - balik badan gatal-gatal, jadi tak mustahil cirit-birit ni pun datang daripada Asahan water Themepark juga.

Itu pun salah satu risiko untuk bermain di Taman Permainan taman tema air - sebagai contoh.

Sekadar nak membayangkan, tak ada siapa yang tahu kalau ada budak-budak tu yang kencing ataupun berak dalam kawasan water theme park tersebut.

Begitulah pengakhiran tragis penulisan kali ini.


++++++++++++++++++++++++++++++++

Berjalan meneroka tempat-tempat yang ada memahami keadaan penduduk setempat adalah satu pengalaman yang menyeronokkan.

Terlintas dalam fikiran saya, minda saya, memori saya tentang satu buku ni yang saya pernah baca dan habis saya baca iaitu buku Rokok Nan Sebatang karya karangan Nami Cobbler.

Buku tu menceritakan bagaimana dia menjelajah seluruh semenanjung Malaysia dan ada jugalah diselitkan dengan drama. Buku tu juga sebenarnya kalau ikutkan ada kisah disebalik buku tersebut dimana mengimbau memori-memori silam.

Bila nak berkaitan buku ni zaman muda-mudi dulu kita pun ada juga bertukar-tukar buku. Ada dapat buku, ada beli buku. Begitulah. Nak cerita lebih mungkin di lain kali.


Thursday, January 11, 2024

Satu Eksperimen Baru - SITS

 Kalau boleh untuk jadi kaya tanpa perlu saya menjadi popular, itu adalah lebih baik dan itulah lebih saya sukai. Cuma pada masa saya mulakan Mahersaham, jalan yang saya nampak adalah dengan marketing ditambah pula dengan Facebook yang baru memulakan ads dia mungkin dah setahun dua sebelum tu lagi. Tetapi mula mendapat momentum, maka itulah jalan untuk Mahersaham. Kalau nak kata ada tak jalan lain, ada dan contoh tu dapat dilihat daripada persaing saya sendiri iaitu Isaham.


ISaham, dia memfokuskan kepada produk semata-mata dan kepercayaannya adalah : "Sekiranya sesuatu produk itu bagus, maka ia akan viral atau mendapat perhatian orang ramai".


Kisah tentang bagaimana saya kali pertama berjumpa dengan Anas Faris, pengasas iSaham, akan saya ceritakan kemudian. Dan bagaimana mungkin style ataupun jalan yang ditempo oleh iSaham, mungkin akan saya ceritakan kemudian. Kali ini sebenarnya nak menceritakan tentang apa sebenarnya yang berlaku pada Rabu malam yang lepas, di mana saya telahpun membuat atau menjalankan satu program yang dinamakan sebagai Seni Intraday Trading Saham, SITS.


Program SITS ni adalah kesinambungan daripada cadangan yang kita nak cuba buat satu program utama setiap bulan. Kalau ikutkan sebelum ni, selepas Mahersaham dah tak buat kelas berbayar,kita nak fokus kepada klien. Program kelas Supertrader yang pada asalnya dibuat setiap bulan sekarang ni dijadikan percuma kepada klien tapi mungkin ada syarat-syarat tambahan seperti ada requirement berapa transaksi minimum sebulan.

Cuma bila betul-betul kita dah tutup company pada tahun 2022, maka kita tak cukup tenaga kerja untuk sentiasa update transaksi dan set requirement, jalankan program seperti biasa dan sebenarnya kalau ikutkan itu pun sesuatu benda yang agak memenatkan. Ditambah pula sebenarnya bilangan klien yang aktif ataupun menepati syarat dikira-kira bandingkan setiap bulan pun hanya akan ada perbezaan yang sedikit lah sebab mereka yang aktif memang akan aktif, mereka yang tak aktif biasanya akan kekal tak aktif dan kebiasaannya klien ni pun mereka memang aktif mungkin di saat awal-awal pembukaan account mereka.

Jadi untuk bisnes mencari klien untuk trade saham sebagai contoh tak wujudlah istilah passive income. Anda memang kena sentiasa mencari klien-klien baru dengan harapan ada di antara mereka akan menjadi klien yang aktif dan akan istiqamah dalam trading saham ni.

Oleh sebab itu, apa yang kita buat adalah setiap bulan, kita akan tengok siapa yang layak tetapi kita bagi rakaman yang lepas. Dengan harapan masa yang lain dapat diperuntukkan untuk fokus pada sesuatu yang lebih memberikan impak. Jadi, untuk tahun lepas - lebih kurang dalam bulan 2, bulan 3 macam tu kita mula aktif kembali membuat konten-konten di media sosial dan ada memang antara video di Youtube sebagai contoh meletup. Video di Tiktok pun teruk juga meletup pada penghujung tahun 2022.

Beberapa bulan selepas daripada keputusan untuk memberhentikan syarikat, sebenarnya memang mengambil masa 6 ke 8 bulan mungkin mencari jalan. Masih terlibat dalam proses-proses hendak clearkan barang, clearkan akaun. Kesakitan daripada pengkhianatan ataupun ketidakpuas hatian itu pun ada juga. Satu zaman yang sukar dan itu mungkin akan diceritakan kemudian.

Walau bagaimanapun, dalam Kempen-kempen ataupun usaha yang dijalankan ini, kadang-kadang mencari konsistensi itu yang susah. Kadang-kadang selepas mungkin 2-3 bulan kita nampak tidak ada apa-apa perubahan yang signifikan maka kita pun mungkin beralih kepada benda lain. Mungkin juga kita berhenti daripada meneruskan projek-projek sebelum ni. Cuma kali ini program yang dijangka nak buat sebulan sekali ini bertitik-tolak daripada sesi sembang santai untuk global yang kita buat dalam bulan 11. Kita tengok sambutan rancak. Cuba jadikan rakaman dan kemudian jual. Ini memberikan nafas baru kepada orang luar yang mungkin tak kenal Mahersaham dan juga klien Mahersaham sendiri yang dah lama dahagakan sesi khas bersama remisier mereka.


Untuk kali ini juga kita buat pendekatan dimana kita buka hanya 200 tempat sahaja -100 kita akan buka terlebih awal kepada klien kita, 100 kepada public ataupun (awam) dan klien. Memang mesej tu ada disampaikan kepada orang ramai tapi mungkin tak begitu diberi pendekatan. Mungkin "first come first serve" tidak disebut dan sikit sebanyak ada yang menimbulkan kata tak puas hati dalam kalangan klien ataupun dalam kalangan orang awam yang mungkin dah register untuk program tersebut.

Sepanjang program tersebut dijalankan, bagi saya itu memang adalah 1-2 jam yang padat dengan info. Engagement ataupun perhatian daripada audience maintain dan merupakan satu kejayaan. Flow program yang cantik - kita memang dah ada checklist flow untuk program kali ini. Saya pun tidak begitu aktif nak follow up - itu semua dilakukan oleh Aakif terutamanya dengan bantuan Wan. Jadi dari segi ketidakpuashatian itu ialah asalnya kita nak menjual kepada semua tapi kemudiannya kita fikir juga ada juga klien yang nakkan ada keistimewaan maka kita pun letaklah syarat tambahan untuk rakaman untuk klien adalah percuma tapi dengan syarat transaksi 10. Jadi kita mula hidupkan balik requirement seperti itu dalam erti kata lain sekiranya klien tidak berpuas hati dalam masa yang sama sebenarnya dia pun tidak ada melakukan sebarang transaksi jadi itu adalah sesuatu yang tidak wajar sebab adakah program yang kita buat itu adalah program amal semata-mata? Dalam saham ini hakikatnya saya memang berorientasikan keuntungan, sama ada datangnya daripada komisen orang trading ataupun orang membeli produk yang kita tawarkan.


Sejujurnya pada malam itu selepas habis program, setelah saya membaca kecaman-kecaman ataupun kritikan-kritikan yang ada, hati saya berdebar-debar sebenarnya dan saya terlintaslah sebagai cuba mencari apakah peristiwa-peristiwa lampau yang juga memberikan kesan seperti ini.

    - ketika saham global yang first pun ada yang memang tidak berpuas hati. Setelah dah masuk, mula-mula gunakan Google Meet, kemudian kita bertukar kepada Zoom yang dah dapat masuk pada awalnya kemudian tak dapat masuk. Dan itu pun datang daripada klien sendiri.

    - Di saat yang lain, ada juga lah program-program yang mana kita buat, kemudian ada kritikan yang mana program ni introduction face ataupun introduction punya talk tu terlampau berjelas.

Itu kadang-kadang bila kita tak bersedia untuk mendapat kecaman, maka benda tu buat kita takut. Business kita tenggelam, merudum, buat nervous. So kadang-kadang buat kita fikir," Lebih baik, tak payah buat program. Senang, tak adalah kena kecam".

Tetapi hakikatnya suara kecaman tu adalah hanya sebahagian kecil sahaja. Dalam dunia zaman sekarang, yang kecam tu lebih senang, lebih orang suka nak buat daripada memberikan kata-kata positif. Yang lagi ekstra adalah yang membantu untuk mempertahankan saya sendirilah sebagai remisier. Jadi kepada klien ataupun orang awam yang memang ada membantu untuk memberikan justifikasi, saya memang berterima kasih kepada mereka dan saya mendoakan agar mereka dapat berjaya dalam hidup. Dalam apa jua bidang sekalipun yang mereka ceburi.


Itulah zaman sosial, zaman media sosial. Saya ingat kalau sesiapa antara kita ada anak ataupun anda mungkin nak cuba, ada Google melancarkan program- Be Internet Awesome. Dalam program Be Internet Awesome tu, dia akan ajar apa tindak, tingkah laku, tindakan yang kita perlu buat untuk berurusan dalam internet. Dia berbentuk game, jadi belajar sambil bermain.


Saya teringat tentang pengalaman sewaktu menjalani Housemanship, di mana kadang-kadang ada MO yang 'malignant' - MO yang memang biadab, suka tengking, suka marah, buat orang lain stres. Sebenarnya mungkin mereka jenis macam tu satu hal, mungkin juga mereka stres. Mereka sendiri stres. Ada yang jenis suka cakap lepas. Dan di akhir cerita, mereka tak ingat pun apa benda yang mereka buat dekat orang lain. Jadi, tak usahlah untuk hidup kita yang miserable memikirkan tentang apa yang dimarahi oleh MO itu tadi. Ya, kita cari jalan untuk memperbaiki kesilapan kita, tetapi untuk stres, tertekan, teringat-ingat, maka mungkin itu adalah satu benda yang kita kena ingat. Kenapa hidup kita kena susah untuk benda yang mungkin orang itu sebut dan kita tak penting pun dalam hidup orang itu. Orang itu pun tak penting pun dalam hidup kita.


Baru-baru ni pun saya ada mendengar podcast oleh MrMoneyTV. Dalam tu ada juga yang complain kenapa podcast tu lewat 5 minit. Jadi dia pun memang kata sorry je lah tapi dalam masa yang sama dia kata memang kalau komen agak kasar ke tak puas hati ke, dia pun tak kisah sebab bila terlibat dalam media sosial itulah benda yang dia belajar. Iaitu untuk tidak terlalu tertekan dengan kritikan-kritikan ataupun komen-komen yang sedikit negatif. Dalam posting Facebook pula saya ada nampak kongsian seseorang ni - Dia bertanya dengan Encik Azmi. Orang besar juga dalam Farm Fresh. Yang mana kesimpulan ni adalah sentiasa tunjuk muka, keep showing up. Tak kisah kau kena kecam ke. Ada macam-macam benda berlaku. Ada dugaan, cabaran, jatuh ke, kena herdik ke, aktiviti ataupun projek yang dia laksanakan tak mencapai kepada matlamat. Rugi, hilang duit, kena marah.

Jadi itu in the end, keep showing up. Itulah benda yang kita kena lakukan.



Wednesday, January 10, 2024

Perasaan Yang Tertinggal

Pagi ni, hari Rabu. Biasanya ada meeting dengan tim. Meeting dengan Akif dan juga Syazwan. Husna sekarang ni tengah cuti, berpantang. Patutnya lebih kurang 2 bulan lah. Likely hujung bulan ni habislah cuti berpantang. Mungkin mula awal bulan 2 akan dapat mula bekerja semula. Buat masa sekarang Syazwan lah yang akan handle bahagian customer service, bahagian platform memaizu. Dan juga Akif akan membantu dari segi Whatsapp. Pada asalnya nak bercerita tentang tim, apakah perkembangan. Selepas habis meeting tadi, balik ke rumah dan ada yang melihat satu buku yang dipesan melalui TikTok sudah pun sampai. Buku tersebut bertajuk Anekdot Jalanan.

Kita juga berbincang dalam meeting tadi persiapan untuk program pada malam ini iaitu kelas saham intraday. Kelas seni intraday saham. Intraday trading saham. SITS. Jadi masing-masing memang dah ada tugasan masing-masing, ada checklist yang perlu dibuat. Kita cuba nak buat satu program seperti ini sebulan sekali sekurang-kurangnya. Dan ini pun kita juga perlu melihat pada masa akan datang. Misal kata bulan puasa, bulan raya biasanya kita akan dormant sebab bisnes saham bukan seperti bisnes jual kuih raya, jual baju raya yang pada bulan puasa ataupun musim perayaan akan mendapat permintaan yang tinggi.

Biasanya sebelum meeting, kita akan ada sesi tazkirah. Jadi untuk kali ini, Wan memulakan tazkirah dengan berkongsi tentang satu isu ataupun perbincangan yang sedang hangat ataupun baru berlaku. Iaitu satu perbahasan atau mungkin pergeseran antara Ustaz Azhar Idros dan geng Maza, mungkin Dr. Rora, berkaitan antara benda yang dibangkitkan adalah mungkin Ashabul Khafi. Dan ini pun sebenarnya bertitik tolak daripada tak silap kenyataan Perdana Menteri. Jadi daripada situ, ada orang korek-mengkorek rakaman perbualan sebelum-sebelum ni. Jadi, itu adalah antara sebahagian tazkirah ataupun perkongsian yang diceritakan oleh Wan. 

Bercerita tentang tazkirah. Kalau dulu sebenarnya di Mahisam pada mulanya, waktu kita meeting, kita tak ada pun nak buat sesi tazkirah ni sebenarnya. Cuma apabila mungkin bermula pada tahun 2020, ketika kita mula berpindah daripada Taman Tasik Utama, berpindah semula ke berhampiran dengan Asam Pedas Park Mine, sewa satu ofis yang besar, bilangan staf pun makin ramai, saya melihat bahawa dalam usaha untuk kita maju sebagai satu syarikat, satu organisasi, kita juga perlu majulah dari sudut mungkin spiritual ataupun keagamaan ataupun kerohanian. Jadi apalah salahnya untuk dalam meeting sebelum apa-apa menjadikan sedikit sebanyak satu sesi tazkirah. Jadi budaya itu sebenarnya walaupun selepas penutupan syarikat, saya ingat ia adalah satu budaya yang baik untuk diamalkan.

Selepas Wan berkongsi memberikan tazkirah, saya pun turut memberikan sedikit perkongsian. Saya tak mengulas selanjut tentang apa yang diceritakan tentang isu semasa Ustaz Zahid Rose, Dr. Mazhar, dan sebagainya. 

Sebaliknya, saya hanya menceritakan tentang kesinambungan minggu lepas di mana saya ada menyentuh sedikit sebanyak tentang tamadun Melayu. Bagaimana saya ada katakan dari sudut pandangan saya sendiri, tamadun Melayu adalah sesuatu yang kabur bagi saya. Walaupun memang ada belajar sejarah, namun demikian sejarah sebelum daripada penubuhan tanah Melayu, sejarah pada waktu itu berkaitan dengan tamadun Melayu, kesenian kebudayaan Melayu sebagai contoh agak kabur. 

Jadi dalam proses itu, ada juga saya search di YouTube History of the Malay dan saya ditemukan dengan satu video YouTube yang di-upload oleh satu channel. Mungkin channel seorang individu berkaitan dengan tamadun Melayu. Siapa orang Melayu? Datang daripada ini lebih kurang cerita datang daripada benua pertengahan dunia, migrasi ke semenanjung. Orang Melayu pun ada sebahagiannya yang migrasi ke Aceh, Sumatera, ada yang selatan Sri Lanka, ada juga di Filipina, ada juga ke Taiwan. 

Kajian Genome Project pun menunjukkan antara kesimpulan yang dapat saya terbitkan daripada menonton video tersebut adalah Nenek Moyang orang Taiwan dan juga Nenek Moyang orang Melayu sebenarnya adalah satu kelompok masyarakat yang sama. Jadi kat sini apa yang dapat saya sampaikan ataupun simpulkan adalah sejauh mana kita hendak melihat satu cut-off point yang memisahkan kita orang Melayu dengan orang lain. Adakah hebat sangatkah bangsa Melayu? Perlu sangatkah menekankan asal-usul Melayu? Yelah mungkin ada yang mengatakan bangsa Melayu adalah bangsa beragama Islam tapi kalau nak mengkaji sejarah ketama adunan sebelum orang Melayu beragama Islam orang Melayu.

Nenek moyang sebelum-sebelumnya  ada yang beragama Hindu, ada yang beragama Buddhism dan tak kurang juga yang mengamalkan Paganism ataupun Animisme. Jadi jika di situ di mana letaknya satu kelebihan menjadi bangsa Melayu.

Cuma yang menarik, saya berminat untuk mengkaji sejarah adalah mungkin juga mencari kesenambungan. Sebagai contoh, sekarang ni pun tengah perperangan di antara Israel dan Palestine. Sebenarnya bukan tak wajar dipanggil satu perperangan pun. Sekiranya perperangan tu definisi perang adalah antara dua pihak ataupun dua organisasi yang sama kuat. Tetapi ini adalah satu penindasan di mana Israel sebagai oppressor dan Hamas sebagai yang tertindas dan sedang membuat penentangan ataupun resistance. Jadi tu tak wajar dipanggil sebagai sebuah perang sekalipun. 

Jadi dalam proses tu, kita cuba nak mencari jika 1948 sebagai contoh adalah waktu di mana negara Israel ditubuhkan, berlakunya Nakbah. Maka apakah sebenarnya yang sedang berlaku di tempat-tempat lain seluruh dunia? Dan tak lain juga, saya tertarik untuk belajar sejarah sebab kita pun nak relate dengan kehidupan nenek moyang kita di kawasan Tanah Melayu ketika pada event-event besar seperti ini sedang berlangsung di negara-negara lain. 

Itulah antara benda yang menarik minat saya berkaitan sejarah dan tak lupa juga di sekolah menengah MRSM. Saya memiliki cikgu-cikgu sejarah yang cukup baik, cukup bagus. Antaranya cikgu Anis Suhailin yang ada mengajar sejarah bagaimana dia mengajar untuk menulis buku sejarah, apakah poin-poin penting. Jadi bagi saya sejarah adalah satu jalan cerita yang menarik dan menakjubkan. Dan ada juga dalam perbincangan kita dalam meeting main saham tadi bila disebutkan berkaitan sejarah memang ada pihak yang mungkin tidak percayakan sumber-sumber yang ada sebab sumber-sumber itu bukannya Al-Quran dan Hadis. Tetapi jika hanya mengambil Al-Quran dan Hadis maka tak ada sumber lain yang dianggap bernilai maka adakah tidak ada keperluan untuk belajar sejarah. Kita perlu tahu dan saya tegaskan sekali lagi bahawa sejarahnya adalah satu ilmu yang mungkin memang ada kecenderungan ataupun bias. Ada juga yang mengatakan Winners write the history maka nanti yang kalah sejarahnya akan dilupakan. Jadi saya ingat sejarah ni mungkin apa yang kita boleh buat selagi apa yang kita boleh kaji kita kaji mana yang jernih kita ambil mana yang buruk kita jadikan teladan dan menggunakannya seperti mana kita melihat kepada riwayat-riwayat Israeliat mana kita tidaklah membenarkannya kita juga tidaklah juga menafikannya.
Pulangnya saya daripada meeting tadi. Saya, buku yang dipesan daripada TikTok sudah pun sampai. Buku tersebut bertajuk Anekdot Jalanan yang ditulis oleh ZRA. Dan barulah saya tahu apakah maksud ZRA iaitu Zainal Rashid Ahmad. Dia juga ada satu YouTube yang saya kira banyak penonton ataupun pendengar. Yang mana nama YouTubenya adalah ZRA Stream. Saya cukup kagum dari segi kepetahan dia berbicara. Dari segi kebijaksanaan dia melontarkan pandangan dan pendapat. Dari segi mendalamnya, pengalaman yang dia ceritakan. Dan pastilah benda lain yang saya suka adalah kesanian. Dia berbahasa Lenggok, bahasa beliau memang memukau. Dan kadang-kadang saya sedikit semayang mungkin bagaimana inspirasi saya untuk menulis semula di dalam blog ini. Mungkin cuba berusaha untuk mencari perasaan yang telah lama tertinggal. Jadi dalam buku ini saya ingat bila saya baca tulisan pada bahagian belakang sekali. Saya kira saya memang terpaku dan kagum. Berikut kata Zainal Rashid Ahmad, ZRA. Hidup bukan selalu mengenai melihat masa depan yang hebat. Hidup juga untuk merasai hari ini yang menyakitkan. Rasa kalah hanya menghantar kita pulang ke ruang kenangan. Tempat untuk mengutip semula segala kekuatan masa lalu. Tanpa dirancang, kita terlihat kehidupan manusia dalam bilik-bilik sempit. Kita ternampak puluhan anak-anak kecil bermain di pedestrian jalan. Begitu banyak kedukaan.
Tak kurang juga ada juga slogan dia yang ketika dia bercakap antara video yang keluar mungkin di TikTok ataupun di YouTube adalah frasanya Berdamai dengan masa lalu Sebelum ni sebenarnya saya ingat nak kongsikan juga bagaimana ada satu pempengaruh ataupun influencer namanya Alif Sattar bertanggungjawab ataupun mengajak ramai orang untuk kempen subuh seperti Soled Jumaat
Dalam satu wawancara dengan Alif Sattar, Alif Sattar memberitahu bahawa dia ditanya apakah komen beliau tentang mungkin Alif Tiga yang ada kontroversi dengan Aisyah Hidjana, kawin lagi satu. Jawapan Alif Sattar sebenarnya adalah berkaitan dengan Aib. Dia pun tidak berminat untuk membicarakan tentang Aib orang lain sebab setiap orang mungkin ada Aib masing-masing. Dia pun risau sekiranya Aib dia digembar-gemburkan sebagai contoh. Perkara-perkara yang menyakitkan, perkara-perkara yang memalukan, dan mungkin masih lagi memberikan kesan sehinggalah ke hari ini. Dan mungkin itu yang kita akan cuba buat setiap hari adalah kita akan sentiasa mungkin cuba untuk berdamai dengan masa lalu.
Pada situasi yang lain pula, dalam sebuah masjid yang mana saya sempat untuk solat zuhur, walaupun sebenarnya itu pun bagi ke masjidlah satu benda yang jarang buat saya, di satu sudut saya terlihat seorang umat Islam nampak dari jauh seperti seorang Cina sedang duduk, tunduk menunggu waktu zuhur dan cuma hati saya terdetik. Mudah-mudahan agama Islam akan bertambah subur di bumi Malaysia, tetapi dalam masa yang sama bertanya kepada diri sendiri apakah kita telah cuba buat yang terbaik untuk kita mencapai Reda Allah dan dapat dimasukkan ke dalam syurga. Apakah kita sudah banyak membuat kebajikan dalam dunia ini?

Tuesday, January 9, 2024

Generasi Baru

 Nampak anak yang sulung ada tulis dekat dalam satu kertas senarai lagu. Lagu pula tanya dekat Google Nest, Google Nest Mini, apa lagu yang ada. So, siap buat tajuklah lagu tersebut, lagu bahasa Inggeris dan Arab. Point di sini adalah, kadang-kadang rasa kagum dan tertarik seolah-olah macam apa yang dia pelajari - sama ada di sekolah, mungkin ada juga belajar di rumah membawa kepada minat untuk menulis, minat untuk mencatat sesuatu. Mudah-mudahan dapat membuka lagi pintu-pintu pada masa akan datang.

Berkaitan pendidikan untuk anak - terlintas baru-baru ni ada tonton satu video YouTube cerita tentang Dr. Jason Leong. Dia seorang doktor yang kemudiannya menjadi komedian. Dia juga pernah baru-baru ni ada kontroversi Apabila dikaitkan dengan Jocelyn Chia - comedian ataupun warga Singapura yang mengutuk kejadian peristiwa MH370.

Dr. Jason Leong dalam satu video YouTube yang saya baru tengok ni dia menceritakan tentang bagaimana dia nak berpindah daripada Perth, Australia ke Singapura. Antara sebab utama adalah supaya anak dia mendapat pendidikan yang baguslah di Singapura. Jadi memang ada juga kisah-kisah lain seperti ini di mana Malaysian menghantar anak belajar di SIngapore. Saya ada membaca, ada follow The Work Salaryman di mana pelukis dia adalah seorang rakyat Malaysia - dan sekarang ada di Singapura. Dia punya mak ayah memang Malaysian dan sejak kecil dia tinggal di Johor Baru. Dia ni memang pagi-pagi bangun seawal tak ingatlah 3 ke 4 pagi dia kena naik bas untuk pergi ke Singapura dan benda tu lah yang dia buat setiap hari.

Berdasarkan pengalaman saya pula,menentukan pendidikan untuk anak memang dilema. Ketika anak saya bakal masuk ke darjah satu persekolahan, saya pun memang mencari. Saya memang membandingkan sistem pendidikan sekolah rendah di Malaysia. Ada saya dengar kawan saya pergi hantar anak ke sekolah Cina dan untuk di Melaka ni sebenarnya bukan satu benda yang jarang berlaku di mana orang Melayu pun memang menghantar anak mereka ke sekolah Cina.

Dalam kajian tu pun ada juga saya melihat-lihat International school yang ada dekat Melaka. Ada juga bertanya kepada saudara-mara bagaimana - bagus ke sebenarnya international school.

Tapi kadang-kadang dia melihat kepada situasi kita yang sudah berada di sini. Kalau ada pun international school yang berdekatan tempatnya mungkin jauh dan dengan jauhnya itu akan datang dengan pelbagai kos yang lain seperti kos pengangkutan, kos masa, kos tenaga.

Mungkin jika ke sekolah jarak dekat - dalam masa yang singkat dapat menghantar - ibu ayah ada masa yang lebih dengan anak-anak. Kadang-kadang benda tu subjektif.

Ibu ayah mungkin sebenarnya tidaklah patut hanya mengharapkan sekolah yang memberikan ilmu pengetahuan. Ibu bapa sendiri pun perlu mengambil langkah proaktif dan itu pun situasi berbeza - sebab ada yang mungkin kurang dari segi kedudukan kewangan, mungkin ada yang lebih. Jadi kita semua akan dipertanggungjawabkan berdasarkan kemampuan kita masing-masing.

Cuma kalau bagi saya, saya mungkin ada kelebihan sedikit maka adalah aktiviti-aktiviti petang yang dihantar - kelas memanah ke, kelas berenang ke, kelas seni, programming dan lain-lain. Jadi itu semua adalah antara usaha kita nak cuba bagi exposure ataupun pendedahan kepada anak.

Berkaitan penerahan kepada anak-anak, apakah perkara yang sepatutnya kita ajar kepada anak-anak? Terlintas satu video dalam minda - berkaitan dengan apakah kriteria paling utama yang akan menjadi faktor utama kejayaan seseorang pada masa hadapan. Yang mana kejayaan itu mungkin dinilai dari sudut kewangan dalam dunia materialistik pada masa kini lah.

Angela Duckworth dalam satu TED Talk, yang mana dia menekankan kepentingan grit. Jadi grit ni apa? Grit ni tak silap adalah persistence, passion, persistence, kemampuan untuk meneruskan sesuatu dan tidak berputus asa. Jadi itulah benda yang utama. Macam mana nak melatih benda tu? Saya ingat tu adalah satu persoalan yang sukar lah. Ianya mungkin perlukan kepada contoh teladan yang baik. Itulah yang bagi saya adalah kalau kita nak achieve sesuatu dalam diri anak-anak - 'grit' pastinya adalah salah satu. Dan dalam masa yang sama - minat untuk belajar. Tak kisah apa-apa pelajaran ataupun ilmu sekalipun.

Juga agar menjadi seorang yang resourceful. Daripada ilmu pengetahuan tersebut dapat menukarkan sesuatu situasi ataupun keadaan berdasarkan kepada apa yang dia ada, apa yang dia miliki, apa yang dia pelajari - kepada sesuatu yang bermakna, berguna kepada orang ramai.

Bagaimana pula untuk mengenali di mana kekuatan dan minat anak-anak? Kita mungkin hanya dapat membentuk ataupun mengenalpasti berdasarkan kepada ilmu dan pengalaman yang kita ada. Dari sudut pandangan saya sendiri, antara benda yang saya suka pegang untuk menilai seseorang adalah contohnya daripada segi personaliti. Dan saya sangat berpegang kepada personaliti oleh Myers-Briggs yang mana menekankan ada 16 jenis personaliti dan personaliti itu memang daripada sejak kecil lagi sudah ada. Tinggal sama ada kuat ataupun lemahnya personaliti itu berdasarkan kepada type-type yang ada bergantung kepada sejauh mana kanak-kanak ataupun individu itu mengenalpasti personaliti dia sendiri dan juga 'nurture' - pengaruh daripada persekitaran.

Itu hanyalah salah satu konsep dan dalam memahami personaliti sebenarnya, kita tidaklah menganggap sebahagian jenis personaliti itu buruk dan sebahagian lagi adalah lebih baik. Itu adalah benda yang akan ada pros and cons, akan ada kelemahan dan kekuatan masing-masing.

Saya ada seorang kawan juga yang pernah bekerja bersama-sama dan dia ada memberikan satu konsep yang sukar untuk dilupakan. Ayah saya pun pernah juga memberikan konsep sebegini iaitu kita sebagai ayah ataupun ibu bapa, bila kita ada anak, kita nak anak kita jadi lebih baik daripada kita. Yang kawan saya ni kata, kalau ayah ataupun mak tu adalah accountant, maka dia cuba ajar anak dia untuk jadi accountant yang bagus, yang lagi hebat daripada dia.

Mungkin ada satu argument di situ di mana kita tidak sepatutnya menghala ataupun memaksa anak untuk career-career tertentu. Ya, betul. Tetapi, dalam erti kata lain, mungkin sebenarnya memberikan pendedahan seawal mungkin, memberikan batu loncatan-batu loncatan yang akan memberikan advantage ataupun kelebihan kepada kanak-kanak itu sekiranya dia ingin menceburi karier ibu bapanya pada masa akan datang - saya rasa itu adalah satu benda yang bagus.

Dalam masa yang sama juga, jika dilihat daripada perjalanan hidup saya, apakah sebenarnya yang membuatkan saya suka nak belajar? Adakah kegembiraan apabila mempelajari sesuatu membuka ruang pemahaman yang lebih besar tentang dunia? Mungkin itu salah satu. Tapi, tidak dinafikan juga kejayaan dalam mendapat antara tempat yang teratas seawal daripada mungkin tadika lagi memberikan motivasi untuk terus berada dalam kelangan yang teratas.

Itu dilihat dari sudut konteks peperiksaan. Walaupun itu pun boleh jadi satu argumen perbahasan yang lain. Apakah sistem peperiksaan adalah sistem yang bagus? Jadi, dalam erti kata lain, tidak dinafikan sebenarnya jika seseorang kanak-kanak itu mendapat satu batu loncatan, advantage akan memberikan satu keyakinan, confidence dan diharapkan dapat menjadi 'catalyst' atau pemangkin dalam dia nak meneruskan pembelajaran, meneruskan perjuangan dia dalam hidup, memilih kerjaya apa yang dia mahukan pada masa akan datang dan menjadi lebih baik daripada kita yang generasi sebelumnya.