javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Wednesday, February 22, 2012

Bukan sekadar senyuman

Buat mereka yang di luar sana, seperti juga aku yang sangat tak faham dengan dunia yang kompleks ini.
dipetik dari http://dingin.blogspot.com/2007/07/bukan-sekadar-senyuman.html

*************************************************************************

"Aku rasa dia tidak mencintai aku." Dia sugul.

"Jadi kamu sugul kerana itu?" tanyaku sambil buat-buat sugul.

"Bukan," jawab perlahan. Wajahnya kelihatan berubah, mungkin hairan melihat wajah sugul aku yang dibuat-buat tetapi tidak menjadi.

"Jadi?" tanyaku lagi. Aku rasa dia tahu aku sengaja buat-buat sugul. Jadi aku alihkan pandanganku daripada dia.

Dia diam. Aku kira dia akan diam 5 minit seperti drama korea. Tapi hanya untuk 30 saat.

"Aku sugul kerana dia melayan aku dengan baik." Temanku kembali sugul.

"Jadi?" tanyaku lagi buat kali ke-3.

"Mengapa dia perlu melayan aku dengan baik, hingga membuat aku merasakan hidup aku punyai warna-warna lain selain hitam dan putih jika dia tidak mencintai aku," katanya tanpa malu-malu lagi meluahkan rasa jiwangnya.

"Jadi kamu sugul kerna dia melayan kamu dengan baik, tetapi layanan dia itu tidak bermaksud dia cinta dan kerana itu kamu sugul." Aku kira semakin memburukan keadaan dengan persoalan yang berbelit-belit.

Dia mengerutkan dahi. Mungkin berfikir aku bilang apa tadi. hahaha.

"Hurm..ya, aku sugul kerana dia seperti cuba mempermain-mainkan aku. Mengapa perlu melayan aku seperti kekasih. Tidak bolehkah dia melayan aku seperti orang lain sahaja." Dia merenung aku, seolah meminta aku mengiyakan sahaja pendapat dia. Tetapi hari ini mood aku kurang elok. Hehehe.

"Dia tidak salah. Kamu yang salah. Kerna kamu berburuk sangka dengan dia. Aku tanya kamu, kamu pernah luahkan rasa hatimu pada dia?" tanyaku.

"Tidak." Dia menjawab perlahan.

"Jadi bagaimana dia tahu kamu mencintai dia. Kamu kata dia melayan kamu seperti kekasih. Layanan yang bagaimana?" Aku semakin menembak banyak persoalan.

"Dia menghantar sms, dia bertanya khabar. Dia meminta maaf sekiranya lambat balas sms. Dia beri emel. Dia YM. Dia berikan saya hadiah hari lahir. Dia buat saya tersenyum," katanya lagi sambil tersenyum menyebut perkataan tersenyum. Aneh.

"Aku rasa, bagi semua yang diperbuat itu perkara biasa. Cuma yang luar biasanya adalah perkara yang dia buat itu membuat kamu tersenyum dan kamu merasakan orang yang membuat kamu tersenyum itu adalah orang yang mencintai kamu." Aku berhenti sebentar. Menarik nafas sambil terignat akademi al -Quran. Berkenaan cikgu taranum yang mementingkan tempat berhenti bagi mengambil nafas. heh.

"Jangan menganggap seorang yang membuat kamu tersenyum itu seorang yang mencintai kamu. Tetapi yakinlah, dia menyayangi kamu. Dan paling utama, dia selesa dengan kamu. tetapi cinta itu berbeza," kataku menyudahi ayatku tepat pada nafas yang terakhir.

"Jika orang itu menyayangi aku, selesa dengan aku, bagaimana pula cinta boleh berbeza, sehingga dia tidak mencintai aku." Giliran dia pula yang bertanya.

"Dia adalah sahabat. Sahabat yang kamu perlu jaga kerana dengan dia kamu boleh berharap jika kamu tempuhi saat sukar nanti. Berkenaan cinta pula, cinta bukannya bermakna senyum sepanjang masa. Cinta adalah berkenaan cemburu, rajuk dan air mata. Tetapi kamu tadi tidak pernah sekali menyatakan dia membuat kamu rungsing dengan rajuknya, dengan cemburunya, dengan air matanya. Dia hanya membuat kamu tersenyum sepanjang waktu. Hanya diri kamu sendiri yang membuat kamu sugul. Jadi kamu jangan sia-siakan dia hanya kerana kamu ingin dia menicntai kamu. kamu perlu bersyukur, kamu masih punyai seorang sahabat yang masih mampu membuat kamu tersenyum."

AKu cuba tersenyum pada lafaz akhirku. Nyata aku gagal. Aku keputusan nafas.

Dia pula tersenyum apabila membaca meseg daripada hp nya.



2 comments:

norashikin rahmat said...

mudah. penulis asal menulis perbezaan dua perkara ini dengan jelas dan sangat baik.

dan.. dalam betul maksud ayat ni..
"AKu cuba tersenyum pada lafaz akhirku. Nyata aku gagal. Aku keputusan nafas. Dia pula tersenyum apabila membaca mesej (dibetulkan ejaan) daripada hp nya."

Maher said...

yup. mudah nk faham. dgn ni boleh lah tahu perbezaan suka biasa2 dan cinta.

tp mcm mana dgn ayat last tu? ap yg dalamnya..lol

tp sy cube baca balik..org yg menerangkan tu lebih brpengalaman, lebih terasa sakitnya kot...sedangkan org yg bertanya tuh lngsung tk faham dn tk kisah...mmg bkn seorg pencinta. cmtu kot