javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Tuesday, February 28, 2012

Doa, Tingkatan-tingkatan Latihan Diri dan Mata Hati



Hanya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi antara perkara-perkara menarik yang diperoleh dalam beberapa hari yang lepas. Juga dalam usaha mengurangkan bilangan tab di google chrome. (sudah lama dibiarkan, sebab ingin mengulas tentang setiap perkara, tapi nampaknya memang tak dapat).


Doa

Saya terbaca artikel di http://ilmuanmalaysia.com/2012/02/26/berdoalah-nescaya-akan-dikabulkan/
dan dalamnya saya temukan hadis yang tak pernah saya jumpa sebelum ini.

“Doa seseorang senantiasa akan dikabulkan selama dia tidak berdoa untuk perbuatan dosa ataupun untuk memutuskan tali silaturahim dan tidak tergesa-gesa.”

Seorang sahabat bertanya; ‘Ya Rasulullah, apakah dimaksud dengan tergesa-gesa? Rasulullah SAW menjawab: ‘Tergesa-gesa adalah apabila orang yang berdoa itu berkata; ‘Aku telah berdoa dan terus berdoa tetapi belum juga dikabulkan’. Setelah itu, dia berasa putus asa dan berhenti berdoa.” (HR Muslim)

Marilah kita renungkan. Adakah kita orang yang tergesa-gesa?


Tingkatan atau 'level; dalam melatih diri

Video di bawah adalah penerangan oleh Nouman Ali Khan dalam mengulas satu daripada ayat-ayat Al-Quran. Ternyata kupasannya sangat cantik.



"So whatever thing you have been given - it is but [for] enjoyment of the worldly life. But what is with Allah is better and more lasting for those who have believed and upon their Lord rely. And those who avoid the major sins and immoralities, and when they are angry, they forgive."
(As-Shura: 36-37)


1.Mempercayai bahawa segala sesuatu yang diberikan kepada anda, adalah hanya kesenangan untuk anda gunakan (mata') ke arah matlamat yang lebih tinggi, apa yang di sisi Allah adalah lebih elok dan lebih kekal. Untuk seseorang itu merasakan bahawa apa yang ada di sisi Allah adalah lebih kekal dan lebih baik, memerlukan iman dan tawakkal (percaya bulat kepada Allah)

2. Menjauhi dosa-dosa besar. Ini adalah benda yang lebih utama, dalam hidup sentiasa ada prioriti.

3. Menjauhi perkara-perkara keji (fawahish = inability to control your temptations).

4. Mengawal kemarahan.(Marah pada asalnya adalah disebabkan terikat dengan kesenangan2 dunia yang disebutkan sebelumnya. Dan jika seseorang itu melakukan fawahish, iaitu tidak dapat mengawal diri dari perkara-perkara yang diingini, maka sah-sah lah dia tidak akan dapat menahan marahnya. Maka mempunyai self control adalah step pertama sebelum dapat mengawal kemarahan.)


5. Memaafkan apabila marah. ( Seseorang itu pada tahap ini dia berjaya menahan marahnya, namun diberitahu jalan bagaimana dia boleh mencapai tahap yang lebih tinggi. iaitu, sekalipun dia berasa marah, dan berjaya mengawalnya, dia memaafkan perkara yang membuatnya marah)


Mata Hati



Mungkin sebenarnya kita rasa hidup kita dah cukup teruk, tapi apa yang dilalui oleh orang lain adalah lebih dahsyat lagi.

Siapalah kita nak 'demand' lebih, nak rasa resah pada nikmat yang kita rasa kurang.

Sunday, February 26, 2012

Feri Terakhir


Dah lama tak recommend cerita melayu. Antara cerita yang best ditengok adalah Feri Terakhir.

Pelakon: Azad Jasmin, Eira Syazira, Maimon Talib, Nuremy Ramli



Boleh tengok online di http://www.malaymoviesfull.net/2012/02/feri-terakhir.html

Cerita mengisahkan tentang seorang cacat yang mencari makna hidup dalam cinta walaupun ditentang oleh orang kampung yang busuk hati. Ok ewww dan lol sebab tetiba rasa ayat tuh kondem cerita ini pula.

"Kalau aku, dah lama dah amik Nuremy Ramli (Suria) daripada Eira Syazira (Aisyah). Apa benda yang susah sangat?"
-tak tahu sape cakap


Di kesempatan ini ingin lah memetik kata-kata daripada facebook Nisrin Insyirah yang banyak memuatkan kata-kata best.

"Sometimes you have to stop looking for what's not there, and just focus on what's in front of you."

Jadi seriously memang kau patut amik Suria daripada menunggu Aisyah tuh. Duh.






diambil dari sini

Seriously, muka dia macam seseorang. Duh sekali lagi.

Wednesday, February 22, 2012

Cinta-Nya tersembunyi di sebalik kalam-Nya


Dia tak dapat dilihat, penglihatan kita tak mampu nak mencapainya.
Dia menghijab kita dari rahsia-rahsia agung itu, dari pengetahuan tentang yang ghaib tapi Dia juga ingin dikenali.
Maka diutusNya rasul, diturunkanNya Alquran.



Cinta-Nya diselitkan dalam penciptaan langit dan bumi.
Cinta-Nya juga tersembunyi di sebalik kata-kataNya .

Pada ayat ini, kita melihat bukti cinta-Nya kepada Nabi Muhammad sallalahualaihiwassalam.

"Ia memasamkan muka dan berpaling"
(Abasa, 80:1)


Tapi macam mana? Satu ayat je pun.

Ayat tuh guna kata ganti diri ketiga. 'Dia'. 'Dia' bermuka masam. Dalam hidup ni, takkanlah kita tak pernah dengar orang cakap macam tu kat kita, atau kita buat macam tu kat orang lain. Kita nak jaga hati orang yang rapat dengan kita, tapi dalam masa yang sama, kita nak tegur dia.

Maka kita pun kata, " Ada orang tu kan, 'dia' hari tuh tak ingat pun nak bawak payung. 'Dia' boleh lupa nak beli barang yang kita pesan? 'Dia'/ orang tu pergi rendam pinggan sekali dengan bekas minyak...memang susah giler nak tanggal!" ok contoh la semua tuh.

Apa lagi yang dimaksudkan dengan kehalusan menegur seseorang begitu rupa, jika bukan cinta.

Jangan kita lupa, inilah dia insan pilihan, yang Allah hantarkan malaikat kepadanya menawarkan untuk merapatkan kedua-dua gunung bagi melicinkan seluruh penduduk Taif...sebab mereka telah benar-benar melukakan kekasihNya.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Az-zumar, 39:53)

Pada ayat ini, Allah menyuruh Nabi Muhammad sallalahualaihiwassalam (atau boleh merujuk kepada para pendakwah, orang2 baik yang baca Alquran ni) supaya cakaplah kat orang2 yang berdosa, melampaui batas, yang sah-sah la ramai di antaranya jarang baca quran (jadi ayat ni tak sampai kat diorang)...sampaikan kepada mereka bahawa janganlah mereka berputus asa. Dan apa panggilan yang Allah beri kat orang-orang yang berdosa ini? Hamba-hambaKu.

Seorang ayah bisa membuang anak yang memalukan keluarga, memutuskan hubungan tali kekeluargaan dengan anak tersebut hanya disebabkan mungkin satu perkara kecil. Tapi Allah tidak begitu. Selagi tidak menyekutukanNya, berapa besar pun dosa, maka ketahuilah pengampunanNya lebih besar lagi. Kamu, tetap hamba-Nya walau apa pun yang berlaku. Adakah jika kamu (atau kita) melakukan kesilapan yang besar, Dia akan membuangmu? Tidak mengiktiraf kamu lagi sebagai hamba-Nya, lalu menyerahkan kamu kepada iblis, musuh kamu sendiri?

Ketika kamu membuat kesilapan, Dia memberikan kamu masa dan penangguhan. Dia tidak menyegerakan siksaanNya kepadamu.
Siapakah yang dapat mengampunkan dosa-dosa jika bukan Dia.

*************************************************************


Harapnya kita dapat belajar lebih banyak lagi. Mempelajari bahasa Arab, dan kemudian memahami apa yang ingin Allah sampaikan kepada kita. Selalu memerhatikan ayat-ayatNya. Agar ketika menjalani hidup, berdepan dalam apa jua keadaan - biar sedih, gembira, bingung, bosan....akan ada ayatNya yang terlintas dalam benak fikiran kita, bersesuaian dengan tempat dan waktu.

Allah lah yang mendidik orang-orang beriman. CelupanNya. Sibghah Allah.

dari sini
Menurut ulama tafsir tersohor Imam al-Razi, Islam dinamakan sibghah Allah atau acuan Allah kerana berdasarkan dua sebab; iaitu pertama, seperti acuan, Islam itu mesti meresap dan bersebati hingga membekas ke lubuk hati yang paling jauh dan dalam. Kedua, seperti acuan juga, Islam itu mampu membentuk dan menjana manusia menjadi Muslim yang memiliki jatidiri, peribadi dan citranya yang khas kerana iman dan ketundukannya yang pemuh tulus ke hadrat Allah.


Mudah-mudahan, jiwa kita adalah jiwa orang-orang yang beriman itu. Jiwa orang-orang beriman, dipermudahkan untuk memupuk kecintaan terhadapNya, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, para Rasul-Nya; memperbaiki dan menambah amalan kita. Menjadikan Alquran dan sunnah sebagai pegangan hidup kita sehingga tercerna dalam seluruh tindak tanduk kita. Sehingga kita berani mengangkat pedang mempertahankan kebenaran keranaNya. Mencintai untuk melihat wajahNya lebih dari kenikmatan-kenikmatan lain di syurga. Sehingga boleh benar-benar berjanji bahawa kita adalah orang itu yang melakukan jualbeli dengan Allah - jual beli di mana Allah membeli jiwa dan harta orang-orang beriman.

"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. "
(Al-Ahzab, 33:23)

Bukan sekadar senyuman

Buat mereka yang di luar sana, seperti juga aku yang sangat tak faham dengan dunia yang kompleks ini.
dipetik dari http://dingin.blogspot.com/2007/07/bukan-sekadar-senyuman.html

*************************************************************************

"Aku rasa dia tidak mencintai aku." Dia sugul.

"Jadi kamu sugul kerana itu?" tanyaku sambil buat-buat sugul.

"Bukan," jawab perlahan. Wajahnya kelihatan berubah, mungkin hairan melihat wajah sugul aku yang dibuat-buat tetapi tidak menjadi.

"Jadi?" tanyaku lagi. Aku rasa dia tahu aku sengaja buat-buat sugul. Jadi aku alihkan pandanganku daripada dia.

Dia diam. Aku kira dia akan diam 5 minit seperti drama korea. Tapi hanya untuk 30 saat.

"Aku sugul kerana dia melayan aku dengan baik." Temanku kembali sugul.

"Jadi?" tanyaku lagi buat kali ke-3.

"Mengapa dia perlu melayan aku dengan baik, hingga membuat aku merasakan hidup aku punyai warna-warna lain selain hitam dan putih jika dia tidak mencintai aku," katanya tanpa malu-malu lagi meluahkan rasa jiwangnya.

"Jadi kamu sugul kerna dia melayan kamu dengan baik, tetapi layanan dia itu tidak bermaksud dia cinta dan kerana itu kamu sugul." Aku kira semakin memburukan keadaan dengan persoalan yang berbelit-belit.

Dia mengerutkan dahi. Mungkin berfikir aku bilang apa tadi. hahaha.

"Hurm..ya, aku sugul kerana dia seperti cuba mempermain-mainkan aku. Mengapa perlu melayan aku seperti kekasih. Tidak bolehkah dia melayan aku seperti orang lain sahaja." Dia merenung aku, seolah meminta aku mengiyakan sahaja pendapat dia. Tetapi hari ini mood aku kurang elok. Hehehe.

"Dia tidak salah. Kamu yang salah. Kerna kamu berburuk sangka dengan dia. Aku tanya kamu, kamu pernah luahkan rasa hatimu pada dia?" tanyaku.

"Tidak." Dia menjawab perlahan.

"Jadi bagaimana dia tahu kamu mencintai dia. Kamu kata dia melayan kamu seperti kekasih. Layanan yang bagaimana?" Aku semakin menembak banyak persoalan.

"Dia menghantar sms, dia bertanya khabar. Dia meminta maaf sekiranya lambat balas sms. Dia beri emel. Dia YM. Dia berikan saya hadiah hari lahir. Dia buat saya tersenyum," katanya lagi sambil tersenyum menyebut perkataan tersenyum. Aneh.

"Aku rasa, bagi semua yang diperbuat itu perkara biasa. Cuma yang luar biasanya adalah perkara yang dia buat itu membuat kamu tersenyum dan kamu merasakan orang yang membuat kamu tersenyum itu adalah orang yang mencintai kamu." Aku berhenti sebentar. Menarik nafas sambil terignat akademi al -Quran. Berkenaan cikgu taranum yang mementingkan tempat berhenti bagi mengambil nafas. heh.

"Jangan menganggap seorang yang membuat kamu tersenyum itu seorang yang mencintai kamu. Tetapi yakinlah, dia menyayangi kamu. Dan paling utama, dia selesa dengan kamu. tetapi cinta itu berbeza," kataku menyudahi ayatku tepat pada nafas yang terakhir.

"Jika orang itu menyayangi aku, selesa dengan aku, bagaimana pula cinta boleh berbeza, sehingga dia tidak mencintai aku." Giliran dia pula yang bertanya.

"Dia adalah sahabat. Sahabat yang kamu perlu jaga kerana dengan dia kamu boleh berharap jika kamu tempuhi saat sukar nanti. Berkenaan cinta pula, cinta bukannya bermakna senyum sepanjang masa. Cinta adalah berkenaan cemburu, rajuk dan air mata. Tetapi kamu tadi tidak pernah sekali menyatakan dia membuat kamu rungsing dengan rajuknya, dengan cemburunya, dengan air matanya. Dia hanya membuat kamu tersenyum sepanjang waktu. Hanya diri kamu sendiri yang membuat kamu sugul. Jadi kamu jangan sia-siakan dia hanya kerana kamu ingin dia menicntai kamu. kamu perlu bersyukur, kamu masih punyai seorang sahabat yang masih mampu membuat kamu tersenyum."

AKu cuba tersenyum pada lafaz akhirku. Nyata aku gagal. Aku keputusan nafas.

Dia pula tersenyum apabila membaca meseg daripada hp nya.



Sunday, February 19, 2012

Percaya

Di bawah ini adalah kisah tentang semangat setiakawan, dan keperwiraan yang sejati.
dipetik dari http://fathiyyah.blogspot.com/2012/01/percaya.html


(Entri ini akan ditulis dengan panjang)




Saudara seiman adalah dirimu
hanya saja dia itu orang lain
sebab kalian saling percaya
maka kalian adalah satu jiwa
hanya saja kini sedang hinggap
di jasad yang berbeda

-al Kindi-



=====================

Asas utama dalam hidup berjamaah yang sekukuh janji adalah kepercayaan.

Umar ibn Al Khattab sedang duduk di bawah sebatang kurma. Serbannya dilepas, menampakkan kepala yang rambutnya mulai teripis di beberapa bahagian. Di atas kerikil dia duduk, dengan cemeti imaratnya tergeletak di samping tumpuan lengan. Di hadapannya para pemuka sahabat bertukar fikiran dan membahas berbagai persoalan.

Ada anak muda yang tampak menonjol di situ. Abdullah ibn 'Abbas. Berulangkali Umar memintanya bicara. jika perbedaan wujud, Umar hampir selalu bersetuju dengan Ibnu abbas. Ada juga Salman Al Farisi yang tekun menyimak. Ada juga Abu Zar Ghifari yang sesekali bicara berapi-api.

Pembicaraan mereka segera terjeda. Dua orang pemuda berwajah mirip datang dengan mengapit pria belia lain yang mereka cekal lengannya.

"Wahai Amirul Mukminin," ujar salah seorang daripada mereka " Tegakkanlah hukum Allah atas pembunuh ayah kami ini! "

Umar bangkit. "Takutlah kalian kepada Allah!" ujar Umar. "Perkara apakah ini?"

Kedua pemuda itu menegaskan bahawa pria belia yang mereka bawa ini adalah pembunuh ayah mereka. Mereka siap mendatangkan saksi dan bahkan menyatakan bahawa si pelaku ini telah mengaku.

Umar bertanya kepada sang tertuduh,

"Benarkah apa yang mereka dakwakan kepadamu ini?"

"Benar wahai Amirul Mukminin!"

"Engkau tidak menyangkal dan di wajahmu kulihat ada sesal!" Umar menyelidik dengan teliti. "Ceritakanlah kejadiannya!"

"Aku datang dari negeri yang jauh, " kata pemda itu. "begitu sampai di kota ini, aku tambatkan kudaku di sebuah pohon dekat kebun milik keluarga mereka. Ku tingggalkan ia sejenak untuk mengurus suatu hajat tanpa aku tahu ternyata kudaku mulai makan sebahagian tanaman yang ada di kebun mereka."

"Saat aku kembali," lanjutnya sembari menghela nafas, " Kulihat seorang lelaki tua yang kemudian aku tahu adalah ayah dari kedua pemuda ini sedang memukul kepala kudaku dengan batu hingga haiwan malang itu tewas mengenaskan. Melihat kejadian itu, aku dibakar amarah dan kuhunus pedang. Aku khilaf, aku telah membunuh lelaki tua itu. Aku memohon ampun kepada Allah kerananya."

Umar termenung.

"Wahai Amirul Mukminin," kata salah satu dari kedua adik beradik itu, "Tegakkanlah hukum Allah. Kami minta qishash atas orang ini. Jiwa dibayar jiwa"

Umar melihat pada pemuda tertuduh itu. Usianya masih sangat muda. Pantas saja dia mudah dibakar hawa amarah. Tapi sangat jelas bahawa wajahnya teduh. Akhlaknya santun. Gurat-gurat sesal tampak jelas membayang di air mukanya. Umar hiba dan merasa alangkah sia-sianya jika anak muda penuh adab dan berhati lembut ini harus mati begitu pagi

"Bersediakah kalian," ucap Umar ke arah pemuda penuntut qishash , " menerima pembayaran diyat dariku atas pemuda ini dan memaafkannya?"

Kemudian pemuda itu saling pandang, " Demi Allah, hai Amirul Mukminin, " jawab mereka. "Sungguh kami sangat mencintai ayah kami. Dia telah membesarkan kami dengan penuh cinta. Keberadaannya di tengah kami takkan terbayar dan terganti dengan diyat sebesar apapun. Hati kami baru tenteram jika had ditegakkan!"

Umar terhenyak. "Bagaimana menurutmu?" tanyanya kepad pemuda sang terdakwa

"Aku ridha hukum Allah ditegakkan ke atasku, wahai Amirul Mukminin" kata si pemuda dengan yakin.
"Namun ada yang menghalangiku untuk sementara ini. Ada amanah dari kaumku atas beberapa benda mahupun perkara yang harus aku sampaikan kembali kepada mereka. Demikian juga keluargaku. Aku bekerja untuk menafkahi mereka. Hasil jerih payah di perjalanan terakhirku ini harus aku serahkan pada mereka, juga memohon redha dan keampunan ayah dan ibuku"

Umar terenyuh. Tak ada jalan lain, hudud harus ditegakkan. tetapi pemuda itu juga memiliki amanah yang harus ditunaikan.."Jadi bagaimana?" tanya Umar

"Jika engkau mengizinkanku, wahai Amirul Mukminin, aku minta waktu tiga hari untuk aku kembali ke daerah asalku guna menunaikan segala amanah itu. Demi Allah, aku pasti kembali di hari ketiga untuk menetapi hukumanku. Saat itu, tegakkanlah had untukku tanpa ragu, wahai Putera Al Khattab. "

"Adakah orang yang bisa menjaminmu?"

"Aku tidak memiliki seorang pun yang ku kenal di kota ini hingga dia bisa kuminta menjadi penjaminku. Aku tak memilki seorang pun penjamin kecuali Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

"Tidak! Demi Allah, tetap harus ada seseorang yang menjaminmu atau aku tak mengizinkanmu pergi"

"Aku bersumpah dengan nama Allah yang amat keras 'adzabnya. Aku takkan menyalahi janjiku"

"Aku percaya. Tetapi tetap harus ada manusia yang menjaminmu!"

"Aku tak punya!"

"Wahai Amirul Mukminin!" terdengar sebuah suara yang berat dan berwibawa menyela. "Jadikan aku sebagai penjamin anak muda ini dan biarkanlah dia menunaikan amanahnya!"
Inilah dia Salman al Farisi yang tampil mengajukan diri.

"Engkau hai Salman, bersedia menjamin anak muda ini?"

"Benar, aku bersedia!"

"Kalian berdua adik beradik yang mengajukan gugatan, " panggil Umar, "Apakah kalian bersedia menerima penjaminan dari Salman Al Farisi atas orang yang telah membunuh ayah kalian ini. Adapaun Salman demi Allah, aku bersaksi tentang dirinya bahawa dia lelaki kesatria yang jujur dan tak sudi berkhianat."

Kedua pemuda itu saling pandang. "Kami menerima," kata mereka nyaris serentak.


**********************

Waktu tiga hari yang disediakan untuk sang terhukum nyaris habis. Umar gelisah tak keruan. Dia mundar-mandir sementara Salman duduk khusyu' di dekatannya. Salman tampak begitu tenang padahal jiwanya di hujung tanduk. Andai lelaki pembunuh itu tak datang memenuhi janji, maka dirinyalah selaku penjamin yang akan menggantikan tempat sang terpidana untuk menerima qishash.

Waktu terus menghambat. Pemuda itu masih belum muncul.

Kota Madinah mulai terasa kelabu. Para sahabat berkumpul mendatangkan Umar dan Salman. Demi Allah mereka keberatan jika Salman harus dibunuh sebagai badal (ganti). Mereka sungguh tak ingin kehilangan sahabat yang pengorbanannya untuk Islam begitu besar itu . Salman seorang sahabat yang tulus dan rendah hati. Dia dihormati. Dia dicintai.

Satu demi satu dimulai dengan Abu Darda' beberapa sahabat mengajukan diri sebagai pengganti Salman jika hukuman benar-benar dijatuhkan kepadanya. Tetapi Salman menolak. Umar juga menggeleng. Matahari terus lingsing ke barat. Kekhawatiran Umar makin memuncak. Para sahabat makin kalut dan sedih.

Hanya beberapa saat menjelang habisnya batas waktu, tampak seseorang datang dengan berlari bertatih dan terseok. Dia pemuda itu, sang terhukum "Maafkan aku," ujarnya dengan senyum tulus sembari menyeka keringat yang membasahi sekujur wajah, "Urusan untuk kaumku itu ternyata berbelit dan rumit sementara untaku tak sempat beristirehat. Ia kelelahan nyaris sekarat dan terpaksa ku tinggalkan di tengah jalan. Aku harus berlari-lari untuk sampai ke mari hingga nyaris terlambat"

Semua yang melihat wajahnya dan penampilan pemuda ini merasakan satu sergapan hiba. Semua yang mendengar penuturannya merasakan keharuan mendesak-desak. Semua tiba-tiba merasa tak rela jika sang pemuda harus berakhir hidupnya di hari itu.

"Pemuda yang jujur," ujar Umar dengan mata berkaca-kaca, "Mengapa kau datang kembali padahal bagimu ada kesempatan untuk lari dan tak harus mati menanggung qishash?"

"Sungguh jangan sampai orang mengatakan," kata pemuda itu sambil tersenyum ikhlas, "Tak ada lagi orang yang tepat janji. Dan jangan sampai ada yang mengatakan, tak ada lagi kejujuran hati di kalangan kaum Muslimin."

"Dan kau Salman," kata Umar bergetar, "Untuk apa kau susah-susah menjadikan dirimu penanggung kesalahan dari orang yang tak kau kenal sama sekali? Bagaimana kau bisa mempercayainya?"

"Sungguh jangan sampai orang bicara," ujar Salman dengan wajah yang teguh, "Bahwa tak ada lagi orang yang mahu saling membahagi beban dengan saudaranya. Atau jangan sampai ada yang merasa, tak ada lagi rasa saling percaya di antara orang-orang Muslim."

"Allahuakbar!" kata Umar, "Segala puji bagi Allah. Kalian telah membesarkan hati umat ini dengan kemuliaan sikap dan agungnya iman kalian. Tetapi bagaimanapun wahai pemuda, had untukmu harus kami tegakkan!"

Pemuda itu mengangguk pasrah.

"Kami memutuskan...." kata salah seorang dari adik beradik pengugat tiba-tiba menyeruak. "Untuk memaafkannya," Mereka tersedu sedan.

"Kami melihatnya sebagai seorang yang berbudi dan tepati janji. Demi Allah, pasti benar-benar sebuah kekhilafan yang tak disengaja jika dia sampai membunuh ayah kami. Dia telah menyesal dan beristighfar kepada Allah atas dosanya. Kami memaafkannya. Janganlah menghukumnya, wahai Amirul Mukminin. "

"Alhamdulillah! Alhamdulillah!" ujar Umar. Pemuda terhukum itu sujud syukur. Salman tak ketinggalan menyungkurkan wajahnya ke arah kiblat mengagungkan asma Allah, yang kemudian bahkan diikuti oleh semua hadirin.

"Mengapa kalian tiba-tiba berubah fikiran?" tanya Umar pada kedua ahli waris korban.

"Agar jangan sampai ada yang mengatakan, " jawab mereka masih terharu, "Bahawa di kalangan kaum Muslimin tak ada lagi kemaafan, pengampunan, hiba hati dan kasih sayang. "


==================


Menutup setelah menghabiskan saki baki bacaan 'Dalam Dekapan Ukhuwah' dengan linangan air mata bersama kisah agung ini.

Empat ratus tujuh puluh dua muka surat
yang sangat bermakna dan begitu membekas dalam jiwa.

Thursday, February 16, 2012

Insaf Dalam Menilai Setiap Insan



Sebenarnya sangat susah untuk menulis. Lebih senang copy paste sahaja. Mungkin itu yang akan dilakukan selepas ini....REBLOG. Saya akan 'Reblog' semua benda yang saya rasakan best, dan mungkin dalam situasi-situasi tertentu, post2 yang saya rasakan mempunyai 'nada' yang sama macam saya.....dengan ini hidup akan menjadi lebih senang. Huuu....


Artikel penuh boleh dibaca di sini :
http://drmaza.com/home/?p=1608

Diri Sendiri

Jika setiap kita merenung kepada dirinya sendiri secara insaf, dia akan tahu dia juga banyak kesalahan dan dosa. Jika tidak dosa zahir, dosa batin; niat dan jiwa yang buruk seperti hasad, buruk sangka, takabur, riyak dan lain-lain. Jika tidak dosa pada perbuatan, dosa pada perkataan seperti mengumpat, memfitnah, menuduh, menjadi ‘batu-api’ dan pelbagai lagi.

Dosa-dosa batin dan perkataan ini kadang kala jauh lebih besar di sisi Allah daripada dosa-dosa peribadi seperti minum arak dan zina. Namun kita sering memandang ringan sedang ia besar. Firman Allah (maksudnya):

“ketika kamu menerima berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka ianya perkara kecil, pada hal di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya”. (Surah an-Nur: 15).

Setiap kita juga ada rahsia keaiban yang tersendiri. Hanya kerana rahmat Allah masih tertutup keaiban itu. Kita berjalan dengan bangga di hadapan khalayak ramai serta merasakan diri suci. Sebenarnya, dalam banyak hal kita tidak suci, cumanya dosa kita tidak didedahkan kepada manusia. Kata al-Imam Ahmad dengan linangan airmata ketika dia dimuliakan: “Kami ini kesian. Jika tidak kerana tutupan Allah, nescaya akan terdedah aib kami”. Demikian tawaduknya imam yang agung itu.

Namun kita, lantaran merasakan diri suci, kita menghukum dan menilai dosa peribadi orang lain berlebihan sehingga seakan kita sunyi dari kesalahan. Dengan satu dosa sahaja, kita dedah dan hina seseorang dengan apa yang Allah sendiri tidak hina sedemikian rupa. Nabi s.a.w memberikan amaran:

“..jangan kamu mencari-cari keaiban orang muslim kerana sesiapa yang mencari keaiban orang muslim Allah akan mendapatkan keaibannya. Sesiapa yang Allah dapat keaibannya, maka didedahkan sekalipun dalam rumahnya”. 
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud/ disahihkan al-Albani)

Al-Imam Muhibb al-Din al-Khatib menyebut:

“Kita kaum muslimin tidak beriktikad kemaksuman seseorang selepas Rasulullah s.a.w. Sesiapa sahaja yang mendakwa kemaksuman seseorang selepas Rasulullah s.a.w maka dia berdusta. Insan itu tetap insan. Terbit darinya apa yang terbit dari insan. Maka, ada padanya kebenaran dan kebaikan. Ada juga padanya kebatilan dan kejahatan. Boleh jadi kebenaran dan kebaikan pada insan tertentu dalam lingkungan yang luas, maka dia dinilai dalam kalangan ahli kebenaran dan kebaikan. Ini tidak menghalang untuk terjadi kepadanya beberapa kesilapan. Boleh jadi kebatilan dan kejahatan pada insan yang lain dalam lingkungan yang luas, maka dia dinilai dalam kalangan ahli kebatilan dan kejahatan. Ini tidak menghalang untuk tercetus dari beberapa cetusan kebaikan pada waktu-waktu tertentu.

Wajib kepada sesiapa yang berbicara mengenai ahli kebenaran dan kebaikan, jika dia tahu mereka ada beberapa kesilapan, janganlah dia rosakkan kebenaran dan kebaikan mereka yang banyak itu. Janganlah dipadamkan segala kebenaran dan kebaikan disebabkan kesalahan-kesalahan tersebut.

Wajib pula kepada sesiapa yang berbicara mengenai ahli kebatilan dan kejahatan, jika dia tahu ada beberapa cetusan kebaikan mereka, janganlah dia kelirukan orang ramai bahawa mereka itu dalam kalangan golongan yang soleh hanya kerana amalan kebaikan mereka yang jarang dan ganjil itu”.
(Tahqiq al-‘Awasim min al-Qawasim, m/s 47. Beirut: Dar al-Jail).

Tuesday, February 14, 2012

Pintu Dunia Tersembunyi

Betapalah membaca kata-kata atau cerita indah, kita tak sedar pun masa berlalu dengan pantas.
Tenggelam dalam saat yang seolah-olah sudahpun menjadi beku.

Teruslah menjadi pintu yang akan membuka dunia-dunia yang tersembunyi di sebalik semua yang tersurat.

Menjadi pintu pertama yang membelah pikiran dan kecerdikan bak kata Ibn Qayyim;
dan yang memandang jauh ke sebalik dunia bentuk-bentuk, menembus hakikat segala sesuatu seperti kata Rumi.

Saturday, February 11, 2012

Lelaki Itu Yang Gagah



....
Saya rasa komik di bawah sangat menyentuh hati, sebab....
entah, saya pun tak tahu kenapa saya rasa tersentuh.



Dipetik dari http://syauqahwardah1209.blogspot.com/2012/01/demi-allah-aku-takkan-menyentuhmu.html




















Friday, February 10, 2012

50 Free Apps We’re Most Thankful For


Sukalah saya ingin letak post berkaitan computer, android atau teknologi secara umum pula di sini. Sebagai satu usaha menjadikan teknologi itu pemudah cara dalam kehidupan kita seharian.

Dipetik dari http://lifehacker.com/5862252/50-free-apps-were-most-thankful-for




50 Free Apps We’re Most Thankful For

As we prepare to give thanks for our delicious Thanksgiving meals (and impending food comas), let's not forget to pay our yearly tribute to the wonderful developers who bring us our favorite free apps.
When we asked you last week which free apps you're most thankful for, you offered hundreds of votes for great apps (so thank you). We're back now to present the top free apps you nominated and a few of our own favorites. So without further ado, here are 50 free apps for your downloading feast.

The 50 Free Apps We're Most Thankful For

  1. Dropbox

  2. Google Chrome

  3. Firefox

  4. Evernote

  5. Notepad++

  6. Skype

    Category: VoIP
    See also: our full Skype coverage
  7. VLC (Video Lan Client)

  8. Gmail

  9. 7-zip

    Category: File Compression
    See also: Hive Five Winner for Best File Compression Tool: 7-Zip
  10. TeamViewer

  11. uTorrent

  12. Spotify

  13. Google Maps

    Category: Maps
    See also: Our complete Google Maps coverage
  14. Google Reader

    Category: RSS Newsreader
    See also: Our complete Google Reader coverage
  15. Google Voice

  16. HandBrake

  17. CCleaner

  18. GIMP

  19. Wordpress

  20. FileZilla

  21. ImgBurn

  22. VirtualBox

  23. KeePass

  24. Launchy

  25. Mint.com

  26. Paint.NET

  27. Rainmeter

  28. Revo Uninstaller

  29. Simplenote

  30. Winamp

  31. XBMC

  32. CyanogenMod

    Category: Android Custom Firmware
    See also: How to Choose the Right Android ROM for You and more CyanogenMod coverage
  33. Eclipse

    Category: Software Development
    See also: Tips for Using Eclipse Effectively
  34. Google Calendar

    Category: Calendar
    See also: Our full Google Calendar coverage
  35. Inkscape

    Category: Image Editing
    See also: Manipulate Vector Images with Open Source Inkscape
  36. LastPass

  37. Linux

    Category: Operating System
    See also: Our complete Linux coverage
  38. Open Office

  39. Opera

  40. Picasa

  41. PuTTY

  42. SoundHound

  43. Thunderbird

  44. Twitter

  45. Wunderlist

  46. TrueCrypt

  47. AutoHotkey

  48. Instapaper

  49. Quicksilver

  50. Pidgin

So those are the 50. Dropbox took the lead again this year with 5.52% of the votes, followed by Chrome with 3.76%, and Firefox with 3.17%. Happy Thanksgiving, everyone!
Photo remixed from an original by RetroClipArt / Shutterstock.