javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Sunday, July 10, 2011

Munajat

Sedang mencari hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku.
Hati tak tenang.
Mungkin disebabkan dosa-dosa yang menghitamkan hati,
hati jadi gelisah tak tentu hala.
Munajat kepada Tuhan tidak sekhusyuk mana pun.
Ujian yang berlaku, harap mematangkan kita.
Ujian, seperti juga perbandingan-perbandingan di dalam Al-Quran,
adalah cubaan. Dengan cubaan itu ada orang akan disesatkan, akan ada juga orang bertambah iman mereka.

Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang makin bertambah iman mereka.




Susah sangat ke nak hidup?
Dunia memang kompleks, tapi keimanan tak sepatutnya kompleks.

Kurniakanlah hati yang lembut, yang pasrah, yang tunduk kepada Tuhan.
Yang mencintai Tuhan. Yang tak akan sekali-kali berlaku lantang di hadapan Tuhan.

Negeri abadi itu adalah kerajaan yang luas. Keinginan-keinginan akan terpenuhi.
Persoalan-persoalan akan terjawab. Mata tidak akan salah memandang lagi, hati tidak akan resah lagi.
Di sisi Tuhan kemuliaan dan kekuatan. Di sisi Tuhan perbendaharaan yang sangat luas.
Tuhan mengetahui segala yang ghaib, hakikat dan tujuan penciptaan benda-benda.
Yang berkehendak, memilih siapakah yang beroleh hidayah dan siapa pun yang tidak.
Pencipta yang menciptakan syurga, juga menciptakan neraka.

Dibangkitkan untuk manusia seorang rasul, manusia sempurna yang dikasihi.
Mengajarkan kepada kita tentang Al-Quran, membersihkan kita, mengajar kita bagaimana untuk hidup.

Haruslah kita mensyukuri segala-galanya.
Nikmat iman, nikmat islam. Nikmat hidup, keluarga, rezeki.
Nikmat keamanan.
Nikmat pengetahuan.
.......kita tidak mampu senaraikan segala nikmat yang ada.

Manusia pelupa, lemah, tamak.
Namun ketaksempurnaan manusia juga adalah sebahagian daripada penciptaan manusia yang sebaik-baik kejadian.
Mungkin dengan kelemahan, manusia akan kembali menghadap Tuhan.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
Kami tak nampak, tak percaya diri.
Dan boleh jadi apa yang kami pegang adalah bayangan semata-mata.

Semoga sentiasa cool, walaupun hati bergelojak. Inilah saatnya, untuk rasa nikmat tenang di saat sekeliling menjadi kacau.

4 comments:

Anonymous said...

we are all subject to the errors of being human

Maher said...

yes, to err is human, to fogive divine.

Sambal Belacan Sedap said...

abg maher! kite saling ingat-mengingatkan yerk..~

Maher said...

yup sambal....marilah kita saling mengingatkan