javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Thursday, July 7, 2011

Kekacauan

Bersih

Jika anda adalah orang saya pernah bagi link-link BERSIH yang serupa macam kat segmen Bersih ini, ketahuilah bahawa saya tak tujukan segmen ini untuk anda. Segmen ini adalah untuk orang-orang yang saya kenal dan mereka tidak tahu. Dan bila saya cakap anda, ertinya awak. Sebab saya pernah bagi link2 di bawah kat anda seorang sahaja.

Ok, first thing first. Saya tak biasa bercakap soal politik di khalayak ramai, dan kalau ikutkan saya tak hendak pun masukkan entri-entri tentang UMNO, PAS, PKR atau DAP dalam blog saya.

Tidak semua orang boleh berfikir, dan tidak semua orang  have what it takes to be a leader



Tapi kali ini, saya rasa saya perlu menulis. Sebab mungkin ada yang tak tahu, jadi di sini saya nak beritahu. Saya tahu pun sebab ada kawan saya beritahu, kalau tidak, saya sampai bila-bila pun tak tahu juga.


Saya bagi link untuk anda baca. Pencari ilmu, pencari kebenaran tolonglah klik. Yang tak nak tahu, malas nak ambil tahu, nak je saya maki kenapa tak nak ambil tahu...tapi mana boleh kita maki-maki orang kan, jadi lu pikirlah sendiri...huhuhu.

http://ibnabiashim89.blogspot.com/search/label/Khawarij
http://ibnabiashim89.blogspot.com/2011/06/polemik-demonstrasi-racun-yang-disangka.html
http://mashoori.wordpress.com/2011/05/10/demonstrasi-dan-akidah/

Antara point-point penting SEBELUM dan SESUDAH anda baca link di atas :

- Sebagai orang islam, perintah Allah, perintah Rasul adalah sesuatu yang wajib kita laksanakan. Larangan Allah dan Rasul adalah sesuatu yang wajib kita tinggalkan. Janganlah kita cuba menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal.

- Kita umat islam. Kita pegang Al-Quran dan hadis. Kalau kita masih tak kenal ayat Al-Quran tu macam mana, hadis tu macam mana, kita kena belajar balik. Dalami ilmu.

- Kita bukan ulama. Dan janganlah kita cuba mengeluarkan pendapat sendiri, mentafsir hadis dan ayat Al-Quran sesuka hati. Apa yang jelas, jelas. Kalau tak disebut dengan jelas dalam Al-Quran dan hadis, baharulah ada ruang untuk khilaf.

- Memang kita manusia yang selalu buat silap. Larangan kita langgar, perintah kita abaikan. Tapi JANGAN SEKALI-KALI kita memberikan alasan-alasan semata-mata untuk membolehkan atau memberikan justifikasi terhadap perbuatan salah kita. Seperti menolak hukum hudud misalnya, mengatakan hukum hudud hanya untuk zaman Nabi adalah bertentangan dengan ajaran islam yang sebenar. Seperti juga soal solat. Allah suruh kita solat, Nabi tunjuk macam mana nak solat, kita ikut je kan? Kita tak kata zaman dulu tak sibuk macam sekarang, jadi tak payah solat. JANGAN. Benda tersebut boleh mengeluarkan kita daripada agama islam.

- Langkah pertama untuk kita memperbaiki kesalahan kita, adalah menyedari kesalahan kita. Selama kita mencari-cari alasan dan tidak mengakui kesalahan kita, maka selamanya kita tidak akan pernah berubah. Sebab kita percaya kita betul. Kita degil, kita keras kepala. Makanya sila berusaha bezakan yang benar dan yang salah. Dan akui kesilapan kita. Sebab mengakui kesalahan adalah pintu pertama dalam nak memperbaiki diri sendiri.


Benda selain bersih

Apa benda selain bersih? Banyak lagi nak cerita.

Tentang musim panas yang membakar kita. Membakar segala-galanya - kesabaran kita, keimanan kita.
Shamelessness. Dan juga distorted definition of real beauty. Semoga Allah membantu kita untuk nampak kepalsuan benda-benda.

Kita akan diuji dan diuji. Dilatih. Tapi kita mesti redha dengan ujian, jika tidak Allah akan murka. Suatu masa nanti, dengan izin Tuhan, kita akan sampai pada tahap ujian yang sebelum ini kita tak expect pun kita boleh lepas. Dah tentu, semuanya dengan pertolongan Allah. Allah, Tuhan yang Memiliki Keagungan, Sebaik-baik Pengurus. Yang Maha Sabar. Yang Lemah Lembut. Yang Pengampun.



Kepada-Nya kita adukan sesalan kita.
Kepada-Nya kita ajukan permintaan dan permohonan, kita adukan kelemahan-kelemahan kita.
Kita miskin, sedangkan Dia Tuhan Yang Maha Kaya.
Kita sakit, sedangkan Dia Tuhan Yang Maha Kuat, Tuhan Yang Memiliki Kerajaan langit dan bumi.
Kita tak punya apa-apa, Tuhan punyai segalanya.
maka bertawakkallah kita kepada-Nya, dan cukuplah Allah bagi kita.

Setiap kali solat kita memujinya, Tuhan Sekalian Alam. Lord of The Worlds. Kita memohon daripada-Nya akan keinginan-keinginan kita, harapan-harapan kita. Kita minta ditunjuki jalan yang lurus. Kita pohon petunjuk, kita pohon pertolongan daripada-Nya.

Kemudian, bersangka baiklah dengan Allah. Allah tidak akan mensia-siakan permohonan hamba-Nya.

Sakit

Kalau kawan kita sakit, keluarga, jiran tetangga ke atau tak kisahlah sesiapa pun yang termasuk dalam orang-orang yang kita sayangi, maka doakanlah mereka dengan doa ini


Boleh juga rujuk link ini : http://abdurrahman.org/seerah/riyad/06/chap145.htm

Jika kita sakit, semoga Allah membersihkan dosa-dosa kita.


Kitab Cinta

Kitab Cinta memang best. Anda boleh pergi ke blog ini untuk membaca penuh puisi yang ada dibacakan dalam drama tersebut.

http://norashikinrahmat.blogspot.com/2011/06/puisi-cinta-seorang-gembala-rindu.html

Kat sini saya hanya petik beberapa sahaja, iaitu :

Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku namun saat ini, kau juga adalah penyakitku.




Maka, biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita.
Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa.
Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, menghadap dan bersujud.
Memalingkan wajah kepadaNya, memberikan segala jiwa kepadaNya.
Dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati,
kerana cinta buatNya akan kekal abadi.


Salam dari Gembala Rindu, Wali.

~~Dari Kitab Cinta.

4 comments:

Anonymous said...

Salam saudara mahir

Terima kasih atas link yang disediakan saudara. Pada mulanya saya agak kakek dengan pernyataan saudara mengenai bersih. Tapi selepas beberapa bacaan mengenai tajuk tersebut, apa yang cuba dinyatakan oleh penulis di dalam blog tersebut pada akhirnya membawa kepada persoalan bahawa bersih itu adalah salah.

Terima kasih. Jzkk.

Salam

Pengembara said...

salam saudara anonymous

sama-sama. mintak maaf kalau ayat saya dalam entri ni agak pening, sebab kalau boleh saya nak orang yang membacanya membuat kesimpulan. lagipun asal-asalnya ikutkan hati ada jugak nak target orang-orang tertentu, tapi memikirkan benda tersebut boleh menghalang orang drpd terus baca atau buka link, jadi dibuang. entri pun jd mcm terabur sket.

sebenarnya boleh tau siapa awak? tak ramai yang nak komen mcm awak ni kat blog saya ni.

norashikin rahmat said...

1)rasanya memang dah lama faham yang demo bukan kaedah Muslim, kerana beberapa perkara basic: waktu solat, & percampuran lelaki perempuan, urusan mukmin yg >banyak daripada masa yang ada.

2)Adakah Kitab Cinta & Sakit juga sebahagian daripada 'kekacauan'?

Pengembara said...

kekacauan, agaknya nk bgtau pasal jiwa kacau.

jiwa jadi kacau memikirkan perselisihan2 yg begitu byk skg ni.
entri ini juga menceritakan tentang jiwa seorang manusia boleh kacau jika org yg disayanginya jatuh sakit.
juga tentang jiwa seorang lelaki yang boleh kacau oleh sebab perempuan...