Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu akbar.
Maha suci Allah. Segala puji bagi Allah. Allah Maha Besar.
Ayat-ayat di atas adalah antara zikir-zikir yang biasa diajarkan kepada kita. Mengakui yang Allah itu Maha Suci, memuji-Nya dan mengakui juga kebesaran-Nya.
Katakanlah anda memang selalu berzikir (atau anda boleh gantikan dengan benda baik yang lain) dan tidaklah anda tunjukkan di hadapan orang lain. Namun tiba satu masa, mungkin kerana semangat anda yang terlalu berkobar-kobar, atau memang takdir Tuhan, orang ramai pun mengetahuilah yang anda ini suka berzikir. Adakah anda ikhlas ataupun tidak? Kadang-kadang orang bertanya, jika tidak dengan mulut sekalipun mereka memandang anda dengan pandangan mata yang khianat dan penuh kehairanan, " Kau ni ada niat lain ke nak berzikir depan aku nih?"
Kawan-kawan, zikir hanyalah lafaz. Perbuatan baik seperti solat misalnya hanyalah pergerakan badan. Tak siapa tahu tentang kekhusyukan hati, ketinggian pengharapan, kepasrahan menghadapi takdir, ataupun dalamnya penyesalan atas dosa-dosa yang dirasakan oleh seseorang ketika dia berzikir, beristighfar, menunaikan solat, bersedekah dan sebagainya. Maka orang yang berbuat baik tadi janganlah sedih bila disangka yang bukan-bukan oleh kawannya, bila dituduh hipokrit ataupun menyamar. Allah dan rasul-Nya lebih tahu.
Kalau kita terserempak dengan orang-orang yang berbuat baik ini pula, janganlah cepat menaruh prasangka, kerana kata Tuhan,
"Wahai orang-orang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka,sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang."
-Al-Hujarat (49:12)-
Dan janganlah kita terlalu memuji kawan kita itu, sebab kadang kala pujian boleh merosakkan seseorang dan menjatuhkan dia ke dalam tahap yang hina sekali. Tetapi sebaliknya doakanlah kawan kita itu kerana dalilnya HR Muslim dan Abu daud dari Abu Darda':
"Tidak adalah seorang Muslim yg berdoa kepada saudaranya (yg tiada disisinya) melainkan Malaikat akan berkata," dan semuga do'a itu juga kembali kepadamu"
(Albani, Sahih aljami' #5737)
Mendoakan kawan kita diberikan lagi kefahaman ilmu yang mendalam semoga nanti bermanfaat juga kepada orang ramai.
Berdoa kepada saudaranya (yg tiada di sisinya). Doa-doa yang dipanjatkan secara rahsia.
Rahsia-rahsia yang seperti ini memupuk kasih sayang yang mendalam, dan juga megukuhkan kepercayaan kita terhadap Tuhan yang sentiasa sahaja mendengar bisikan-bisikan hati.

2 comments:
I read this post in the morning but then in the afternoon i made a mistake(that really related to your post).
Nampak sangat macam saya tak belajar apa-apa daripada post ni..~
ha?? ok saya akui yg saya sedikit tergelak baca komen awak. dan saya tak tahu nak reply apa utk komen awak.
apa yang saya tahu, saya suka komen awak. itu je. tentang apa yang berlaku kat awak hari nih, saya rasa awak sendiri tahu macamana nak selesaikannya. ^^
Post a Comment