Ada apa dengan cinta adalah tajuk sebuah filem Indonesia. Filem tersebut dikatakan sebagai pencetus filem-filem romantis selepasnya di Indonesia. Tapi bezakanlah romantis dengan nilai yang sebenar. Tak banyak benda boleh diterima dalam filem-filem tersebut.
Cinta. Hmm, menarik.
Apa maknanya yang sebenar? Seorang rakan saya pernah menyarankan agar saya tidak berhenti dalam terus mencari cinta dan maknanya. Maka biar saya beritahu kalian apa yang saya fikir tentang cinta.
Saya lebih senang jika cinta ditafsirkan dalam sesuatu yang luar biasa, kerana logik dan kebiasaan hanya dapat membincangkan kesan-kesan cinta ataupun ciri-ciri cinta. Jika logik dan kebiasaan masih ingin mentafsirkan cinta, mereka akan selalu tersilap. Ada kekurangan dalam tafsiran-tafsiran mereka yang tak dapat terpakai dalam banyak keadaan.
Salah satu kata-kata tentang kesan-kesan cinta :
Dipetik dari buku Cinta dan Rindu Menurut Al-Quran dan As-Sunnah karya Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah -
sebahagian ahli balaghah mensifati cinta sebagai berikut : "Ia mendorong penakut menjadi pemberani, orang kikir menjadi dermawan, mencuci pikiran orang yang dungu, menfasihkanlidah orang yang gagap, membangkitkan keinginan orang yang lemah, merendahkan kehormatan para raja, menampakkan kehebatan para pemberani, merupakan pintu pertama yang mebelah pikiran dan kecerdikan, kerananya ada tipu daya yang halus, gejolak menjadi tenang, akhlak dan keperibadian menjadi tertata, ada kegembiraan yang menari-nari dalam jiwa dan kesenangan yang bersemayam dalam hati."
Tafsiran cinta yang saya suka :
Mereka bertanya Al-Hallaj yang di dalam penjara tentang makna cinta. Lalu Hallaj pun menjawab, "Kau akan melihat makna cinta hari ini, esok dan lusa." Lalu hari itu Hallaj dipancung, esoknya badannya dipotong-potong, dicincang-cincang. Lusa abunya diterbangkan oleh angin.
=p Faham?
Hallaj ada kisahnya yang tersendiri, dan ulama-ulama masing-masing memiliki ijtihad mereka.
Ataupun tafsiran cinta oleh Jalaluddin Rumi,
Inilah Cinta: Terbang tinggi ke langit
Setiap saat mencampakkan ratusan hijab
Pertama kali menyangkal hidup ,
Pada akhirnya berjalan tanpa kaki
Cinta memandang dunia telah ghaib
Dan tak mempedulikan yang nampak di mata
…
Ia memandang jauh ke sebalik dunia bentuk-bentuk
Menembus hakikat segala sesuatu.
Sekian, selamat bercinta.
4 comments:
menyebut tentang jalaluddin rumi,teringat kat buku die "asrar-i-khudi" atau dalam bahasa melayu "rahsia-rahsia diri".
Buku ni ialah antologi karya jalaludin rumi dalam bentuk puisi,merangkumi semua aspek kehidupan manusia.
kalau berpeluang,carilah buku ni.konfem tak sia2.ada dalam version bahasa melayu.
-sakinah-
eh tersilap...
buku tu bukan jalaluddin rumi tapi Sir Muhammad Iqbal..
hehe...hidup dalam zaman yang sama..tertukar pulak
Mohammad Iqbal dalam rintihannya, ia berdoa;
Dalam khalayak ramai aku berseorangan,
tiap-tiap orang menyangka dia itu sahabatku,
tetapi tiada siapa yang tahu rahsia di jiwaku,
aku pohonkan dariMU seorang sahabat yang bersimpati
dan mengenal rahsia keadaanku,
seorang sahabat yang dikurniakkan kebijaksanaan,
agar aku boleh letakkan tangisku dalam jiwanya,
dan melihat semula wajahku dalam hatinya.
-asraru khidi-
salam.
never thought that you've a blog...
nice post maher!!
keep it up!
:)
Post a Comment