javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Sunday, March 1, 2009

Mimpi


(pengiktirafanku buat orang-orang yang bermimpi)

Dan mereka bertanya : apa itu mimpi?
Maka biar aku beritahu kalian perihal mimpi.

Mimpi adalah dunia fikiran yang mengasyikkan
ia adalah jalan lurus yang terlorongkan oleh kebenaran.

Bukan namanya mimpi bila kau harus
meraba-raba dalam gelap,
itu kesesatan ;
atau bila kau perlu mengenyitkan matamu
kerana silaunya cahaya
- itu juga bukan mimpi,
tapi kelekaan.

Mimpi boleh jadi malam,
langit penuh bintang
dan kunang-kunang menari girang
mengiringi perjalananmu
bermandikan cahaya bulan.

Mimpi boleh jadi siang,
taman luas, kiri dan kananmu pepohon redup
dan angin membelaimu lembut
saat matahari malu-malu menampakkan cahayanya.

Mimpi itu bukan milik orang-orang yang bongkak,
bangga diri, manusia ego.
bukan juga milik manusia realiti yang gah menyatakan
"aku berpijak atas dunia nyata."

Mimpi itu ada hak atas orang-orang
yang percaya pada janji, yang ikhlas,
yang bersih.

Orang-orang yang bermimpi
bermimpi tentang cinta, adil dan janji

Orang-orang yang bermimpi
menjejakinya pada waktu pagi dan petang
mencarinya siang dan malam.

Mereka ingin kekal dalam mimpi,
dan terus bermimpi.

3 comments:

arif fadilah said...

hummm...nice post bro,

mimpi satu fenomena yg sukar diungkapkan.

mimpi itu kadangkala indah dan kadangkala pula mengecewakan.

terpulanglah kepada kita bagaiman untuk menginterpretasikannya.

mimpi...mimpi..dan terus bermimpi.

Ahmedkzaman said...

wah~~
makin bez post2 maher nih

mimpi juga tidak boleh dijadikan sumber meletakkan suatu keputusan

Pengembara said...

oh ye, betul..betul...
tapi nak cakap pasal benda tuh mmg tk muat dan tak tersusun pulak ayat nanti...tapi, bagus r ko...buat aku fikir, mmg setiap puisi itu ada kelemahan dia....setuju,setuju...

ak nak cakap pasal mimpi, perjalanan jiwa manusia yang mencari Tuhan,tapi mungkin terlalu simbolik, tapi nak cakap mimpi biasa pun boleh jugak.
Aku teringat akan hati Nabi yang walaupun tidur sentiasa terjaga mengingati-Nya, aku ingin mengucapkan penghargaan aku buat mereka yang menyucikan diri mereka, bermujahadah melawan hawa nafsu...tapi aku tak sanggup nak tulis lagi dah.

Tentang mimpi tak boleh dijadikan sumber, boleh rujuk Asas 20 Imam Hassan Al-Banna , dasar ketiga:

"Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mempunyai cahaya dan kemanisan
yang diberikan oleh Allah kepada hati-hati hamba yang dikehendakiNya. Manakala ilham,
lintasan hati, kasyaf dan mimpi tidak boleh dijadikan sebagai dalil hukum syariah."