javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Thursday, February 19, 2009

Tamadun Yang Hilang : Zaman Kegemilangan Islam

Saya bertanya kepada dua orang rakan saya (dalam dua waktu yang berbeza)
“ Apa pendapat kau tentang umat islam sekarang?”

“Berpecah belah.” Yup, jawapan mereka berdua sama.

Kemudian saya bertanya lagi, “Kau percaya tak yang umat islam ni akan bangkit?”
Rakan saya itu kemudiannya dengan yakin dan bernasnya menjawab,
“ Mestila percaya. Takkan tak percaya, itu kan janji Tuhan?”

Saya tidak ingat apa yang rakan saya yang seorang lagi berikan sebagai jawapan, tapi seingat saya, jawapan mereka berdua sama. Mereka sama-sama mempercayai yang umat islam akan bangkit juga suatu hari nanti.

Kemudian saya tanyakan soalan cepu mas kepada mereka (saya benar-benar ingin tahu pandangan mereka),
“ Aku tak tau kalau kau sekadar percaya atau pun benar-benar percaya yang umat islam tu akan bangkit, tapi kalau betullah kau percaya, apa yang kau rasa kau boleh lakukan sekarang? Atau mungkin kau fikir yang umat islam itu akan bangkit tanpa kau ada apa-apa peranan di dalamnya?

Dan jawapan mereka berbeza. Saya juga tidak dapat memberikan jawapan yang konkrit. Caranya tidak penting, kerana kita sama-sama ingin melihat islam itu menjadi sesuatu yang begemerlapan juga suatu hari nanti. Kita pula tidak sewajarnya menetapkan pandangan kita atas orang lain, bahawa cara kita sahajalah yang betul, sebaliknya kita harus berlapang dada menerima perselisihan pendapat atau khilaf dalam perkara ini.

Dalam artikel saya kali ini saya ingin mengajak kita semua untuk bermimpi. Mengenang kembali kisah silam, untuk melihat apa-apa yang kita telah terlepas dalam perjalanan ini.

Maka di sini saya ingin bercerita kepada kalian tetang sebuah tamadun yang hilang dalam lembaran-lembaran sejarah yang disembunyikan.

Perhatikan kata-kata Carly Fiorina, bekas CEO Hewlett-Packard ini tentang apa yang difikirkannya tentang tamadun islam :

The date was SEPTEMBER 26, 2001, here is an extract from her
speech:

I'll end by telling a story.
There was once a civilization that was the greatest in the world.
It was able to create a continental super-state that stretched from
ocean to ocean, and from northern climes to tropics and deserts.
Within its dominion lived hundreds of millions of people, of
different creeds and ethnic origins.

One of its languages became the universal language of much of the
world, the bridge between the peoples of a hundred lands. Its
armies were made up of people of many nationalities, and its
military protection allowed a degree of 1 peace and prosperity that
had never been known. The reach of this civilization's commerce
extended from Latin America to China, and everywhere in between.
And this civilization was driven more than anything, by invention.
Its architects designed buildings that defied gravity. Its
mathematicians created the algebra and algorithms that would enable
the building of computers, and the creation of encryption. Its
doctors examined the human body, and found new cures for disease.
Its astronomers looked into the heavens, named the stars, and paved
the way for space travel and exploration.
Its writers created thousands of stories. Stories of courage,
romance and magic. Its poets wrote of love, when others before them
were too steeped in fear to think of such things.
When other nations were afraid of ideas, this civilization thrived
on them, and kept them alive. When censors threatened to wipe out
knowledge from past civilizations, this civilization kept the
knowledge alive, and passed it on to others.
While modern Western civilization shares many of these traits, the
civilization I'm talking about was the Islamic world from the year
800 to 1600, which included the Ottoman Empire and the courts of
Baghdad, Damascus and Cairo, and enlightened rulers like Suleiman
the Magnificent.

Although we are often unaware of our indebtedness to this other
civilization, its gifts are very much a part of our heritage. The
technology industry would not exist without the contributions of
Arab mathematicians. Sufi poet-philosophers like Rumi challenged
our notions of self and truth. Leaders like Suleiman contributed to
our notions of tolerance and civic leadership.
And perhaps we can learn a lesson from his example: It was
leadership based on meritocracy, not inheritance. It was
leadership that harnessed the full capabilities of a very diverse
population--that included Christianity, Islamic, and Jewish
traditions.

This kind of enlightened leadership — leadership that nurtured
culture, sustainability, diversity and courage — led to 800 years
of invention and prosperity.
In dark and serious times like this, we must affirm our commitment
to building societies and institutions that aspire to this kind of
greatness. More than ever, we must focus on the importance of
leadership-- bold acts of leadership and decidedly personal acts of
leadership.

With that, I'd like to open up the conversation and see what we,
collectively, believe about the role of leadership.



Kadang-kadang kita juga berasa kesal dengan perkara ini. Mereka, orang-orang Barat, orang-orang yang belum pun memilih islam sebagai jalan hidup mereka sendiri dapat melihat keagungan tamadun yang terbina atas dasar-dasar islam. Tapi bukan kita yang menemui perkara tersebut ?

Mulai sekarang, jadikanlah diri kita orang-orang yang mencintai Tuhan. Orang-orang yang merindukan tamadun islam tertegak semula di muka bumi, saat kita takkan lagi dibelenggu di bumi sendiri, dan kita memperoleh kebebasan seluas langit dan bumi.

Untuk mengingatkan kembali harapan yang mungkin pernah kita hasratkan suatu masa dahulu, atau membangkitkan kembali diri kita dari kekecewaan terhadap apa yang berlaku terhadap umat islam abad ini, maka saya ingin memetik kata-kata Syeikh Al-Maududi, dalam kitabnya Syahadatul Haq :

“Semuanya hanyalah umpama awan yang berarak pada musim panas yang tidak berapa lama lagi akan hilang. Kamu akan perhatikan bagaimana dakwah kamu yang benar ini dan akhlak kamu yang tulus ini akan mula mempengaruhi manusia dan akan mula meresap ke dalam hati dan fikiran manusia yang matang. Seluruh alam akan mengakui sifat amanah, bersih dan luhur yang ada pada kamu. Mereka akan menaruh harapan pada kamu dan mengharapkan kamu melayan mereka dengan adil dan saksama. Mereka akan berkeyakinan dengan kamu dan ketelusan kamu ketika berurusan dengan mereka.

Tuan-tuan akan melihat
seluruh manusia akan bersandar kepada kata tuan-tuan. Mereka akan merujuk segala perselisihan mereka kepada kata tuan-tuan dan mereka akan bergantung sepenuhnya kepada tuan-tuan. Pada ketika itu, pemimpin yang kufur dan sesat tiada nilai lagi.

Segala asas falsafah, politik dan ekonomi mereka akan goyah. Segala tipu helah
mereka akan terbongkar apabila berhadapan dengan kejujuran kamu dan cara hidup
kamu yang istiqamah. Segala kebenaran dan kepalsuan, segala yang tiruan dan yang
asli akan dapat dibezakan dengan jelas, dengan perbezaan yang amat ketara.

Segala
kekuatan dan keupayaan yang pada hari ini anda lihat berpihak kepada barisan kufur dan bernaung di bawah panji mereka, anda akan lihat semuanya akan berpecah dan terlerai satu demi satu untuk menyertai barisan Islam dan bernaung di bawah panji
Islam. Hinggalah akan datang suatu masa ketika mana sosialisme sendiri akan merasa
takut di dalam kubu mereka sendiri, takut dengan nasib sendiri. Kapitalisme pula
akan merasa gementar di dalam tanah tumpah darah mereka sendiri, takut mereka
akan lenyap dan kehilangan kuasa. Universiti-universiti di London dan Paris tidak
mampu lagi bertahan sebagai pusat kepercayaan menentang tuhan dan pusat falsafah
kebendaan. Malah tidak wujud lagi mereka yang menyokong fahaman fanatik
perkauman dan semangat kebangsaan yang wujud dalam komuniti Brahma dan
Jerman.”


Mungkin akan tiba masanya nanti dunia akan melupakan Juliet dan akan mengangkat Balqis? Bercerita tentang Balqis, bagi saya Balqis adalah sebuah kisah menarik penuh rahsia yang mungkin akan saya kupas dalam sebuah artikel yang lain selepas ini.

Namun buat masa sekarang, saya ingin agar kita menanamkan perasaan bangganya kita dengan agama yang kita anuti ini.

8 comments:

Yusri said...

it is true...
umat Islam lah yang harus berusaha untuk kebangkitan semula tamadun ISlam yang dahulunye begitu gah di pentas dunia....

Ya Allah,
sesungguhnya kami bermohon kepada Mu Ya Allah, tetapkan lah hati kami ini dijalan Mu YA Allah...
Berilah kami kekuatan dan ketabahan yang kami perlukan .
Berilah kami hidayah Mu yang selama ini kami cari Ya Allah,
Satukanlah kami semua Ya Allah..
Sesungguhnya, kepada Mu sahaja kami meyembah, dan kepada Mu sahaja kami memohon pertolongan.

MMohdSha said...

Salam,

Islam (Ad-Deen) Satu Cara/Sistem Kehidupan.

Manualnya Al-Quran.
Praktikalnya (perlaksanann Al-quran itu) ikut Sunnah Rasulullah.

Pasti Zaman Kegemilangan Islam itu muncul kembali.

Cuba perhatikan surah Al-Fatihah ayat 7.
Ada 3 golongan;
1) Orang2 di beri nikmat - orang yang Allah beri peluang untuk melaksanakan Al-Quran/Islam.

2) Mereka yang yang di murkai.
Dah faham/tahu malahan dah baca sampai khatam pun arahan dalam Al-Quran tu, tapi engkar jugak.
[kafir=kufur=engkar; cuba tanya ustaz maknanya kafir tu]
So, kita ni jangan la dengan mudah melabelkan orang2 yang belum dapat Al-Quran/Islam tu kafir.
Sampaikan dulu Al-Quran/Islam pada mereka sampai faham.
Dah faham tapi mereka masih menolak Al-Quran/Islam, baru kafir(engkar) namanya.

3) Mereka yang sesat.
Tak dapat, atau sengaja tak mahu dapat Al-Quran/Islam sebagai petunjuk.
Ada kompas (Al-Quran) Allah beri 1430H dulu pun tak mau guna.
Serupa kalu ada papan tanda arah, tapi tak mau ikut.
Dah sah sesat jalan yang nak di tuju.

Sedikit perkongsian iktibar bagi diri ini.

Obefiend said...

kamu kata orang barat sedara kan kontribusi islam kepada tamdun. memang. mereka sedar dan kemudian mereka tanamkan kontribusi tersebut. instead they hail the works of their own heroes like Newton,Cavendish and Halley to name but a few. later on when they took over the muslim countries they introduced eurocentric history into the minds of the natives. as aresult the native end up warshipping the contribution of the westerners.

the only way to unify the muslims of the world is to have our own 911. we saw how the 911 incident unified the kuffars to fight us as a unified front. using the pretext of "war on terrorism" they destroyed large swathe of muslim land.

we need one of our own.in fact througout history a cataclysmic event always provide a good focusing lense to rally agroup of people who bicker with each other

the french and the english put aside their difference and fought as one UNIT when Palestine fell to the muslim army. we all know they hated each other with passion.

i dont know what our 911 would be. but i am going to bet my left nut it got something to do with PALESTINE or masjidil aqsa. that is the one common sensitive point in the heart of the muslim psyche

sorry for writing in english. my BM gagal gila. so type aje dalam bahasa ni. lebih mudah

Pencari. said...

Yup, anda semua betul, dan saya bersetuju dengan anda semua. Saya beranggapan pendapat yang pelbagai inilah yang akan jadi kekuatan kita nanti.

Mungkin islam akan bangkit melalui sentuhan hati-hati bersih ikhlas yang benar-benar mengharap kebaikan Tuhan? Atau boleh jadi bila kita mula melihat semula apa yang Tuhan ingin cakapkan kepada kita melalui Al-Quran?

Boleh jadi juga melalui idea-idea futuristik seperti 911 umat islam sendiri!

Ini kekuatan kita. Kita memecahkan tembok kekacauan dunia dengan kekuatan kita yang seperti ini.

Dan menulis dalam english? tk kisah pun, semua orang boleh faham, kita multiracial community kan? (tetiba je).

Moga kita terus menjadi kuat.

Ahmedkzaman said...

yeah!!
ISLAM WILL NEVER GO DOWN, INSTEAD WILL GO UP TO THE SKY
EVEN HIGHER THAN THE KUFFAR

btw,nice post maher..
i like it..huhu..
see mine!!
almost the same as yours

arif fadilah said...

Kejatuhan khilafah agung uthmaniyah, Imprealisme yang berprinsipkan sebuah "negara bangsa" menjadikan persaudaraan islam dalam ummah telah hancur.

"kau dengan dunia kau. aku dengan duniaku". Prinsip nafsi-nafsi inilah yang wujud dalam ummah pada hari ini.Maka tidak hairanlah ummah tidak bersatu.

Ikatan ukhuwah perlu diikat semula. Kembali pada Al-quran dan As-sunnah. Ingatlah ikatan persaudaraan muslim bukan sebarang ikatan persahabatan. Tetapi ia punya "ruh" yang hanya dapat dirasai dalam diri masing-masing dan tidak bersifat nyata.

Kasih sayang antara saudara muslim bukan sebarang kasih. "nur" kasih sayang itu akan menjadikan kita sensitif terhadap saudara kita. "Cubit peha kanan, peha kiri terasa juga"...

anis said...

aya juga berharap islam akan terus bersinar,cuma timbulnya rasa khuatir dalam hati kecil ini bila melihat dunia sekarang.. telah lahir sebagai islam, mulut dan hati mengakui islamnya, tetapi tingkah dan sikap mencontohi yahudi.. mengapa..

HakimiOthman Kimies said...

Sudah ku temui gg mahukan sila jika benar anda hendak bersatu dlm kesatuan yang akan menerbitkan fajar yang dinantikan sila hubungi 0192823121, kami tidak mengharapkan balasan yg pasti saudara yg menarii dapat memahami 6236 ayat yg muhammad bangkitkan dahulu