javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Tuesday, March 3, 2009

Kebingungan. Kucing. Perkahwinan. Kehilangan. Perempuan. Ketaksuban. Mazhab cinta. Adik.

Amaran : Post kali ini adalah antara yang terpanjang pernah saya tulis. Walaupun telah diringkaskan, tetap panjang juga. Jika anda mahu, anda boleh melawat Utusan Online untuk artikel yang lebih pendek.

Banyak perkara yang berlaku hari ini.

Hati itu. Yang busuk dan bernanah.

Pagi itu. Hati saya bernanah. Busuk. Meloyakan. Mungkin inilah hati saya selama ini. Bernanah. Busuk. Meloyakan.

Saya teringat pada salah satu tulisan saya, yang saya tulis untuk mengingatkan diri saya sendiri, saat-saat begini.

Manusia yang tidak dapat mengawal dirinya tidaklah layak untuk hidup.

Tidak layak untuk hidup, tetapi tidak berani pula untuk menerima sebarang hukuman dari langit.

Saya yang kebingungan.


Kucing.


Pagi itu saya pergi ke kelas. Dah tentu, hari-hari saya pergi kelas (takkan nak ponteng?). Kelas Surgery, di regional hospital (oblastnaya balnitsa). Sedang asyik menekuni buku, seorang kawan saya menceritakan tentang video yang baru dilihatnya. Video tersebut dipaparkan di blog Bidayatul Hidayah, yang menurut saya blog tersebut adalah antara blog-blog yang bagus. Bercerita tentang video tersebut, teringat saya kepada Azzad, yang sememangnya meminati gadis berpurdah. Yup, video-video dalam blog tersebut banyak memuatkan gadis-gadis yang berpurdah.

Maka saya pun pulang ke rumah sebentar untuk berehat dan melihat video yang dikatakan itu. Sesampainya di rumah, saya terbeban dengan satu tugas tambahan pula. Saya perlu membersihkan berak seekor kucing yang tinggal di rumah saya tanpa membayar sewa. Tempat kucing tersebut berak dirahsiakan bagi mengelakkan sebarang muntah berlaku Hendak lihat gambar kucing tersebut? Silakan. Muka comel, tapi tak reti nak berak di tempat yang sepatutnya.




Perkahwinan.

Kemudiannya saya membuka laman web yang dimaksudkan. Berikut adalah video yang mengulas perkahwinan antara Syafiq dan Mazidah baru-baru ini.





Hendak lihat video-video yang lain? Lawati blog Bidayatul Hidayah di alamat berikut :

http://blogs.albawaba.com/alhidayah

Atau anda berminat untuk dengar lebih lanjut tentang perkahwinan, saya cadangkan anda satu artikel daripada kawan saya. Silakan tekan.

The traditional malay marriage..convoluted.indeed.

Jika nak dikira, Syafiq adalah lelaki ketiga yang sudah pun bergelar suami selepas Mat Pih dan Fahmi. Mungkin selain mereka ada yang telah berkahwin, tapi saya memang tak mendengar apa-apa cerita. Mungkin ada orang nak khabarkan kepada saya yang sebenarnya Mujahid dah kahwin? Ahmed? Ezuwan Ezani mungkin? Haha. Gurau.

Saya melihat video-video yang dihasilkan adalah satu usaha yang bagus sekali. Mudah difahami. Ringkas dan padat. Itu dari segi video. Dari segi perkahwinan pula, secara jujurnya saya memang tak sangka yang saya sendiri dapat melihat (baca : melihat, bukan melalui ) perkahwinan pada usia muda remaja, semasa masih di bangku universiti.

Saya pada mulanya turut berminat nak membincangkan tentang isu perkahwinan ini dengan lebih lanjut, tapi terpaksa mematikan niat saya kerana perbincangan itu pasti panjang berjela. Lain kali sahaja. Tapi apa yang boleh saya katakan ialah, memetik kata-kata Saifulislam.com ,
“Jadikanlah perkahwinan itu sebagai medan untuk memberi, bukan (melihatnya untuk) menerima (semata-mata)”

Nasihat di atas terpakai untuk yang baru berumah tangga, juga yang sudah lama berumah tangga. Tidak ada kaitan pula dengan yang sudah meninggal dunia.


Kehilangan.

Saya kemudian meneruskan pembacaan saya. Saya ingin melihat satu blog yang bagi saya memuatkan kata-kata yang cukup indah. Blog tersebutlah yang telah menyebabkan saya terdorong untuk menghasilkan beberapa puisi yang agak panjang sedikit, iaitu Hati, Angin dan Mimpi.

Sebelumnya saya tidak menulis sepanjang itu (walaupun hakikatnya puisi-puisi tersebut agak pendek ) tapi saya cuba untuk menumpukan seluruh perasaan saya dan mencurahkannya ke atas kertas untuk menjadi sesuatu yang panjang dan bermakna. Dan bermakna bagi saya ialah apabila saya tidak akan jemu untuk membacanya berulang-ulang kali.

Ia tidak semestinya jadi begitu juga buat orang lain, buat anda semua, tapi itulah yang terkesan pada saya.

Namun demikian, buat kali keduanya, blog itu telah hilang secara ajaibnya. Sedikit sebanyak saya rasa terkilan, atau mungkin juga sedih. Tapi sekurang-kurangnya saya sempat menyimpan sebuah tulisan tentang cinta. Saya jadikan ungkapan cinta itu sebagai pengakhiran bahagian sedih ini. Saya akan memadamkannya jika tuan punya ungkapan ini tidak ingin saya meletakkannya dalam blog saya ini.

cinta

cinta itu jernih dan berkuasa.
maka tentu kebencian paling tegar pun akan cair dengan cinta. gelisah dan marah pun bisa reda dengan cinta. sedih dan sedu pun pergi saat dipujuk dengan cinta.

cinta itu teguh dan bernyala.
sehingga ujian apapun tak bisa mensirnakan warnanya. susah dan derita pun tak merubah ia. pengkhianatan pun takkan boleh mencalari kehalusannya.

cinta itu agung dan suci.
ia datang dari sudut hati paling dalam. yang percaya dan rela.

cinta itu anugerah.
dari yang sempurna.

Posted by alya



Perempuan.

Mengapa mereka? Sebab berdasarkan apa yang saya tahu, video-video di atas adalah dihasilkan oleh kaum Hawa. Majoritinya. Atau mungkin semua sekali?

Benar-benar membuka mata. Saya sudah lama memahami yang taraf lelaki dan perempuan itu sama. Yang membezakan mereka adalah takwa. Tapi mungkin dari sudut hati saya, saya lebih kagum terhadap kaum Adam. Lebih ramai lelaki yang dapat melihat dunia ini menurut yang sepatutnya berbanding perempuan. Tak ramai perempuan yang boleh membincangkan isu-isu. Perempuan lebih emosional. Tidak rasional. Kebanyakan perempuan hanya mengikut.

Tapi bukankah saya silap. Mereka juga ada fikrah perjuangan yang mantap. Kalau lelaki membacakan kepada mereka ayat 31 surah An-Nur, maka mereka akan membalasnya dengan ayat 30 surah An-Nur juga. Dan selalunya merekalah yang lebih jernih dalam melihat sesuatu yang orang lelaki tidak dapat nampak kerana keegoan mereka.

Perempuan zaman moden bukanlah calang-calang orang.

Rabiatul Adawiyah, antara manusia kepunyaan Cinta yang telah Dia bebaskan dari perhambaan manusia.

Ketaksuban.

Petang itu saya perlu pergi ke universiti. Bangunan utama. Pathology Physiology. Sewaktu rehat, saya membincangkan tentang Imam Al-Ghazali. Suatu perbincangan yang sebenarnya telah bermula saat kelas Surgery pagi tadi.

Tak perlu diingatkan berkali-kali agar tidak taksub kepada seseorang. Tak perlu. Saya khuatir bila kita selalu mengatakan kepada orang lain ,"jangan taksub, jangan taksub" setiap kali orang lain ingin memberikan pendapat, maka yang wujudnya bukan ketaksuban terhadap pemimpin, tapi rasa ujub (berasa hairan pada diri sendiri) pula yang berlaku. Mengapa? Kerana kita berfikir, kitalah manusia bagus yang boleh memberikan hujah kebaikan dan keburukan seseorang itu.

Saya hanya ingin memberitahu rasa kekaguman saya terhadap mereka. Imam Al-Ghazali, Imam Hassan AlBanna, Syed Qutb, Tun Mahathir, Dr Asri atas pendapat-pendapat mereka yang benar. Bersetujulah dengan saya bila perkara yang saya kagumi itu berlandaskan syarak, tegurlah saya bila kekaguman itu bukan yang berlandaskan syarak.

Bukankah teman yang sebenar sifatnya saling membenarkan? (mempercayai ketika benar, dan menegur bila salah)


Mazhab Cinta.

Bercerita tentang Imam Al-Ghazali, atau Hujjatul Islam nama gelarannya, saya cadangkan anda baca buku-buku beliau.

Mencintai Tuhan.

Kalau benar ingin begitu, belajarlah sedikit sebanyak tentang kesufian. Imam Al-Ghazali adalah sumber yang baik. Dia adalah orang yang menghubungkan syariat dengan tasauf dalam satu bentuk yang mudah difahami masyarakat. Dia menjaga batas-batas kesufian dalam norma-norma kehidupan orang awwam.

Tapi kemudiannya anda menempelak saya dengan kesesatan sufi (ada juga yang sesat, yang mengikut kerahiban Kristian). Padahal tasauf adalah soal hati. Barang siapa yang melebihimu dari sudut hati, bererti dia telah melebihimu dari segi tasauf. Perbetulkan fahaman anda sebelum mahu menempelak orang lain.

Hmm, entahlah. Saya ingin menyampaikan. Tapi saya bimbang, andai kata anda akan mendapat persepsi yang salah. Bagi yang tidak prejudis, boleh menerima, berfikir, tidak ego, dan terdorong oleh niat yang baik, maka saya ingin promosikan satu laman web yang mengumpulkan karya-karya Imam Al-Ghazali.

Al-Ghazali website


Saya juga ingin menunjukkan sebuah cerita tentang Laila dan Majnun yang saya temui sewaktu mencari ‘blog yang hilang’ seperti dalam cerita di atas tentang kehilangan.
Sekali lagi, saya ingatkan.
JANGAN TEKAN bila anda masih lagi kabur, dan anda tak faham sepatah haram pun apa yang saya cakapkan di atas.

Laila Majnun-sebuah kisah cinta sejati; karya ahli sufi

Adik.




Comel tak? Gambar ini adalah gambar adik saya sewaktu masih kecil.

2 Mac adalah hari lahir salah seorang adik saya. Maka marilah kita sama-sama doakan agar dia akan menjadi seorang manusia seperti yang diinginkan oleh agama. Moga dia juga akan berjaya menjawab peperiksaan UPSRnya pada tahun ini dengan cemerlang. Amin.

Bagaimana nak cakap, ya. Antara semua jenis manusia, yang paling dekat dengan kita adalah keluarga kita. Ini apa yang saya fikir. Tapi saya juga masih merasakan yang saya masih belum dapat menjalankan tugas saya dengan sempurna. Saya selalu lupa dan tidak berfikir panjang. Saya juga orang yang susah nak menunjukkan perasaan, kalau tak silap saya. Tapi saya pernah terdengar,
“ Orang yang tidak reti nak menunjukkan kasih sayangnya tidak akan diasayangi oleh manusia lain”




Sekian, saya akhiri post ini.

8 comments:

Ahmedkzaman said...

pergh!!
panjang gilekz!!
maher..

ko kate aku dh kawen?
hahaha
xlogik

Ahmad said...

Assalamualaikum.

well..nice post.
complicated thoroughly,but only for those who has been chosen as a 'secret' one, these stuffs are seemed to be the easiest of all virtual knowledges..

"CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang yang saling menasihati kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku" (Hadith Qudsi)

CINTA bukanlah mudah utk ditakrifkan..selagi tiada takrifan CINTA dari langit hidayahNya, maka tidak ada CINTA selain dari 'musuh yang nyata'.

Pengembara said...

"only for those who has been chosen as a 'secret' one, these stuffs are seemed to be the easiest of all virtual knowledges.."

mana ko petik ni ramdan...jelas, mmg seperti apa yang aku nak sampaikan. Terima kasih sebab memahami.

aleya said...

tentang blog yg hilang buat kali kedua secara ajaibnya itu, mohon dimaafkan. insyaallah jika ada kekuatan, akan saya kembalikan ia di tempat asalnya.

teruskan menulis, saya senang membaca tulisan2 kamu. dan teruskan mencari cinta dan maknanya. ia tak mudah, jadi kamu jangan sekalipun mengalah. kerana cinta itu terlalu berharga untuk kamu tukarkan ia dgn seluruh dunia dan isinya.

salam~

Pengembara said...

terima kasih.

saya memang menunggu-nunggu jawapan daripada kamu. Dan kamu, sebagaimana kata-kata kamu, memang tidak pernah mengecewakan.

tapi mungkin kecewa akan datang juga satu masa nanti, bila kata-kata yang sedemikian tak akan dapat dibaca buat selama-lamanya. Bila seorang teman akan meninggalkan temannya yang satu lagi.

tak mengapapun jika kekuatan itu belum sampai. Sekurang-kurangnya saya menemui sesuatu hari ini. Sedikit sebanyak saya memahami mengapa perlunya perpisahan. Perpisahan menimbulkan kerinduan.

Kalau Dia mahu, sudah tentu Dia telah membukakan pintu langit, dan kita pun disedarkan tentang diri kita yang sebenarnya. Tapi Dia suka mendengar rintihan hamba yang tak pernah pun melihat Dia.

baik, kalau begitu saya akan terus mencari makna cinta. Saya tidak akan kisah jika mati dalam keadaan sedemikian, sekalipun saya tak pernah temui makna sebenar cinta itu.

Unknown said...

I like ur writing maher/eril:p
Still mcm dlu since kay2 n jasin..
Bncang pasal kawin ble kah anda?
hehe

Pengembara said...

hmm....rem...siapakah?
sgt misterius gerangannya...

terima kasih sebab suka tulisan saya..dan juga tak sangka ada orang lain yang masih nak panggil saya nama 'lain' itu.

Kahwin? Urm, masih tak tahu lagi. Masalah saya besar. Hinggakan kalaulah saya berminat sekalipun, saya mengharapkan orang tersebut dipertemukan sahaja dengan orang lain. Haha. Sangat pelik.

Dan soalan saya sekali lagi? Siapakah anda?

Rem - mungkinkah penyanyi yang pernah terkenal di radio itu?

Saya akan terus mencari jawapan.

faisal said...

rindu kt katoi!!