Taman Seribu Bunga
Ini kisah bagaimana kita pergi ke Taman Seribu Bunga, mengisi masa lapang bersama ahli keluarga.
Ayer Keroh adalah satu kawasan yang strategik, dekat dengan beberapa taman yang bagi saya menarik. Satunya adalah Taman Seribu Bunga. Yang kedua adalah Taman Botanical. Bagi saya, pokok-pokoknya agak tinggi dan memberikan suasana yang redup kepada ruang perjalanan. Ada sesetengah taman yang saya pergi agak terbuka, maka apabila cuaca terik, terutamanya pada waktu tengah hari, maka taman tersebut memang akan berasa sangat panas.
Kalau nak kata taman selain daripada taman tu, berdekatan dalam kawasan perumahan pun ada juga taman. Dekat Krubong pun ada Taman One Krubong, yang bagi saya landscape dia agak cantik. Ada kawasan mengelilingi tasik. Mungkin tidaklah seluas atau sebesar Taman Tasik Titiwangsa, tetapi bagi saya pemandangannya menarik. Dekat Ayer Keroh memang ada Taman Tasik utama, tetapi nampaknya taman tu agak tersorok satu dan dah tak dijaga sangat, dan nampaknya ada amaran leptospirosis.
Taman Seribu Bunga juga adalah tempat di mana adanya satu aktiviti pada beberapa minggu yang lepas ataupun 2–3 bulan yang lepas, di mana kita ada free play yang dilaksanakan oleh kumpulan Main Sesame, di mana dia meletakkan beberapa peralatan permainan.
Ada yang dirty play pasir, ada yang air, main dengan air, ada yang warna-warna. Namun ada satu instrumen tu, alat tu, tak silap, untuk menghasilkan ais, seperti ABC punya style ice. Ibrahim termasukkan jarinya dan ada luka, berdarah, dan serta-merta sebenarnya wajah Ibrahim pucat.
Waktu tu agak kaget. Kita pun ada bawa wife tengah sarat mengandung, ada bawa juga Sumayyah. Ada juga banyak-banyak barang. Gaya seolahnya dan seperti dia nak pergi ke shock. Mungkin saya tak ingat pada waktu tu apakah shock, mungkin hypotension ke ataupun vasovagal, saya pun tak ingat. Nak kata hypovolemic, tak adalah darah yang keluar tu terlalu banyak.
Jadi di situ juga ada restoran yang sedap, iaitu Mohd Chan, tetapi memang makanannya agak mahal. Kita pernah sekali dua, tetapi kalau nak repeat, mungkin fikir 2–3 kali. Namun pemandangan kat situ memang menarik, cantik. Ada juga pernah ada buat light festival di situ, memang strategik.
Dan kalau dilihat peta, sebenarnya kawasan Taman Seribu Bunga tu bersambung dengan bahagian belakang office TYT yang sekarang disandang oleh Ali Rustam. Tak hairanlah suatu masa kita pergi, bahagian belakang dalam restoran Mohd Chan tu tertulis reserved for TYT kalau tak silap.
Pada hari kita pergi itu, kita sempat bermain badminton di situ. Mungkin ini juga kali pertama kita bawa kembar ke taman. Pembantu rumah agak kagum, katanya taman ni seperti di Georgia. Ada sesi main senapang air, ada juga sesi Musa kena marah. Macam biasa, tangan terkadang lebih laju daripada apa yang mampu difikirkan kesan baik atau buruk sesuatu perbuatan.
Habis daripada kita bermain atau beraktiviti di Taman Seribu Bunga, kita pun pulang ke rumah, dan sebelum pulang itu kita sempat singgah ke Mixue dekat dengan Caltex Bukit Katil, dan kita membeli beberapa makanan seperti minuman, seperti ais krim or cream sundae, lemonade, orange, dan juga taro.
Tanpa kita sedari, sebenarnya kalaulah kita tahu bahawa CBTL, Coffee Bean and Tea Leaf, ada buat promosi, mungkin kita sudah pun pergi merancang untuk pergi makan dine-in di Coffee Bean and Tea Leaf pada hari itu. Hanya kita sedar akan kewujudan tawaran itu adalah pada petang, dalam pukul 6 petang, dan waktu itu saya sedang hendak menempah makanan di Nippon Sushi.
Jadi saya survey, kebetulan deretan restoran Nippon Sushi itu ada Coffee Bean, dan saya survey apakah ramai orang ataupun tidak, sebab saya fikir tawaran tersebut memang tak masuk akal, memberikan makanan dan minuman percuma setiap seorang yang terdiri daripada mak atau ayah dan juga adik-beradik kepada pelajar yang berjaya mendapat straight A dalam apa-apa exam pada tahun 2026.
Kebetulan saya jumpa Ramzul di situ bersama isteri dan anak-anak. Yang saya kira Ramzul ni memang merata-rata nampak dia melibatkan diri dan anak dia dalam aktiviti-aktiviti seperti mewarna. Ada itu hari dia menang pertandingan home library. Pandai dia aktif mencari pertandingan.
Coffee Bean and Tea Leaf
Saya pulang daripada Nippon Sushi dan berbincang dengan wife, yang mana kita boleh cuba juga pergi, walaupun saya gusar yang tawaran tersebut akan tamat ataupun terlalu ramai orang beratur, dan kita target untuk pergi sejurus habis kita solat maghrib di rumah.
Mula-mula kita pergi ke cawangan Coffee Bean and Tea Leaf yang ada bersebelahan Caltex Bukit Katil. Rupanya dia kata ada kuota, dan kalau ada yang selebihnya ada diskaun 20%. Jadi kita ambil keputusan untuk pergi pula ke Coffee Bean and Tea Leaf dekat Ayer Keroh Heights, sederet Nippon Sushi, dan saya tengok ada orang beratur dan saya tanya staff dekat situ.
Mula-mula dia kata boleh terima lagi orang yang beratur, walaupun sebenarnya dia dah terima arahan yang mana selepas daripada pukul 7 offer tu dah tamat. Nampaknya di situ ini adalah satu tawaran yang dibuat secara tiba-tiba dan juga tidak habis fikir dengan masak-masak.
Jadi tak ada masalah, hujan lebat juga di luar, kita pun menunggu lama. Staff nampaknya tak bersedia dengan kebanjiran pelanggan-pelanggan yang turut membawa anak, ada yang membawa, memang perlu pun bawa sijil ataupun keputusan peperiksaan. Jadi memang penuh Coffee Bean and Tea Leaf tersebut.
Bercerita pasal Coffee Bean and Tea Leaf, ianya bukanlah satu kedai yang murah. Saya ingat dulu antara pernah hadiah anniversary ataupun hadiah hari jadi, saya membeli 2 potong kek dan juga mungkin 1 atau 2 air, yang saya kira pada waktu itu pun saya berasa sangat mahal pembelian tersebut.
Jadi berbalik kepada cerita, alang-alang kita dah lama beratur dan anak-anak pun memang berharap dapat merasa kek dan juga minuman. Saya beli juga minuman berserta kek itu pun ada, saya dapat slice terakhir untuk kek Royal Chocolate, dan saya tambah dengan slice cheesecake. Sempat juga saya perasan adanya single origin long black coffee yang saya nampak ada satu single origin, satu lagi World Blend Coffee. Mungkin itu kita kena cuba di lain waktu.
Namun memang tawaran tu tak masuk akal dan ternyata keesokannya saya perasan ada Threads yang memang memberikan komen berkaitan hal ini. Orang bergaduh, itu saya tak kisah sama ada dari sudut yang menyokong ataupun yang anti. Masing-masing punya pendapat masing-masing.
Mabuk Dengan Kejayaan
Saya, pada pandangan saya, macam yang saya ada bincangkan dengan kawan saya, kebetulan meeting Mahersaham pada hari Rabu. Setiap hari Rabu kita meeting sambil makan, dan topik ni muncul, maka saya menyuarakan pendapat saya bahawa CEO itu tidak berfikir panjang.
Di Threads ataupun social media, Coffee Bean and Tea Leaf ni mula mendapat perhatian sebenarnya. Strategi yang mereka gunakan bagi saya agak menjadi, dan baru-baru ni sebagai contoh antara yang berjaya mereka buat adalah memberikan tawaran 20% kepada pegawai perubatan. Maka mereka boleh membeli di Coffee Bean and Tea Leaf tak kisah sama ada dine-in ataupun drive-thru, dengan diskaun sebanyak 20%. Dan dengan hanya menunjukkan mungkin bukti MMC ataupun kad kerja mereka.
Tetapi manusia ni kadang-kadang bila sudah merasa kehebatan-kehebatan, kegembiraan strategi yang berjaya, maka akan tergerak untuk melaksanakan cabaran-cabaran yang lebih besar. Kadang sebagai CEO pula, jika keputusan tu dibuat dengan tanpa berfikir panjang, tanpa adanya checklist apakah kesan baik dan buruk ataupun peraturan tertentu diperhalusi, kadang kerugian yang dialami boleh jadi memakan keuntungan, mungkin keuntungan untuk suku tahun atau separuh tahun atau mungkin sepanjang tahun.
Bagaimana benda tu boleh diberikan secara percuma? Even bantuan kerajaan Malaysia pun, bantuan sara hidup RM100 je. Itu pun kena claim, kena tunjuk IC dekat Mydin, adanya record yang simpan. Ini belum lagi yang penipu nak tipu, palsukan dokumen, keputusan peperiksaan, dah claim di satu cawangan, mungkin claim pula di cawangan yang lain.
Ini semua adalah satu keputusan yang bagus untuk… bagus untuk CEO merasakan macam syarikat dia, tetapi untuk buat betul-betul macam syarikat dia, padahal yang akan menanggung kerugian tersebut adalah pemegang-pemegang saham. Bagi saya itu adalah lebih sudu dari kuah.
Dan benda ni saya ceritakan juga kepada tim, bagaimana benda ni, manusia bila ada kejayaan kan, dia mabuk dengan kejayaan. Ataupun guru Basit pernah bercakap, bila orang bisnes ni dia banyak duit ni, dia jadi bodoh.
Maka macam mana, at least saya pun memang ada siri ataupun episod kebodohan itu, di mana bila bisnes berjalan lancar, saya mula buka satu cawangan lagi di Conezion dengan harapan untuk tap talent, market talent ataupun staff di KL tanpa memikirkan adakah saya boleh replikasi culture Mahersaham di branch yang baru ataupun tidak. Sebab pada waktu itu bisnes berjalan lancar, dalam masa yang sama tak sentuh pun komisen.
Pembukaan Cawangan Conezion
Saya buka cawangan Conezion sekitar bulan 8 atau bulan 9 tahun 2020. COVID melanda bermula Mac 2020, dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama.
Sewaktu Mahersaham membuat keputusan untuk berkembang ke Conezion, ia didorong oleh keadaan bermula Mac 2020. Dalam beberapa bulan seterusnya, berlaku peningkatan mendadak dalam aktiviti trading klien sedia ada, dan juga pertambahan klien baru yang berminat membuka akaun.
Ketika membuat keputusan untuk menyewa di Conezion, saya menghantar Amirul dan Lokman ke KL untuk membuat tinjauan. Sedar tak sedar, dari situ sudah bermula bibit perpecahan dengan CEO saya ketika itu.
Mungkin kerana dia tinggal di Senawang dan tidak selalu datang ke pejabat kami di Melaka. Kadang-kadang perbincangan bersama rakan kongsi lain di Melaka berlaku tanpa kehadirannya. Jadi ada masalah komunikasi di situ. Hal ini kemudiannya menjadi faktor dia membuat keputusan untuk berhenti dari Mahersaham.
Di Conezion, kami mahu mencari talent developer. Berdasarkan populasi penduduk Melaka, kepakaran yang ada dan jurusan pelajar di sana tidak begitu sesuai untuk kami cari dan tapis untuk bekerja di Melaka.
Sebagai contoh, kami perhatikan iSaham boleh maju kerana ada intern developer dan staf programmer. Kami fikir lokasinya di Lembah Klang memudahkan proses tersebut.
Selepas Conezion disewa, kami buat renovasi yang mencecah RM270,000. Pejabat itu memang nampak megah dan cantik. Saya bawa keluarga, keluarga mertua, ipar, dan beberapa rakan lain, kerana ia satu milestone dan sesuatu yang menggembirakan.
Terlalu Optimistik
Tapi langit tak selalunya cerah. Bila membuat keputusan, kadang-kadang kita terlalu optimistik. Memang betul, kita mungkin boleh bertahan untuk 12 bulan berikutnya, atau jika kita anggarkan setiap bulan prestasi akan sentiasa kekal, kita boleh survive, apatah lagi bila trend ketika itu sedang meningkat.
Apa yang kami tak jangka, kemudiannya, terutama bila orang sudah mula bekerja semula, minat orang untuk trading saham sudah tiada.
Budaya Mahersaham mungkin tak dapat diserap di Lembah Klang kerana kami bermula dari Ayer Keroh. Kami bermula dengan beberapa orang kuat yang kemudiannya saya anggap sebagai rakan kongsi. Ada klien yang kami agihkan antara mereka, dan ada juga yang dibayar gaji.
Rakan Kongsi dan Penutupan Syarikat
Saya tak boleh kata saya berjaya dalam bisnes ini seorang diri, kerana itu mustahil. Kalau pun boleh, pastinya saya perlu berhempas pulas bekerja 24/7, tujuh hari seminggu. Tetapi saya juga mempunyai tanggungjawab lain dan konflik lain, jadi hakikatnya saya tak dapat all out sebagai seorang remisier yang mengajar saham. Ada halangan-halangan yang pada saat ini pun saya tak sampai hati, atau masih belum mampu, untuk menyebutnya.
Saya terhutang budi kepada rakan-rakan kongsi saya, terutamanya yang bersama saya di awal penubuhan. Namun banyak perkara berlaku: perpecahan, bibit permusuhan, memendam rasa, tidak puas hati, keinginan untuk berdikari. Ada masanya, rasa terhutang budi yang terlalu tinggi pun boleh menyebabkan seseorang memilih untuk melepaskan diri daripada terus terhutang budi.
Akhirnya, saya yang membuat keputusan untuk menutup syarikat. Bagi saya, segala kebencian dan kemarahan itu tak mengapa dipusatkan kepada saya semata-mata.
Istikharah dan Mujahadah
Ia sangat sakit pada waktu itu, tetapi mungkin apa yang membantu saya ialah kepercayaan bahawa saya telah diilhamkan dengan pilihan tersebut. Saya telah melakukan istikharah, doa telah dipanjatkan berulang kali, di hadapan Kaabah dan di mana-mana di tanah suci Mekah dan Madinah sewaktu menunaikan umrah.
Pada waktu itu juga, saya rasa saya sedang bermujahadah dalam satu perjuangan peribadi. Perkara-perkara inilah yang memberi kekuatan untuk bertahan dengan stres ketika itu. Setiap masa dada berdebar-debar memikirkannya, kerana saya seorang yang tak boleh berkonflik dengan kawan-kawan atau ahli keluarga.
Kembali Kepada CBTL
Berbalik kepada cerita CBTL tadi, kadang-kadang apabila seseorang sudah berhadapan dengan kejayaan demi kejayaan, dia boleh membuat keputusan yang mungkin ada asasnya, tetapi terlepas pandang beberapa perkara. Dan keputusan yang silap itulah yang kemudiannya membawa kerosakan besar kepada syarikat.
Semakin besar bisnes seseorang, semakin besar kerosakan yang boleh berlaku. Bayangkan CBTL yang mempunyai banyak cawangan di seluruh negara memberikan barangan percuma dan membuka ruang untuk dieksploitasi oleh mereka yang tidak jujur. Itu satu kerosakan besar.
No comments:
Post a Comment