Glamping di Kuala Klawang
Wife ajak glamping, asalnya ada tempat yang disasarkan di Port Dickson, tapi penuh. Jadi untuk last minit, dapatlah di Kongkoi, Negeri Sembilan.
Saya seperti biasa tak adalah berkesempatan untuk kaji lebih-lebih untuk trip last minit macam ni, lebih kepada follow the flow.
Budak-budak cuti sekolah, bersambung-sambung selamat dua minggu ni. Dua minggu jugalah otak saya terumbang ambing, ke sana ke mari dan tak begitu fokus pada kerja.
Cuti sekolah adalah dari 16 Mei
Sebut pasal kerja atau tugasan yang perlu dibuat, ada beberapa benda penting yang nak kena buat
- cukai dan borang B
- audit untuk sdn bhd
- urusan pekerja asing
- penyewa yang tak lepas lagi setup
Hujung bulan 4 hari tu last kita hire Akmal dan Mus seperti pekerja biasa, sekarang ni masih continue dengan Akmal tetapi dengan bayaran lebih rendah - untuk tengok-tengokkan dokumen dan resit, handle payment dan sebagainya.
Husna masih bahagian handle client dan customer service, ada gaji bulanan yang saya kena cukupkan sekiranya komisyen tak mencukupi, manakala shazwan memang purely dapat client dan akan dapat komisyen daripada situ. Dalam masa yang sama, sales yang masuk dia akan dapat certain percentage - lebih kepada partnership atau macam shareholder la.
Glamping menggunakan 'air tent' dari LS, kebetulan memang ada jugak tengok2 dekat tiktok jenis2 khemah mewah yang ada... antaranya brand Coody dan LS.
Tapi cuaca di Kuala Klawang tu memang tersangatlah panas, pernah belajar dulu Jelebu adalah antara daerah paling kering atau panas di seluruh Malaysia.
Mandi sungai berbeza dengan mandi air terjun atau mandi air laut (pantai). Kalau sungai yang ada arus, cetek... jawabnya memang tak ada view la kalau menyelam, nampak pasir sahaja bertebaran dalam air tu.
Kalau pantai, beza la pantai tenang dan air biru berbanding pantai yang berombak. Air terjun dengan budak2 ni rasa belum pernah lagi.. sekadar lalu je itu pun masa dekat Vietnam hari tu seingat saya. Rasanya tempat-tempat yang ada perkataan Lata ada kaitan dengan air terjun kan, kalau kita buat semakan, dia adalah sungai yang mengalir deras antara batuan, biasanya adalah air terjun kecil yang bertingkat-tingkat.
Orang kata kita kena bina core memories dengan anak-anak.
Waktu glamping itu, itulah pertama kali ada woodfire atau campfire, kita bakar marshmallow.
Malam pertama, agak blur macam mana nak buat api.
Malam kedua, selepas keluar ke pekan Kuala Klawang membeli bahan, baru lah yakin nak buat - ada lighter, cucuk lidi, beli sosej, beli marshmallow, firestarter... tapi agaknya bahan api tak cukup, nak bakar marshmallow lebih kepada api yang marak.... nak bakar sosej barulah perlukan bara api sahaja dan kena lah ada tempat letak metal di atas bara... macam-macam.
Sedikit sebanyak teringat perkhemahan pertama saya sebagai seorang pengakap di SK La Salle Sentul waktu darjah 6... waktu itu juga ada upacara bakar-bakar, ambil batang kayu, salut tepung yang dah dibancuh Ustazah Normah dan kemudiannya kita makan.
Berbeza dengan glamping di Asahan, dalam khemah hanya ada portable aircond atau blower... jadi tengahari memang panas gila.
Ada juga wife menyuarakan mungkin dua hari satu malam pun dah cukup sebenarnya berada di sini.
Basically tempat macam ni, yang tak nak bergerak ke mana-mana sangat, kalau boleh berada dalam kawasan sini sahaja, makan minum pun patut di sini. Jadinya dekat sini pun dia ada buat servis masak-masak, maka kami memang setiap kali waktu makan akan pergi ke tempat makan.
Saya pada asalnya beranggapan bahawa pemilik tempat ini adalah orang asli yang dah masuk islam, namun di akhir
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
antara tulisan yang dah berbulan.... dan masih tak siap
No comments:
Post a Comment