Adik
Boleh jadi, sebab kewujudan ak maka adik menanggung kesengsaraan. Memang menjadi yang sulung perlu memberanikan diri meneroka dan menempuh jalan terlebih dahulu, tapi apabila berjaya mencapai sesuatu, maka itu menjadi satu benchmark kepada adik-adik.
Ak tahu setiap seorang sudah ada ajal dan rezekinya, namun terkadang terlintas, apakah kewujudan ak telah menarik kesemua resources, luck, nasib baik orang lain - sebab memang dalam satu keluarga akan ada yang berjaya, ada yang tak berjaya, ada yang mungkin bermasalah di luar kotak atau kebiasaan...
Cuba tepis dengan keyakinan bahawa anugerah Tuhan tu luas, Tuhan memiliki khazanahnya yang tak terhitung.
Ilmu
Kita dah cuba kaji, namun kadang-kadang mereka yang lebih ahli sebenarnya pun ragu sebab dah ambil kira pengalaman dan faktor luaran yang mereka tak dapat kawal. Mudah-mudahan Tuhan tunjukkan lah, sekiranya benda tu bukan untuk kita, adakanlah sebab yang membantu buat hati kita tenang menerima apa yang ditentukan.
Mencontohi kerendahan malaikat dengan mengakui ilmu Tuhan.
Satu lagi, kalaulah kita tak masuk syurga, alamatnya melepas lah dari merungkai misteri dan sejarah alam seperti yang tertulis dalam Luh Mahfuz. Banyak persoalan tak terjawab, yang misteri akan tinggal misteri.
Mulut
Berapa banyak kali yang berlaku - mulut lebih cepat dari akal? Kita katakan sesuatu yang kita tak maksudkan, atau kita fokus benda yang tak ada dari bersyukur benda yang kita telah ada.
Ah perasaan, kadang sendiri pun membidas dengan berkata jangan jadi lembik, takkanlah dengan perkataan macam tu pun akan terguris hati?
Nabi
Dalam ayat itu, Tuhan telah mengingatkan nabi sekiranya Baginda sanggup mencari lubang di bumi untuk tembus ke bawahnya atau tangga untuk naik ke langit demi mendatangkan mukjizat, maka lakukanlah. Namun hidayah itu adalah ketentuan Allah.
Betul berat kesedihan dan kegusaran dalam hati nabi, sehinggakan Tuhan sendiri menyuruh nabi buat benda yang mustahil sebagai peringatan.
Maka dalam hal ini, perasaan, bukanlah sesuatu yang sia2.
Lagu
Antara cara untuk hilangkan mengantuk ketika memandu, adalah dengar lagu. Cuma kalau dengar kuat, tak best sebab orang lain punya citarasa adalah berbeza.
Juga tak nak anak-anak terikat dengan lagu. Lagu saya pegang adalah dosa, sebaiknya dijauhkan - tetapi.. begitulah.
Mungkin kerana apa tak mengantuk adalah sebab lagu mengingatkan memori lampau dan menggerakkan otak untuk berfikir, hati untuk merasa. Renungan menjadi seolah-olahnya tajam buat seketika.
Selective
Selective memory. Selective persecution. Siapa yang nak ingat kesusahan masa lampau atau pengalaman yang menyakitkan?
Kemudian kita kalau dah biasa lalui, kita pun develop skill untuk hadapinya. Sebagai contoh membiasakan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Kesan
Ada dalam threads ni, walaupun ibu dah tinggalkan dia 33tahun atau 37tahun, ibunya meninggal waktu dia berumur 13tahun. Dia masih simpan surat ibunya kepada ayahnya waktu tahu dapat kanser.
Maka segala apa yang dapat dia jumpa berkaitan ibunya - dia cari dan dia menghargai.
Ada harapan yang anak-anak saya pun mungkin jumpa dan baca. Tapi, dalam blog ini pun ada benda yang kita tak matang, atau jahil, atau memang jahat, tetap menulisnya juga.
Elektrik dan Solar
Sebenarnya kos minyak subsidi dan kos charge kereta elektrik untuk per km, tak jauh beza pun. Hanya sebab tenaga solar ada lebihan elektrik yang tak digunakan, tapi akan expired - lebih baik guna - maka itulah sebabnya sekarang ada satu kereta ev di rumah.
Nasib baik tak beli yang paling mahal. Yang ni pun pada awalnya rasa tak selesa dan rasa menyesal ikut nafsu. Tapi kita improvise, dan kita latih diri untuk pandang yang baik2 sahaja.
Dulu beli persona, saya tulis - nak nikmati hujan dari dalam kereta. Itulah impian. Cuma kali ni, saya harap dapat nikmatinya sambil tengok bumbung lutsinar, tak risau karbon monoksida dan boleh baring flat.
Tapi itulah, berapa kali yang kita ada buat perkara itu? mungkin sekali dua sahaja? dek kerana kesibukan kita memenuhi tanggungjawab..
Musa
Seat kereta tu boleh baringkan dan bersambung dengan seat belakang. Tapi ada lekuk2 dan tak selesa pun nak baring. Beli pillow/mattress dekat taobao.
Pembelian yang sangat berbaloi... betul boleh jadi macam katil atau ruangan business class dalam flight.
Dan Musa... terlalu obses dan sangat tergambar kegembiraan dia dengan pengalaman itu.
Train Boys to be Mens
Valutetainment dah mula keluarkan kandungan2 macam ni... parenting. Mungkin sebab dia dah ada anak.
Hari apa rasanya kehidupan mula lain? Hari pertama jadi suami orang. Hari-hari pertama dapat tahu bakal jadi ayah. Hari pertama anak pertama lahir.
++++++++++++++++
ok dah malam, selamat malam
No comments:
Post a Comment