Pada asalnya nak aktif menulis sebab memang ada motivasi hasil dari pembacaan. Namun kesibukan akan menghalang kita daripada membaca dan seterusnya menumpulkan sebarang azam untuk menulis.
Saya ada sertai team berkaitan takaful, dalam usaha untuk mencari jalan untuk mengembangkan bisnes sedia ada. Maka saya menyusun flow whatsapp untuk client dengan matlamat asal akan dapat dibawa ke dalam bisnes takaful pula.
Namun, 'one way leads to another'. Bila dah mula 'engage' dengan client saham, rupanya lebih mudah tambah baik flow sedia ada untuk saham. I've been busy ever since.
Pada awalnya nak rajin menulis kat facebook personal, nampaknya terpaksa beralih ke facebook page yang rasmi.
Menulis di situ mungkin lebih elok dan menjimatkan masa. Maka facebook personal akan sepi, blog ini pun akan sepi.
Saya juga mula sibuk ketika bulan puasa, sebab salah seorang ahli dalam team Mahersaham memberitahu dia nak berhenti untuk mengejar cita-cita menjadi seorang cikgu.
Satu tamparan hebat yang menyebabkan atau menginspirasikan saya menghasilkan flow whatsapp untuk client. Flow untuk membantu client dari mula buka akaun, mencari kaunter berpotensi dan bagaimana langkah berterusan sebagai latihan untuk melabur dalam pasaran saham.
Dalam proses nak buka syarikat yang baru, tapi syarikat itu bukan saya yang punya. Akan ada intern. Ofis, mungkin belum lagi. Mula melatih seseorang untuk menjadi content writer atau ghostwriter. Telegram bot pun sedang cuba dibangunkan sedikit demi sedikit.
Tengahari tadi ada satu fikiran atau renungan yang datang menjengah. Pakcik-pakcik tua bersembang atau bersenda gurau sesama mereka.
Mungkin itulah persaraan.
Namun apakah waktu keemasan untuk bekerja atau berbuat sesuatu? Umur 40 hingga 60 tahun?
Adakah saya dah bersedia ke arah umur 40 tahun?
No comments:
Post a Comment