javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Saturday, October 15, 2011

Pelaburan terbaik


Baik, hari ini saya ingin mengajar kamu semua tentang pelaburan. Saya akan ajar tentang konsep-konsep pelaburan. Persoalan sama ada adakah saya buat apa yang saya cakap, tentang itu, tak ada siapa yang tahu. Maka tumpukanlah perhatian pada isi yang ingin saya sampaikan.


Definisi pelaburan
Pelaburan adalah anda mengeluarkan sesuatu kepunyaan anda, gunakannya untuk sesuatu dengan harapan anda akan memperoleh keuntungan.

Benda kepunyaan anda?
merangkumi semua yang anda miliki, sesuatu yang anda mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dengan benda tersebut. Contoh : masa, tenaga, duit, idea dan juga risiko. Jadi jelas di sini anda tidak boleh menggunakan contohnya masa orang lain ataupun duit Bill Gates untuk membuat pelaburan.

Gunakan untuk apa?
Secara ekonominya, ada banyak jenis pelaburan. Saham, Fixed deposit, Bon, Amanah saham, Unit trust, hartanah, memulakan perniagaan, commodities dan macam-macam lagi.

Definisi keuntungan?
Keuntungan adalah hasil yang anda perolehi, melebihi nilai benda kepunyaan anda yang anda laburkan. Hasil yang anda perolehi, sekiranya tidak berbaloi untuk dibandingkan dengan benda yang anda berikan itu, bukanlah keuntungan. Contohnya anda laburkan rm10 untuk mendapat pulangan rm20 selepas tolak kos pelaburan. Itu adalah keuntungan.

Namun hakikatnya, benda kepunyaan anda, ke mana anda gunakan dan keuntungan yang diperoleh adalah subjektif. Tak dinafikan kebanyakan pelaburan memerlukan perkiraan yang objektif, dan subjektif tidak ada nilainya dalam sistem kewangan, tapi untuk diaplikasikan dalam hidup, subjektiviti akan mengeluarkan kita daripada kebiasaan masyarakat. Makanya, saya ingin mengajak anda menjadi seorang pemberontak yang melawan arus.

Saya akan menceritakan kepelbagai takrifan tentang keuntungan dan bahan pelaburan di bawah nanti.


Pasaran saham. market.

Baik. Saya akan bercakap tentang pasaran saham.

Dalam pasaran saham, ada dua jenis aliran. Fundamental analysis dan technical analysis. Technical analysis adalah kajian dengan menggunakan chart, untuk menentukan bilakah masa yang sesuai untuk membeli saham kemudian bilakah masa yang sesuai untuk jual. Technical analysis percaya apa yang terpapar pada chart atau graf harga saham sudah menunjukkan sejarah, faktor-faktor kenaikan atau kerugian sesuatu saham.

Tentang fundamental analysis pula, ia adalah kajian latar belakang syarikat tersebut, persaingannya dengan pesaing-pesaing lain, siapa yang menguruskan syarikat tersebut, apakah visi dan misi syarikat tersebut. Jadi apabila seseorang menggunakan fundamental analysis, dia sebenarnya melabur dalam syarikat tersebut. Dia ingin menjadi sebahagian daripada syarikat tersebut. Maka jika syarikat itu rugi, dia pun akan rugi. Namun jika syarikat tersbut untung, maka dia pun akan untung. Untuk sampai kepada keputusan besar seperti itu, haruslah dia tidak salah memilih, membuat kajian yang mendalam dan percayakan syarikat/pelaburan tersebut.

Perbezaan antara technical analysis dengan fundamental analysis?

Technical analysis - it's all about numbers. Objectives. Short term.
Fundamental analysis - Subjectives. Buy and hold, long term. Ada sedikit faktor emosional sedikit di sini (contohnya sangat sayangkan satu syarikat ni yang selalu bagi bantuan kat anak yatim, jadi cenderung untuk pegang saham tersebut untuk jangka masa yang lama)

Saya suka nombor, saya suka matematik. Nombor tak akan menipu kita. Jawapannya jelas. 1+1=2. Jawapan yang jelas seperti ini tidak akan memeningkan kepala kita, dan we can be rest assured yang jawapan seperti itu tidak akan berubah melainkan ada formula baru ataupun nombor lain yang terlibat dalam perkiraan tersebut. Hari ini kita tidur, esok pagi kita bangun kita akan dapati yang 1+1 masih lagi 2. =)

Fundamental analysis pula ialah tentang kepercayaan. Kita percaya yang sesebuah syarikat itu undervalued, dipandang sebelah mata sahaja oleh masyarakat. Kita percaya yang suatu masa nanti syarikat itu akan dipandang oleh masyarakat dan dinilai sebagaimana mestinya. Kepercayaan yang mendalam diperlukan di sini, sebab pada waktu-waktu tertentu apa yang anda percaya kadang-kadang sangat bertentangan dengan masyarakat. Penting untuk anda tahu apa yang anda laburkan adalah betul dan tidak akan goyah oleh persepsi masyarakat.

Dan apabila tiba masa yang sesuai, kena tempatnya dan segala faktor yang ada, keuntungan yang anda miliki jauh lebih besar daripada apa yang masyarakat jangkakan.

Tapi kalau anda rugi jugak, ditambah dengan betulnya masyarakat, hmm, anda memang akan 'down' habis. Harapnya anda mampu rilek dan chill, ada lagi benda yang lebih besar daripada kerugian dalam perniagaan. Cari apa kesilapan anda dan move on.


More than just numbers.

Numbers and facts are good, but life is more than just numbers.

Di atas tadi saya ceritakan tentang pelaburan dalam pasaran saham, tapi sekarang kita akan pergi kepada konsep yang lebih luas. Setiap pelaburan berdepan dengan risiko, dan ketabahan anda mengambil risiko menentukan jenis atau stail pelaburan anda.

Kalau anda melabur dalam pasaran saham, berlaku krisis ekonomi, nilai saham anda boleh jatuh sehingga 90% seperti apa yang berlaku dalam krisis ekonomi 1998. Asian financial crisis.

Kalau anda melabur dalam hartanah, jika berlaku peperangan atau bencana alam, rumah yang anda beli pun boleh musnah.

Pelaburan terbaik
Jadi apakah pelaburan terbaik? Anda tentukan sendiri. Tapi di sini saya akan beritahu beberapa jenis pelaburan yang berada di luar lingkup sistem kewangan.

1. Minda anda
Ia merangkumi pengetahuan yang anda miliki, yang anda boleh praktikkan dalam kehidupan seharian. Bagaimana anda berfikir, adakah anda prejudis, tak mampu terima perubahan atau pandangan orang lain, berapa banyak benda yang anda tahu tentang dunia sekeliling anda dan sebagainya. Kemampuan berfikir. Analisis. Mungkin juga termasuk rasional.

Anda boleh kehilangan rumah, berjuta-juta ringgit, hilang kaki dan tangan, namun selagi anda belum gila atau hilang ingatan, anda masih mempunyai minda anda. Bagaimana anda melabur dalam skop minda anda, menentukan kejayaan anda apabila perkara-perkara yang tak diingini seperti itu berlaku.

Jika anda kehilangan berjuta-juta ringgit, bagi minda yang lemah, boleh membawa sehingga bunuh diri. Namun bagi minda yang kuat, maka datangkanlah apa sahaja dia tidak akan berputus asa. Cuba lagi. Life is a game.

2. Spiritual, emosi, jiwa
Sebenarnya point no. 1 dan poin no. 2 adalah agak bertindan. Apabila digabungkan, kedua-duanya merujuk kepada kesedaran atau conscience. Agama adalah penting. Bagi saya, kalau kepercayaan agama saya hilang, maka saya tak akan punyai apa-apa lagi ataupun sesiapa lagi dalam hidup. Kalau kita masih hidup, hidup kita akan kosong. Kalau kita kaya kita tidak tahu cara yang lebih baik membelanjakan kekayaan tersebut untuk kayakan hidup kita.

Your life becomes bigger when you use it to serve others.

Saya mungkin malas buat kerja tapi saya tak pernah nafikan kebenaran pernyataan di atas. Saya tahu orang di sekeliling saya yang sangat ringan tulang untuk membantu orang lain misalnya, dan kemungkinan besar merekalah orang yang akan berjaya dalam hidup. Saya? Tak perlu dipersoalkan. Every life on its own, and we all have our own race.

Setiap orang ada masalah, dan tak perlu habiskan masa membandingkan kehidupan orang lain yang lebih baik. Jangan habiskan masa anda hidup untuk jadi orang lain.

Berbalik kepada apa yang saya cakapkan, definisi keuntungan itu berbeza bagi setiap orang. Ada orang anggap kebebasan kewangan adalah dengan memiliki sebua rumah banglo. Ada orang ingin bersara awal. Ada orang cukuplah dapat menunaikan haji, sara keluarga makan minum dan cukup pakai minum pun dah kira bagus.

Definisi benda yang dikeluarkan juga berbeza bagi setiap orang. 5minit bagi seorang surgeon yang sibuk gila tak sama dengan 5minit seorang kanak-kanak. Rm5 yang dikeluarkan oleh orang miskin tak sama dengan rm5 yang dikeluarkan oleh orang kaya.


Istiqamah. Disiplin.
Kalau ada lagi benda penting berkaitan pelaburan, ia adalah masa. Masa boleh menukar satu tamadun kepada tamadun yang lain. Masa boleh tukarkan rm1000 yang anda laburkan hari ini menjadi
rm8000 dalam masa 24tahun (dengan kadar dividen 9% setahun). Masa mematangkan mereka yang melabur kepada diri mereka sendiri untuk jadi lebih baik daripada sebelumnya.

Mulai sekarang, biarpun kecil, mulakan usaha kita dalam apa jenis pelaburan, tak lupa pelaburan akhirat. Benda baik yang kecil yang dilakukan secara berterusan, lebih elok daripada benda besar yang tak dilakukan secara berterusan. Hal ini disarankan oleh agama kita.

Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik amal di sisi Allah ialah yang istiqamah, sekalipun sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim).

(Surah Fusilat-Ayat 30-32)
Ertinya:Â Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata :Â “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):Â “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu.”

“Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari ituapa yang kamu cita-citakan mendapatnya.” “(pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !”




No comments: