javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Tuesday, May 17, 2011

Generasi Al-Quran dan yang mencintai Nabi mereka


Masa sentiasa mencemburui. Banyak benda yang nak ditulis tapi tak berkesempatan. Ditambah faktor saya yang mudah beralih perhatian dan tenggelam dalam perkara-perkara yang menarik perhatian saya, maka saya tak dapat tulis apa yang saya nak.

Saya gembira sebab ramai orang yang mula menunjukkan minat untuk menghampiri Al-Quran. Mungkin bukan mula - diorang dah lama mendekatkan diri dgn Al-Quran dan hadis nabi - cuma saya je yang tak perasan. Jadi di bawah adalah ringkasan dan contoh2 apa yang saya dapat beberapa waktu kebelakangan ini.

K pernah beri pengisian pasal surah An-Nur. Cerita pasal fitnah yg menimpa Aisyah r.a. Saya tertarik dgn ayat ini,

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".
(An-Nur : 12)

Orang-orang yang percayakan Allah, adalah seperti sebahagian dari diri kita sendiri. Mengapa kita tak percayakan mereka, sebaliknya lebih percaya kat orang yang nak berbuat onar dalam masyarakat.

A1 pulak masa kitorang piknik bagi pengisian pasal istiqamah. Diceritakan kepada kami ayat dari surah Fussilat;

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
(Fussilat : 30)


Bahawa malaikat-malaikat akan turun dan dan memberikan semangat utk terus mengerjakan kebaikan. Kalau syaitan menghasut kita, malaikat-malaikat pula menolong kita, semuanya berlaku atas kehendak Allah semestinya.

Ayat yg A1 bacakan itu saya pernah juga dengar daripada seorang ulama ini dlm Events of The Day, namanya Syeikh Muhammad Hassan. Beliau terangkan ayat tersebut untuk menggambarkan suasana ketika sedang menghadapi sakaratulmaut. Kawan saya pernah cerita kat saya, dan diulang sekali lagi oleh ulama tersebut yang kandungannya berbunyi lebih kurang begini:

Seseorang itu biasanya mati dalam keadaan yg biasa dia lakukan semasa hidup. Kalau selalu buat baik insyaallah mati dlm husnulkhatimah, kalau selalu buat jahat, maka kemungkinan tinggi utk mati dalam suulkhatimah tu ada.

Syeikh Muhammad Hassan bacakan ayat dari surah Fussilat tersebut nak menceritakan tentang bagaimana malaikat-malaikat akan turun dan memudahkan orang-orang yang soleh untuk mengucapkan kalimah syahadah.

Alhamdulillah dari piknik juga saya dapat jumpa ayat di bawah yang masih belum dibookmark dalam handset saya, kadang-kadang terlintas juga di kepala namun tak pernah pula berusaha untuk 'google' secara serius. Dengan adanya orang lain memberitahu kita, kerja akan menjadi lebih mudah. Ayat tersebut adalah :

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
(Al-Hasyr: 21)

R pulak pernah cerita pasal ayat 1-ayat 6 surah Al-Anfal, tentang harta rampasan perang dalam perang Badar. Macamana umat islam sebelum nak berperang ada yang berbantah-bantahan walaupun Allah dah janjikan kemenangan. Dah menang, masih ada jugak yang berbantah-bantahan dari segi nak membahagikan harta rampasan perang tersebut. Ada jugak cerita tentang bagaimana Allah turunkan hujan untuk beri rasa tenang kat kaum muslimin (tapi tu kat dalam-dalam surah tu lag..kena baca la kalo nak tengok). Antara ayat best atau ayat familiar:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
(aL-aNFAL : 2)

Z cerita pasal Surah An-Naziat. Sebelum ni saya ada jugak dengar pasal tafsir tersebut dari Al-Bayyinah. Tapi apa-apa pun best la, hampir lebih kurang sama. Terus terang saya cakap, Z pun adalah antara orang yang cool, tenang je. Saya tengah berusaha untuk menjadi lebih tenang dan cool. Antara ayat best dalam surah An-Naziat :

(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?"
(An-Nazi'at : 19-20)

Seperti juga Nouman Ali Khan beritahu, Z pun ada juga fokus kepada ayat tersebut, kalau dalam bahasa melayunya secara lebih jelas, pengajarannya akan berbunyi seperti begini: Ada tak dalam hati kau sedikitpun niat untuk berubah? Mudah2an drpd niat yg kecil itu sekalipun kau akan dapat ditunjukkan jalan mengenal Tuhan...Allah tak mintak banyak. Kalau kau selangkah sahaja cuba menghampiri-Nya, Dia akan mendekatkan jarak itu berkali-kali ganda.

N pula sampaikan tentang satu hadis kepada saya dan beberapa orang rakan yang lain. Hadis tersbut berbunyi :

Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang tetap secara langsung beristighfar kepada Allah, maka Allah menjadikan untuknya suatu jalan keluar dari setiap kesempitan -atau kesukaran- yang ditemuinya, juga diberi kelapangan dari setiap kesusahan yang dirasakannya, serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak pernah dikira-kira olehnya." (Riwayat Abu Dawud)

Jadi kesimpulannya N cerita pasal kebaikan beristighfar. Dan kalau kita tengok daalm surah Nuh,

Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
(Nuh : 10-12)

Beberapa point penting

1. Dalam keghairahan kita suka memetik ayat-ayat Al-Quran, ataupun belajar ayat-ayat Al-Quran (dan hadis) dan nak mengajarkan kepada orang lain, janganlah kita memandai-mandai memberikan tafsiran yang tak kena langsung dengan ayat tersebut. Maka di sini pentingnya untuk mempunyai rujukan yang valid, ataupun guru yang faham benar dengan apa yang dia ajarkan.

Sebab kadang-kadang kita nak gunakan ayat-ayat Al-Quran untuk mejustifikasikan kehendak dan keinginan nafsu kita. Sebab kadang-kadang kita nak hentam orang lain, kita gunakan ayat Al-Quran dan hadis. Patutke? Nak jadikan kata-kata Allah tu ikut telunjuk kita? Gila ke apa....ok sori ganas sedikit di situ.

Kawan saya A3 pernah memberitahu saya, suatu benda yang saya pun terlepas pandang sebenarnya. Dia kata, jangan sekali-kali guna ayat Al-Quran, yang dalam Al-Quran Allah guna unuk tujukan kat kaum kafir misalnya, kita pergi cakap ayat yang sama kat kawan kita yang islam. Benda itu adalah sesuatu yang tdak patut dilakukan.

Faham tak? Ia seolah-olah kita tuduh kawan kita kafir. Berat dik tuduh orang islam kafir kalau nak tahu. Contohnya kita pergi cakap ayat-ayat dalam surah Al-Kafirun kat kawan kita yang muslim. Seriously macam nak kena penumbuk di situ.

2. Saya bukan power sangat bab-bab Al-Quran dan hadis. Tapi kat sini saya tulis apa yang sedikit sebanyak yang saya tahu. Apa yang saya nampak. Dan insyaAllah apa yang saya tuliskan di sini saya laksanakan. Ada je benda-benda yang saya tak pernah tahu, tapi saya hanya tahu baru-baru ini sahaja. Contohnya :

a) Saya tahu yang Nabi Muhammad kalau terima wahyu kena turun unta, takut unta tu terduduk. Dan saya ingat itu disebabkan unta itu binatang jadi dia tak dapat tanggung berat. Tapi selepas pengisian piknik baharulah saya sedar hakikat yang Nabi Muhammad itu seorang yang kuat, dia bukan Nabi lembik yang hanya perlukan orang lain untuk melindunginya. Unta tersebut akan terduduk jika Nabi terima wahyu disebabkan beratnya wahyu yang diterima walaupun kebiasaannya unta dapat menanggung bebanan yang berat berkali ganda dari bebanan yang boleh ditanggung manusia biasa.

Terlintas di kepala kisah Nabi berlawan gusti dengan seorang ni yang memang hebat bergusti dan orang ni pun masuk islam sebab dikalahkan Nabi (tak ingat riwayat...kena check balik weh)

b) Rasanya dalam 2-3minggu lepas saya baru tahu bahawa wanita yang ambil Nabi Musa dari sungai, jaga dia walaupun Firaun sepatutnya bunuh semua anak lelaki Bani Israel adalah Asiyah isteri Firaun. Ugh. Padahal dah bertahun-tahun dengar lagu Ratu Syahadah - macam loser gila tak boleh tangkap maksud 'tanganmu menyentuh bayi...selamatkan dari sungai Nil' dan macam-macam lagi.

Itupun selepas terbaca kisah Nabi Musa dan Safura dan nasiblah penulis tuh ada letak komen sedikit kat artikel tersebut.

3. Saya tak letakkan nama penuh, saya hanya taruk huruf. Kawan-kawan saya yang baca entri ini senyap-senyap sahajalah ye kalau tahu siapa yang dimaksudkan. Harap tak perlu disampaikan la kepada yang tidak membacanya sebab saya ....err... akan rasa kekok kot kalo semua orang gelabah nak cerita apa yang saya tulis dalam blog. Blog dan dunia luar adalah dua perkara yang berbeza. Ya, mungkin saya talam dua muka....whatever. Kalau boleh kat dalam blog pun saya nak buat maksud yang berlapis-lapis agar tak akan ada orang pun tahu apa yang saya fikirkan, sebaliknya hanya mampu meneka secara samar-samar.

4. Saya bagi link ni kepada blogger2 yang malas nak taip ayat Al-Quran dalam blog mereka sebab menaip memang adalah sesuatu yang memenatkan sebenarnya. Dengan link ini anda boleh copy paste sahaja dengan syarat anda tahu surah apa dan ayat apa. Jadi anggaplah ini hadiah dari saya (padahal saya dapat dari orang lain) kat anda semua.

http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/

2 comments:

Anonymous said...

ada lagi satu web utk terjemahan surah http://www.surah.my. just to share ;)

Pengembara said...

terima kasih atas sharing