Intro
Saya dah buat blog ni lama. Cuma jarang update. Samada malas, jiwa kacau atau sibuk dengan benda lain (regardless benda tersebut berfaedah ataupun tidak).
Kalau tengok archive blog bermula dari tahun 2008 lagi. Tak sedar dah tahun 2011.
Cepat masa berlalu.
Ada rakan-rakan yang baru singgah blog ini. Ada yang dah lama. Ada yang kagum, ada yang biasa je. Apa-apa hal, semoga blog ini membawa kebaikan.
Ada jugak yang bertanya saya tak ada privacy ke? Ada juga yang cakap kalau saya ada masalah saya luahkan kat blog. Lol.
Mungkin, tapi saya tak ada luah mana sangat. Lagipun tak ada siapa yang nak baca pun. Tengok je la mana ada orang komen. Kalau ada pelawat yg datang melawat blog inipun ramai datang sebab search pasal wardina melalui encik Google.
Menulis apa yg terbuku kat hati sedikit sebanyak ada kebaikannya. Hamka ada sebut sesuatu yang berkaitan dengan falsafah menulis. Menulis melibatkan perasaan yang akan ditapis melalui otak turun ke tangan. Dengan menulis peribadi manusia boleh menjadi lebih baik.
Ok sila cari untuk tahu lebih lanjut dan lebih tepat.
Blog ini memang untuk saya sendiri. Kadang-kadang bila bermasalah, tengok balik tulisan-tulisan sebelum ini, rasa macam orang lain pula yang beri nasihat kat saya. Ajaib. Saya dinasihati oleh diri saya sendiri.
Selingan.
Ramai yang nasihat kat saya supaya lebih serius. Siap ada junior yang cakap saya ini seorang comedian. Suka main-main,buat lawak dan tak serius.
Saya pernah bagi jawapan macam ni, " Kau tahu tak kenapa ada orang suka buat masalah? Kenapa ada orang suka buat lawak je? Sebab diorang nak sembunyikan masalah diorang sendiri..."
Main bantai je bagi jawapan. Yang penting nampak macho. Kalau ada peluang saya nak je tambah lagi (sebab baru terfikir) ko tak pernah tengok naruto ke? Dia nakal sebab dia nak tarik perhatian. Dia dah kehilangan mak bapak sejak kecil lagi.
There's always some truth in every jokes
- tak ingat sape cakap.
Cerita real
Minggu lepas ada satu simposium yg dianjurkan oleh ppim. Speaker yg dijemput ialah Dr. Munawwar.
Ok mungkin perasaan selepas habis program tersebut tak sama dengan tahun lepas. Tahun lepas semangat saya berkobar-kobar nak masuk atma, dan Mercy.
Tahun lepas speaker 2 orang datang ke volgograd, program berlangsung selama dua hari. Tahun ni seorang je speaker dan ambil masa sehari sahaja.
Tapi apa yang menariknya dengan doktor ini ialah sewaktu perjumpaan dengan beliau, banyak nasihat dari beliau seolah-olah menusuk tepat ke hati saya.
Ok kejap cuba ingat balik apa yg beliau ckp.
....
Jadi saya hanya akan tulis beberapa isi yang dirasakan penting. Saya akan ceritakan apa yang Dr. beritahu mengikut stail saya sendiri. Howyeah!
Dr. kata kita selalu beri nasihat seperti jangan dekati zina,jangan dekati zina. Tapi macamana dengan orang yang dah pernah terlanjur? Mereka akan terus lakukannya. Alang-alang dah terlanjur. Semua sebab kita lupa kat mereka. Kita nampak orang yang ada masalah kecik (berbanding yang dah terlanjur), tapi kita tak nampak orang dengan masalah yang lebih besar.
Nampak tak? Kita kena bukak minda kita kawan-kawan, jangan sempit. Kita masih belum hidup kat dalam dunia yang sempurna.
Kita kena fikir, fikir,fikir sentiasa.
Dr. cerita pasal ukhuwwah. Ukhuwwah (persaudaraan) tak sama dengan common interest. Common interest boleh jadi kita sama-sama minat ilmu agama, sukan atau main dota tapi kita hanya bersama semasa kita ada common interest.
Ukhuwwah adalah bersama kawan kita senang ataupun susah. Through thick and thin.
Perempuan senang sikit bab-bab sharing and caring. Tapi orang laki-laki susah sikit. Kalau ada masalah kita confident yang kita boleh selesaikan sendiri. Couldn't agree more. Memang tak semua, mungkin sebahagian sahaja.
Kadang-kadang ada kawan kita dah jarang pergi usrah misalnya, kerja tengok movie main game. Seolah-olah dia nak hidup dalam dunia dia sendiri. Banyak faktor yang menyerabutkan kepala kawan kita tersebut. Jadi cubalah faham dan bukannya menyalahkan kawan tersebut.
Ukhuwwah boleh dipupuk dengan benda-benda kecik. Contohnya kita tengok kawan kita dari pagi asyik baca buku sampai petang, kita tolong buatkan air. Mesti dia appreciate punya.
Err, macam saya yang jarang buat macam tuh(tak pernah) memang kena usahakan. Patutlah saya tak ramai kawan. Ugh.
Dr. sebut jugak pasal kahwin. Saya tunggu je rahsia dia macam mana nak buat proposal yang tak akan dapat ditolak. Tunggu punya tunggu masa last-last tak cerita-cerita juga sebab kesuntukan masa. Ceh.
Dr. cakap pasal benda lain. Be direct. Jangan menjala. Apa itu menjala? Sekejap minat kat orang ni, sekejap minat kat orang lain. Pergi kasik mix signals.
Memang betul. Saya dah tahu lama dah, itu yang malas nak borak atau ym atau sms. Sebab benda tu macam mainkan perasaan orang lain. Memang tak payah nak perasan la orang boleh suka kat kita ikut ym atau facebook, tapi tak salah ambil langkah berhati-hati. Macam mana kita tak nak orang buat kat kita macam itulah kita seharusnya bertindak ke atas orag lain.
Sakit dowh bila kita ingat orang tuh suka kat kita sebab berinteraksi dengan kita tapi rupa-rupanya dia tak ada perasaan pun kat kita. Oleh sebab yang demikian, sila control.Kadang-kadang saya terlepas 'control' jugak. Jadi di sini saya mintak maaf kepada semua yang terluka dalam proses saya menjadi dewasa.
Kena buat keputusan. Jangan main tarik tali. Shut up, Shut up, Shut up, Shut up!!!!
Sekian.
Kesimpulannya, Dr. tersebut best.
7 comments:
kalau awk tak nak sembang ikut ym,sms n etc sbb tak nak mainkan perasaan orang lain tapi sy buat semua tu sbb tak nak diri sendiri terluka...sama ke situasi ni???
kalau awk tak nak sembang ikut ym,sms n etc sbb tak nak mainkan perasaan orang lain tapi sy buat semua tu sbb tak nak diri sendiri terluka...sama ke situasi ni???
sila terangkan kat saya macamana dengan awak ym, sms n etc berjaya buat awak tak terluka?
mungkin ke dengan awak sms, ym tuh awak lebih rasa awak sebenarnya dah mengatasi perasaan terluka itu? betul ke macam yg saya faham ni...
erm...
tak berapa faham la statement awk...
rasanya ayt sy pun macam pening jgk...
sebenarnya cuma nak kongsi pandangan dan pengalaman...
apa yg sy faham, awk tak nak chat through ym n sms sbb tak nak ada yang terluka sbb salah anggap kebaikan yg kita buat
tp bagi sy pula, sy cuba mengelak dari berhubung melalui sms, ym,email, chat, etc sbb sy tak nak saya sendiri yang terluka...
erm, dalam erti kata yg mudah,sy bagi contoh la...
kalau sy tersuka dekat orang yg sy chat tu tp dia anggap sy mcm kwn biasa je, tak ke benda tu menyakitkan...so, dalam hal ni, bukan sy takut hati orang terluka tapi sy nak jg hati sy dulu dari dilukai...
maaf la, pnjg pulak penerangan...
sama je rasanya. sebab asal2nya saya pun berpandangan seperti awak. tapi just jadikan alasan tak nak orang lain terluka (padahal sebenarnya saya yang mudah terluka) agar saya kelihatan lebih macho dan seolah-olahnya macam saya pulak yang tahu perasaan orang lain...faham ke?
that's it la kalo awak tak faham. ni rahsia yang boleh membongkar seluruh penulisan saya ni...hahah
well, reputasi kne jaga kn...=)
tapi bab hati dan perasaan ni mmg rumit la...smthing that we cannot learn from book...
maaf la, tetibe je komen jd berangkai-rangkai..
anyway, best of luck...
salam
Post a Comment