1. Pengkhianatan adalah seperti duri dalam daging. Ianya seperti parut luka yang kadang-kadang kesakitannya masih boleh dirasa. Dan dikatakan yang parut tersebut boleh berdarah kembali. Betrayal.
2. Sejarah mengajar kita bahawa sesuatu yang ditindas akan bangkit menjatuhkan yang menindas. Rakyat mesir yang sudah lama miskin sedangkan orang asing sibuk menghabiskan isi-isi negara tersebut akhirnya bangkit menjatuhkan pemerintah zalim. Itu satu hukum alam.
Dahulunya perempuan tempat mereka hanya di rumah. Melepaskan mereka untuk melanjutkan pelajaran adalah sesuatu yang jarang berlaku. Sekarang bilangan siswi jauh mengatasi bilangan siswa.
Compensatory mechanism.
Islam yang dah lama ditindas, masanya untuk bangkit sudah semakin hampir.
Bagaimana pula dengan nafsu yang ditindas? Kepuasan untuk nafsu akan kau temui di penghujung perjalanan ini. Mereka yang tidak menahan hawa nafsunya tidak akan memperoleh kenikmatan sebagaimana orang yang mampu menahan hawa nafsunya dapat.
3. Seharusnya kau sedih jikalau hati itu tidak tersentuh seperti hati orang lain. Kurangkan bercakap dan banyakkan bekerja.
Menjadi orang yang memiliki rahsia, dan tidak dipandang manusia adalah kepuasan. Namun hubungan dengan Allah haruslah mantap.
4. Mula memupuk minat membaca. Dengan membaca mudah-mudahan jiwa akan menjadi lebih lembut dan minda akan maju.
Saya dulu sangat suka membaca buku. Namun agaknya dunia saya semakin bebas dan diperkenalkan pula dengan teknologi dan game, buku-buku sudah saya ketepikan.
Padahal buku sebenarnya adalah sesuatu yang menarik. Readers are leaders.
Buku menghubungkan kita dengan generasi lepas. Dengan pengarang yang sudah tidak hidup lagi di zaman kita.
No comments:
Post a Comment