
bukan legenda
tapi kisah dimensi rahsia
datangnya dari langit
melalui perkhabaran sang nabi
contohi Ibrahim!
khalilullah!
yang santun, yang berani
yang taatkan Tuhan
contohi Ismail!
yang tulus ikhlas tawar diri jadi korban
hari itu Ismail diganti kibasy
hari itu
jadi peringatan seluruh umat.
************************************************************
terangkan kepada aku hai penyembelih
haiwan sembelihan itukah yang hendak diberi
kepada Tuhan Penberi Rezeki?
terangkan kepada aku hai dermawan
harta yang kau infakkan itu
untuk Tuhan Maha Kaya kah?
Bukan darah dan haiwan itu yang akan sampai kepada Tuhan,
tapi amal ikhlas bertunjangkan takwa.
Segala-galanya telah ada di sisi-Nya;
seluruh perbendaharaan langit dan bumi -
maka persembahkanlah keikhlasanmu sahaja.
ah, aku juga tidak tahu apa erti pengorbanan
tanyakan kepada ahli balaghah
mereka beri istilah dan terminologi
udhiyah, taqarrub ilallah
deskripsi dan takrifan tak lebih dari omongan
selalu berlayar di permukaan
buat kita lupa kedalaman lautan
maka bergeraklah,
kerana kita tak perlukan alasan lagi.
Tuhan mengajar kita
melupakan diri sendiri
memenuhi kehendak yang dipuja semata-mata
bersikap setia, tidak berpaling
jadi hamba yang sejati
tidak menyembah selain Dia
hidup dan mati kerana-Nya
sentiasa memuji-Nya
mengakui kesalahan dan kelemahan sendiri
berbuat baik sesama manusia
membantu mereka yang memerlukan
bila masanya telah tiba
Tuhan sendiri
akan berikan jawapan
makna pengorbanan.
p/s :terima kasih dan syabas diucapkan kepada razi dan rakan-rakan kerana mendeklamasi puisi ini.
saya dah kata tak payah sebut nama, nak sebut juga. ish3.