javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Wednesday, March 18, 2009

Kejayaan adik Nik Nur Madihah Mohd Kamal dipersoalkan?

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah buat adik Nik Nur Madihah atas kejayaan beliau memperoleh 20A (19 1A, 1 2A) dalam peperiksaan SPM. Kejayaan beliau membuka mata ramai orang yang selama ini hidup dalam kemewahan.

Saya kira saya tak perlu perjelaskan lebih lanjut tentang kesusahan yang dialami oleh adik Madihah kita ini. Untuk cerita penuh tentang kesusahan hidup beliau, boleh tekan :


INILAH RUMAH SAYA





Sebenarnya kisah-kisah seperti ini (kesusahan hidup) memang sudah ada. Tapi inilah kali pertama seorang PELAJAR TERBAIK SPM datang dari keluarga yang susah amat.

Namun, sewaktu mendengar cerita tentang adik ini, satu persoalan berlegar-legar dalam kepala saya.
'Dia telah dikenali, dan kejayaannya telah pun diakui. Tapi siapa yang akan membantu adik ini selepas ini?'

Saya khuatir yang nasibnya akan sama sahaja seperti apa yang berlaku ke atas adik Adiputra. Bakat seperti dia dicadangkan mengikuti sistem pendidikan biasa? Matematik bukan segala-galanya? Masa untuk tersenyum sinis buat orang-orang yang berfikiran seperti ini.

Tapi perkara itu agaknya tidak berlaku kepada adik Madihah ini. Mengikut sumber terkini, banyak biasiswa yang telah ditawarkan, tanpa adik ini perlu memetik sebarang jari pun. Adik ini hanya tinggal untuk pilih. Anda boleh lihat di sini :

Madihah terima pelbagai tawaran biasiswa




Madihah belum buat keputusan




Beberapa persoalan lain yang ingin saya tekankan.

Semasa saya di Tingkatan 5, waktu itu heboh diperkatakan tentang kejayaan Amalina. Namun kejayaan Amalina ini dipersoalkan oleh seorang rakan saya berbangsa Cina. Dia kata, ini hanya propaganda nak menaikkan orang Melayu. Tak siapa tahu yang dia sebenarnya gagal sewaktu di peringkat A-level selepas itu. Sejauh mana cerita ini benar, tidaklah saya tahu. Namun, saya melihat memang ada yang tak kena dengan Amalina, kerana pemikirannya yang tidak mantap mungkin? Atau gaya hidup? Hmm.


Itu persoalan propaganda. Tapi adik Madihah ini orang miskin. Dia memang seharusnya diberi peluang untuk pergi lebih jauh.


Persoalan kedua, persoalan BANYAAAAAAK A. Ada orang ingin mempersoalkan subjek-subjek yang diambil. Memandangkan dia datangnya dari sekolah agama, besar kemungkinan subjek-subjek yang diambil itu kebanyakannya memang berkait rapat dengan satu sama lain, dan mungkin tak sesuai pun untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat antarabangsa. Itu satu. Ada pula pelajar-pelajar yang mengambil jurusan perubatan (saya harap yang ini kena batang hidung kita sendiri) atau kejuruteraan seumpamanya mempersoalkan kejayaan adik ini.
Katanya, "alah, tak penting pun dapat banyak A. Contohnya kalau nak ambil medik, bukan nak tengok semua subjek pun".

Tunggu, tunggu dulu. Yang ini apa kejadahnya nak cakap macam tu? Adakah kita dengki dengan kejayaan adik ini? Atau mungkin hanya sebab kita ambil jurusan perubatan kita ingat kita lebih bagus daripada orang lain? Saya sendiri pernah berfikir kita lebih bagus, tapi sekarang tidak lagi. Kalaulah kalian tahu tentang pengetahuan yang lebih utama, kalian tidak akan berkata seperti itu. Pengetahuan-pengetahuan yang kalian ada tentang badan manusia, tentang bangunan, tentang fizik dan sebagainya ini akan jadi sampah semata-mata dibandingkan dengan pengetahuan yang lebih utama. Kalau saya ada masa, saya akan jelaskan tentang pengetahuan yang lebih utama ini.

Yang pentingnya, hendak dapat banyak A bukannya senang, lebih-lebih lagi kalau hidup dalam kesusahan. Saya lebih suka orang yang meluas pengetahuannya berbanding orang yang hanya tahu satu bidang sahaja. Tapi, ini apa yang saya fikir. Tetap tak ada salahnya kalau nak fikir lain.


Persoalan ketiga, persoalan politik. Ada sesetengah orang memang tak boleh fikir benda lain. Tidur politik, makan politik, mandi pun politik. Yup, adik Madihah anak Kelantan. Sebenarnya tak kisahlah seseorang itu anak Kelantan ke, anak Samdol atau anak Tan, anak Joseph atau anak Subramaniam, apa-apa yang baik boleh sahaja dijadikan contoh. Saya boleh nampak kalau kejayaan adik ini menaikkan kerajaan Kelantan, tapi kalau nak gunakan dia untuk mencerca BN? Saya sangat-sangatlah pening.


Baiklah, sampai di sini sahaja dulu. Sehingga berjumpa lagi, jika ada kesempatan.

5 comments:

arif fadilah said...

betul tu maher,
apa yang penting dalam menuju kecemerlangan ini ialah istiqamah

dan ingat, apabila sesuatu kejayaan telah dicapai janganlah timbul perasaan bongkak dan takbur
sia-sialah segalanya kerana apa kawan-kawan? kerana ianya tiada nilai di sisi Allah angkara bongkak, takbur dan ujub.

Sesekali pndanglah ke bawah melihat rakan2 kita yang tidak berpeluang menjejakkan kaki ke universiti. bagaimana pula mereka yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang (all A's). Cuba letakkan diri kita sebentar dalam situasai mereka, apa yang akan kita rasa?. Tetapi ingat, ada di kalangan mereka yang tidak menjadikan kegagalan dlm peperiksaan sebagai satu halangan untuk berjaya dalam hidup. persoalannya adakah kita sekuat dan setabah mereka?.

Kikis sifat takbur dan dengki dari diri kita.

Pengembara said...

testing......

Mohafiz MH, M.D. said...

tengok gambar rumah dia aku dah sedih,tak baca berita lagi..

harap ada pihak yang membantu

orang susah ni, walau dapat tawaran, akan pikir banyak kali juga sebelum terima. Ye lah, tambang, yuran pendaftaran dll still kena consider beb..

gua pernah rasa..

Pengembara said...

sememangnya semua orang harus ambil teladan.
Kalau sebelum ini kita pun susah, maka ini mungkin masanya kita nak ingat kembali kesusahan, sedang kita tengah leka ni.

Kalau kita memang orang senang, cuba lah untuk rasa kesusahan itu, walaupun kita selalunya memang tetap takkan dapat rasa macam mana yang mereka rasa.

ABU yah said...

Sesama sendiri fikirkan yang tak
merasa kesusahan, tanya ayh dan ibu
pada masa mana datok nenek dan moyang mereka merangkak naik? pada
kaum cina dan india pada masa mana
mereka datang ke tanah bertuah ini,
Tapi jgn lupa tanya pada Tok Batin
senangkah dia disaat kita sudah merdeka 5o tahun ni....

Jgn pula pentingkan susah kehidupan, ada susah pada perasaan, lihat dan ingat, bayangkan rasa susah yang ada pada Emak dan Ayah berjauhan pada kalian, rasa susah jika anak-anak mereka yang berjauhan apakah bayangan mereka...? menjadi susah dalam memendam perasaan......
yang tanpa kalian sedari tak mahu mengetahui.............
jika anaknya perempuan.......!
jika anaknya lelaki......!
CARILAH SENDIRI.... WAHAI PENCARI.....

MUDAH MENGATA BETUL MACAM ARIF FADILAH..... ADA KESUSAHAN DALAM SEBALIK YANG BETUL TU LAGI SEBENARNYA, FIKIR FIKIRKAN LAH DALAM PENCARIAN............WAHAI PEMBACA, LEBARKAN SUDUT KESUSAHAN... BERERTI KAMU MELUASKAN PANDANGAN DAN PENGERTIAN.... DAPAT PENGERTIAN PARA PEMBACA DAPAT MELUASKAN PENTAKRIFAN NYA........
KALAU MEREKA DAH BACA PENTAKRIFAN YANG PEMBACA KOMEN DALAM RUANGAN INI, SEANDAINYA DI LIKU - LIKU HIDUPNYA NAK KONA BARING PUN JIKA DIA TAK TARIK "HAND BREAK" DIA BERHATI-HATI DAN MEMBUAT SATU PENILAIAN.....UTK BERERTI HIDUP....
ALLAH HU ALAM.........