javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Saturday, March 21, 2009

Erti Hidup Pada Memberi

Aku perlu menulis.
Berbicara tentang cinta. Tentang kekeluargaan, persahabatan dan perpaduan.

Aku bimbang aku akan tenggelam dalam kegelapan
dan dimusnahkan oleh masa.

Bila aku telah tenggelam dalam kegelapan,
aku tidak akan dapat berbicara lagi tentang kebenaran.

Aku akan menjadi bisu.

Jika aku berkata-kata, aku akan hanya mengajar kalian tentang hipokrisi.
Dengki akan tumbuh, dan kepalsuan bermaharaja lela.

Erti Hidup Pada Memberi. Itu kata-kata Ustaz Saifulislam.com.

Dia benar. Memberi itu maknanya luas. Boleh jadi memberi peluang untuk diri berubah, memberi masa dan tenaga untuk melakukan kerja-kerja kebaikan, dan memberi apa-apa yang dirasakan boleh membuat hidup itu lebih bererti.

Ya, dengan memberi kita menambah pengertian dalam hidup. Tapi memberi bukanlah segala-galanya tentang hidup.

Maafkan saya bila berkata sebegini. Saya amat pening sekarang. Pemikiran saya telah dimusnahkan dan dibina berulang-ulang kali. Difahamnya tentang satu konsep, tiba-tiba konsep yang lama muncul kembali memberikan justifikasi. Konsep yang lama minta dipandang, dan dibenarkan. Dengan pemikiran juga saya melihat diri sendiri dan orang lain, dan saya makin pening, hati makin berat. Tiba-tiba satu suara lain pula menjenguk, 'apa kau melihat sekeliling dengan hanya menggunakan pemikiran?'
Rupanya saya pening, tapi saya masih berangan-angan.


Saya berpendapat, erti hidup adalah pada tujuan. Bila tak kita ketahui apa tujuan kita (atau dah tahu, tapi tak yakin) maka kita harus mencari tahu apakah tujuan itu.

Kadang-kadang kita ingin hidup kita jadi seperti orang lain, kerana nampaknya seperti hidup orang lain itu lebih indah dan lebih bermakna. Padahal makna itu kita sendiri yang perlu cari. Hidup sebagai orang kaya boleh jadi bermakna, namun hidup sebagai anak petani juga mempunyai makna yang tersendiri.



Tujuan telah tertulis dalam kitab suci, tapi hati masih terasa berat dan pedih.

"Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali jika kamu tahu apa yang kamu cari"
- Saidina Umar

Maka saya ingin mencari Cinta. Makhluk memanggilnya dengan nama Tuhan. Hamba memanggilnya Yang Disembah, rakyat memanggilnya Raja. Orang-orang miskin meminta pada Yang Maha Kaya, orang-orang hina mengharapkan Yang Maha Mulia. Dia juga dikenali dengan nama Yang Maha Perkasa, Yang Maha Adil dan banyak lagi nama-nama indah Tuhan.

Saya percaya Tuhan akan menghilangkan rasa takut dan bimbang.

Saya tak temui cinta manusia itu boleh menghalang seseorang daripada melakukan kekejian dan maksiat. Mungkin seseorang akan terdorong untuk jadi manusia baik, disebabkan cinta kepada manusia yang baik juga, namun ianya tidak berkekalan. Sama ada kita lupa akan manusia tersebut atau manusia itu telah pun berubah.

Manusia dengan mudahnya melupakan Tuhan, bagaimana pula manusia tidak akan melupakan manusia lain? Hal itu pastinya lebih mudah lagi.

Manusia adalah ciptaan yang kompleks. Waktu ini anda melihatnya berdiri, sesaat kemudian dia berlari. (kenapa dia berlari secara tiba-tiba?) Anda lihat manusia semasa susahnya meminta dengan penuh harap, apabila beroleh kesenangan, dia jadi lupa diri.

Maaf sekali lagi. Kepala saya sakit. Ugh. Atau hati sayakah yang sakit?
Mungkin saya berpura-pura sakit, minta simpati daripada orang lain.

Aku tak dimiliki dan tak memiliki apa-apa pun, selain Tuhan.

Benarkah? Maka kalau begitu tiada apa yang dapat diberi.

6 comments:

aleya said...

kepala sakit. hati pedih ngilu. dada terasa berat. seolah ada beban yg menekan. dan akhirnya jasad jadi lemah. seakan mahu kalah.

dalam waktu seperti itu, jangan sekali-kali kau lepaskan tali-Nya. genggam ia erat-erat, gigit kuat-kuat dengan gigi geraham mu. walau hati tak merasa, seolah-olah buta dan tuli semuanya.

waktu itu, kosong. hidup bagai layang-layang putus tali. ke sana, ke mari, tapi kau tak temui erti. sakit. amat sakit.

percaya dan harapan. tentu itu masih ada :)

yadikiswoyo said...

help me...

Iliana said...

salam..

saya menggunakan kata ini ketika mengutip derma di kolej..saya suka sangat ayat itu..mendalam sekali..

cinta itu, hidup..jika tak disiram ianya akan layu lalu mati..

Ahmedkzaman said...

salam..
pergh ilham!!
makin menyengat ko nyer blog..
huhu..
mnarik! rase cam nk tiru
tp aku xpndai bab brkata2..
apakan daya...

Pengembara said...

alya

hmm..gigi geraham saya sudah rosak! =p

tapi memang sakit. kau tak sakit bila kau tak sedar yang waktu itu kosong. Kau sakit setelah kau tahu waktu itu kosong. Kau tak ingin pulang pada masa lalu, yang tak menunjukkan kekosongan waktu. Tapi tak kau jumpa pula jalan untuk masa hadapan. Sakit.


ngepot

yeah!! promote la apa sahaja

iliana

Kitalah sebenarnya yang perlu disiram. Cinta tak memerlukan kita, tetap hidup walaupun setelah kita mati.

ahmed

ergh, poyo.
kau kata macam tu dalam setiap post. ha ha.

Coach Atie said...

Salam,
saya sudah memberi jawapan saya kepada persoalann saudara tentang mengapa saya menganggkan pemikiran di blog saya.
Mungkin selepas membacanya pasti ada perkara yang saudara mahu lontarkan.Saya bersedia menerimanya.

Salam pemikiran,
Yussamir Paradigma