javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Thursday, February 12, 2009

Tidak pernah bertemu, bisakah mengenal?

Dua orang yang tidak pernah bertemu
bisa sahaja menyedari
kewujudan temannya yang seorang lagi

Mereka adalah kebenaran dunia yang tidak mampu disembunyikan oleh manusia-manusia berhati busuk, dan walau oleh sesiapapun. Sungguh aku cari teman seperti mereka, dan aku khuatir yang aku tidak punya waktu untuk bertemu.


Hari ini saya memulakan lagi perjalanan saya membelek helaian-helaian elektronik dari internet. mata saya sempat menangkap satu nama tokoh yang menurut perkiraan saya, saya tidak pernah mendengarnya 2 tahun lepas. lalu saya buka artikel tentang Sayyid Qutb. Ingin tahu juga siapa sebenarnya dia yang diwar-warkan Barat sebagai pencetus radikalism dalam islam dan bukunya Milestone yang dikatakan Red Book of Mao? kalau tak silap.

Saya petik dari artikel bertajuk Sayyid Qutb :

SYED QUTB BERSAMA IKHWAN AL-MUSLIMIN

Peringkat terakhir daripada perjalanan hidup Syed Qutb bermula daripada tahun 1951, tahun penyertaannya ke dalam jama’ah Ikhwan al-Muslimin, sehingga ke tahun kesyahidannya tahun 1966. Bagi Syed Qutb, tempoh itu sangat penting baginya. Beliau sendiri menganggap tahun 1951 sebagai tahun kelahirannya semula.

Syed Qutb menyertai jamaah Ikhwan al-Muslimin, dua tahun sesudah kematian pengasasnya Imam al-Syahid Hassan al-Banna pada tahun 1949. Mereka berdua tidak pernah bertemu walaupun dilahirkan di tahun yang sama 1906, dan dididik di tempat yang sama, di Darul Ulum.

Namun di antara mereka mempunyai kesatuan jiwa dan wahdatul-fikr. Bagi Hassan al-Banna setelah membaca buku “Al-’Adalah Al-Ijtima’iyyah Fil Islam”, karangan Syed Qutb, beliau menganggap pengarangnya (Syed Qutb ) adalah sebahagian daripada kita ( Al-Ikhwan ). Seterusnya Imam al-Banna telah menyakinkan para pemuda Ikhwan bahawa “orang ini” (Syed Qutb) akan menyertai al-Ikhwan tidak lama lagi.

Syed Qutb juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Hassan al-Banna. Malah kematian al-Banna sangat terasa kepadanya walaupun beliau belum pernah bersama dengan al-Banna. Berita kematian al-Banna diterimanya dengan perasaan tragis sewaktu berada di sebuah hospital di Amerika Syarikat. Berbeza dengan sikap orang-orang Amerika yang bergembira dan bagaikan berpesta menyambut berita tersebut.

Sekembalinya dari Amerika Syarikat, Syed Qutb terus mengkaji kehidupan al-Banna dan membaca seluruh risalah karangannya. Beliau akhir menemui suatu “kebenaran” yang wajib diperjuangkan. Seterusnya beliau berjanji dengan Allah untuk memikul amanah perjuangan Hassan al-Banna.

Pengalaman seperti ini sebenarnya tidak terhenti di situ. Di seluruh dunia, pada saat ini, persaudaraan, persahabatan yang tak pernah diceritakan atau ditayangkan dalam movie-movie yang kalian tonton, sedang bercambah. Gerak nadi mereka sama. Mereka mengenal yang lain. Saya bisa mengenal, kalian juga begitu.

Moga kita memiliki hati yang tulus dan dengan itu kita boleh mula mengenal dengan pasti.

5 comments:

arif fadilah said...

ehmm....satu blog yg menarik,
truskan usaha bro..

Pengembara said...

jadi tugas ko meniup Ney?
saya teringin betul, dari dulu lagi hendak membaca karya faisal tehrani....tapi tak satu buku pun yang sudah terbaca...

apa-apa pun, terima kasih.

arif fadilah said...

ehm...x reti pun aku nak niup ney tu. memang aku syorkan ko baca karya2 dia. aku suggest ko baca novel "Kombat 1511H". memang mantap la beb. naik semangat jihad kita. aku memang suka kumpul karya2 dia. aku memang nk minat wat blog cam ko ni. tapi takut x dpt kasi komitmien la. kosong jer karang. apa tips yg leh ko kasi?

Pengembara said...

bagi aku la....yang penting ko kena ada sesuatu yang bagus untuk disampaikan...buat mula2 nih...takpe sangat kot kalo tak selalu update, janji bagus...

dan lepas tuh sebenarnyer...kalo ikutkan aku tak berani nak taruk benda2 yang terlalu bersastera...
sebab tak semua orang boleh faham...lagipun ilham tuh bukan datang pada masa-masa yang ko tentukan, ilham tuh datang dalam masa yang sekilas je.

aku rase lagi nampak normal kalo taruk cerita-cerita, terutamanya cerita dari ko sendiri - pengalaman yang boleh terkait dengan kemanusiaan itu sendiri, dan bukannya syok sendiri.

arif fadilah said...

thanx for the tips. tengok jer lah nanti wujud ker x blog nyer tuh. huhuhu.