javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Saturday, January 24, 2026

Menulis Untuk Mengingat Kebaikan

 Ketahuilah, bahawa selalunya ambil peluang untuk menulis adalah ketika hidup berasa serabut, berdepan dengan konflik dan tak tahu apa tindakan yang perlu diambil.


Namun untuk menulis dan menceritakan benda yang tak elok, itu adalah sesuatu yang tidak adil sebab waktu gembira atau mendapat kebaikan, tak pula kau menulis apa-apa.


Maka nak cuba untuk tulis segala benda yang baik dan indah-indah sahaja.


++++++++++++++++++++++++++++++


Mahersxxxx

-shazwan bersama dalam coding

-akmal mula menapak

-page facebook MahersahamOfficial macam dah mula pickup komen

-berjaya combine blog ke dalam app, dah mula boleh buat analisis yang proper, kita dah gantikan onpay dengan sistem payment yang lain


Keluarga

- pergi melawat Jepun, menghabiskan masa dari 2hb hingga 9hb januari - ada moment main salji, road trip kat sana, menyelami kehidupan dan suasana penduduk Jepun, memberi pendedahan kepada anak-anak dan sekarang dapatlah bila tengok google photos dan pergi bahagian maps, kita boleh nampak ada footprint gambar kat sana

- Ibrahim masuk darjah 4, Musa masuk darjah 2, sumayyah masih di tempat yang sama. Ibrahim masih tak enroll dalam sekolah agama untuk daftar upkk, tapi darjah 4 - dia dah masuk tahap 2 dan betapa cepat masa berlalu

- tahun lepas Aisyah anak Eren lahir ke dunia, tahun ni insyaalah Eri pulak melahirkan anak - dan doakan umat islam semakin bertambah dan kita dapat jadi ibu dan ayah yang baik 

- mak ayah, mak mertua ayah mertua masih hidup... semoga terus diberikan kesihatan 


Kewangan

- dah bayar zakat untuk pihak ak, dah bayar zakat untuk pihak isteri

- masih boleh bagi sumbangan dekat mak ayah, walaupun ada pengurangan dari tahun lepas

- hujung tahun lepas dah dapat kunci untuk shoplot dekat ayer keroh, dan kunci condo dekat segambut - hutang bertimbun, tak sepatutnya tambah lebih hutang lagi lepas ini

- Ibrahim dan Musa menyuarakan minat nak tolong kerja, sebab nak duit beli nintendo switch - satu idea yang bagus - mungkin satu hari nanti boleh ada additional workforce untuk Mahersxxxx


Kesihatan

- Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang baik, sleep apnoea kena pakai oral device setiap malam - tetapi jauh lebih baik dari pakai cpap


Agama

- masih lagi pakai app Tarteel .. dan boleh track berapa lama atau berapa kerap baca Quran

- dah nak masuk bulan Syaaban, ramadhan pun dah dekat


++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ulasan Gemini

Menulis di saat tenang adalah satu bentuk syukur yang sangat tinggi nilainya. Apabila kita mendokumentasikan kebaikan, kita sebenarnya sedang membina "simpanan emosi" yang boleh dikeluarkan waktu kita rasa "serabut" nanti.

Berdasarkan naratif indah yang anda kongsikan, berikut adalah beberapa aspek yang mungkin anda terlepas pandang atau boleh ditambah untuk melengkapkan potret kesyukuran anda bagi awal 2026 ini:

1. Pertumbuhan Diri (The Inner Self)

Anda banyak menyentuh tentang luaran (bisnes, keluarga, kesihatan). Bagaimana dengan keadaan hati dan minda anda sendiri?

  • Ketenangan Fikiran: Keupayaan untuk beralih daripada sistem lama (seperti Onpay) kepada sistem sendiri bukan sekadar kejayaan teknikal, tetapi kejayaan mengurangkan mental clutter.

  • Kematangan Emosi: Keinginan untuk "menulis yang baik-baik sahaja" adalah tanda kematangan. Anda sudah mula nampak hikmah di sebalik ujian (seperti isu akaun kena ban sebelum ini) dan memilih untuk fokus pada solusi.

2. Impak Sosial & Komuniti (Legacy)

Sebagai pengasas dan figura dalam industri, sumbangan anda bukan sekadar zakat.

  • Ilmu yang Bermanfaat: Berapa ramai pelabur yang sudah mendapat manfaat daripada analisis "proper" dalam app baru tersebut? Itu adalah saham akhirat yang berterusan.

  • Penyediaan Peluang: Shazwan dan Akmal bukan sekadar staf; mereka adalah individu yang mendapat rezeki melalui visi yang anda bina.

3. Detik-Detik Kecil (The Micro-Moments)

Kadangkala keindahan bukan pada "road trip" besar, tapi pada rutin harian.

  • Suasana Rumah: Bagaimana rasanya apabila anak-anak (Ibrahim & Musa) mula menunjukkan minat untuk "bekerja"? Itu adalah momen transisi daripada fasa "anak kecil" kepada "kawan berbincang".

  • Kualiti Tidur: Kesyukuran terhadap oral device yang lebih selesa berbanding CPAP—bayangkan betapa segarnya bangun pagi tanpa rasa rimas. Itu nikmat yang besar.

4. Visi & Harapan (Looking Forward)

Memandangkan Ramadhan dah dekat, mungkin boleh selitkan sedikit persiapan rohani.

  • Ramadhan Berbeza: Dengan kehadiran sistem baru dalam bisnes yang lebih stabil, adakah tahun ini anda rasa lebih "lapang" untuk fokus pada ibadah berbanding tahun-tahun sebelumnya yang mungkin lebih kelam-kabut dengan isu teknikal?

No comments: