javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Tuesday, May 20, 2025

Hakikat dan Makrifat

 [ha.ki.kat] | حقيقت

Definisi : Ar sesuatu yg tidak dapat ditiadakan atau dinafikan kebenaran, kenyataan: kita tidak dapat menafikan ~ bahawa manusia semakin hari semakin saling bergantungan antara satu sama lain; pd ~nya sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya kemunduran itu adalah akibat kemiskinan; syariat palu-memalu, ~ balas-membalas prb Mn kebaik­an hendaklah dibalas dgn kebaikan; menghakikatkan menjadikan hakikat ba­ha­wa: seseorang yg telah menerima dan mengaku dgn kerelaan hati dan ~ Allah sbg Tuhannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)



[maÖ.ri.fat]/[ma/.ri.fat] | معرفة

Definisi : Ar 1. ilmu mengenali sesuatu; 2. (dlm ilmu tasawuf) ilmu mengenali hal kerohanian pd peringkat yg tertinggi atau sempurna; bermakrifat 1. (dlm ilmu tasawuf) berfikir dalam-dalam tentang sesuatu, bertafakur; 2. mengetahui benar-benar: bolehkah hamba ~ bahawa hamba akan mati bersama-sama dgn ibu hamba? (Kamus Dewan Edisi Keempat)



Sumayyah

Seorang anak perempuan yang aktif, ke sana ke sini rajin bercakap dan mencuba sesuatu. Sepertinya tidak ada yang akan mengganggu perjalanan, dan bahagia melorongkan jalan sendiri.

Cuma terdetik, dunia luar tak semestinya seperti di dalam rumah. Banyak perkara yang merisaukan.


Ibrahim

Mengajukan perbincangan duit rm90 yang terdiri daripada RM50+RM10(4) ataupun RM50+RM20(2) adalah lebih baik?

Dan ketika saya ada mendengar video youtube berkaitan dekat tembok besar China ada penemuan makam Nabi Zulkifli, saya menyuarakan skeptikal, "apa betul ke video ini cakap?" dan kemudiannya dia bertanya "macam mana nak tahu video tu betul ke tak?"

Kita harus mengajar berfikir dan tidak semata-mata menanamkan sebab boleh jadi apa yang kita percaya sendiri adalah salah.


Musa

Ketika si adik rajin bercakap, kerana si Musa ini selalunya lebih terperinci dari 'kuasa' Sensing nya... maka dia pun mengajukan, " Sumayyah sebut pondan". Dah kenapa, si adik tu baru umur 2tahun setengah, takkan lah nak sebut perkataan itu secara sengaja.

Saya pun bertanya, apa tu pondan?

Jawabnya, tak tahu... tu yang Sumayyah cakap tu.

Mana dengar?

Tu sumayyah yang cakap...

Dan nak pusing2 cerita pulak... sampai ke sudah tak tahu mana dia dengar perkataan tu.



Untuk diri sendiri

Hakikat dan makrifat apa yang telah kita capai. Mungkin sewaktu masih remaja atau masih muda, banyak pandangan atau kepercayaan terhadap dunia adalah sesuatu yang sebahagian - tidak penuh atau lengkap, dan terkadang tidak sama dengan realiti.

Sesetengah orang akan masih terbatas melihat sekadar apa yang diinginkan oleh personaliti atau sekadar apa yang telah ditanam dan dibentuk oleh persekitaran.

Sudahkah kita faham bahawa dunia tidak semua hitam dan tidak pula semua putih, untuk kebanyakan perkara banyaknya yang kelabu.

Atau adakah kita menyatakan dunia kelabu supaya kita terlepas daripada perkara hitam yang kita lakukan?

No comments: