javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Wednesday, May 28, 2025

Bittersweet Longing

 ada sesuatu dengan salji yang buatkan masa berjalan dengan pantas.


boleh jadi sebab sibuknya menahan sakit kesejukan hingga ke tulang sumsum atau hujung jari kaki dan tangan; terpesona dengan keindahan warna putih; nampak sopan dan dunia dengarnya seperti senyap menyembunyikan hiruk pikuk kesibukan hidup. 


manusia tak perlu takut kehilangan sekiranya pada awalnya sudah terima hakikat bahawa dia tidak mempunyai apa-apa.


mungkin ada masa-masanya ruang untuk curang atau mencari yang lain itu ada, tetapi samada perasaan terlalu malu atau it's not worth it.


dunia bukan satu tempat yang sumbernya tidak terhad, mempunyai sifat atau satu kelebihan biasanya datang dengan kekurangan yang lain - satu bentuk trade off. 


kita harus memilih kesakitan atau perjuangan kita sendiri - itu pun dalam keadaan kita diberi pilihan; dalam keadaan tiada pilihan, terserah kepada takdir bagaimana Tuhan memperjalankan hidup kita.


saya memohon Tuhan untuk mempermudahkan urusan.


dalam bait puisi atau kata-kata kita sembunyikan niat, pengalaman atau peristiwa. Ada masanya benda yang sama berlaku terhadap lagu-lagu yang dimainkan.


terima kasih buat yang masih menulis, jiwa menjadi senang kerananya. itupun kalau saya tak lupa menjengah tulisan kalian akibat disibukkan oleh kerja, tiktok, youtube, facebook dan macam-macam lagi.


saya gemar tulisan yang jujur - tulisan berbentuk seperti diari, tujuan asalnya bukan untuk dipaparkan di media sosial mencari publisiti, populariti ataupun mencari rezeki dengan menjual buku - walaupun itu semua tak semestinya menjadi kesalahan.


wanita yang menulis dengan jujur dan memiliki suara hati seakan dewi, lelaki pula adalah dewa dan mata dibutakan dari melihat mereka sebagai manusia.


idola letaknya di atas pedestal, terlalu suci untuk dijadikan pasangan.


untuk memilih pasangan - perlu melihat kepada kebutuhan-kebutuhan lain; mencari keseimbangan dan apa yang kita termampu atau terkufu dari sudut material, spiritual, biologis, jiwa.


perkahwinan adalah usaha yang berterusan, akan ada elemen pengorbanan. ada waktunya untuk nikmat, kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan tapi bersiap sedia juga hadapi baran, meluat, kesedihan dan kebencian.

*ketika ini sedang viral kisah cikgu SMK Ayer Keroh dan wiring cctv

sewaktu kecil, hujung minggu - tanpa perlu risau kerja sekolah, mak dan ayah biasanya akan bawa berjalan, dan di penghujung waktu hujung minggu akan rasa kesedihan atau kekosongan... perkara sama berlaku baru2 ini diutarakan oleh Ibrahim selepas habis bermain di Mocity Funpark di Klebang pada hari Ahad malam.


saya bertanyakan kepada chatgpt : 

"is there a word referring to this emotion : during weekend, i enjoyed my time with family, at the last moment or hour of weekend, hope that this situation persist, the happiness. what is this feeling"

https://chatgpt.com/share/6835ec0c-9e94-8009-9cf2-9308261a7154


maka jawapan yang mungkin adalah : bittersweet longing, nostalgia, saudade, melancholy joy. Bahasa melayu pun ada diberi, tapi rasa kalau kena dan sesuai pun adalah "Harap masa terhenti" – perasaan ingin momen itu kekal.


Keesokan harinya, Isnin, cuti sekolah sempena hari sukan pada Sabtu, bawa Ibrahim dan Musa bersama wife - tinggalkan Sumayyah di taska - untuk pergi ke SnowWorld Ayer Keroh... maka mengembalikan nostalgia kepada kesejukan di Volgograd.


https://www.google.com/search?as_q=volgograd&as_epq=&as_oq=&as_eq=&as_nlo=&as_nhi=&lr=&cr=&as_qdr=all&as_sitesearch=blogspot.com&as_occt=any&as_filetype=&tbs=


Duh, rindu.


Tuesday, May 20, 2025

Hakikat dan Makrifat

 [ha.ki.kat] | حقيقت

Definisi : Ar sesuatu yg tidak dapat ditiadakan atau dinafikan kebenaran, kenyataan: kita tidak dapat menafikan ~ bahawa manusia semakin hari semakin saling bergantungan antara satu sama lain; pd ~nya sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya kemunduran itu adalah akibat kemiskinan; syariat palu-memalu, ~ balas-membalas prb Mn kebaik­an hendaklah dibalas dgn kebaikan; menghakikatkan menjadikan hakikat ba­ha­wa: seseorang yg telah menerima dan mengaku dgn kerelaan hati dan ~ Allah sbg Tuhannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)



[maÖ.ri.fat]/[ma/.ri.fat] | معرفة

Definisi : Ar 1. ilmu mengenali sesuatu; 2. (dlm ilmu tasawuf) ilmu mengenali hal kerohanian pd peringkat yg tertinggi atau sempurna; bermakrifat 1. (dlm ilmu tasawuf) berfikir dalam-dalam tentang sesuatu, bertafakur; 2. mengetahui benar-benar: bolehkah hamba ~ bahawa hamba akan mati bersama-sama dgn ibu hamba? (Kamus Dewan Edisi Keempat)



Sumayyah

Seorang anak perempuan yang aktif, ke sana ke sini rajin bercakap dan mencuba sesuatu. Sepertinya tidak ada yang akan mengganggu perjalanan, dan bahagia melorongkan jalan sendiri.

Cuma terdetik, dunia luar tak semestinya seperti di dalam rumah. Banyak perkara yang merisaukan.


Ibrahim

Mengajukan perbincangan duit rm90 yang terdiri daripada RM50+RM10(4) ataupun RM50+RM20(2) adalah lebih baik?

Dan ketika saya ada mendengar video youtube berkaitan dekat tembok besar China ada penemuan makam Nabi Zulkifli, saya menyuarakan skeptikal, "apa betul ke video ini cakap?" dan kemudiannya dia bertanya "macam mana nak tahu video tu betul ke tak?"

Kita harus mengajar berfikir dan tidak semata-mata menanamkan sebab boleh jadi apa yang kita percaya sendiri adalah salah.


Musa

Ketika si adik rajin bercakap, kerana si Musa ini selalunya lebih terperinci dari 'kuasa' Sensing nya... maka dia pun mengajukan, " Sumayyah sebut pondan". Dah kenapa, si adik tu baru umur 2tahun setengah, takkan lah nak sebut perkataan itu secara sengaja.

Saya pun bertanya, apa tu pondan?

Jawabnya, tak tahu... tu yang Sumayyah cakap tu.

Mana dengar?

Tu sumayyah yang cakap...

Dan nak pusing2 cerita pulak... sampai ke sudah tak tahu mana dia dengar perkataan tu.



Untuk diri sendiri

Hakikat dan makrifat apa yang telah kita capai. Mungkin sewaktu masih remaja atau masih muda, banyak pandangan atau kepercayaan terhadap dunia adalah sesuatu yang sebahagian - tidak penuh atau lengkap, dan terkadang tidak sama dengan realiti.

Sesetengah orang akan masih terbatas melihat sekadar apa yang diinginkan oleh personaliti atau sekadar apa yang telah ditanam dan dibentuk oleh persekitaran.

Sudahkah kita faham bahawa dunia tidak semua hitam dan tidak pula semua putih, untuk kebanyakan perkara banyaknya yang kelabu.

Atau adakah kita menyatakan dunia kelabu supaya kita terlepas daripada perkara hitam yang kita lakukan?