javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Tuesday, August 26, 2025

Pulau Babi Besar

Sekarang ni nama dia dah mula ditukar kepada Pulau Besar, terletak lebih kurang 30minit dari Jeti Mersing.


Sebenarnya sebelum pergi sempat bergaduh, hampir-hampir ingat tak jadi - tapi mungkin sebab wife yang dah rancang semua, jadi wife pun agaknya dah timing baik untuk berbaik - akhirnya jadi pergi.


Kalau masih tak berbaik, memang rasa tak nak pergi - tapi akan terbazir perancangan, duit deposit (pada awalnya ingat macam dah bayar full).


Kalau boleh dalam perhubungan ni:

- jangan ungkit

- jangan ringan mulut sangat cakap bukan-bukan

- banyakkan bersyukur


Kitorang stay di Bayu Lestari Resort.

Good experience, nice place. 


Pros

Tak crowded, pantai putih, pasir halus, makan sedap - sarapan, tengah hari dan makan malam. Bilik dekat dengan tempat makan. Tempat makan cantik, view malam pun romantik.

Bilik punya layout - 1 katil queen dan 3 katil single nampaknya lebih dari cukup.

Dapat snorkeling, dan nampak banyak ikan di celahan batu waktu 2nd drop atau 2nd persinggahan waktu island hopping.

Ibrahim dan Musa tak susah nak jaga sangat, boleh independent snorkeling.. dan boleh tahan berani

Santai, healing... jadual tak padat sangat, ada jugak masa boleh tidur melepaskan penat.

Jeti cantik, instagrammable.

Dapat utilise drone dengan baik untuk tangkap gambar pemandangan dan gambar family.


Cons

Island hopping waktu cuaca agak tak elok, bergelora.. kawasan terumbu karang katanya tak macam Pulau Tioman. Tak nampak ikan sangat waktu betul-betul kat tengah laut.

Kurang briefing waktu mula nak check in - tak diberitahu pun peralatan snorkeling boleh pinjam dari resort.

Tertinggal tripod.

Drone yang ringan (DJI Neo hampir terbang) -  nasib baik ada phone yang boleh connect dengan drone tersebut semula.

Itu hari wife siap panjat atap untuk selamatkan drone di Perlis.

Awal-awalnya tempat makan (sekali dengan reception), agak berpasir dan rasa kaki akan hitam sebab kena tanggal kasut/selipar.. tapi dah duduk situ, kalau tak tanggal selipar.. memang berpasir la jawabnya.


gambar wife ambil...  cantik shot













Thursday, August 21, 2025

Lain Padang Lain Belalang

 Lain orang lain ragamnya.


Berbeza latar belakang, situasi kewangan, situasi keluarga, bagaimana dididik sejak kecil. Mungkin lepas ni kena cari success stories yang macam mana walaupun ada trauma waktu kecil, tapi bila dah besar boleh atasi segalanya macam tak ada trauma lansung/





Ahli Keluarga Bekerja Bersama

Sebenarnya dah ada beberapa pengalaman. Kadang-kadang kita ambil sebab nak bantu atau tangkap muat, makanya tak betul-betul fikirkan skil dan kebolehan dalam kerja. Kita ni startup, memang banyak belajar dari bawah, bina skil dari zero, jadi 'expect' yang orang lain pun buat benda yang sama.

Masalahnya tak semua orang ada mindset macam tu, dan ahli keluarga pun tak terkecuali.

Kadang ada yang makan hati dan tak beritahu.

Ada yang time bagus kita bagi lebih, atau merasakan habuan tak sebanding dengan kerja yang diberi. Tambah pulak mungkin pada awalnya tak betul-betul agree on berapa yang ahli keluarga akan dapat - itu adalah salah majikan pulak la kalau macam tu.

Kalau bergaduh, susah nak berkomunikasi dan suruh buat kerja. Macam ak yang kerja memang selalu duduk kat rumah je, sebenarnya waktu bekerja ni lah 'me' time, boleh suka hati nak susun macam mana - nak makan, nak minum, kononnya ada masa nak tengok 'movie' atau main game - tapi biasanya tak sempat pun sebab usahawan kena kerja non-stop.


Cabaran lain adalah bila ko menggajikan orang, orang tak expect akan diberhentikan bila-bila masa. Orang expect ko tanggung diorang, serahkan nasib kat tangan korang - kalau jadi apa-apa nanti, susah pula nak berdikari.


Contoh kes - anak saudara Che Nom yang buat resepi memasak buat aduan pula ke Jabatan Tenaga Kerja tak silap - orang tu dah la hire, bagi fleksibiliti, kerja dari rumah bagai... kena macam ni pulak. Rasanya update terbaru Che Nom siap nak stop lagi jadi influencer memasak. Mungkin ada kaitan dengan kes ni juga - rasanya la - dah melemahkan semangat nak buat bisnes.


"Hai semua, Assalamualaikum! Hari ni Che Nom nak luah sikit lah. Sedih sangat hati ni, sampai menitis air mata bila teringat balik. Ni bukan resepi, tapi rasa terkilan sangat-sangat pasal keluarga sendiri.


Che Nom buat bisnes kecil-kecilan je, bisnes keluarga, niat memang nak bantu ahli keluarga sendiri. Yelah kan, kalau bukan kita yang tolong keluarga, siapa lagi nak tolong?

Che Nom ambil anak saudara kerja sekali, walaupun dia tak ada kelulusan berkaitan. Anak saudara ni bukan orang lain, Che Nom sendiri yang besarkan dia dari kecil. Basuh berak dia, hantar pergi sekolah, masak setiap hari untuk diaorang makan. Bila dah besar sikit, Che Nom ambil kerja sekali sebab nak bagi peluang, nak bagi dia survive kat Klang Valley ni. Kita bagi fixed income bulanan supaya hidup dia senang sikit kat sini.

Che Nom ajar dia dari kosong, siap buatkan slide langkah demi langkah macam mana nak guna Premiere Pro. Kamera pun Che Nom ajar satu-satu, tekan butang pun kena tunjuk. Cari rumah pun kita yang uruskan. Che Nom sendiri kadang-kadang masakkan untuk dia makan. Bukan berkira pun, sebab memang anggap macam anak sendiri.

Kerja tak banyak sangat pun, seminggu tak sampai 20 jam. Bila nak pergi Umrah, Che Nom bagi je cuti sampai sebulan—bukan sekali, tapi dua tahun berturut-turut. Bukan setakat cuti, gaji penuh tetap bagi, duit poket Che Nom tambah lagi, visa pun Che Nom bayarkan. Semua sebab nak bantu ikhlas hati.

Tapi tiba-tiba, dia boleh pergi report ke JTK dan KWSP guna bayaran tetap bulanan sebagai bukti Che Nom tak jaga kebajikan pekerja. Ya Allah, memang sedih sangat bila dapat tahu. Lepas tu ni pula tiba-tiba dapat surat saman dari Jabatan Tenaga Kerja, bertambah-tambah kecewanya.

Che Nom tak faham kenapa kebaikan kita dipijak-pijak macam ni. Kita tolong dengan ikhlas, tapi balasan macam ni pula yang kita dapat. Sistem kerajaan pun satu hal, tak faham beza antara bantu ahli keluarga secara santai dengan syarikat besar yang ada HR dan kontrak bagai.

Che Nom harap sangat sistem kat Malaysia ni boleh faham realiti bisnes keluarga kecil-kecilan macam kita ni. Kalau semua benda kena formal sangat, susahlah kita nak bantu keluarga sendiri. Kita meniaga sebab nak cari rezeki halal, bukan nak kena tikam belakang macam ni.

Korang pernah tak kena macam ni juga? Kalau pernah, ceritalah sikit. Apa pun, sabar jelah. Che Nom percaya ada hikmah semua ni berlaku, semoga jadi pengajaran untuk kita semua. Lepas ni mungkin kena lebih berhati-hati, tapi niat baik kita tu, Tuhan nampak.

Terima kasih sangat-sangat sebab sudi dengar Che Nom luahkan rasa hari ni. Sayang korang semua. ❤️"

https://www.facebook.com/share/p/15TbhqzNhT/





Bisnes Perlu Semangat

Dan ko tak boleh expect dapat semangat dari sesiapa pun. Bab semangat, satu hal. Walaupun dah lepas bab semangat, ko akan hadapi cabaran lain... ada tak halangan atau kesukaran untuk ko all out dalam bisnes?

Terkadang beri talk dalam keadaan jiwa sedang berserabut, minda bercelaru - tapi kena buat jugak. Orang dah bayar, orang expect kita bagi sepenuh tenaga kita. Hal dalaman, hal peribadi - orang tak nak tahu.

Hatta staf sendiri pun, tak perlu la nak harap orang lain untuk empati ke simpati ke - mereka datang untuk kerja, buat kerja, balik dan dibayar gaji.

Seorang majikan perlu pandai mengimbangkan dua keadaan - tidak terlalu keras, inspiring agar orang buat kerja dengan produktif dan gembira, dalam masa yang sama tidak terlalu lembik sampai orang pijak kepala atau tak buat kerja dengan betul... jadi freeloader.

Tak tahu orang lain macam mana, tapi ada masanya masalah ni betul memberatkan hati, rasa macam sel-sel jantung, sel-sel perut tertarik - mungkin agaknya inilah butterfly in stomach - dan waktu macam ni rasa nak tidur je. Jadi kurang aktif. Itu lah yang dibayangkan dan rasa boleh relate bila mana dalam ayat Al-Quran Allah ada cerita Allah turunkan hujan dan bagi rasa mengantuk, supaya kita boleh tenang dalam kekacauan/masalah.. tak silap waktu tu siap waktu perang lagi. 

Firman Allah s.w.t:

{Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas).} (A-li'Imraan 3:154)

🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟏- {(𝐈𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡) 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐥𝐢𝐩𝐮𝐭𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐬𝐚𝐭𝐮 (𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧) 𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐩𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐜𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮). 𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚) 𝐈𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐡𝐮𝐣𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐬𝐮𝐜𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐩𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐠𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢𝐚𝐧 (𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢 𝐦𝐞𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧).} (𝐀𝐥-𝐀𝐧𝐟𝐚𝐚𝐥 𝟖:𝟏𝟏) 

Tak adalah nak samakan pergi buat kelas ke macam perang, tapi itulah - waktu nak pergi lah waktu kadang-kadang akan rasa mental breakdown sebab rasa seolah-olah macam kesalahan juga lah keluar bekerja tinggal anak bini

Sampai pernah juga lah ada sebut, "Kalau macam ni, baiklah serahkan syarikat ni dekat E.. (sebab orang paling kanan pada waktu itu), biar dia settle semua. Tapi tak dapatlah income lebih ke apa sebab orang lain yang uruskan.. patut dia la yang dapat lebih".

Tapi in the end, ko sendiri jugalah yang kena buat keputusan, sebab ko juga yang akan dipersalahkan nanti kalau tak dapat nak provide... worse comes to worst, ada orang takkan sanggup untuk hidup susah maka mungkin akan kuranglah bebanan.

Itu hanyalah dari pemerhatian dan pengalaman bertahun-tahun bergaul dengan komuniti usahawan.




Tak Menggambarkan Keseluruhan

Antara benda yang wajar diingat, adalah kadang-kadang post atau statement yang viral, kemudian disokong ramai-ramai atau dibantai ramai-ramai di media sosial, tak bermaksud ia menggambarkan keseluruhan.

Baca media sosial ni kadang-kadang boleh mempengaruhi fikiran kita sendiri - ada masa bagus, ada masa tak.

Terjumpa satu post pasal lelaki minta izin isteri untuk keluar. Habis kena bantai - lelaki mana ada perlu minta izin, just perlu inform je blablabla. Maka cuba untuk relate - rasa down pulak sebab selalunya aku kena discuss dulu dengan wife... dah rasa memang tergolong dalam kategori minta izin lah tu. Kalau inform je maksudnya tak perlu discuss.

https://www.threads.com/@muhdsulaim/post/DNUffU-JGip?xmt=AQF0TKFQCsa_KdoFzW57pMw2TPLPv4XaqHa86_ye89Jz0w

Semua orang buat macam tu ke? Baca punya baca, tak ada nampak satu pun pasal kena jaga anak ke apa bagai. 

Isu laki bini bergaduh ni, sampai bila pun tak habis. Lain keluarga, lain situasinya. 

Sebab ada je dalam threads atau perkongsian yang lain, dia tanya apa suami buat antara pukul 8-10pm, ramai je yang reply jaga anak ke uruskan anak dan lain2..

Baru-baru ni ada baca buku Diari Abah tulisan ustaz Hasrizal Abdul Jamil - yang dulunya ak ingat slogan tersebut adalah "Erti Hidup Pada Memberi". Dia pun kena jaga anak seorang diri, anak berempat kat Finland sebab wife kena sambung belajar/bekerja kat Ireland/UK.

Ada juga lah perkongsian lain oleh suami yang kena jaga anak supaya wife dapat berkhidmat sebagai doktor kepada masyarakat - ini pula jawapan balas kepada si bodoh Dma_Islam sebab buat status career woman = bodoh lagi-lagi bila suami boleh bagi nafkah pe semua.

https://www.facebook.com/share/p/178NbWg2bM/




Circle Bermasalah

release dulu... nanti sambung

Sunday, August 10, 2025

Al-Hamm dan Al-Hazan

 Al-Hamm dan Al-Hazan



https://www.youtube.com/watch?v=h8I8-cUfW7s

berdamai dengan takdir - ustaz adnin


https://www.tiktok.com/@zayan.my/video/7517481788843789575

- Menyesal sebab keluarga suami tak solat

Macam mana nak buang rasa menyesal tu? As simple as jangan sombong sangat dengan hidayah yang Allah bagi. Allah boleh tiba-tiba bagi hidayah kat kita, Allah boleh tiba-tiba tarik balik hidayah daripada kita.



https://www.tiktok.com/@robdial/video/7535222583596223775

Stop taking things personally.

Bukan untuk excuse sikap orang lain.

Mungkin, seseorang jadi begitu adalah sebab trauma masa lalu, seorang kanak-kanak yang dilukai waktu kecil - luka tak pernah sembuh - dan kini berada dalam badan seorang dewasa.


Mereka 'project their own pain, their own insecurities'.



https://www.tiktok.com/@am.event/video/7520495552367299845

Iman kepada qadha dan qadar (ketentuan dan takdir Allah) dapat menjadi obat bagi perasaan "al-hamm" (kegelisahan atau kesedihan masa lalu) dan "al-hazan" (kekhawatiran atau kesedihan masa depan). Dengan memahami bahwa segala sesuatu terjadi atas izin dan kehendak Allah, seseorang dapat merasa lebih tenang dan lapang dada dalam menghadapi cobaan hidup. 


Al-Hamm (Kegelisahan/Kesedihan Masa Lalu):

Ketika seseorang merasa gelisah atau sedih karena peristiwa masa lalu, iman kepada qadha dan qadar mengingatkan bahwa semua itu telah ditakdirkan oleh Allah. Peristiwa tersebut mungkin menyakitkan, tetapi dengan menerimanya sebagai bagian dari rencana Allah, seseorang dapat belajar untuk melepaskan beban masa lalu dan fokus pada masa kini.


Al-Hazan (Kekhawatiran/Kesedihan Masa Depan):

Begitu pula dengan kekhawatiran akan masa depan. Iman kepada qadha dan qadar mengajarkan bahwa Allah telah menentukan segala sesuatu. Meskipun kita tidak tahu apa yang akan terjadi, kita dapat yakin bahwa Allah akan memberikan yang terbaik. Dengan berserah diri kepada Allah dan berusaha sebaik mungkin, kita bisa mengurangi rasa khawatir dan fokus pada usaha yang sedang dilakukan.


Dengan memahami dan mengamalkan iman kepada qadha dan qadar, seseorang dapat mengurangi dampak negatif dari perasaan al-hamm dan al-hazan. Hal ini akan membawa ketenangan jiwa, kedamaian batin, dan kemampuan untuk menjalani hidup dengan lebih optimis dan ikhlas. 


Taisir, Takhfif, Tarbiyah dan Taubah


Kadang sebab ujian, Allah nak meringankan ujian masa depan, menggantikan sesuatu yang lebih teruk, mendidik dan mengingatkan untuk memohon ampun atas kesilapan.




https://mashoori.wordpress.com/2009/02/23/beriman-kepada-qada-dan-qadar/


Takdir dan Usaha - iman kepada takdir tak sepatutnya mengabaikan usaha

Takdir dan Redha - memang kena redha, tapi ada benda yang tak patut kita redha - contohnya perbuatan dosa.

Saturday, August 9, 2025

Empathy

for you it's nothing but to them is is their everything

Terkadang kita minta dan harapkan empati dari orang lain, tapi sejauh mana kita buat benda yang sama?

“To the world you may be one person; but to one person you may be the world.”― Dr. Seuss

Kita tak boleh harapkan orang melihat sesuatu sebagaimana kita melihat sesuatu perkara. 


Tak perlu berterima kasih, tak perlu penghargaan... hanya cukup untuk tak menyakiti dengan meminta yang lebih, kemudiannya mengherdik atau memarahi atau lebih teruk merendah-rendahkan pemberian apabila tak dapat apa yang dikehendaki.

Tabebuia rosea

 Itu nama pokok yang kita jumpa ketika di Bangi.

Dan tak disangka, nama tu diulang semula beberapa waktu selepas itu.
Anak sewaktu kecil, menyerap segala benda - dan kita tak tahu bahagian mana yang akan dia ingat dan bawa sampai ke dewasa.


Semalam, pergi ke sekolah sesi report card anak-anak.
Cikgu memang memberikan feedback yang positif.

Di satu saat, Ibrahim pernah berceramah kepada Musa, cerita tentang sab'a samawat yang mana maksudnya tujuh langit. Di sisi lain, mereka berdua memang rajin menghafal surah-surah.

Kemajuan diorang, adalah kemajuan yang tak pernah saya capai seusia itu.

Terkadang bertanya sendiri, apa yang saya buat yang melayakkan untuk dapat anugerah ini.

Haza min fadhli rabbi.

Hanya mampu bersyukur... memohon ampun atas segala salah dan silap... dosa-dosa yang dilakukan.

Friday, June 6, 2025

Berpesta

hari pertama cuti persekolahan, lepas hantar Sumayyah ke taska, bawa Ibrahim dan Musa ke Bangi untuk ditinggalkan di sana. Nanti umi ayah akan datang hari sabtu pagi.


Husna dalam sesi tazkirah pagi ini menceritakan bagaimana suka dan kagumnya dia dengan Prof Muhaya.


Prof Muhaya mulanya live di tiktok dan kemudian bawa penonton tengok live di telegram pula.


Antara isi kandungan:

- suruh create self worth, jangan nak minta maaf atas tindakan sendiri (dalam kes ini saya beritahu kalau untuk sendiri boleh lah, kalau in charge support Mahersaham - dah pasti kena selalu ringan mulut minta maaf)

- kalau tak mampu bayar yuran kelas, boleh jadi memang kelas ini tak sesuai untuk orang itu


perjalanan seterusnya adalah menghadiri program yang katanya dua hari berkaitan AI chatbot. Semalam saya tidur lebih kurang 230pagi, hari ini sepatutnya rabak ditambah lagi sanggup pula nak travel dari Melaka ke KL.


dalam program ada jumpa beberapa orang yang mengenali saya, dan saya pun berkenalan dengan mereka.

- dr yussra bariatric surgeon juga time cycle analyst MATA

- nidzam dari physio mobile yang sebelum ini saya pernah juga tegur whatsapp story (ketika itu kononnya nak jadi ejen takaful yang hebat close). Kawannya bernama Syafiq

- Megat dari evo dagang / funnel evo bawah Fahdi Ghazali yang hampir 1 tahun bekerja



sebenarnya yang turut memotivasikan perjalanan hari ini adalah pesta buku di WTC. Kalau tak pergi hari ini, boleh jadi memang langsung tidak ada kesempatan lagi pada hari-hari yang berikutnya.


pergi ke pesta buku adalah peluang untuk menelaah dan melihat 'sample' buku yang ada. citarasa setiap orang berbeza. Pada usia tua begini

- saya tidak berapa gemar fiksyen

- buku non fiksyen terutamanya bawah terbitan The Patriots banyak juga yang saya beli melalui TikTok namun tak selak-selak

- tidak gemar puisi yang tak dapat difahami dengan mudah atau tak berapa ada pengajaran yang dapat terus dipegang dalam hidup


kalau ikutkan dah bertahun tak pergi pesta buku, cuma kali ini tak tahu kenapa sangat terpanggil nak pergi.


fathi penulis blog bersamakepuncak.blogspot.com ada menulis buku, dan kebanyakan buku dikeluarkan oleh The bibilio press kalau tak silap. Saya ada follow di facebook, dan mereka ada booth dekat pwtc.


dah malas beli banyak buku tak baca, lebih baik tengok sample baru pilih nak beli atau tak. Jadi pesta buku pastinya adalah tempat yang terbaik untuk aktiviti tersebut.


cuma kita berlumba dengan masa, saya kalau ikutkan kena balik hari dari melaka-KL. Akibatnya wife akan $%#$^^%^ kalau balik lambat dan sememangnya itu yang berlaku.


booth pertama adalah booth jual buku mandarin, tak beli apa-apa sebab dah enroll untuk dua orang dalam Kunkwan Mandarin class tapi langsung tak komited. Duit terbakar..


seterusnya saya ke booth ibde. Kenal ibde daripada ZRA, penulis buku Anekdot Jalanan yang saya kira sangat best. Dalam dunia banyak cerita palsu, atau gambaran sosial media yang jauh dari realiti, buku pasal pengalaman adalah satu nafas baru. 


Walaupun sebenarnya bila menulis, penulis juga boleh memilih untuk menyembunyikan sesuatu dan memaparkan sesuatu yang bukan realiti.


ada seorang lelaki, assistant di booth ibde menghampiri saya dan bertanya apa yang saya nak cari.


sebab dekat situ saya dah selak buku "Surat Kepada Penyair Muda" karangan Raner Maria Rilke dan diterjemah oleh Pauline Fan, maka saya tanya ada  tak buku macam ni lagi?


"Masuk ke dalam dirimu. Teroka apa yang mendesakmu menulis; apakah akarnya telah menjalar ke dasar batinmu? Akui bahawa adalah kamu pasti mati kalau dilarang menulis lagi. Paling mustahak, tanya dirimu pada saat malam yang tersunyi: mestikah aku menulis? Cungkillah sanubarimu untuk mencari jawapan yang mendalam. Dan sekiranya suara hatimu menyatakan persetujuan, sekiranya kamu menjawab pertanyaan berat ini dengan kata "Aku mesti" yang kuat dan yakin, bentukkan kehidupanmu mengikut keperluan ini, biarkan seluruh hayatmu sehingga detik terkecil dan terabai menjadi tanda dan saksi hasrat ini"


dan dia cadangkan buku Manusia Asuhan Rusa, saya dah selak, dan saya tak berapa minat sebab saya malas nak terlibat dalam ilmu kalam dan falsafah - lagi pula novel. Ini boleh jadi sebab setelah terdedah dengan pegangan salafi dan bagaimana mereka sebolehnya mengelak dan tidak menggalakkan mendalami ilmu kalam yang lebih berkisar kepada mencari kebenaran dengan menggunakan ilmu falsafah.


saya bertanya lagi tentang puisi, apa yang menariknya tentang puisi? saya bertanya sebab geram, buku-buku yang ada tidak dapat menarik minat saya - atas beberapa sebab

- perkataan yang terlalu bombastik, maka saya tak faham

- lebih kepada susunan perkataan supaya jadi macam pantun atau irama


saya ingin mendengar Zahid M Nasir (assistant tersebut - salah seorang penterjemah ibde) memberikan pandangan. 


berkenalan dengan orang baru dan mendengar pandangan atau pemikiran adalah sesuatu yang memuaskan, sekalipun pandangan kita tak semestinya sama.


dia tanya saya, siapa penyair yang saya suka, saya tak ingat nama lain, memandangkan saya ada berkongsi satu puisi dalam sesi tazkirah dalam syarikat, maka saya sebutlah Usman Awang - yang mana saya suka puisi dia pasal Melayu.


pernah juga ada baca buku novel beliau - Sakura Mengorak Kelopak sebab buku itu ada di rumah saya waktu saya kecil.


terus pembantu itu menyanyikan lagu yang katanya digubah dari puisi Usman Awang. Boleh tahan 'high' juga mamat ni. Saya sebut lagi Chairil Anwar sebab ingat kan dia yang tulis,


"Aku ingin mencintaimu dengan sederhana

Dengan kata yang tak sempat diucapkan

kayu

Kepada api yang menjadikannya abu

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana

Dengan isyarat yang tak sempat

disampaikan

awan

Kepada hujan yang menjadikannya tiada"


tapi rupanya puisi itu ditulis oleh Sapardi Djoko Damono.

Dah sebut Chairil Anwar, pembantu itu kata sajak Ada Apa dengan Cinta ditulis oleh Chairil Anwar seperti di sini https://anakjagung.blogspot.com/2010/05/aku-ini-binatang-jalang-chairil-anwar.html


Bila lawati blog itu, membaca


"Aku lari ke hutan, kemudian menyanyiku,

Aku lari ke pantai, kemudian teriakku

sepi... Sepi dan sendiri aku benci.

Aku ingin bingar. Aku mau di pasar.

Bosan aku dengan penat, dan enyah saja kau, pekat!"


maka terbayang Dian Sastrowodoyo yang membaca puisi tersebut dengan suara yang jelas dan sedap.


Apa-apa pun, akhirnya saya ambil juga buku puisi Pecah dan Lupa karangan oleh Abdullah Hussaini sebab nampaknya macam itu lah yang saya boleh terima, dan sempat juga dicadangkan oleh pembantu itu.


dalam puisi bertajuk "bunga seberang", ada tertulis


"selamat malam, kekasihku

di seberang laut, semua beza

udara, angin dan waktu

yang serupa, hanya rindu, cinta"


perjalanan diteruskan, dan saya pun berhenti di satu booth yang lain. Ada penulis sofia roses nama diberi, tapi menulis novel. Selak punya selak, macam saya kata, saya dah tiada masa untuk membaca novel.


namun ada buku lain yang ditulis.

sejujurnya saya tak adalah minat english poem atau puisi, kalau ada yang kena dengan jiwa saya kira adalah puisi Jalaluddin Rumi yang dialih bahasa atau Lang Leav.


Tapi membaca poem oleh Sofia Roses, saya kira untuk setiap mukasurat pasti ada kesimpulan ata hikmah yang saya boleh garap


"A broken heart can rediscover how to feel,

in the remnants of what was once whole.

Now shattered into fragments, taking its toll.


But through the passage of the right time,

a stronger self emerges, finding a purpose sublime.


Sometimes,

your heart breaks,

only to rebuild your

perspective.


—————————


Moving on,

doesn't erase

the scars of the past,

it signifies that pain

no longer influence your life.


As you continue to move forward,

you come to understand that,

the past was merely a lesson,

not a sentence for life."


selepas itu pergi ke booth The Patriots. Selak buku Adikuasa oleh Ayman Rashdan Wong. Faizal pun ada hasilkan buku baru. Tebal. Dah cukup, letak balik. Saya tak akan habis baca, beli hanya sebab nak jadikan koleksi in case masa depan susah nak dapat buku macam ni.


Ada gadis ayu menjadi assistant booth, namun saya malu, tak ada apa nak tanya, berlumba dengan masa. Hanya ambil buku-buku saintifik oleh Zamri Mohedin dan bayar di kaunter.


Dan akhirnya, booth terbaik jatuh kepada The Biblio. 

Saya nampak buku "Musyawwarah Burung", disebabkan saya tak ada hardcopy yang cantik - maka saya beli. Teringat juga seorang junior saya menghadiahkan buku ilustrasi berdasarkan Musyawarah Burung ini dan saya sangat menghargainya.


Seorang assistant menghampiri saya dan saya pun bertanya (dengan niat untuk menguji) - buku ini cerita pasal apa?


kagum sebab dia boleh ceritakan sinopsis atau secara kasar buku itu tentang apa. Memang dia membaca buku-buku ini. Kemudian dia bawa juga ke buku lain, ada juga novel, cuma kali ini saya ambil sebab dia kata buku ni ada unsur simbolik, bestseller atau klasik di Korea tentang bagaimana manusia ni ada benda yang perlu dibersihkan dan jenis-jenis kotoran kita akan termui dalam "Dobi Hati Marigold"


Buku lain yang saya ambil, 

"Bagaimana Buku Mengubah Hidup Saya" - menceritakan pengalaman peribadi 12 pencinta buku.

"Lentera Ilmu : Catatan-catatan Dunia Buku" oleh Najibah Abu Bakar, macam buku di atas tetapi seorang penulis dan rumus banyak buku.

Buku tulisan Fathi kawan Moscow (entah dia masih kenal saya atau tak)

-"Berfikir Tentang Pemikiran"

- "Dua Sayap Ilmu"


Ini adalah antara nasihat beliau,


"Saya sendiri mula menulis blog pada umur 18 tahun, pada waktu itu saya blogging baru mula terkenal di Malaysia, saya rasa tercabar kerana adik saya mempunyai blog. Saya pun mula menulis blog, walhal saya pun tak tahu ketika mula tersebut blog itu apa. Tapi dunia ini pelik dan punya cara tersendiri dalam putarannya, kadang tak terfikir dek akal manusia. Saya juga pelik ada orang yang baca blog saya, bahkan ada yang menulis tentangnya dan memuji tulisan saya, walaupun saya sendiri tak rasa apa yang saya tulis itu menarik. 10 tahun selepas itu saya mula serius menulis buku yang memuatkan pengalaman saya juga idea-idea dari pembacaan. Kemudian pada tahun seterusnya saya bersama rakan-rakan menerbitkan sebuah antologi puisi kecil.Lebih pelik ada orang yang membeli dan membaca buku saya. Jadi jangan rasa tidak signifikan, tuliskan idea-idea anda."

https://bersamakepuncak.blogspot.com/2020/04/training-at-home-penulisan-kritis.html


Saya pun pulang, dan dalam perjalanan saya mendengar satu podcast, mungkin itu kita ceritakan di lain waktu.


Meluangkan masa sebentar menonton "A deadly american marriage" bersama wife.


Dengan menonton dokumentari kisah jenayah kita boleh menjadi hakim atau detektif yang duduk di sofa; terkadang memilih satu pihak dan memaki hamun pihak yang satu lagi seolah kita tahu semua fakta berkaitan kes dan penilaian kita pasti tidak salah.


Apa-apa pun, saya telah berpesta pada hari ini.

Wednesday, May 28, 2025

Bittersweet Longing

 ada sesuatu dengan salji yang buatkan masa berjalan dengan pantas.


boleh jadi sebab sibuknya menahan sakit kesejukan hingga ke tulang sumsum atau hujung jari kaki dan tangan; terpesona dengan keindahan warna putih; nampak sopan dan dunia dengarnya seperti senyap menyembunyikan hiruk pikuk kesibukan hidup. 


manusia tak perlu takut kehilangan sekiranya pada awalnya sudah terima hakikat bahawa dia tidak mempunyai apa-apa.


mungkin ada masa-masanya ruang untuk curang atau mencari yang lain itu ada, tetapi samada perasaan terlalu malu atau it's not worth it.


dunia bukan satu tempat yang sumbernya tidak terhad, mempunyai sifat atau satu kelebihan biasanya datang dengan kekurangan yang lain - satu bentuk trade off. 


kita harus memilih kesakitan atau perjuangan kita sendiri - itu pun dalam keadaan kita diberi pilihan; dalam keadaan tiada pilihan, terserah kepada takdir bagaimana Tuhan memperjalankan hidup kita.


saya memohon Tuhan untuk mempermudahkan urusan.


dalam bait puisi atau kata-kata kita sembunyikan niat, pengalaman atau peristiwa. Ada masanya benda yang sama berlaku terhadap lagu-lagu yang dimainkan.


terima kasih buat yang masih menulis, jiwa menjadi senang kerananya. itupun kalau saya tak lupa menjengah tulisan kalian akibat disibukkan oleh kerja, tiktok, youtube, facebook dan macam-macam lagi.


saya gemar tulisan yang jujur - tulisan berbentuk seperti diari, tujuan asalnya bukan untuk dipaparkan di media sosial mencari publisiti, populariti ataupun mencari rezeki dengan menjual buku - walaupun itu semua tak semestinya menjadi kesalahan.


wanita yang menulis dengan jujur dan memiliki suara hati seakan dewi, lelaki pula adalah dewa dan mata dibutakan dari melihat mereka sebagai manusia.


idola letaknya di atas pedestal, terlalu suci untuk dijadikan pasangan.


untuk memilih pasangan - perlu melihat kepada kebutuhan-kebutuhan lain; mencari keseimbangan dan apa yang kita termampu atau terkufu dari sudut material, spiritual, biologis, jiwa.


perkahwinan adalah usaha yang berterusan, akan ada elemen pengorbanan. ada waktunya untuk nikmat, kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan tapi bersiap sedia juga hadapi baran, meluat, kesedihan dan kebencian.

*ketika ini sedang viral kisah cikgu SMK Ayer Keroh dan wiring cctv

sewaktu kecil, hujung minggu - tanpa perlu risau kerja sekolah, mak dan ayah biasanya akan bawa berjalan, dan di penghujung waktu hujung minggu akan rasa kesedihan atau kekosongan... perkara sama berlaku baru2 ini diutarakan oleh Ibrahim selepas habis bermain di Mocity Funpark di Klebang pada hari Ahad malam.


saya bertanyakan kepada chatgpt : 

"is there a word referring to this emotion : during weekend, i enjoyed my time with family, at the last moment or hour of weekend, hope that this situation persist, the happiness. what is this feeling"

https://chatgpt.com/share/6835ec0c-9e94-8009-9cf2-9308261a7154


maka jawapan yang mungkin adalah : bittersweet longing, nostalgia, saudade, melancholy joy. Bahasa melayu pun ada diberi, tapi rasa kalau kena dan sesuai pun adalah "Harap masa terhenti" – perasaan ingin momen itu kekal.


Keesokan harinya, Isnin, cuti sekolah sempena hari sukan pada Sabtu, bawa Ibrahim dan Musa bersama wife - tinggalkan Sumayyah di taska - untuk pergi ke SnowWorld Ayer Keroh... maka mengembalikan nostalgia kepada kesejukan di Volgograd.


https://www.google.com/search?as_q=volgograd&as_epq=&as_oq=&as_eq=&as_nlo=&as_nhi=&lr=&cr=&as_qdr=all&as_sitesearch=blogspot.com&as_occt=any&as_filetype=&tbs=


Duh, rindu.


Tuesday, May 20, 2025

Hakikat dan Makrifat

 [ha.ki.kat] | حقيقت

Definisi : Ar sesuatu yg tidak dapat ditiadakan atau dinafikan kebenaran, kenyataan: kita tidak dapat menafikan ~ bahawa manusia semakin hari semakin saling bergantungan antara satu sama lain; pd ~nya sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya kemunduran itu adalah akibat kemiskinan; syariat palu-memalu, ~ balas-membalas prb Mn kebaik­an hendaklah dibalas dgn kebaikan; menghakikatkan menjadikan hakikat ba­ha­wa: seseorang yg telah menerima dan mengaku dgn kerelaan hati dan ~ Allah sbg Tuhannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)



[maÖ.ri.fat]/[ma/.ri.fat] | معرفة

Definisi : Ar 1. ilmu mengenali sesuatu; 2. (dlm ilmu tasawuf) ilmu mengenali hal kerohanian pd peringkat yg tertinggi atau sempurna; bermakrifat 1. (dlm ilmu tasawuf) berfikir dalam-dalam tentang sesuatu, bertafakur; 2. mengetahui benar-benar: bolehkah hamba ~ bahawa hamba akan mati bersama-sama dgn ibu hamba? (Kamus Dewan Edisi Keempat)



Sumayyah

Seorang anak perempuan yang aktif, ke sana ke sini rajin bercakap dan mencuba sesuatu. Sepertinya tidak ada yang akan mengganggu perjalanan, dan bahagia melorongkan jalan sendiri.

Cuma terdetik, dunia luar tak semestinya seperti di dalam rumah. Banyak perkara yang merisaukan.


Ibrahim

Mengajukan perbincangan duit rm90 yang terdiri daripada RM50+RM10(4) ataupun RM50+RM20(2) adalah lebih baik?

Dan ketika saya ada mendengar video youtube berkaitan dekat tembok besar China ada penemuan makam Nabi Zulkifli, saya menyuarakan skeptikal, "apa betul ke video ini cakap?" dan kemudiannya dia bertanya "macam mana nak tahu video tu betul ke tak?"

Kita harus mengajar berfikir dan tidak semata-mata menanamkan sebab boleh jadi apa yang kita percaya sendiri adalah salah.


Musa

Ketika si adik rajin bercakap, kerana si Musa ini selalunya lebih terperinci dari 'kuasa' Sensing nya... maka dia pun mengajukan, " Sumayyah sebut pondan". Dah kenapa, si adik tu baru umur 2tahun setengah, takkan lah nak sebut perkataan itu secara sengaja.

Saya pun bertanya, apa tu pondan?

Jawabnya, tak tahu... tu yang Sumayyah cakap tu.

Mana dengar?

Tu sumayyah yang cakap...

Dan nak pusing2 cerita pulak... sampai ke sudah tak tahu mana dia dengar perkataan tu.



Untuk diri sendiri

Hakikat dan makrifat apa yang telah kita capai. Mungkin sewaktu masih remaja atau masih muda, banyak pandangan atau kepercayaan terhadap dunia adalah sesuatu yang sebahagian - tidak penuh atau lengkap, dan terkadang tidak sama dengan realiti.

Sesetengah orang akan masih terbatas melihat sekadar apa yang diinginkan oleh personaliti atau sekadar apa yang telah ditanam dan dibentuk oleh persekitaran.

Sudahkah kita faham bahawa dunia tidak semua hitam dan tidak pula semua putih, untuk kebanyakan perkara banyaknya yang kelabu.

Atau adakah kita menyatakan dunia kelabu supaya kita terlepas daripada perkara hitam yang kita lakukan?

Sunday, April 27, 2025

Terbeban

 Orang Baru dan Orang Lama

Orang baru perlukan latihan, dalam masa yang sama kalau orang baru sendiri awal-awal jelas dan tak nak teruskan, ia akan mudahkan banyak perkara. Kita yang bawa masuk kadang-kadang terikut emosi dan mengharap ada potensi, tapi kalau orang baru yang buat keputusan awal-awal, maka ianya menjadi makin jelas.

Atau adakah orang baru perlu ditekan supaya kedua-dua pihak lebih jelas dan tak perlu ambil tempoh yang lama?

Orang lama pula, senioriti tak bermaksud capable untuk lead orang lain atau latih orang lain. Senioriti mungkin sebab dia adalah orang yang setia, menyokong tak bermaksud mampu jelmakan semua hasrat kita jadi kenyataan. Pekerja kategori C patut dicantas, pekerja kategori B (kumpulan pandai buat kerja atau kumpulan komited) perlu ada cara untuk jadi kategori A iaitu pandai buat kerja + komited + tahu lead.

Alex hormozi juga berikan satu framework, Do kemudian Teach kemudian Systematise... tiga level pekerja yang berbeza.

Dalam kita nak kembangkan syarikat, kita tak dapat menyelami jiwa dan perasaan semua orang, kita cuba buat apa yang seadil boleh dan reasonable dalam nak mengembangkan syarikat, hatta mungkin orang yang akan terkorban adalah dari darah daging kita sendiri.


Cabaran

Nak kata macam satu persatu benda berlaku seolahnya macam nak kuburkan organisasi ini. Tiktok akaun kena ban permanently setelah banyak kali LIVE tiktok bermasalah. Tiktok tu tak silap ada 56k followers.

Whatsapp number baru untuk Nurul memang kerap juga bermasalah.

Telegram Channel yang dah puluh ribu, rasa dalam range 20-30k tak boleh diakses lagi katanya violates local law.

Sales selepas bawa masuk orang baru tak dapat nak kalahkan prestasi sales Disember  waktu tak ada orang baru dibawa masuk.


Perkahwinan

Berjaya hadiri pernikahan missleonora dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Adik sendiri pun baru kahwin dengan orang Kedah pada 1 feb 2025. Dunia berjalan sebagaimana mesti, sebagaimana yang Allah kehendaki dan takdirkan.


Rindu

Bulan 1 nak tulis tapi tak tulis, sama lah untuk bulan2 seterusnya. Kali ni betul sebab ada timing dan story dari seorang member ini mengetuk pintu hati dan mengingatkan memori berada dalam usrah yang mana peserta berkongsi pandangan dan perasaan disertai dengan suasana biah solehah yang memotivasikan.