Kena Scam Lagi
Kalau sebelum ini saya cerita kena scam dengan orang yang menawarkan servis buat akaun, maka ada scam lain pula yang menyusul iaitu ada seorang individu yang mengaku jiran (memang ada tinggal dalam taman dan ada dalam whatsapp group) telah memperdayakan saya.
Saya cuba buat beberapa fact check namun masih ada benda yang terlepas pandang.
Pengajaran lain adalah jangan buat keputusan terburu-buru, sentiasa mengatakan kita akan fikir dulu, atau bincang dengan wife ke. Buat reference check,
Transfer rm4000, kemudian diikuti transfer rm4000 lagi. Namun dia ada pulangkan sedikit demi sedikit, cuma masih tinggal berbaki Rm1000.
Dalam sembang-sembang kari yang ada, semangat dia telah membantu menjadikan niat saya untuk sewa ofis terealisasi.
Maka saya anggap Rm1000 adalah upah motivasi mencari ofis.
Ofis baru
Kita mencari, Shazwan pun bantu cari juga. Dah set dengan agent untuk viewing, saya datang dan terkejut melihat keadaan pejabat yang boleh kata lengkap dengan perabot, tidak terlalu kotor. Pencahayaan cantik, lokasi di kota fesyen.
Arah tidaklah menghadap matahari petang yang panas.
Ada satu segmen memang ada buat setup untuk buat kelas atau latihan. Tempat itu sebelumnya adalah tour and travel agency dan ketika kita datang, diberitahu yang penyewa sebelum ini baru sahaja tamatkan kontrak bulan sebelumnya.
Rasa ragu-ragu sebab tak melihat unit ofis yang lain, tapi saya dan Shazwan sangat teruja dan merasakan ini adalah 'jackpot'.
Saya masih juga tengok gambar di ofis lain, bandingkan harga, dan masih merasakan ini adalah peluang yang harus disambar.
Pada permulaan, nampak Shazwan agak reluctant untuk datang ke ofis, mungkin sebab dah sangat selesa dengan situasi sebelum ini bekerja tanpa ofis, meeting seminggu sekali sambil makan.
Projek baru
Kita melaksanakan gotong royong, dan ofis boleh diduduki.
Kita war-warkan juga di social media, dan bawakan naratif yang kita sedang mencari pekerja. Maka ada beberapa orang yang berminat.
Saya nak mulakan dan hidupkan semula Mahersaham dengan proper, harap pengalaman lampau membantu dalam membina semula dengan lebih baik.
Akmal saya ambil semula sebagai bookkeeper atau bahagian finance, sebab dia masih follow, masih nampak berminat dan bagi saya dia adalah seorang yang trustworthy. Dalam konflik staf yang lepas, tak nampak dia memilih side dan bersikap neutral.
Semangat baru diteruskan dengan merancang satu program atau promosi yang dipanggil sebagai YES 2024.
Idea ini pun muncul dalam meeting, ketika kita lihat bulan lepas, seolah tak cukup masa untuk promo Traders Gathering selepas buat webinar bulanan. One thing leads to another, ketika saya cerita projek buku, Husna mengingatkan tentang produk yang kita pernah ada iaitu pendrive, dan kita putuskan akan jadi sebahagian dari apa yang kita tawarkan dalam promosi kali ini.
Ketika keadaan seperti ini, yang menuntut hempas pulas dan penatnya otak memikirkan perjalanan dari awal hingga akhir - keadaan ini lah yang memberikan adrenaline rush dan sentiasa mengharapkan projek ini akan berjaya dan menjadi 'gamechanger' kepada syarikat.
Saya personally berpuas hati, dan looking forward untuk memperbaiki funnel dan flow yang ada. Dan untuk itu, kita perlukan team.
Menemuduga 3 Orang Calon
Hari jumaat yang lepas, ada tiga calon yang datang ke pejabat. Yang berminat nak pohon kerja, merujuk kepada satu posting di facebook berkaitan pindah ofis baru. Itu sahaja. Saya tak letak lagi di telegram, saya tak bayar lagi platform mencari pekerja.
Cadangnya nak buat juga sesi webinar cerita tentang syarikat dan job list yang ditawarkan, tapi masih belum berkesempatan.
Kita minta resume, dan selepas itu minta short video. Dengan itu, orang ditapis supaya hanya yang betul berminat sahaja akan maju dan teruskan.
Kadang-kadang bila buat, baru lah nak terhegeh-hegeh memikirkan cara yang betul.
Maka malam sebelum, saya menelaah beberapa buku untuk 'hiring' dan dalam masa teringat akan ujian psikologi - DOPE test dan juga MBTI.
16 Jenis Personaliti
Saya dah lama tinggal, hanya kembali kepada ilmu ni ketika titik terendah dalam hidup. Ilmu berkaitan personaliti adalah ilmu yang sangat mendapat tempat dalam hati.
Dia ajar kita untuk membaca manusia.
Kalau kita faham manusia, kita boleh letakkan mereka pada posisi yang betul. Masing-masing akan mendapat manfaat.
Jika kita ada konflik, kita boleh faham diri orang lain dan diri kita sendiri.
Kadang-kadang, kita sendiri tak nampak kelemahan kita atau pun kekuatan kita.
Kalau ada kesempatan, benda ni boleh jadi satu bisnes baru juga ni. Nantikannn...
p/s : menulis semula sebab antara description untuk diri sendiri katanya adalah mempunyai bakat dalam menulis