javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Tuesday, January 13, 2026

Anak Syurga

 Dunia terasa berat buat yang ditinggalkan, akan tetapi yang telah pergi telah pun berbahagia.


Kecewa dengan diri sendiri yang banyak melakukan dosa, di saat orang lain hatta yang usianya jauh lebih muda daripada kita menunjukkan contoh teladan yang baik saat diuji dengan ujian yang sukar.


https://www.facebook.com/share/r/1HVsBLkndF/?mibextid=wwXIfr

Tuesday, October 14, 2025

Rasa Lemah Dan Tak Berdaya

 Apa sebenarnya yang ditakuti oleh seorang lelaki?
Mungkinkah terpaksa bergantung harap kepada orang lain, tak mampu nak menjaga atau melindungi atau menunaikan hasrat keluarga?


Apa mungkin kekecewaan akan membawa kepada kepasrahan hidup mengharapkan kematian dan meninggalkan yang tersayang...

Akan berhadapan dengan perasaan itu setiap hari... semakin orang menabur budi, semakin mendalam rasa terhutang budi

Maka terkadang tak hairanlah seorang lelaki memilih untuk pergi membawa semua kesakitan dan kesusahan...

Sebab nak tunjuk diri kuat dan tak sedih pun perlukan kekuatan yang bukan biasa-biasa.


https://www.tiktok.com/@nawwfalrifatdhiathaqif/video/7541026572568988934
Perkongsian seorang isteri kepada pesakit motor neuron disease


+++++++++++++++++++++++++++++++++

Maka bertanya juga kepada claude.ai di bawah mode contrarian advice strategy, apa mungkin dia boleh beri nasihat untuk orang yang ke arah depression seperti ini :

Saya faham ini adalah tentang perjuangan seseorang yang menghadapi penyakit serius. Berikut adalah perspektif yang bertentangan dengan pemikiran tersebut:

Nasihat yang Bertentangan:

1. Bergantung kepada orang lain bukanlah kelemahan, tetapi kepercayaan

  • Membiarkan orang tersayang membantu adalah pemberian peluang kepada mereka untuk menyatakan cinta
  • Keluarga tidak merasa terbeban, mereka mahu bersama anda kerana cinta

2. Kematian bukanlah penyelesaian, tetapi kehilangan yang kekal

  • Pergi meninggalkan keluarga bukanlah mengurangkan beban mereka - ia menambah luka yang tidak akan sembuh
  • Kehadiran anda, walaupun sakit, lebih bermakna daripada ketiadaan anda selamanya

3. Menerima pertolongan adalah kekuatan, bukan kelemahan

  • Perlu kekuatan yang lebih besar untuk merendah diri dan menerima bantuan
  • Memberi peluang orang lain berbakti adalah satu keberkatan untuk mereka juga

4. Kesakitan boleh dikongsi, tidak perlu dipikul sendirian

  • Keluarga mahu berkongsi beban ini bersama anda
  • Menghadapi bersama menjadikan hubungan lebih erat, bukan memusnahkannya

5. Hidup bermakna bukan hanya tentang apa yang kita beri, tetapi juga tentang siapa kita

  • Nilai anda sebagai suami, bapa, atau anak tidak ditentukan oleh keupayaan fizikal
  • Kehadiran anda sahaja sudah bermakna

Sila dapatkan sokongan profesional - counselor atau psikiatrist - untuk membantu menangani perasaan ini. 

Sunday, August 31, 2025

Kekotoran

 Manusia Akan Semakin Kotor


Dengan bertambahnya umur manusia, maka akan terpalit dengan kekotoran yang ada. Video ini betul menceritakan apa yang ada berlegar di minda. 
https://www.tiktok.com/@mirulmedan/video/7543529408603147528

Ada statement orang kata,"zaman pakcik dulu-dulu pun memang kita ada buat benda bodoh, tapi kita tak ada media sosial untuk canang kat satu dunia benda bodoh yang kita buat".

Malaysia tak terlepas daripada semua ini.. apa yang berlaku dekat dunia barat, mungkin akan berlaku di Malaysia.

Kadang terfikir, mungkin Malaysia ke, Indonesia ke.. bukan harapan umat Islam. Mungkin kebaikan atau kebangkitan tu kena datang dari tempat yang betul kotor, betul jahiliah supaya jelas kebaikan daripada keburukan.

Kau akan mula tahu benda yang ko tak pernah tahu. Minda dan jasad diracuni.

Walaubagaimanapun, kita juga kena akui - Tuhan telah memberikan sesuatu untuk 'reset' - memohon keampunan. Kalau bertemu dengan malam Lailatul Qadar - disarankan doa memohon keampunan. Ketika Nabi menceritakan perihal Uwais Al-Qarni kepada Umar, Nabi kata kalau jumpa nanti - mintaklah dia doakan memohon keampunan.

Dan perihal istighfar - yang mana maksud istighfar tu sendiri adalah sesuatu yang menarik dan pernah ditulis suatu ketika dulu..





Mengharapkan Hero Muncul


Dalam kekotoran yang kita lalui, talbis iblis merencanakan yang kita akan berputus asa untuk berusaha jadi baik atau nampak baik.

Maka kadang-kadang kita mencari, menunggu wujudnya hero yang akan menyelamatkan kita atau dunia. Ya memang kita menunggu kedatangan Imam Mahdi atau Nabi Isa - di mana kita akan ada masa 7tahun keamanan.... tapi sebelum itu?

Ada yang harap Erdogan, Anwar Ibrahim, Yahya Al-Saree ke.. sebagai hero

Itu top-bottom approach.
Kalau bottom-up approach?

Harap anak kita yang jadi hero. Apa kekotoran masa lalu, trauma dan latar belakang kehidupan lampau.. kita halang dan kita cuba bentuk supaya anak akan jadi lebih baik daripada kita.

Anak bila berkeluarga nanti, dapat menghasilkan anak-anak yang lebih baik pula daripada mereka..

Namun hard times create strong man. Strong man create good times. Good times create weak men. Weak men create hard times.

Dalam perjalanan pada masa depan, apa-apa boleh berlaku. Tak semestinya semua macam yang kita harapkan.







Doa Memohon Dari Sisi Tuhan dan Rushd


Bahawa Tuhan lebih tahu, sebanyak bilangan makluk yang ada, bilangan manusia yang ada... masing-masing ada kisah yang berbeza.

Berikan kami pemberian yang terbaik untuk kami dari sisi-Nya

https://www.tiktok.com/@islam.n.spirituality/photo/7530236908794809608 

Tuesday, August 26, 2025

Pulau Babi Besar

Sekarang ni nama dia dah mula ditukar kepada Pulau Besar, terletak lebih kurang 30minit dari Jeti Mersing.


Sebenarnya sebelum pergi sempat bergaduh, hampir-hampir ingat tak jadi - tapi mungkin sebab wife yang dah rancang semua, jadi wife pun agaknya dah timing baik untuk berbaik - akhirnya jadi pergi.


Kalau masih tak berbaik, memang rasa tak nak pergi - tapi akan terbazir perancangan, duit deposit (pada awalnya ingat macam dah bayar full).


Kalau boleh dalam perhubungan ni:

- jangan ungkit

- jangan ringan mulut sangat cakap bukan-bukan

- banyakkan bersyukur


Kitorang stay di Bayu Lestari Resort.

Good experience, nice place. 


Pros

Tak crowded, pantai putih, pasir halus, makan sedap - sarapan, tengah hari dan makan malam. Bilik dekat dengan tempat makan. Tempat makan cantik, view malam pun romantik.

Bilik punya layout - 1 katil queen dan 3 katil single nampaknya lebih dari cukup.

Dapat snorkeling, dan nampak banyak ikan di celahan batu waktu 2nd drop atau 2nd persinggahan waktu island hopping.

Ibrahim dan Musa tak susah nak jaga sangat, boleh independent snorkeling.. dan boleh tahan berani

Santai, healing... jadual tak padat sangat, ada jugak masa boleh tidur melepaskan penat.

Jeti cantik, instagrammable.

Dapat utilise drone dengan baik untuk tangkap gambar pemandangan dan gambar family.


Cons

Island hopping waktu cuaca agak tak elok, bergelora.. kawasan terumbu karang katanya tak macam Pulau Tioman. Tak nampak ikan sangat waktu betul-betul kat tengah laut.

Kurang briefing waktu mula nak check in - tak diberitahu pun peralatan snorkeling boleh pinjam dari resort.

Tertinggal tripod.

Drone yang ringan (DJI Neo hampir terbang) -  nasib baik ada phone yang boleh connect dengan drone tersebut semula.

Itu hari wife siap panjat atap untuk selamatkan drone di Perlis.

Awal-awalnya tempat makan (sekali dengan reception), agak berpasir dan rasa kaki akan hitam sebab kena tanggal kasut/selipar.. tapi dah duduk situ, kalau tak tanggal selipar.. memang berpasir la jawabnya.


gambar wife ambil...  cantik shot