javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Wednesday, March 21, 2012

Bau


Kelmarin, semasa keluar dari rumah pada paginya untuk ke kelas, bau hujan di udara.
hujan pun ada bau tertentu mereka juga, tahu!

Hari ini, sewaktu melalui satu lorong dalam bangunan hospital, teringat bau library di sekolah rendah, juga bau library di MRSM KK.

Apa kes bau dengan kenangan silam nih? Heh. Nostalgik.

Kelmarin juga, mendengar cerita pakcik Russian tua (60-an mungkin?) yang membenarkan kami main ping-pong di sebelah rumah kami. Dia bertanya kepada kami, kami sembahyang ke tak? Lima kali sehari? Dia terkejut. Kemudian dia tunjukkan kami gambar dia di Uzbekistan (yang majoritinya muslim) suatu masa dulu. 33 tahun dia hidup di sana, maka tidak mustahil di usia senja begini, apa yang dimimpikannya di malam hari adalah itu. Nostalgia lagi.

Jumpa lagi blog best. Kata-kata yang best.

Saya suka semasa terbaca satu rangkap dalam puisi "Cinta, adalah nama lain bagi perempuan.", ingatan saya pun kembali kepada zaman kanak-kanak saya. Saya tersenyum.

Masih ingatkah saat kau pertama terlihat dia
gadis di kelas mengaji, dengan tudung putih polosnya
entah dari mana datang semangat,
tidak sempat hujung tahun,
kau tamatkan muqaddam dengan bersungguh.
Malu terlihat bodoh
dek gadis indah bertudung polos.

Dan artikel lain yang saya rasa best ialah - Warkah Buat Adikku Suri.

****************************************************************************************************

Hari ini sudah masuk minggu terakhir dalam bulan ini. Hujan mulai turun balik. Salji dah mulai cair. Mungkin, tadi itulah 'salji' terakhir dalam hidup saya, sebab lepas ini mungkin dah tak berkesempatan pergi oversea lagi. Takkan jumpa lagi. Musim bunga menjelang tiba. Pertukaran musim, kan?


Terima kasih banyak-banyak. Sebab banyak ajar tentang hidup. Lagu-lagu yang sebelum ini hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri, kini tampak seakan-akan ada makna baru. Artikel-artikel tentang perhubungan antara manusia, banyak yang sudah mula make sense. Sangat.


Allah, hidup ni menarik. Pasti syurga lebih menarik. Kan?
:')

4 comments:

Cuiya Razak said...

puisi tu best..:)

Pengembara said...

haah...antara rangkap lain puisi tuh :

Seorang perempuan dicipta sebegitu
jalan kau menemukan ketenangan,
tidak kurang menjadi punca segala rasa terbeban.

Sebagaimana perempuan memberi kau sengsara
begitu pula dia membuat kau terlalu bahagia.

bagus giler. cara dia cakap macam dia pulak seorang lelaki.

Cuiya Razak said...

puisi dari link adik suri tu ke?

Pengembara said...

haah...blog yg sama