Ada pertandingan photoshoot yang dianjurkan oleh IMAM Volgograd, persatuan perubatan pelajar muslim di sini. Salah satu gambar yang menarik perhatian saya adalah ini :
Eh, ada eh ayat Al-Quran yang simple macam ni? Best. Pendek, tulus. Memang mampu buat orang merenung, bertafakkur sebentar, ditambah dengan gambar yang menarik.
Gambar itu saya tengok pada petangnya. Pada malamnya, saya sambung bacaan Al-Quran saya untuk beberapa ayat. Dan saya sampai kepada ayat yang menceritakan dialog Nabi Ibrahim a.s. Dan doanya.
Kata Ibrahim a.s. kepada orang-orang dari kaumnya yang menyembah berhala (kemudian disambung doanya kepada Allah):
"(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;
"Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;
"Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,
"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;
"Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;
"Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;
"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;
"Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;
"Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;
(As-Syuara, 26:77-85)
Ehhhh! Ini ayat jumpa petang tadi ni! Tak semena-mena, rasa gembira. Jadi, apa yang nak saya cakapkan ialah, rasanya lah, dalam hidup, kadang-kadang perkara-perkara kecil macam ni pun boleh buat kita gembira. Seriously. Lebih-lebih lagi bila ada kaitan dengan Al-Quran. Ditakdirkan ayat Al-Quran yang kita baca hari itu boleh kita 'relate' atau hubungkaitkan dengan apa atau situasi yang menimpa kita pada hari itu atau masa itu.
Mungkinlah pagi tadi terlepas marah, pergi tumbuk meja ke atau tendang kerusi ke; tapi bila balik buka Al-Quran, terbaca ayat dalam Surah Al-Qasas tentang kejadian Nabi Musa a.s. yang terbunuh seseorang dari kalangan kaum Firaun. Tapi lepas tuh Nabi Musa a.s. doa mohon ampun.
Ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(28:16)
Bila kita baca doa tuh, kita pun menyedari kesalahan kita. Dan untuk setiap kali selepas itu, di saat kita marah, doa ini lah yang terlintas dalam kepala kita.
Mungkin jugak sehari dua ni kita asyik bermasam muka dengan seorang kawan. Atau mungkin iri hati atau dengki sebab kawan kita itu dapat sesuatu yang lebih bagus. Kemudiannya kita baca Al-Quran, terjumpa doa yang berbunyi :
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".
(59:10)
Maka selepas itu, hati jadi lebih tenang mengamalkan doa tersebut, tiap kali fikiran-fikiran jahat itu muncul.
Benda-benda macam ni mungkinlah nampak macam kebetulan, tapi sebagai umat islam, percaya sahajalah yang Allah memang nak didik kita, nak ajar kita dari arah yang tak disangka-sangka.
Ok sangat keluar tajuk. Bercerita tentang kisah Nabi Ibrahim; kisah Nabi Ibrahim adalah sebuah kisah yang best. Kita boleh tengok bagaimana dia berbual dengan bapanya, bagaimana halusnya dia bercakap dengan kaumnya. Perbualannya dengan kaumnya itu dalam nak menceritakan tentang Allah, sangat 'simple', tapi amat bermakna.
Oh itu je kot.
*************************************************************************************************************
Pengajaran hari ini pula.
Kadang-kadang nak tulis banyak benda, atau nak cakap banyak perkara, dekat orang.
But some words are better left unspoken.
Sebab mungkin benda tu terlalu tajam, sampai melukakan orang lain.
Mungkin juga benda tu adalah yang jenis 'consoling words', dan akan menimbulkan keterikatan orang pula kepada kita.
Maka cukuplah doa kepada Tuhan, menutupi rahsia-rahsia hati.

No comments:
Post a Comment