Alhamdulillah, kelahiran kali ni betul-betul istimewa dan melakar sejarah. Tak ada sejarah kembar pun dalam keluarga saya atau keluarga wife.
Anak no 3 dah 3 tahun, nak masuk 4 tahun. Mula rasa macam boleh lagi kalau nak tambah, tapi masa dah suntuk, sebab tak lama lagi nak cecah umur 40an. Tambahan pula dekat facebook ada reels ajar paling sibuk adalah waktu anak 3… sebab dah ada structure dan pengalaman, yang seterusnya lebih mudah..
Bincang dengan wife, macam mana plan. Kalau tak ada plan nak anak lagi, ingat nak daftar haji, selesaikan mana yang patut. Wife kata boleh lagi yang keempat. Saya sebelum tu pandangan saya mungkin 4, mungkin 5.. Ketika bincang berapa orang anak yang kita suka atau prefer. Tapi atas faktor usia, mungkin 4 pun dah ok.
Tup tup tengok ada dua kantung. Macam mana boleh jadi? Seiras ke tak seiras? Ada kaitan dengan genetik ke? Banyak benda baru yang dipelajari.. Wife katanya sebelum ni memang ada scan ovary… dan nampak macam ada release telur dua2 belah..
Mula dah terfikir, senang tak nak jaga dua orang anak, totally different dari kalau seorang je lahir - waktu Sumayyah lahir tu, agak smooth, berpantang pulak di rumah sendiri di Melaka..
Kalau seiras, harapan nak lelaki ke perempuan? Kalau seiras tu, satu uri ke dua uri? Macam mana la nasib diorang, mungkin akan dibanding2kan… tetapi kalau tak seiras, dua2 jantina sama, lagi serious rasanya orang akan banding2kan.. Dalam hati terdetik, kalau lelaki perempuan, lagi bagus agaknya… at least kalau ada perbezaan, boleh la kata ada reason
Mode of Delivery
Kalau di Malaysia ni, rata-rata doktor pakar akan cadangkan bersalin secara pembedahan caesar sebab twin with 1 previous scar. Saya kalau ikutkan kalau dr pakar kata macam tu, kita follow je lah. Tapi wife beritahu maklumat lain, ada possibility tak ada masalah pun nak bersalin normal tanpa pembedahan..
Kita pun buat kajian, mengikut journal, memang twins with 1 previous scar chances untuk bersalin normal tak ada beza yang ketara dengan singleton pregnancy with 1 previous scar. Apatah lagi kalau selepas 1 previous scar tu dah diikuti dengan kelahiran normal - dalam kes kami ni anak no 2 dan anak no 3 bersalin normal.
Follow up dekat KK Ayer Keroh, specialist kata caesar. Ada follow up dekat Hospital Jasin, specialist kata caesar.
Kita ingat nak cuba HPUPM, nak pilih FPP (full paying patient atau executive) - boleh pilih doktor. Diberinya tarikh jumpa nanti 38minggu. Bapak lama… sebelum tu tak akan ada apa-apa perbincangan? Ada juga tanya melalui whatsapp dengan admin - admin tanya terus dengan pakar - memang katanya caesar.
Tinggal kita nak cuba la juga tanya, jumpa Dr Imelda, di KPJ Damansara Specialist Hospital 2. Mula jumpa around 20w pregnancy - masa perjumpaan pertama tu memang cerita saya dapat training di UK, kat sana memang boleh buat, kalau 1st baby cephalic, 2nd baby breech - saya akan buat internal podalic version.
Tapi dalam perjumpaan-perjumpaan seterusnya pula, dah mula nampak bibit-bibit kerisauan… katanya kalau ada apa-apa tanda, mungkin lebih baik pergi hospital yang dekat, pergi hospital dekat Melaka ke…. Ada juga part tu kena sign AOR (at own risk) untuk bersalin normal, di samping menceritakan benda-benda yang mungkin boleh berlaku seperti dekat hospital tu tak ada OT (operating theatre) yang dekat dengan labour room…
Saya pun berbolak balik jugak, adakah memang caesar pilihan terbaik, kalau macam ni rasa tak ada beza pun kalau bersalin di HPUPM… sebabnya saya takut private ni tiba2 last minit semua benda nak tambah dalam kos, lagi-lagi pulak twin, silap hari bulan semua benda nak caj dua kali ganda.
Kita buat kajian sekali lagi, call hospital tanya lebih lanjut flow dan penggunaan operating theatre, semak balik deep research claude - akhirnya (bagi saya sendiri), saya kata kita serahkan je la pada Tuhan, kalau ada tanda sebelum tarikh caesar, kita proceed je bersalin normal… tak akan salahkan sesiapa kalau jadi di luar jangkaan, kita dah kaji habis baik.
Takdirnya, tidak ada apa-apa tanda pun, makanya Isnin 10hb malam lebih kurang pukul 1030pm, kita mula bertolak ke KPJ dari Bangi. Admit, tidur, esoknya masuk dewan pembedahan.
Bagusnya Dr Imelda dia bagi rakam dalam operating theatre. Ada la memories special yang boleh kita tunjuk pada anak-anak nanti. Dibantu oleh anest Dr Fadhl yang pro mengambil gambar dan suggest pose2 dan angle tertentu. Dato Dr Iqbal yang attend bayi dan membenarkan saya potong cord (walaupun masa housemen pun dah banyak kali potong cord)
Mak saya bersungguh betul nak datang, kalau ikutkan lepas Zohor kata nak datang. Wife kepenatan, ingatkan nak terima pelawat mulai esok, tapi mak datang jugak petang tu lepas Asar. Dah alang-alang mak dan ayah saya akan datang, jadi wife inform juga la family belah sana untuk boleh datang juga hari tersebut… dan the rest is history, kita rakam moment2 terkejut mereka semua….. Nice memory to have
Kita cuba buat sunnah-sunnah kelahiran semampu kita, walaupun mungkin ada kekurangannya juga - lebih baik breastfeed dulu kemudian nak tahnik, tapi apa yang terjadi sebab lama kena tahan - BP high lepas operation, babies perlu dapat formula milk one time… lepas tu barulah ibunya dapat menyusukan
Dah selesai sibuk menerima kunjungan keluarga, malam tu baru teringat pasal tahnik… itu pun kalau terbaik hari pertama, ni dah masuk malam patut dah jadi hari kedua.. Tapi tak ada masalah pun.
Untuk hari ketujuh, kita buatkan aktiviti mencukur rambut, sembelih aqiqah - minta orang sembelihkan, daging simpan dulu dan juga memberikan nama.
Saya hanya nak anak tahu, untuk sampai kepada nama-nama ini, tidak ada keraguan, dan inilah yang terbaik. Biar anak membesar dalam keadaan bangga, dan kita tidak memberikan nama itu secara 50-50.
Maka inilah apa yang saya kongsikan dalam facebook - tetapi background story hanya ada dalam blog ini :
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi saya dan wife telah dianugerahkan cahaya mata pada 11 ogos 2026 hari Selasa.
Dengan ini saya umumkan, nama diberi :
Yusuf bin Muhammad maherilham
Lahir 1135am 11ogos, berat 2.84kg
Sofiyyah binti Muhammad Maherilham
Lahir 1137am, 11 ogos 2026
Berat lahir 2.5kg
Seperti nama-nama anak sebelum ini, Ibrahim, Musa dan Sumayyah - lelaki kita berikan nama nabi, perempuan kita berikan nama sahabiyah.
Mudah-mudahan,
Yusuf, inspirasi dari nabi Yusuf
Akan jadi orang yang menyatukan kalau adik beradik bergaduh,
Keluarga berpecah dan kepada orang lain umumnya
Kalau satu hari nanti dia jatuh, masa depan dia akan bangkit semula
Seperti bahagian kisah hamba, banduan menjadi pembesar negara
Tahan dugaan wanita atau apa-apa dugaan kebendaan lain sekalipun
Menjadi seorang yang bijak mengurus kewangan dan amanah
Sofiyyah - dalam bahasa Melayu selalu ditulis Safiyyah (asalnya huruf sod)
Inspirasi dari Sofiyyah binti Abdul Mutalib,
Ibu saudara Nabi, kakak Hamzah bin Abdul Mutalib, juga ibu kepada Zubair Al-Awwam
Seorang yang berani, antara yang awal masuk Islam
Juga inspirasi dari Sofiyyah binti Huyai
Seorang isteri Nabi dari keturunan Yahudi, jalur keturunan Nabi Harun
Daripadanya ada juga riwayat-riwayat berkaitan hadis Nabi.
Dan buat penghujungnya, minta kalian doakan kebaikan untuk bayi, kebaikan untuk keluarga, semoga dengan lahirnya bayi ini keluarga kami mendapat keberkatan. Mudah-mudahan juga dengan kalimah Allah yang sempurna, dilindungi dari syaitan, dari binatang berbisa dan juga pandangan mata yang jahat.
Terima kasih dan tahniah kepada wife Syazana Othman atas kesusahan mengandungkan bayi kembar ini selama 9bulan, dengan berat total waktu lahir 5.34kg, itupun tak termasuk lagi uri, air ketuban dan lain-lain - jauh lebih berat dari kandungan-kandungan yang sebelum ini. Sekarang ni nak kena hadapi cabaran menyusu pula. Dan lepas2 itu nanti,macam macam cabaran yang lain.
Terima kasih juga kepada Dr Imelda Balchin yang telah membantu memberikan management yang terbaik untuk kelahiran kali ini di KPJ Damansara Specialist Hospital 2.
