javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Sunday, October 4, 2026

Open Day, Montessori dan Cabutan Bertuah

Open day Sekolah Seri Cemerlang

Hari ini ada open day dekat sebuah sekolah di Taman Tasik Utama, iaitu Sekolah Seri Cemerlang. Sekolah ini adalah inisiatif oleh UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka), yang cuba untuk memberikan satu alternatif kepada sekolah government atau kerajaan di sekitar Melaka, terutamanya Ayer Keroh.

Setakat ini, kalau di Ayer Keroh, yang ada yang saya nampak adalah IUM International School. Itulah dia yang ada. Kalau ada pun jauh sikit mungkin. Tidak ada nampak Putra International School, tetapi bangunan pun sudah lama macam usang dan terbiar. Kemudian ada juga berdekatan dengan Gapam sana, dekat Country Villa Resort, ada juga satu sekolah yang nak dibuka sebagai private.

Jadi kita tahu hari ini ada open day, maka kita pergi. Kalau ikutkan, pasti agak penat dan sukar untuk keluar di awal pagi. Benda bermula dalam pukul 10.00am atau 10.30am. Tapi nasib baik ada pembantu rumah, dapatlah kita mudahkan kerja untuk keluar.

Semuanya disumbat dalam Honda Stepwgn Spada. Nanti in the future, kalau nak berjalan jauh, mungkin salah satu car seat kena stack atau buat 2 tingkat dalam kereta itu supaya boleh travel semua. Berapa orang? Dewasa 1, 2, 3; dewasa, 2 budak sekolah rendah, satu budak tadika, 2 bayi.

Mencari sekolah untuk anak

Berbalik kepada kita pergi ke open day International School ini, kalau ikutkan benda ini bukan kita tidak pernah lalui. Satu masa dulu, proses yang sangat menekan atau sangat penting adalah ketika transisi untuk kita mencari sekolah Ibrahim masuk ke darjah satu. Kita hendak yang terbaik untuk anak-anak.

Boleh kata kita juga memikirkan, adakah jika kemampuan tu ada, maka kita boleh juga menghantar ke International School. Namun boleh kata susah nak jumpa International School di Ayer Keroh. International School dekat Melaka kebanyakannya adalah berdekatan dengan Bandar Hilir. Mungkin sebab demand tu ada di sana. Mungkin banyak populasi Cina dekat situ.

Sama juga seperti yang baru-baru ini saya pergi ke Tabung Haji di Jasin. Ingat nak cuba aktifkan TAC atau secure untuk Public Bank dan juga RHB. Memang tak ada cawangan Public Bank dan RHB dekat area Jasin. Jadi cawangan itu hanya ada dekat kawasan yang memang kita tahu adalah banyak sikit populasi Cina.

Kita mencari International School mungkin sebab kita merasakan silibus untuk sekolah kerajaan berubah-ubah. Sekejap ada exam, sekejap tak ada exam. Jika tak ada exam, macam mana nak evaluate budak-budak? Tekanan kepada guru-guru, bebanan kerja, pelajar yang semakin ramai. Jadi mungkin itu antara sebab kenapa kita cuba nak cari alternatif.

Montessori dan unschooling

Dan dalam proses saya mencari, ketika kita nak cuba mendidik anak-anak, saya juga telah didedahkan dengan konsep Montessori education. Ada beberapa buku yang saya baca berkaitan ni, sebab ketika kita hendak buat apa-apa perkara sekalipun, kita pasti cuba hendak mencari alternatif. Adakah cara yang kita buat itu adalah cara yang terbaik ataupun tidak? Jadi benda yang sama ketika kita memikirkan tentang pendidikan anak-anak, didikan kepada anak-anak.

Jadi saya percaya dengan Montessori education ataupun unschooling. Kita ni, dalam hidup secara normal, secara benda yang fitrahnya, kita akan belajar sesuatu untuk kita betul-betul ingat ataupun passionate untuk belajar benda tersebut. Satu, apabila kita tak tahu dan kita nak mencari tahu apakah penyelesaian kepada masalah tersebut. Problem solving, maka kita akan cari. Yang kedua, ketika kita memang betul-betul berminat nak tahu, maka kita akan cuba cari benda yang memang menjadi interest ataupun tarikan kepada kita.

Jadi dalam 2 keadaan ini, maka pembelajaran berlaku secara mudah dan sangat meresap, akan menjadi sesuatu yang praktikal dalam kehidupan seseorang, berbanding dengan jika hanya berdasarkan silibus semata-mata.

Jadi untuk bertukar dari pendidikan berorientasikan peperiksaan itu adalah satu benda yang ada logiknya. Namun demikian, untuk melaksanakan proses Montessori atau unschooling bagi mencapai sesuatu yang ideal, seperti yang saya katakan tadi, ianya mungkin sukar sangat hendak berlaku disebabkan latihan tak mencukupi. Kadang-kadang guru pun mungkin jenis tangkap muat sahaja.

Suara-suara pendidikan yang saya ikuti

Begitulah. Jadi kalau dekat podcast YouTube, ada yang saya suka, YouTube channel Manusiawi. Antara tokoh-tokoh yang keluar dalam podcast tersebut atau channel tersebut yang berkisar tentang pendidikan kanak-kanak adalah Profesor Afzan Maria, yang selalu mengetengahkan konsep play school. Ada juga Ikmal Nordin, seorang junior saya di waktu MRSM Kuala Klawang dahulu, dan juga Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang terkenal dengan blog saifulislam.com, Erti Hidup Pada Memberi, dan juga buku yang saya ulas, iaitu Diari Abah.

Claude jadi cikgu Ibrahim

Dan baru-baru ini juga, Ibrahim akan menghadap Matriks Pembelajaran Tahap 4. Jadi wife bagi kertas-kertas soalan yang Ibrahim ada buat. Mungkin nak minta tolong AI, boleh hasilkan soalan macam itu ke? Nasib baik kita ada Brother printer yang boleh scan melalui ADF. Feedkan paper-paper tersebut, dan saya masukkan dalam Claude untuk guide. Jadi Claude jadi cikgu kepada Ibrahim sewaktu open day.

Di Sekolah Seri Cemerlang itu, ada juga wife terjumpa dengan kawan dia yang sekarang bekerja di KK Batu Berendam. Husband adalah doktor resident dekat satu chain klinik yang berhadapan dengan Mydin MITC, dan kerja situ selama 2 tahun. Dulu husband itu kerja houseman di Hospital Klang, kemudian MO di Hospital Melaka, sebelum decide untuk quit dan join private.

Makan malam

Sejujurnya, ada 3 orang kanak-kanak di rumah berbanding hari biasa, sebab tidak pergi sekolah ataupun pergi tadika, sebenarnya agak penat. Dan lebih mudah untuk membeli masakan di gerai atau restoran di luar berbanding untuk cuba masak sendiri. Jadi itulah, saya buat tulisan ataupun voice jurnal ini di Irfan Tomyam. Beli siakap goreng kunyit, beli kerang rebus, beli sup daging tak pedas, tomyam.

Panggilan scammer

Teringat juga, ketika sedang menunggu untuk majlis di open day International School itu, ada juga dapat panggilan, tertulis dekat fon "suspected scam". Mungkin sebab saya install aplikasi Truecaller. Namun saya teruskan juga, dan akhirnya saya yang macam dimarahi. Ini dah kali kedua saya macam kena marah, tinggi suara oleh scammer, sebab saya tak ambil pen dan kertas untuk tulis. Padahal saya plan untuk rekod, dan kalau betul saya kena buat laporan, saya akan dengar balik audio note ataupun suruh AI summarize. Tapi dia kata saya nak buang masa dia.

Sama macam yang sebelum ini, ketika saya bagi IC fake. Saya tak tahu nombor digit paling belakang itu akan menjadi rujukan sama ada seseorang itu lelaki ataupun perempuan: ganjil untuk lelaki, genap untuk perempuan. Saya bagi IC fake, rupanya untuk IC perempuan.

Cabutan bertuah

Jadi alhamdulillah, tak sia-sia kita bawa budak-budak. Dan sebenarnya saya tak fokus sangat untuk lucky draw, dan saya tak tahu secara spesifik bagaimana untuk dapatkan cabutan bertuah, bila waktu kena submit satu kertas itu. Ibrahim bersungguh-sungguh suruh saya menghantar kertas tersebut. Saya ingat boleh delay ketika saya hantar. Rupanya dia kata dah habis, dah tamat, padahal kata cabutan bertuah akan mula 1.30pm. Saya hantar lebih kurang 1.00pm. Saya kata tak ada pun instruction bagitahu kena hantar 12.30pm, takkan benda ini tak boleh nak consider?

Tertekan juga, sebab saya rasa terkilan. Ibrahim dah terang, dah ingatkan banyak kali, tapi saya buat endah tak endah. Memang salah saya kalau tak dapat ini. Jadi saya ajukan, saya peringatkan, cuba minta consideration, sebab banyak juga orang lain pun dah kumpul sticker untuk lalui proses daripada pagi tadi. Takkanlah sebab instruction tak jelas, menyebabkan tak dapat sertai cabutan bertuah.

Jadi ketika cabutan bertuah, bukan 1.30pm pun, 2.00pm majlis baru start. Dan alhamdulillah, ketika cabutan bertuah dipanggil, mula-mula wife kata, "Ala, nanti kita boleh dapat ke?" Saya kata, kita hantar 3 penyertaan kot: Ibrahim, Musa dan Sumayyah. Statistik ada peningkatan dekat situ. Dan memang ketika cabutan bertuah dipanggil, menang nombor 3, Sumayyah. Jadi saya dan Sumayyah ambil cabutan bertuah, hamper agak besar, di atas pentas.

Itulah. Jadi sangat-sangat berterima kasih kepada Ibrahim, dan alhamdulillah, menjadi satu event yang menggembirakan pada hari ini.