javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Monday, October 26, 2026

Life Begins at 40 (Again)

Life begins at forty

Life begins at forty. Ada satu Threads ini, ketika saya sedang membacanya, Ibrahim pun ada, yang mana dia berkisar tentang seorang perempuan menceritakan memang betul life begins at forty. Bagaimana dia dah mula ada baking, buat sourdough sendiri, ada mungkin scuba diving, apa lagi aktiviti-aktiviti yang dia ada buat yang sebelum ini dia tak terfikir pun dia akan ada masa untuk buat.

Dan saya pun berseloroh, saya nampaknya masa umur 40 nanti saya akan mula main game, jadi gamer semula. Tapi wife mengingatkan bahawa umur 40 nanti anak yang kembar ini baru berumur 2 tahun.

Controller game

Cerita pasal game, di waktu yang lain pula saya kantoi, ataupun wife selak Shopee melihat apakah barang yang saya tengah tengok ataupun order, dan barang tersebut adalah controller game Nintendo Switch itu. Jadi dekat situ di samping ada juga benda lain yang saya beli, antaranya wok dan juga Tefal punya senduk, flip-flip. Ada yang fungsi untuk senang nak pusingkan telur, ada yang fungsi untuk goreng-goreng nanti minyak akan ditapis. Jadi itu adalah antara benda yang saya beli.

Mungkin dia punya trigger adalah ketika saya mula nak sambung balik perjalanan mencari oven, sebab dekat rumah tak pernah ada oven. Jadi dah buat kajian, jumpa ada model ini, TJean UBaker S1 22 liter, harga kalau dekat Shopee 1049. Tapi kalau tunggu 24 Oktober, 25 Oktober ada payday sale boleh jadi 7 something something. Jadi saya pun tunggu.

Bila dah mula membeli itu, dia trigger untuk tengok benda-benda lain pula. Mungkin sebab kita rasa alang-alang pada payday sale mungkin harga memang lebih murah. Maka kita mungkin boleh dapat murah dengan beli barang-barang lain yang kita ingat keperluan, tetapi hanyalah kehendak.

Cerita pasal game tadi, wife sambung lagi, oh beli barang untuk diri sendiri saja, bukan untuk dia. Saya menambah dan menjelaskan bahawa Nintendo Switch itu saya beli untuk semua. Saya ada tambahan controller lagi, bukan untuk saya. Untuk awak saya ada beli barang-barang masak tadi macam wok, senduk Tefal dan sebagainya. Begitulah, walaupun sebenarnya dia kalau boleh tak nak saya beli, mesti nak kena tengok juga senduk warna apa, ruang tak cukup dan sebagainya.

Hari ini juga ada dia berjaya buat cookies. Adunan Thermomix dan dimasukkan dalam air fryer. Jadi ini adalah permulaan yang baik. Jadi bila ada oven itu nanti dapat kita banyak benda lagi.

Doa umur 40

Kembali kepada kisah umur 40 ini, kebetulan ada video YouTube keluar dalam suggestion, seorang ustaz bercerita tentang ayat ini. Ini adalah nasihat untuk mereka yang hampir kepada umur 40 ataupun dah umur 40. Jadi inilah nasihat dia, satu doa dalam al-Quran yang saya kira saya pernah juga ada artikel ataupun blog post berkaitannya dalam blog ini, namun saya rasa kali ini memberikan sedikit atau poin tambahan yang saya tak terfikir pun sebelum ini.

Antara poin tersebut adalah dia kata umur 40, kenapa umur 40? Dia adalah sudah lebih kurang peak of maturity, kita akan jadi wise. Nabi dapat wahyu pun umur 40. Dan dalam doa itu ada bahagian doa untuk ibu bapa.

Dalam sesi yang lepas, mungkin apa yang saya faham adalah antara nikmat bagaimana kita jadi diri kita yang sekarang, besar-besar bahagiannya adalah datang daripada ibu bapa kita juga. Jadi contohnya macam bagaimana Sulaiman juga ada menuturkan doa untuk mensyukuri nikmat, bukan sahaja nikmat yang dikurniakan kepada dia, tetapi juga nikmat yang dikurniakan kepada ibu bapanya.

Cuma kali ini ustaz menceritakan apabila kita berumur 40, so lately umur mak ayah kita 60, 70 dan mereka sudah pun sampai ke usia tua, dan ada orang yang masih sempat berbakti, ada orang yang tidak sempat berbakti. Dan ini buatkan saya terfikir, oh, jadi doa itu pun sedikit sebanyak memang menggambarkan situasi tersebut.

Pemergian orang tersayang

Baru-baru ini, ketika saya mula catch up balik dengan rakan-rakan lama, banyak kisah-kisah pemergian orang tersayang yang saya dengar. Zuzuk kehilangan ibu dan makciknya. Pokwe kehilangan adiknya. Ezuwan, bapa mertuanya dah tak ada. Imran, bapanya dah tak ada, bapa mertua dan adik iparnya pun baru sahaja meninggal dunia. Sebelah wife saya pun banyak juga yang pakcik-pakcik yang dah meninggal dunia.

Berapa lamakah lagi masa yang ada untuk kita hidup dekat dunia ini? Dan dalam bahagian doa itu juga, selepas bercerita tentang ibu bapa, adalah mengharapkan amal kita yang diterima. Ada tak amalan kita yang mungkin kita rahsiakan? Mudah-mudahan dengan amalan itu kita ikhlas. Dan kemudian juga cerita tentang mengharapkan zuriat yang baik. Itulah harapan kita. Mudah-mudahan kita disambung dengan keturunan yang baik.

Menoleh semula

Mungkin umur 40, saya tak pasti, mungkin umur macam sekarang, kenapa saya mula boleh untuk menoleh semula dekat blog? Mungkin kebanyakan benda sudah pun berakhir, dan yang tinggal hanyalah pengajaran, berbanding kalau perkara tersebut sedang berjalan, dan saya menulis, ianya lebih kepada satu usaha untuk menyalurkan stres, kemarahan, kekesalan dan kesedihan.

Jadi selepas daripada saya grad, saya tak berani untuk menulis dan dibaca oleh mungkin rakan-rakan, atas sebab ianya bukanlah sesuatu yang menarik untuk dikongsikan, bahkan lebih ke arah memalukan. Namun masa mengubah banyak perkara.

Ada perhubungan yang sentiasa tenggelam dalam konflik, tapi kemudiannya menjadi stabil. Ada orang dulu yang tak solat, sekarang dah solat macam biasa. Ada masanya dulu kita sentiasa berfikir apakah kita mampu untuk mencapai sesuatu, memiliki aset. Sekarang sudah pun memiliki beberapa aset.

Jadinya kita kena sentiasa ingat doa ini, dan cuba untuk menghabiskan sisa-sisa yang tinggal dengan sehabis baik.

Daripada Saman Menjadi Kawan

Mahersaham dan COVID

Mahersaham dimulakan pada tahun 2015 lebih kurang, sebab satu minat dan juga usaha untuk menambahkan pendapatan. Jadi bermula dari situ, saya jadi remisier dan sentiasa kembangkan base orang yang buka akaun dengan saya. Ada naik dan turun, tapi mostly pembukaan akaun saham tu boleh kata meningkat secara linear.

Namun kewujudan COVID sebenarnya telah membawa kepada pembukaan akaun secara exponential. Antara sebabnya adalah pasaran saham Bursa Malaysia masih buka walaupun perintah kawalan pergerakan berlaku. Orang duduk di rumah, tidak tahu nak buat apa. Moratorium berjalan di mana bayaran bulanan kepada loan terhenti, tidak perlu membayar buat sementara waktu, manakala kebanyakannya masih lagi memperoleh gaji, cuma work from home.

Jadi apa lagi option yang mereka boleh buat? Mereka pasti berfikir, dengan duit lebihan yang ada dan masa yang ada, adalah lebih baik untuk kita trade saham.

Jadi antara broker yang memang top pada waktu itu adalah Malacca Securities ataupun M+, disebabkan USP kami adalah online first, ataupun antara cost brokerage yang termurah di pasaran berbanding dengan broker-broker lain. Strategi-strategi bagaimana Mahersaham mula mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia, itu kita akan ceritakan kemudian.

Nombor 3

Tetapi untuk cerita kali ini, kita boleh kata dalam waktu 2020-2021, Mahersaham boleh kata adalah nombor 3, lebih kurang, selepas daripada Asri Ahmad dan juga DDNK. Mungkin dari segi bilangan followers di media sosial, mungkin dari segi keupayaan buat kelas, mungkin dari segi pembukaan akaun. Jadi macam-macam kalau nak kata secara keseluruhannya. Mungkin dari segi website.

Pada waktu itu juga Aliff Scrut mula mempunyai konflik-konflik dengan beberapa sifu-sifu saham yang ada. So ada yang kata mungkin dia nak ketengahkan produk dia yang berkaitan dengan screener, screener saham ke, saya tak pasti. Itu pun satu kesimpulan yang saya mula dapat baru-baru ini sahaja, bukannya pada waktu itu.

Pada waktu itu apa yang saya perhatikan adalah saya gembira. Kita bercakap dengan sesama rakan dalam Mahersaham sendiri. Kita kata, oh macam ni jadi nombor 3 pun tak ada masalah, bagus. Kita tak adalah kena target dengan orang lain. Jadi untung pun untung sendiri-sendiri. Tapi rupa-rupanya lain yang telah ditakdirkan untuk kita.

Buku Mahersaham

Pada satu hari itu, ada orang sampaikan kepada saya yang nama saya kena petik oleh Aliff Scrut dekat Facebook page dia. Antara yang ditunjukkan dalam post tersebut adalah satu segmen dalam buku yang Mahersaham ada lancarkan, yang mana gambar rujukan dalam buku tersebut ada kita ambil daripada Facebook page beliau.

Ada tunjuk profil, dan nama Facebook page tersebut kita blurkan atau redact, supaya kita ingat dia tidak akan memberikan kesan kepada orang yang post tersebut. Tapi dari perspektif Aliff, benda tu adalah plagiarism.

Berkaitan projek buku Mahersaham, projek itu adalah sesuatu yang kita cuba usahakan, dan kita tugaskan Kerol, Aliyah dan Syafiqah untuk menghasilkan buku tersebut. Kita ingat benda tu kita nak jadikan satu lagi cabang income kepada Mahersaham sendiri sebagai sebuah syarikat. Namun demikian, buku tersebut sebenarnya tidaklah menguntungkan. Banyak cetakan yang tidak berjaya dijual. Tengok-tengok, dalam keadaan yang tak banyak dijual sekalipun, buku tersebut ada juga yang sampai ke pengetahuan Aliff.

Ketika benda tu berlaku, pada mulanya saya memang gelabah. Saya tak tahu apa nak buat. Saya ingat dengan mendiamkan diri, saya biarkan keadaan cool down, dan kita pun akan terlepas. Dia pun sibuk dengan banyak lagi urusan saman yang dia kena fikirkan, konflik-konflik, urusan keyboard warrior. Jadi saya fikir mendiamkan diri adalah langkah yang baik.

Pertandingan aplikasi Bursa

Dalam Mahersaham kita juga ada segmen programming, yang mana kita gunakan teknologi untuk sama ada kembangkan bisnes Mahersaham ataupun tambah baik produk atau proses kita mencari kaunter berpotensi. Bursa Malaysia kemudiannya melaksanakan satu pertandingan, siapakah yang boleh menghasilkan aplikasi saham yang terbaik.

Rupa-rupanya dalam peringkat saringan, bukan sahaja tim Mahersaham yang menghantar perwakilan, tetapi Aliff pun ada menyertai program tersebut bersama Nik, sahabat baik dia. Kita pun agak berdebar, tapi bila ke peringkat seterusnya, tim Mahersaham berjaya, namun tim dia gagal. Jadi kita hanya bergelak sesama sendiri. Tapi dalam masa yang sama kita pun risau, sebab benda tu sekali lagi meletakkan kita dalam radar beliau.

Seperti yang kita jangkakan, isu tu dinaikkan semula, dan kali ni dengan lebih dahsyat. Dia buat carian di SSM, dapat tahu IC dan alamat saya, siap dedahkan dekat Facebook page dia. Apa kegilaan, kalau ikutkan boleh sahaja kita buat saman malu. Tetapi saya memang mentah dan bukanlah siapa-siapa, tak berani. Jadi saya berada dalam dilema: adakah berjumpa dengan dia akan membawa kepada penyelesaian konflik, ataupun menjadi satu lagi ruang untuk berlakunya konflik yang lebih besar, escalation.

Pertemuan dengan orang tengah

Kemudian barulah kita dapat tahu bahawa Izrul, seorang remisier M+ juga, bersahabat dengan Aliff, berdasarkan Facebook page ada yang Aliff dan Izrul saling memberikan komen. Ketika itu saya minta Izrul menjadi orang tengah, dan itu membawa kepada pertemuan di Kay's Lobster and Steak. Saya ingat di Ampang ataupun Cheras.

Saya pergi bersama Elyas. Aliff hadir dengan Nik Kamil. Mahmud Jumaat datang kemudian. Izrul pun ada sebagai orang tengah. Sembang punya sembang, sebenarnya tak ada apa-apa. Sebenarnya dia pun tak ada masalah. Saja-saja.

Saya terangkan bagaimana perbuatan mengambil gambar tu adalah untuk rujukan. Staff saya tu memang follower ataupun peminat Aliff Scrut. Dia ambil as a sign of respect. So it is an honest mistake. It comes from a kind place. Lebih kurang macam tu maksud dia. Ini ayat-ayat yang saya cuba gambarkan keadaan tersebut.

Jadi kita bersetuju. Saya buat permohonan maaf di Facebook, dan saya terangkan sedikit sebanyak secara kasar, dan dia repost. Dia juga sarankan sesiapa yang berminat untuk buka akaun, boleh buka melalui saya. Di samping itu, saya kena belanja dia makan, kos makan malam tu saya ingat sekitar RM3,500.

Kemudian saya kena bayar pula lagi kepada Mahmud Jumaat, sebab katanya budak dia dah buat kerja, dah hantar LOD. Padahal LOD tu pun tak sampai ke tangan saya. Mungkin sampai ke ofis lama. Jadi keluarkan lagi RM3,500. Jadi begitulah ceritanya.

Facebook memories dan panggilan

Saya ingat hujung tahun lepas, Facebook memories keluar balik pertemuan-pertemuan yang pernah berlaku, keluar dekat Facebook saya. Tapi saya tidaklah nak re-share memories begitu. Tapi tak sangka bila tengok Facebook, page personal Aliff Scrut ni, dia pergi repost balik benda tu dengan emoji, lebih kurang macam ni kot 🥲. Saya pun tak tahu kalau dia berasa nostalgic dengan event tersebut.

Kemudian baru-baru ni, dia tiba-tiba WhatsApp saya, tanya 22 hari bulan saya free ataupun tidak. Jadi saya pun berfikir 2-3 kali juga, apa benda yang nak jumpa 22 hari bulan, nak pau lagi ke ataupun macam mana. Jadi saya ambil keputusan untuk terus menghubungi dia melalui telefon. Dia kata, apa nak call pula, aku tengah kat jamban ni.

Jadi tanya, kata Izrul pun datang, ada nak ajak pergi party. Rupanya event launching 22 hari bulan Oktober, event launching Scrut Garage, yang mana link kemudiannya dia bagi selepas perbualan saya dengan dia di telefon. Rupanya boleh bawa seorang lagi partner ke event tersebut. Saya dah tanya Wan, saya tanya Faisal, nampaknya Zury yang akhirnya bersetuju untuk join. Jadi itulah kalau nak dijadikan cerita.

Sebenarnya ada juga waktu lain, selepas saya tutup syarikat pada lebih kurang pertengahan 2022, saya buat satu hantaran di Facebook, menyatakan bagaimana ada bebanan-bebanan seperti overhead, jumlah kerugian yang ada. Kat situ dia ada juga call saya bertanya khabar berita. Tapi begitulah, satu panggilan yang saya sendiri pun sebenarnya tak sangka.

Abu Fedora

Ketika saya minta Izrul menjadi orang tengah, Izrul pun sebenarnya ada juga bercerita. Dia ceritakan kalau dulu-dulu golongan salaf di Malaysia ni, kalau ada masih ingat, dia ada nama Abu Fedora. Biasa golongan yang mengikut salaf di Malaysia ni namakan Facebook mereka dengan bermula perkataan Abu, sebagai nama kunyah. Jadi antara yang lantang pada waktu tu adalah Abu Fedora. Jadi kat situ lagi sebenarnya dah nampak tanda-tanda yang dia lantang ataupun bersifat keyboard warrior.

Scrut Garage

Kalau tengok ucapan dia di majlis itu berkaitan Scrut, menceritakan latar belakang pun, Scrut ni datang daripada minda yang kritikal. Dan dia sebut juga dalam tu, tabayun, ataupun scrutinize.

Apa-apa pun, jarang dapat attend event jemputan macam ni selain daripada Bursa. Makan pun duduk berhidang, satu pengalaman yang bagus. Sebelum tu, dapat juga saya pergi melawat kawan sekerja dulu sewaktu houseman, Imran Khan, mengingat memori lampau. Pada malam itu juga saya ada bertukar buah fikiran dengan Zury, kawan yang saya ajak sebagai plus one dalam event tersebut.

Wednesday, October 21, 2026

Jerebu dan Kebetulan

Selangor Summit dan jerebu

Beberapa hari yang lepas, saya ada attend satu program di KLCC, 14 hingga 16, program tersebut Selangor Summit. Basically kita nak tengoklah bagaimana ada banyak topik, ada banyak tema yang berkaitan dengan teknologi, ada berkaitan dengan semiconductor, AI, ada juga majlis perbandaran. Apakah pelaksanaan-pelaksanaan yang dibuat oleh kerajaan.

Saya kira ada juga sesuatu yang berkaitan dengan ASEAN. Tapi nampaknya tempat tu dipilih dan diletakkan banyak tajuk atau tema, mungkin untuk menambahkan crowd. Satu crowd untuk topik yang berbeza. Mungkin akhirnya akan melihat ke semua event yang ada.

Pada masa yang sama ada Game Developer Conference di Bangsar South, 15 dan 16. Saya ingat dekat poster ada tulis 14, 15 dan 16, tetapi rupanya tentatif 15 dan 16. Saya ingat benda yang sama berlaku pada tahun lepas, di mana saya datang sehari lebih awal, rupanya event akan berlangsung esoknya. Jadi ulang alik KL Melaka sebenarnya agak memenatkan. Ditambah lagi dengan jerebu, memang menyakitkan mata.

Staycation hari jadi

Maka pada hari Khamis, saya lebih selesa untuk meeting bersama Wan. Husna tak dapat join atas sebab-sebab tertentu. Jadi hari Jumaat adalah hari jadi saya, dan agak last minute. Kita pun kena fikirkan, ada jemputan untuk hadir ke satu program motivasi, lebih kepada introduction, di Armada Hotel di PJ.

Jadi alang-alang, kita ingat kita nak staycation. Wife nak buat shellout meraikan hari jadi saya. So alang-alang kita book staycation last minute. Dan susun atur kereta dengan double decker car seat. Ini ialah ketika waktu bayi. Tak dapat nak bayangkan kalau dah semakin membesar nanti, bagaimanakah configuration atau susun atur set dan orang yang akan terlibat.

Pemandangan dari tempat kita stay itu adalah tingkat 32 Tropicana Avenue, berdekatan dengan Casa Tropicana. Tempat tu juga rupanya adalah tempat di mana saya pernah belajar coding, personal coaching atau group coaching dengan Razman Sarit, seorang programmer, developer. Turut hadir bersama belajar adalah Amirul. Jadi pemandangan dari tingkat 32 memang menarik.

Namun demikian, jerebu sangat teruk. Membuatkan mata pedih, agak sesak nafas juga sedikit. Kalau nak dibandingkan KL dengan Melaka, Melaka jauh lebih baik daripada KL. Dan ini pun kita kena figure out jugalah apakah reason yang menghasilkan perbezaan ni. Mungkin lebih banyak kereta membawa kepada lebih banyak asap atau debu yang terkumpul dalam ozon kawasan mungkin.

Mille crepe

Apakah kek yang paling sedap dalam dunia ni? Setakat ini saya rasa kek jenis mille crepe adalah kek yang sedap. Walaupun sebelumnya mungkin ada masa saya suka kek cheesecake, ada juga kek lain, ice cream cake seperti daripada Inside Scoop. Tapi saya rasa kek mille crepe memang terbaik. Rasanya brand kali ni beli ialah Vanilla Crepe, sebelum ni pernah beli daripada Junandus, pun sedap juga. Mungkin yang kedua kek batik, sama ada kek batik coklat ataupun kek batik pistachio.

Kebetulan atau takdir

Banyak juga isu-isu yang berlaku kebelakangan ni. Antaranya adalah majlis perkahwinan Syed Saddiq dan juga Bella Astillah. Saya tertengok satu video ucapan dari Syed Saddiq, menceritakan bagaimana kebetulan yang akhirnya membawa ke jenjang pelamin. Tidaklah kebetulan, tetapi adalah takdir. Kadang bukan pilihan yang bermula dengan perkenalan, bukannya pilihan pertama untuk photoshoot bersama Bella Astillah, lebih kepada pilihan yang keempat.

Dan ditambah Muar tak dapat peruntukan daripada kerajaan untuk digunakan untuk kebajikan rakyat Muar, dan itu membawa kepada pertemuan-pertemuan yang seterusnya, usaha sama yang mana kalau ikutkan boleh je tak angkat telefon, boleh je tak terima job, ataupun orang lain yang accept job masa mula-mula sekali bila Bella Astillah approach yang lain.

Terkadang antara kahwin atau tak, ada anak atau tak, bercerai atau tak, adalah disebabkan satu kejadian kecil yang kita langsung tak sangka.

Kisah sebelum wife

Saya memiliki banyak dilema. Saya tidak memahami taaruf yang betul. Sewaktu zaman universiti, ketika saya masih mentah, saya ada memberitahu kepada naqib hasrat saya ingin berkenalan dengan seorang akhowat, saya telah dibiarkan tergantung. Tahu-tahu rupanya ada yang lain sudah memulakan proses. Saya tidak kisah tentang tidak berjaya, tapi tidak memberitahu apa yang berlaku atau progres atau ceritakan keadaan sebenar adalah sesuatu yang tidak wajar.

Perkara ini tidaklah membuatkan saya keluar usrah, namun saya katanya ditendang atas sebab yang lain, seperti membawa fahaman lain ke dalam usrah, yang mungkin kita boleh cerita di lain waktu.

Pernah ada kes saya berkenalan dengan seorang perempuan, seorang ustazah. Secara online, namun ketika bertemu, mungkin wajah ketika di hadapan berbeza dengan gambar-gambar dalam muka buku. Di situ kemudiannya membawa kepada kesimpulan pentingnya nampak berdepan, bukan sekadar online, dan itu pun kemudian akan membawa kepada konflik dalam perhubungan yang lain pula, perhubungan online yang mana kita pun tak dapat nak berikan kata putus, tapi kalau nak bervideo call pun kena fikir berkali-kali sebab atas batasan-batasan agama.

Dilema lain, keadaan yang mengajar saya online tidak boleh dipercayai seratus peratus, perlu bersemuka. Namun tak dapat bersemuka, adakah perlu video call?

Saya agak reluctant, dan merasakan langkah itu mungkin tidak Islamik (lebih tidak Islamik dari chat), dan seolahnya pihak lagi satu memberi gambaran yang sama. But little that I know, dia ada sahaja video call dengan lelaki (kawan baik lelaki).

Di saat yang lain, ada masa kita menyatakan hasrat secara berdepan. Sebagai contoh, dengan seorang nurse, tetapi yang dapat adalah ejekan. Mungkin dia nak nampak tak mudah untuk didekati, apa yang diucapkan berbeza dengan apa yang ada dalam hati. Dia kemudiannya menunjukkan minat, tapi disebabkan dah pernah dipersendakan (di hadapan kawan-kawan atau staf yang ada dalam wad), maka saya abaikan sahaja.

Ada juga yang saya dah berkenan, tetapi emak pula tak berkenan. Ada juga yang kita tahu tak sekufu, ataupun takut tak mampu, sebab makan di tempat-tempat mahal. Jadi ada masa kita sekadar menaruh minat, terdetik, dan we'll see how events or keadaan akan membawa kita, sama ada kepada jodoh kita atau perjalanan hidup kita.

Kirim salam yang tak sampai

Ada satu masa saya terdetik dan terserempak dengan seseorang, yang mana pada waktu dengan seseorang houseman, sekadar menyampaikan minat ketika bercerita dengan kawan-kawan, tidaklah berusaha untuk mendapatkan nombor telefon ataupun tidaklah berdepan untuk minta nombor telefon, sebab memang lain department, terserempak sekali-sekala itu pun dari jauh.

Yang kemudiannya, ada kawan satu posting, rupanya juga kawan rapat kepada si D yang kita terdetik. Kita kata okey, bolehlah kirim salam dan sebagainya. Namun jawapan balas, sampai sudah tak diterima...

Mengenali wife

Juga, berdasarkan daripada pengalaman-pengalaman yang lepas, kita pun tak nak memberikan harapan kepada orang lain, yang mana pemahaman orang berkaitan dengan ta'aruf berbeza antara satu sama lain, bergantung kepada tahap ilmu pengetahuan dan juga latar belakang keluarga. Maka saya memutuskan, sekiranya jodoh itu ada dalam kalangan rakan sejawatan, maka biarlah saya mengenali dan mengamati daripada interaksi saya yang biasa dengan mereka.

Untuk itu, saya memang biasanya hanya menggunakan aku dan kau ketika berkomunikasi dengan lelaki mahupun perempuan. Nak dijadikan cerita, sehingga selepas nikah pun, dalam masa lebih kurang seminggu atau dua minggu macam tu, saya dan wife masih lagi menggunakan bahasa aku kau, sebelum kemudiannya kita berbincang dan bersetuju untuk menggunakan saya awak, dan juga ketika perlu memanggil dengan panggilan sayang.

Saya mula kenal wife ketika posting medical. Saya ingat dengan jelas siapa dia, pada ketika saya bertugas malam, kena oncall, dan dia tak silap masih tagging pada waktu itu. Dia kena present case kepada MO, dan saya mendengar. Tidaklah sempurna (mungkin jauh dari sempurna ^^), dan dari situ saya cuba mengambil tahu dari mana dia grad (Egypt), posting keberapa dan sebagainya. Dari situ juga saya melihat bagaimana penampilan dia, modest.

Di saat lain, saya dan wife pernah jaga ICU bersama-sama waktu posting medical, dan itu juga satu peluang untuk mengamati perwatakan dan tingkah laku.

Wife pun pada asalnya hanyalah nak WhatsApp atas urusan kerja. Saya pula menganggap itu adalah satu peluang. Maka ketika mula nak berkenalan dengan lebih, wife memberikan satu ultimatum, bertanya apa sebenarnya yang saya nak, saya nak ni, sebab saya macam nak cakap ataupun nak berbual panjang benda-benda yang apa, mungkin di luar daripada urusan kerja.

Jadi adalah cadangannya untuk datang ke rumah berjumpa ayah, which in a way adalah satu situasi yang saya tak pernah jumpa dengan perkenalan dengan orang lain.

Jadinya okey. Bila dengan yang lain, mungkin berkenalan lebih-lebih barulah dijemput datang ke rumah. Mungkin tidaklah official. Tapi yang ni macam kalau nak berkenalan lebih-lebih kena datang rumah dulu. Jadi saya pun cubalah menyahut cabaran tersebut and see how it goes. And the rest is history. Ketika saya datang, abah pula macam tak tanya banyak, suruh ajak mak ayah pula yang datang. So begitulah.

Walaupun di saat lain-lain kirim salam yang tak sampai-sampai tu, rupanya dah disampaikan tetapi tidak disampaikan kepada saya. Ketika saya mengetahuinya pula, dengan wife sudah pun pergi ke stage yang seterusnya. Jadi begitulah. Saya percaya benda ni semua adalah takdir. Jalan telah tertulis untuk saya.

Saya bukan orang yang ketika sudah memulakan proses akan melihat-lihat juga orang lain. Biarlah satu persatu kita selesaikan dahulu. Jadi jika tidak, sekiranya saya proceed dengan si D yang berasal dari Kelantan, mungkin saya kena pulang alik ke Kelantan. Kita beristikharah. Kita cuba apa yang kita termampu. Maka akhirnya inilah dia. Dah ada 5 orang anak dah pun.

Rupa-rupanya tanpa saya sedari, wife juga berkawan baik dengan orang yang asalnya saya nak kena salam tersebut. Ketika saya tahu yang si kena salam tu datang ke rumah wife, waktu tu saya belum berkahwin lagi, hakikatnya saya tak tahu macam mana nak respons. Mungkin di mata si D yang saya kirim salam tersebut, melihat saya sebagai playboy mungkin. Macam mana kau boleh cuba nak berkirim salam tapi rupa-rupanya dah bertunang.

Tapi begitulah. Saya tak rasa ianya proper untuk menerangkan, sebab hakikatnya saya dan dia tak pernah berhubung sekalipun. Walaupun di kemudian-kemudian waktu, wife ada juga menceritakan bagaimana rupanya si D ada menceritakan kisah ada orang minat kat dia. Tapi tak kesampaian. Dan daripada cerita tersebut, saya kira mungkin dia pun faham apa yang berlaku.

Dari sudut wife pula, cerita-cerita macam ni sebenarnya tidaklah bagus. Sebab mungkin bagi perempuan, apa yang diharapkan adalah konsep all or none. Bagaimana boleh minat yang lain walaupun pada ketika itu tengah dengan yang sekarang. Satu benda saya tak faham, begitulah.

All or none

Antara kisah terbaru yang berlaku baru-baru ni ialah contohnya Aiman Banna dan isterinya mewar-warkan ingin mencari isteri yang ketiga. Jadi antara dalil ataupun dalil akal yang dikeluarkan adalah, kalau dah ada yang satu, macam mana boleh nak ada yang nombor dua dan nombor tiga?

Kalau dilihat dari logik akal, saya tak rasa kebanyakan lelaki memilih menggunakan konsep all or none. Tak mustahil dia minat dan tertarik dengan beberapa orang. Cuma along the way, dia akan memilih berdasarkan beberapa kriteria, faktor-faktor yang ada.

Tak kisahlah logistik, latar belakang keluarga, apakah batasan yang dia boleh terima, apa yang tak boleh terima. Rupa, keyakinan, sehinggalah sampai satu tahap dia dapati yang seseorang itu secara keseluruhannya adalah lebih baik daripada yang lain.

Mungkin yang lain mempunyai markah 60-70. Mungkin yang ni 80-90. Jadi taklah bermaksud dengan menyatakan ketertarikan kepada yang lain membuatkan orang yang kita pilih tu sebenarnya tak bernilai apa-apa. Susah nak diterangkan benda ni. Kalau boleh saya nak AI tolong terangkan secara ringkas benda ni.

Sebaik-baik pengurus

Namun benda tu adalah satu takdir yang berlakulah. Sama juga ketika saya dipindahkan ke Sarikei, Sarawak. Kalaulah mungkin bukan waktunya, mungkin tiada apa-apa yang terjadi, maka Ibrahim tak dikandungkan dan kemudian tak dilahirkan, dan saya pun tidak ada motivasi untuk berhenti kerja dan pindah balik ke Semenanjung. Dan ini semua adalah satu benda yang ditakdirkan. Dan Allah adalah sebaik-baik pengurus. Dan saya percaya segala apa yang Allah telah tetapkan adalah baik untuk kita. Sebab saya mahu bersangka baik dengan Tuhan.

Monday, October 19, 2026

Angkasa, Ujian dan Jalan Tengah

Angkasa

Sejak angkasa diwujudkan, angkasa sentiasa berkembang sehingga ke hari ini. Dan masa berbeza antara apa yang berlaku di bumi dengan apa yang berlaku di langit-langit. Sampai ke hari kiamat, mungkin manusia takkan dapat menangkap misteri masa dan sejauh manakah angkasa telah pergi. Apakah ada lagi penemuan baru? Tak payah tengok angkasa. Dalam hutan-hutan masih ada hidupan ataupun binatang yang mungkin masih belum diteroka. Dalam lautan yang dalam dan luas ada ceruk, ada kedalaman yang tak terukur pun oleh manusia.

Hidup kita tak signifikan

Hidup kita tak signifikan. Maka sepatutnya kita haruslah tunduk kepada Tuhan pencipta alam, agar kita selalu ingat segala benda yang berlaku dalam dunia ini tidak lain adalah kehendak Tuhan. Apa benda yang kita miliki adalah kurniaan Tuhan. Cuma kita sebagai manusia, kadang-kadang kita lupa. Apabila kita berjaya, kita menganggap berlakunya adalah atas usaha kita sendiri.

Bila kita kehilangan ibu bapa atau pakcik-makcik yang rapat dengan kita, atau atuk nenek, atau mungkin adik-beradik kita sendiri, mungkin juga anak kita sendiri, kita pun sedih dan kecewa, dan tak sanggup menghadapi hari-hari yang seterusnya. Setiap orang diuji, dan tak adil bagi kita untuk mengatakan ujian orang lain lebih berat atau lebih mudah berbanding ujian yang kita hadapi. Juga tak sanggup kalau kita merasakan hidup kita mudah, untuk meminta-minta pula ujian datang daripada Tuhan.

Meeting dengan Wan, sesi Dzulhilman bersama Pribumi

Pagi tadi meeting dan sembang dengan Wan. Commission ada berkurang sedikit berbanding bulan lepas, namun tidaklah terlalu teruk. Masih okey.

Malam sebelum, Dzulhilman ada sesi dengan Pribumi. Antara mesej yang disampaikan atau diceritakan, adanya fasa-fasa tertentu dalam hidup ni. Contohnya antara 20 ke 30 tahun, bolehlah kita nak mencuba benda baru, eksperimen. Antara 30 ke 40, mungkin fasa growth. Lepas dari 40, jangan berpindah dalam industri yang lain. Waktu itu adalah waktu perlunya kestabilan. Untuk start balik, belajar balik benda yang baru adalah sesuatu yang agak terlambat berbanding sekiranya benda itu dimulakan pada lingkungan umur 20 hingga 30 tahun.

Dan dia juga bos yang atas sebab dia lah menginspirasikan saya untuk jadi remisier, menyatakan bahawa memang kemungkinan besar job remisier ni tak akan bertahan lama. Which is an irony, sebab program yang dia cakap macam tu adalah program Pribumi, Persatuan Remaja Bumi Putera, yang diharapkan dapat membantu remaja-remaja sedia ada lah.

Anekdot Kenangan dan buku Khubaib Akhi

Ada tulisan berkaitan dengan anekdot kenangan. Bukunya saya belum habis baca, tetapi mungkin tulisan tu nak tak nak saya kena publishkan juga.

Ada buku yang saya baru beli, baru sampai daripada TikTok kalau tak silap, berkaitan dengan Nabi Juga Disakiti Manusia, karangan Khubaib Akhi, seorang ustaz yang bertanggungjawab untuk podcast Manusiawi. Antara kandungan yang saya suka atau saya pernah tengok, kalau berkaitan dengan pendidikan anak-anak, ada dia jemput Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, ada jemput, siapa nama junior saya tu, Ikmal Nordin, Profesor Afzan Maria, dan juga ada jemput Aiman Azlan. Satu podcast yang menarik.

Cuma dalam advertisement ataupun video yang kemudiannya akan membawa saya teruskan juga untuk membeli buku Khubaib Akhi ni, ada dia menceritakan bagaimana kisah Nabi Muhammad SAW ada lari dari rumah. Jadi istilah macam tu tidak sedap didengar, seolah-olahnya menunjukkan yang Nabi Muhammad SAW ni lari daripada masalah. Namun demikian, apa yang nak disampaikan adalah konflik antara Nabi dengan isteri-isteri Nabi, sehinggalah Nabi memberikan tawaran sama ada isteri-isteri baginda hendak diceraikan ataupun terus bersama dengan Nabi.

Saya ingat tulisan ataupun angle oleh Khubaib Akhi ni tak jauh bezanya dengan Ustaz Azlan Shah, yang mula nak menekankan ataupun menampilkan sirah Nabi dan bagaimana perkaitannya dengan kehidupan sosial kita pada hari ini: masalah sosial, mental health, bagaimana kita nak berurusan dengan manusia. Jadi review tu akan saya hasilkan kemudian lah.

Belajar ke luar negara, anak di international school

Dalam satu YouTube yang lain pula, ada saya menonton satu podcast antara seorang Malaysian Chinese dengan seorang expatriate yang berasal daripada Filipina yang tinggal di Malaysia, perempuan, manakala pasangannya adalah French expat. Topiknya berkaitan dengan tertiary education ataupun pendidikan universiti anak-anak, bagaimana trend terutamanya dalam kalangan Cina memang nak anak untuk dihantar ke overseas.

Namun benda tu menjadi satu persoalan: adakah tema ataupun trendnya masih valid pada hari ini? Sebab kita dulu membesar, sekiranya dapat belajar di overseas, apatah lagi kalau dapat bekerja di sana, itulah sesuatu yang memang sangat membantu dalam hidup.

Tetapi podcast itu menceritakan bagaimana ada banyak senario. Kadang-kadang punyalah ibu bapa berhempas pulas, adik-beradik ada 11 orang, hanya mengharapkan satu orang ni sahaja. Yang lain bekerja di kebun getah, membantu ibu bapa, dan segala keuntungan dan apa semua disalurkan supaya yang seorang ni dapat melanjutkan pelajaran, mungkin sampai ke overseas, dan diharapkan dapat mengubah nasib keluarga.

Di satu saat yang lain, kadang-kadang ibu bapa bekerja keras menghantar anak ke international school. Tapi di international school, waktu pagi nak hantar anak tu, bapa kena bawa motor. Sampai di sana, parents lain, anak-anak lain dihantar dengan BMW, Alphard, kadang-kadang dengan driver mereka sendiri. Dan itu pun kadang-kadang secara tidak langsung menjadikan satu bebanan kepada anak itu tadi, nak berhadapan dengan kadang-kadang cemoohan dan kritikan, ataupun inferiority complex.

Bagaimana punyalah kita bersusah payah, tetapi the best that we can give is actually the lowest compared to other people. Sampai kesudahan pun, cycle mereka berbeza. Seolah macam tak ada apa benda yang kita buat yang boleh menjadikan kita adalah sebahagian daripada cycle ataupun golongan elite ni. Dan benda tu boleh jadi satu persoalan yang valid.

Jalan tengah

Jadi dalam hidup kita, kadang-kadang apa yang terbaik untuk kita, adakah kita patut tidak bersusah payah, menerima sahaja apa yang telah diberikan kepada kita? Bagi saya itu berbeza lah untuk setiap orang. Dan cuma harapannya adalah mudah-mudahan kita tidaklah terlalu berlebih-lebihan ataupun terlalu berjimat cermat, mengambil jalan tengah, mengharapkan Tuhan akan memudahkan kita memilih jalan yang terbaik untuk apa sahaja yang kita lakukan dalam hidup kita ni.

Thursday, October 15, 2026

Anekdot Kenangan: Membaca ZRA, Mengenang Diri Sendiri

Anekdot Kenangan Jilid 1, ditulis oleh ZRA, diterbitkan oleh Tentang Kita, diusahakan oleh Hafizul Faiz.

Waktu mula nak beli buku, Ibrahim dan Musa nampak dan kata dah beribu buku dalam rumah ni… nak beli lagi?

Heh..biarlah, saya dah dewasa, apa salahnya beli, kalau tak baca sekarang, akan baca nanti. Kalau tak baca nanti, diorg la akan baca satu hari nanti - sekadar monolog dalaman.

Ketika saya mula membaca buku ini, Ibrahim bertanya apakah maksud anekdot? Saya pun beritahu biasanya anekdot ni seingat ayah adalah lawak.. tak tahu lah kalau salah selama ni..

Bila buat carian,

"An anekdot is a short, amusing, or interesting story about a real incident or person that often contains a critique or a message wrapped in humor. While similar to humor, an anekdot is based on actual events and is used to convey a deeper meaning, such as a social commentary or a lesson, often about a famous or significant person."

Celah mana la buku ini adalah anekdot, wahai ZRA.

Kita membaca dan kita cuba mengaitkan bacaan kita dengan kehidupan dan pengalaman kita sendiri.

Kampung, basikal dan bola

ZRA cerita tentang pengalaman hidup di Kampung Sungai Lumpur, saya teringat kehidupan di Kampung Padang Balang atau Kampung Bandar Dalam.

Dia bercerita tentang basikal, maka saya dulu pun berbasikal ke sana sini dalam kampung itu.

Main bola. Saya kalau di Kuala Klawang, padang di atas … kadang hujung minggu selalu naik dengan kawan-kawan untuk main takraw.

Di Volgograd, kawan selalu ajak main bola, waktu dekat asrama, ada kawasan simen belakang hostel. Waktu duduk di kvartira, Pokwe yang selalu cari port tempat boleh main bola.

Tempat yang ingin saya lawati semula

ZRA pergi melawat kampung nak memutarkan kembali memori lalu. Kalau saya, tempat apa agaknya yang saya nak lawati semula untuk kenang masa lalu?

  • Kg Padang Balang, Sentul secara keseluruhannya
  • MRSM Kuala Klawang
  • MRSM Jasin
  • Volgograd
  • Hospital Selayang
  • Sarikei
  • Jasin
  • Kelana Jaya

Cikgu yang membekas

ZRA cerita tentang cikgu. Cikgu apa yang membekas dalam hidup saya? Cikgu Syed yang ajar BM, selalu bantu untuk persembahan sajak, cikgu yang waktu dalam kelas selalu bawakan nasihat dan pengajaran.. macam seorang ayah kepada anaknya. Cikgu Asrab Khan, cikgu bahasa Melayu juga darjah 6, Cikgu John? seorang cikgu India yang ajar Sains, cikgu Saiful dan cikgu Nordin yang ajar Matematik. Ustazah Normah. Cikgu Loke Yim Pheng yang menghina dan mempersoalkan emak ajar anak macam mana. Cikgu Zubir yang dah meninggal dunia, pernah terserempak waktu saya berdoa tadah tangan dalam hujan. Cikgu Hasran, yang masih bertegur sapa. Cikgu kat tadika. Ustazah kawan emak yang mengajar mengaji, isteri kepada cikgu Dolah.

Zoya dan Vladimir yang ajar bahasa Rusia. Hanya terfikir, cikgu yang ajar bahasa ni selalunya mendalam dia punya nasihat tentang kehidupan.

Kawan-kawan di Sentul

ZRA cerita tentang Kak Asiah yang umur 16 tahun dah kahwin. Waktu kat Kg Padang Balang dulu teringat samar2, ada kakak yang jaga kedai runcit dalam kg tu… rasa dia pun kahwin waktu sekolah menengah.

Teringat juga kawan-kawan kat Sentul dulu, siap ada kawan lima bersaudara follow pesilat legenda. Ifwat Jebat, Fikri Tuah, saya Kasturi, Azry Lekir, Adib Lekiu… selain daripada tu kita ada Fuad, Farid, Fahmi…. kalau yang non malay - ada Karan Singh, Aaron dan Janarthan, Lim, Phang Zhen Fei, Wong, Karthik.

Kakak Su dan zaman tadika

Rumah ZRA tak ada paip air. Maka saya teringat, dulu waktu kecil mak ayah ada ambil seorang kakak ni dari kampung kat Terengganu untuk jaga saya. Saya panggil Kakak Su. Pernah juga menangis kenapa waktu balik tak ikut sekali… saya memang betul2 ingat dia Kakak Sulung. Pernah pergi lawat rumah dia kat Terengganu, rumah kampung, kayu, mungkin nyamuk pun senang nak masuk sebab bahagian atas rumah memang berlubang bersambung dengan luar. Bahagian dapur ada tempayan isi air.

Dulu waktu tadika saya akan ditinggalkan dengan sepasang suami isteri dalam kampung tu untuk dijaga dengan adik saya. Ingat anaknya bernama Nazrin, abg dia Azim tak silap. Antara pesannya, kalau padam pensel, jangan tumpahkan ke lantai, kalau lepas makan, kena isi pinggan dengan air basahkan. Waktu tu kalau berak kena ke jamban kat luar rumah, masih perlu dia tolong basuhkan. Jamban kat rumah sewa Kg Padang Balang pun di luar juga.. waktu hujan memang dapat berak menghirup udara segar.

Hadiah yang mengharukan

ZRA pergi sekolah tak pakai kasut, hanya pakai selipar. Ayah buruh dekat MADA, habis kerja akan sambung bawak beca. ZRA beritahu kawan2 ayah dia dapat no 1 dekat sekolah, beberapa hari lepas tu, ayah bagi kasut sekolah - duit dia dan kawan2 kumpul untuk belikan kasut sekolah. Di sini saya menangis. Sebab pemberian tu sangat mengharukan ZRA.

Apa hadiah yang saya sangat teruja terima? Ayah ada belikan basikal waktu kecil-kecil… basikal tu lah yang saya guna untuk belajar naik basikal, bawak pergi tadika. Di awal berlatih naik basikal, basikal tu jugaklah buat saya luka terjatuh. Waktu tadika, masa turun bukit pun ada juga kejadian terjatuh yang lain, hinggakan saya kena disapu ubat oleh penduduk yang ada sekitar tempat kejadian di Kg Padang Balang itu.

Induk, maklang dan AyahChik

Antara orang yang ZRA pandang tinggi adalah bapa saudara beliau. Mengenangkan waktu kecil, saya dulu rapat juga lah dengan induk, kakak kepada ayah. Terkadang waktu ayah baran, adanya induk yang bawa pergi rumah dia, pernah melukis kat rumah dia, dia yang ajar main lastik getah ke dinding dan jatuh dalam sasaran… dan juga bawa ke Lot 10 (di saat belum begitu canggih seperti sekarang - mungkin waktu tu vibe dia adalah seperti lorong-lorong berhampiran pasar seni atau pun chowkit).

Kemudiannya induk berkahwin dengan seorang askar, dapat seorang anak lelaki yang sebaya dengan adik bongsu saya… dan suaminya pula sudah meninggal dunia sekarang ni.

Saudara-saudara lain yang agak rapat dan selalu juga habiskan masa adalah maklang paklang, di mana maklang adalah kakak juga kepada ayah. Ada anak yang lebih kurang sebaya dengan saya dan adik saya iaitu Ika. Selalu pergi ikut tengok dan hadiri sesi berubat anaknya yang katanya ada dapat ‘gangguan’.

Kalau saudara belah mak, yang sebaya adalah Madihah, anak AyahChik. Saya takkan lupa satu temuramah saya dengan AyahChik yang saya kira satu ‘masterpiece’. Saya tak pernah faham apa itu engineer. Samada ini tugasan sekolah rendah darjah 6 atau tugasan waktu MRSM, saya tak ingat - tugasan itu adalah temuramah kerjaya seseorang yang dikenali. Begitulah lebih kurang.

Maka mak cadangkan saya pergi temuramah AyahChik, maka tahulah saya dia adalah seorang civil engineer, kemudiannya miliki syarikat sendiri. Dari situ saya faham apakah skop kerja seorang engineer. Beliau jugalah orang yang jadi penjamin ketika saya nak melanjutkan pelajaran ke luar negara di bawah biasiswa MARA.. ketika saya sudah grad dan beberapa bulan lambat atau tak bayar biasiswa, MARA menghantar surat kepada beliau - dan saya pun teringat yang beliau adalah penjamin saya - dan saya tak sepatutnya membawa sebarang kerisauan kepada beliau.

Apakah, saya yang kini berusia 37 tahun, memberikan sebarang inspirasi atau impak kepada orang lain atau ahli keluarga atau saudara mara yang terdekat? Hmm…

Mengenang ayah

Ada segmen, mengenang ayah. Bagaimana dia ada cerita, latar belakang waktu kecil, diceritakan kepada ZRA hanya apabila ZRA sendiri sudah berumur 32 tahun. Itulah waktu pertama dan terakhir ayahnya bercerita kepada ZRA.

Latar belakang cerita yang lain ada juga cerita bagaimana pada umur 12 tahun, ayahnya sudah jadi yatim piatu. Datuknya dipukul di rel keretapi oleh komunis kerana disyaki talibarut ‘kempeitai’. Datuknya meninggal dunia tak lama selepas itu.

Saya hanya teringat, ayah ada cerita bagaimana kehidupan dia di kampung memang susah. Berjalan pergi balik sekolah berkaki ayam? Jauh, beberapa belas?puluh? Kilometer. Makan mesti berkongsi. Saya kira mungkin sebab itu ayah memang pantang kalau apa yang diberi kita tak makan. Hasil didikan itu saya menjadi seorang yang tak memilih bab makanan, kalau di asrama, budak lain ada yang tak makan sesetengah lauk, tapi saya memang makan je semua.

Ada budak yang ada duit boleh beli makanan kat cafe, tapi untuk saya, hanya dewan selera sahajalah makanan yang sepatutnya saya makan. Kalau ada kawan yang share makanan cafe, memang sangat-sangat bersyukur.

Kehidupan masa kecil, mencorakkan peribadi masa hadapan. Peribadi seseorang menentukan didikan dia kepada generasi yang seterusnya.

Dyslexia, kelas belakang dan privilege

ZRA seorang yang ada masalah dyslexia. Mr Teh bersungguh bantu dia untuk dapat tempat dalam kelas yang pandai, sebab ZRA pandai, cuma mengalami masalah. Melalui aktiviti baca, proses dan sampaikan semula arahan Syed Izham saudara ZRA, dia mencapai markah 10 terbaik seluruh darjah 5 walaupun dia berada dalam kelas belakang.

Ada juga cerita tentang perubahan suasana - berpindah dari kelas belakang ke kelas budak pandai menghasilkan perasaan rendah diri. Apabila bertukar sekolah sewaktu sekolah menengah - dia dulu dari sekolah lelaki sekarang ni sekolah bercampur.

Saya tak tahu teknik belajar yang betul. Dua orang pelajar melayu dapat 5A daripada 6-9 orang dari tiga buah kelas darjah 6. Dalam sebuah kelas ada lebih kurang 30-40 orang pelajar.

Privilege dan meritocracy. Form 4 form 5 MRSM pun masih ada tuition luar.

Langkah makin pendek, tangan terikat

Memanglah pernah frust menonggeng, tetapi nak struggle untuk membuktikan sesuatu kepada orang yang bukan ada dalam hidup kita pun benda yang sia-sia. Tapi bila dah berkahwin, benda tu berbeza.. Kau tak boleh mudah-mudah lari, tanggungjawab tu besar. Lepas tu pula bila anak sulung lahir, ianya membawa satu lagi aspek baru dalam kehidupan berumahtangga.

Betullah seperti nasihat bapa saudara ZRA, "Carilah isteri, dah kahwinlah. Jadi suami, langkah makin pendek. Nanti dapat anak, tangan akan terikat".

Thursday, October 8, 2026

Decision to Leave, Cinta dan Perkahwinan yang Mengikat

Filem Decision to Leave

Saya tengok movie Decision to Leave. Nak kena cari segmen-segmen dalam movie tersebut, quotes dia, yang buat saya teringat. Contohnya, kenapa kita jadi kaku, ataupun adanya imbasan-imbasan ketika teringat, sedalam mana perasaan seseorang tu.

The moment you said you loved me, your love ended.
And the moment your love ended, my love began.

After leaving me, you never once slept soundly, did you?
Even if you forced your eyes shut, you kept thinking of me, didn't you?
Didn't you feel this way too?
That night you ran into me in the market, you suddenly felt alive again, didn't you?

At last.

Decision to Leave: Even if you forced your eyes shut, you kept thinking of me, didn't you?
Decision to Leave: That night you ran into me in the market, you suddenly felt alive again, didn't you?

Kemudian, the reality tidak seperti yang kita impikan. Dalam perhubungan, kita pun tak pasti. Kita mungkin boleh suka, tetapi kita tak tahu, dan kita rasa macam pihak lagi satu pun suka kepada kita, tapi boleh jadi sebenarnya bukan itu pun yang berlaku. Adakah kita mempercayai keyakinan ataupun firasat kita sendiri, ataupun kita tertipu dengan tipu daya sesuatu?

Ini pun buat saya teringat tentang zaman universiti dulu. Saya ada come across satu nasihat daripada seorang syeikh, ulama salaf, antara yang namanya selalu disebut-sebut oleh kawan-kawan yang bermanhaj salaf. Nasihatnya: jangan terlalu terikat, sebab keterikatan membawa kepada ketidakwarasan akal fikiran. Perasaan-perasaan ni adalah satu bentuk ketagihan. Kadang-kadang kita berada dalam keadaan yang kita rasa itulah kebenaran, itulah segala-galanya, dan kita lupa pada perkara-perkara lain yang sepatutnya kita juga pertimbangkan.

Filem yang meninggalkan kesan

Filem-filem macam ni, kalau ikutkan, adalah sesuatu yang kadang-kadang lepas tengok tu dia tak boleh nak lupa. Mungkin sebab perasaan tu sangat terkesan untuk saya. Jadi benda ni memang kadang buat kita teringat-ingat, terfikir-fikir.

Tak hairanlah, waktu dulu-dulu pun ada juga tengok cerita Korea. Suka tengok filem. Ada filem-filem yang kadang waktu kecil kita tengok, dan benda tu meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita. Kita ingat macam satu segmen dalam filem tu yang kita rasa, fuh, berputar-putar je scene tu dalam kepala otak kita.

Contohnya dalam A Chinese Odyssey, saya ingat yang kedua kot. Macam mana monyet tu mungkin kembali ke masa lampau, atau alternate reality, dan dia merasuk dalam badan orang tersebut untuk luahkan kepada perempuan tu yang dia suka kat perempuan tu. Walhal dalam mungkin kehidupan yang lepas, atau realiti yang lepas, dia adalah orang yang mengorbankan perasaan sebab dia nak berkhidmat kepada sami tu. Kalau tak, kepala dia sakit, ditekan oleh lingkaran yang mengikat kepala dia tu, akan semakin menghimpit. Sebab apa? Sebab perasaan cinta adalah kesakitan.

Yalah, sekarang ni pun memang ada kes-kes bunuh banyak. Tak puas hati, agaknya sebab tak dapat memiliki. Percaya apa yang dia rasa itulah yang sepatutnya orang lain rasa, lost touch with reality, tak dapat terima rejection. Banyaklah sekarang ni, macam baru-baru ni kes Irene Sofia, anak yatim, mak meninggal dunia kanser, juga seorang doktor, dijaga oleh nenek, tapi mati di dewan akibat dihentak dengan pasu. Orang kata sebab cinta tak berbalas. Ada juga kes yang kena tikam, ada yang kena bakar. Macam-macamlah zaman sekarang ni.

Saya ada baca dekat Threads komen daripada seorang penulis, Nami Cob Nobbler. Dia beritahu macam mana dia pun pernah mengalami rejection. Macam mana dia mungkin confess dekat seorang makwe, tapi kemudian makwe tu kata kat dia: "Kau kencing kat tempurung kelapa, lepas tu kau cermin muka kau kat situ. Kat situ taraf muka kau." Buku dia pun saya pernah baca juga, antara buku dia yang saya pernah baca: Rokok Nan Sebatang. Statement dia dalam buku tu: "Cinta yang agung adalah cinta yang gagal." Saya rasa maksudnya: cinta ni adalah kesakitan. Jatuh cinta berarti kau akan sakit. Ataupun rejection adalah kesakitan.

Dosa, pahala, hiburan, dan bahasa cinta

Ada masa nanti mungkin saya akan tulis berkaitan movie-movie yang saya rasa teringat ataupun membuatkan saya terkesan. Tapi itulah, benda sebenarnya tak berguna. Nak tulis pun rasa mengundang kesia-siaan ataupun dosa pula. Macam mana eh? Sebab, yalah, kadang-kadang saya selalu sebut dosa pahala, macam seolah-olahnya adalah sesuatu yang straight. Orang tak suka kalau perbuatan mereka dilabel dosa atau pahala atau halal haram, walaupun untuk sekecil-kecil perkara, sebab rasa mungkin rasa hina. Tapi apa yang saya pegang, dosa mempunyai tingkatan-tingkatannya. Bukan nak mengecilkan dosa. Even dosa besar sekalipun, akan ada ruang juga untuk keampunan. Tiada dosa yang terlalu besar di sisi Tuhan, melainkan syirik.

Jadinya kenapa tiba-tiba masuk topik ni? Sebab biasalah, kita tak tengok wayang. Jadi kita ni kalau nak tengok movie, sah-sah kita ambil yang cetak rompak punya. Mungkin persoalan yang timbul, dari sudut pandangan seorang kawan ni, cetak rompak tu adalah mengambil hak orang. Tapi saya reply kat dia, yalah, memanglah cetak rompak ataupun download percuma, stream percuma ni pun boleh kata dosa juga. Walaupun tak ada nak whitewashing dosa cetak rompak, download atau stream percuma ni, tetapi saya kata sebenarnya tengok movie pun dosa juga. Movie apa yang semua perempuan dia bertudung? Contoh. Yalah, nak kata kalau perempuan tu tak bertudung, kan aurat. Tengok aurat orang lain secara sengaja, kan dosa juga.

Tapi kawan saya ni tak berapa berkenan dengan pegangan ataupun pendirian saya, sebab dia percaya yang hiburan ni adalah sesuatu yang diharuskan, selagi tidak melalaikan ataupun selagi tidak membawa kepada dosa. Saya tak tahulah apa definisi melalaikan atau apakah definisi dosa untuk dia.

Sama jugalah dalam kes muzik. Baru-baru ni pun baca juga ada threads komen macam mana ada ulama-ulama sepakat kata muzik ni haram. Saya cerita dekat wife, so wife pun ada sebut itulah. Tapi cuba check, ada yang dia pernah tengok video Dr. MAZA sebut muzik ni harus. Saya kata, takkanlah Dr. MAZA kata macam tu. Dan memang entah macam mana saya cari ataupun kebetulan nampak dekat YouTube, saya dengar dan memang Dr. MAZA membawa dalil ataupun pandangan, ada pandangan lain dalam ulama salaf sendiri yang mengatakan benda tu bukan haram.

Tapi in the end, saya tak berapa berkenan dengan pegangan sebegitu yang agak simplistic dan agak kabur. Saya rasa saya lebih selesa memegang benda tu berdosa dan tidak dibolehkan. Cuma kalau anda buat juga, pandai-pandailah nak menjawab, nak menginsafi atau menyesali. Adalah sesuatu yang bagi saya perlu tidak digalakkan dan dikurangkan. Kalau dapat tinggalkan langsung adalah lebih baik.

Okay, berbalik kepada kisah ni. Apa lagi yang kita boleh dapat daripada cerita tu adalah mungkin bahasa cinta seseorang tu berbeza. Ada bahagian di mana, ini adalah spoiler sebenarnya, tapi saya nak bagi kata, setengah orang bahasa cintanya adalah memberikan khidmat, setengah orang bahasa cintanya adalah menulis atau merahsiakan. Setengah orang mungkin bahasa cintanya adalah memberikan hadiah. Setengah orang bahasa cintanya adalah dengan melafazkan dalam bentuk perkataan. Ada setengah orang bahasa cintanya adalah fizikal: sentuhan, pelukan. Jadi perbezaan-perbezaan bahasa cinta pun membawa kepada konflik-konflik dalam perhubungan.

Kawan lama, perkahwinan yang mengikat, dan kecurangan

Beberapa hari lepas saya ada berhubung semula dengan seorang kawan lama. Saya sampaikanlah berita dekat dia bagaimana saya dah ada lima orang anak. Dia mungkin nampaknya terlalu sibuk dan tidak melihat social media seperti Facebook, sebab saya mungkin announce kat Facebook, tak announce dalam grup WhatsApp. Macam mana saya dapat kembar 11 Ogos 2026. Dia pula dua orang anak. Kes okay. Anak yang kedua autism.

Dan itulah cabarannya, iaitu kalau ikutkan dengan wife, plan nak 10 anak, tapi dah ni sebab kebarangkalian untuk anak seterusnya autism akan meningkat berkali ganda kalau jantina yang sama. Dan adalah faktor-faktor dia tu, jadi cukuplah dua. Jadi doktor macam biasa, anak 8 tahun tapi darjah satu di private international school yang memang accept anak autism.

Antara komen beliau, ketika saya kata saya dapat kembar, kata bagus lah tu. Benda tu mengikat. Statement ataupun ayat yang sama juga saya baca dalam buku tulisan ZRA, Zainal Rashid Ahmad. Nasihat seseorang yang lebih tua kepada dia: berkahwinlah, kerana perkahwinan itu mengikat. Kalau kita sibuk dengan sesuatu yang menyibukkan kita, maka takkan berlakulah benda-benda lain ni. Contohnya seperti curang.

Dan saya pun ada juga buat carian apakah penyebab kecurangan. Mungkin bukan saya buat kajian, tetapi ada video yang terpapar kat YouTube sebagai suggestion, dan kita tengok lah. Antara elemen yang memudahkan berlakunya kecurangan, satu adalah opportunity, peluang. Di samping itu, masa tu mungkin ada kekurangan yang kita nampak dalam pasangan, ada benda buruk yang tengah berlaku, konflik rumah tangga. Tetapi peluang juga adalah satu elemen terbesar. Sekiranya kita menutup ruang untuk wujud peluang, besar kemungkinan masalah curang dapat dihindari lah.

Jadi itulah sebab terkadang saya merasakan bahawa kalau ada perasaan untuk mencari di luar, supaya kita ni dielakkan, supaya masa berjalan dengan pantas, supaya masa kita tamat di dunia ini, dan harapannya agar hidup berakhir dengan baik-baik sahaja.

Sunday, October 4, 2026

Open Day, Montessori dan Cabutan Bertuah

Open day Sekolah Seri Cemerlang

Hari ini ada open day dekat sebuah sekolah di Taman Tasik Utama, iaitu Sekolah Seri Cemerlang. Sekolah ini adalah inisiatif oleh UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka), yang cuba untuk memberikan satu alternatif kepada sekolah government atau kerajaan di sekitar Melaka, terutamanya Ayer Keroh.

Setakat ini, kalau di Ayer Keroh, yang ada yang saya nampak adalah IUM International School. Itulah dia yang ada. Kalau ada pun jauh sikit mungkin. Tidak ada nampak Putra International School, tetapi bangunan pun sudah lama macam usang dan terbiar. Kemudian ada juga berdekatan dengan Gapam sana, dekat Country Villa Resort, ada juga satu sekolah yang nak dibuka sebagai private.

Jadi kita tahu hari ini ada open day, maka kita pergi. Kalau ikutkan, pasti agak penat dan sukar untuk keluar di awal pagi. Benda bermula dalam pukul 10.00am atau 10.30am. Tapi nasib baik ada pembantu rumah, dapatlah kita mudahkan kerja untuk keluar.

Semuanya disumbat dalam Honda Stepwgn Spada. Nanti in the future, kalau nak berjalan jauh, mungkin salah satu car seat kena stack atau buat 2 tingkat dalam kereta itu supaya boleh travel semua. Berapa orang? Dewasa 1, 2, 3; dewasa, 2 budak sekolah rendah, satu budak tadika, 2 bayi.

Mencari sekolah untuk anak

Berbalik kepada kita pergi ke open day International School ini, kalau ikutkan benda ini bukan kita tidak pernah lalui. Satu masa dulu, proses yang sangat menekan atau sangat penting adalah ketika transisi untuk kita mencari sekolah Ibrahim masuk ke darjah satu. Kita hendak yang terbaik untuk anak-anak.

Boleh kata kita juga memikirkan, adakah jika kemampuan tu ada, maka kita boleh juga menghantar ke International School. Namun boleh kata susah nak jumpa International School di Ayer Keroh. International School dekat Melaka kebanyakannya adalah berdekatan dengan Bandar Hilir. Mungkin sebab demand tu ada di sana. Mungkin banyak populasi Cina dekat situ.

Sama juga seperti yang baru-baru ini saya pergi ke Tabung Haji di Jasin. Ingat nak cuba aktifkan TAC atau secure untuk Public Bank dan juga RHB. Memang tak ada cawangan Public Bank dan RHB dekat area Jasin. Jadi cawangan itu hanya ada dekat kawasan yang memang kita tahu adalah banyak sikit populasi Cina.

Kita mencari International School mungkin sebab kita merasakan silibus untuk sekolah kerajaan berubah-ubah. Sekejap ada exam, sekejap tak ada exam. Jika tak ada exam, macam mana nak evaluate budak-budak? Tekanan kepada guru-guru, bebanan kerja, pelajar yang semakin ramai. Jadi mungkin itu antara sebab kenapa kita cuba nak cari alternatif.

Montessori dan unschooling

Dan dalam proses saya mencari, ketika kita nak cuba mendidik anak-anak, saya juga telah didedahkan dengan konsep Montessori education. Ada beberapa buku yang saya baca berkaitan ni, sebab ketika kita hendak buat apa-apa perkara sekalipun, kita pasti cuba hendak mencari alternatif. Adakah cara yang kita buat itu adalah cara yang terbaik ataupun tidak? Jadi benda yang sama ketika kita memikirkan tentang pendidikan anak-anak, didikan kepada anak-anak.

Jadi saya percaya dengan Montessori education ataupun unschooling. Kita ni, dalam hidup secara normal, secara benda yang fitrahnya, kita akan belajar sesuatu untuk kita betul-betul ingat ataupun passionate untuk belajar benda tersebut. Satu, apabila kita tak tahu dan kita nak mencari tahu apakah penyelesaian kepada masalah tersebut. Problem solving, maka kita akan cari. Yang kedua, ketika kita memang betul-betul berminat nak tahu, maka kita akan cuba cari benda yang memang menjadi interest ataupun tarikan kepada kita.

Jadi dalam 2 keadaan ini, maka pembelajaran berlaku secara mudah dan sangat meresap, akan menjadi sesuatu yang praktikal dalam kehidupan seseorang, berbanding dengan jika hanya berdasarkan silibus semata-mata.

Jadi untuk bertukar dari pendidikan berorientasikan peperiksaan itu adalah satu benda yang ada logiknya. Namun demikian, untuk melaksanakan proses Montessori atau unschooling bagi mencapai sesuatu yang ideal, seperti yang saya katakan tadi, ianya mungkin sukar sangat hendak berlaku disebabkan latihan tak mencukupi. Kadang-kadang guru pun mungkin jenis tangkap muat sahaja.

Suara-suara pendidikan yang saya ikuti

Begitulah. Jadi kalau dekat podcast YouTube, ada yang saya suka, YouTube channel Manusiawi. Antara tokoh-tokoh yang keluar dalam podcast tersebut atau channel tersebut yang berkisar tentang pendidikan kanak-kanak adalah Profesor Afzan Maria, yang selalu mengetengahkan konsep play school. Ada juga Ikmal Nordin, seorang junior saya di waktu MRSM Kuala Klawang dahulu, dan juga Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang terkenal dengan blog saifulislam.com, Erti Hidup Pada Memberi, dan juga buku yang saya ulas, iaitu Diari Abah.

Claude jadi cikgu Ibrahim

Dan baru-baru ini juga, Ibrahim akan menghadap Matriks Pembelajaran Tahap 4. Jadi wife bagi kertas-kertas soalan yang Ibrahim ada buat. Mungkin nak minta tolong AI, boleh hasilkan soalan macam itu ke? Nasib baik kita ada Brother printer yang boleh scan melalui ADF. Feedkan paper-paper tersebut, dan saya masukkan dalam Claude untuk guide. Jadi Claude jadi cikgu kepada Ibrahim sewaktu open day.

Di Sekolah Seri Cemerlang itu, ada juga wife terjumpa dengan kawan dia yang sekarang bekerja di KK Batu Berendam. Husband adalah doktor resident dekat satu chain klinik yang berhadapan dengan Mydin MITC, dan kerja situ selama 2 tahun. Dulu husband itu kerja houseman di Hospital Klang, kemudian MO di Hospital Melaka, sebelum decide untuk quit dan join private.

Makan malam

Sejujurnya, ada 3 orang kanak-kanak di rumah berbanding hari biasa, sebab tidak pergi sekolah ataupun pergi tadika, sebenarnya agak penat. Dan lebih mudah untuk membeli masakan di gerai atau restoran di luar berbanding untuk cuba masak sendiri. Jadi itulah, saya buat tulisan ataupun voice jurnal ini di Irfan Tomyam. Beli siakap goreng kunyit, beli kerang rebus, beli sup daging tak pedas, tomyam.

Panggilan scammer

Teringat juga, ketika sedang menunggu untuk majlis di open day International School itu, ada juga dapat panggilan, tertulis dekat fon "suspected scam". Mungkin sebab saya install aplikasi Truecaller. Namun saya teruskan juga, dan akhirnya saya yang macam dimarahi. Ini dah kali kedua saya macam kena marah, tinggi suara oleh scammer, sebab saya tak ambil pen dan kertas untuk tulis. Padahal saya plan untuk rekod, dan kalau betul saya kena buat laporan, saya akan dengar balik audio note ataupun suruh AI summarize. Tapi dia kata saya nak buang masa dia.

Sama macam yang sebelum ini, ketika saya bagi IC fake. Saya tak tahu nombor digit paling belakang itu akan menjadi rujukan sama ada seseorang itu lelaki ataupun perempuan: ganjil untuk lelaki, genap untuk perempuan. Saya bagi IC fake, rupanya untuk IC perempuan.

Cabutan bertuah

Jadi alhamdulillah, tak sia-sia kita bawa budak-budak. Dan sebenarnya saya tak fokus sangat untuk lucky draw, dan saya tak tahu secara spesifik bagaimana untuk dapatkan cabutan bertuah, bila waktu kena submit satu kertas itu. Ibrahim bersungguh-sungguh suruh saya menghantar kertas tersebut. Saya ingat boleh delay ketika saya hantar. Rupanya dia kata dah habis, dah tamat, padahal kata cabutan bertuah akan mula 1.30pm. Saya hantar lebih kurang 1.00pm. Saya kata tak ada pun instruction bagitahu kena hantar 12.30pm, takkan benda ini tak boleh nak consider?

Tertekan juga, sebab saya rasa terkilan. Ibrahim dah terang, dah ingatkan banyak kali, tapi saya buat endah tak endah. Memang salah saya kalau tak dapat ini. Jadi saya ajukan, saya peringatkan, cuba minta consideration, sebab banyak juga orang lain pun dah kumpul sticker untuk lalui proses daripada pagi tadi. Takkanlah sebab instruction tak jelas, menyebabkan tak dapat sertai cabutan bertuah.

Jadi ketika cabutan bertuah, bukan 1.30pm pun, 2.00pm majlis baru start. Dan alhamdulillah, ketika cabutan bertuah dipanggil, mula-mula wife kata, "Ala, nanti kita boleh dapat ke?" Saya kata, kita hantar 3 penyertaan kot: Ibrahim, Musa dan Sumayyah. Statistik ada peningkatan dekat situ. Dan memang ketika cabutan bertuah dipanggil, menang nombor 3, Sumayyah. Jadi saya dan Sumayyah ambil cabutan bertuah, hamper agak besar, di atas pentas.

Itulah. Jadi sangat-sangat berterima kasih kepada Ibrahim, dan alhamdulillah, menjadi satu event yang menggembirakan pada hari ini.

Monday, September 28, 2026

Kedatangan Ate Catherine

Akhirnya, maid

Hari ini saya dapat maid, satu perkara antara yang diusahakan waktu tahu wife mengandung anak kembar. Sebab dengan anak kembarnya lagi, dan ada lagi 3 orang abang kakak yang ada, takut tak dapat nak manage, dan masa akan habis untuk jaga anak sahaja, dan saya tak ada masa untuk fokus kepada mencari income.

Jadi setelah mencari, melihat apakah ejen-ejen yang ada, kita pun ada buat tapisan. Ada yang kita lihat dulu biodata. Ada juga yang kita kemudiannya melakukan interview, temu ramah, daripada maid Indonesia, kemudiannya kita beralih kepada memilih maid dari Filipina.

Banyak masa memang rasa takut ini scam, tetapi kita sudah semak latar belakang, dah buat interview, dan transfer duit pun adalah ke dalam akaun syarikat, walaupun syarikat ejen itu agak pelik, ofis dia ada di Gua Musang, Kelantan.

Jadi setelah beberapa waktu, mungkin dalam 3 ke 4 bulan daripada tarikh kita betul-betul finalize untuk ambil maid tersebut, maka hari ini hari yang ditunggu. Maid datang dihantar oleh runner dari Gua Musang. Mereka kata ada office dekat Setia Alam, tetapi disebabkan tidak ada asrama di sana, maka letak dulu di Gua Musang sebab sana ada asrama.

Ada banyak proses. Ada mula kena melalui kedutaan, ada kena melalui Imigresen sehingga sekarang. Tadi pagi pun diberitahu yang mana pasport maid itu belum diserahkan, ada dengan ejen untuk urusan dengan Putrajaya ataupun Imigresen yang masih belum selesai. Sebelum maid dibenarkan untuk bekerja pun, dia perlu menjalani ujian kesihatan oleh FOMEMA.

Kos

Jadi macam-macam perkara, dan semua itu juga datang dengan kos. Untuk maid Philippines, gaji lebih kurang 2100. Untuk maid Indonesia lebih murah rasanya, 1800. Jadi hari itu saya ada buat kalkulasi. Kalaulah maid lari dalam masa 6 bulan, maka kos sebulan adalah lebih kurang mungkin 3500, kalau tak silap saya. Tetapi kalau bertahan seperti kontrak 2 tahun ataupun 24 bulan, saya rasa mungkin gaji bulanan itu lebih kurang mungkin 2500.

Jadi sebelum ini, masa sebelum-sebelum ini pun, waktu ada anak nombor 2 atau nombor 3, ada juga terfikir untuk mengambil maid, tetapi waktu itu halangannya macam tidak selesa kalau ada orang lain dalam rumah. Mungkin kita masih boleh urus sendiri. Jadi kali ini tak dapat.

Maka setelah datang maid ini, sebenarnya agak lega, perasaan yang sama sewaktu ada confinement lady. Saya sendiri dapat lepas tangan dan fokus kepada kerja-kerja sebagai seorang remisier.

Di mana maid tinggal

Dekat mana maid duduk itu pun menjadi persoalan pada awalnya. Sebab rumah saya ini memang asalnya dijual sebagai satu tingkat, walaupun rangka dia boleh buat 2 tingkat. Memang kita buat tangga untuk utilize tingkat kedua, tingkat atas. Namun tingkat atas memang kita tak ada buat sebarang bilik, dan memang kehidupan seharian kita selalu berlaku di tingkat bawah sahaja, dan jarang kita naik ke tingkat atas.

Jadinya kebetulan saya ada mempunyai khemah. Saya merasakan adalah logik untuk maid tinggal dalam khemah di tingkat atas.

Tetapi apabila diceritakan kepada orang lain, ahli keluarga ke, mak ayah, mak bapa mertua ke, ada yang macam pelik. Ada juga yang memberikan cadangan yang lagi dahsyat: letak dekat luar rumah, di bahagian additional extension punya area, belakang dapur. Mungkin boleh buat partisyen. Masalahnya yang dekat luar itu panas kot. Bukan tak ada ruang dekat dalam rumah.

Jadinya, kita letak dulu khemah, tapi mungkin secara propernya nak beli partisyen. Itu pun tak ada pintu. Dekat atas tak ada siapa pun nak kacau dia. Seolah-olahnya, kalau ikutkan, tempat atas itu dimiliki oleh dia je, gabungan master bedroom dan juga ruang tamu. Dekat Taman Ozana Residence, dan rumah saya adalah satu tingkat, tapi rangka seperti 2 tingkat.

Ate

Jadi tibalah masa untuk perkenalkan diri masing-masing dengan anak-anak. Sebabnya adalah kita pun tidak tahu nak panggil dia apa, tetapi wife mencadangkan dan memberikan beberapa pilihan. Kita pun ada juga tanya-tanya AI, tapi saya asalnya macam pening juga. AI pun tidak bagi jawapan yang betul. Jadi cadangan wife memang bernas, dan maid itu sendiri yang prefer untuk dipanggil sebagai Ate, Ate Catherine.

Anak-anak pun perkenalkan diri juga. Sedikit sebanyak dapat membantu untuk berlatih bercakap dalam bahasa Inggeris.

Jadi saya harap kehadiran maid ini dapat membantu, dan saya serahkan kepada wife untuk atur urus. Matlamatnya adalah seolah-olahnya maid ini menggantikan saya sepenuhnya ketika waktu siang, di mana selalunya saya yang tukar pampers. Kalau tidak cukup tangan, satu bayi sudah siap menyusu tapi masih tidak tidur, saya yang kena dukung, menenangkan dan cuba menidurkan bayi, mandikan. Dalam kesempatan itu pun kena masak untuk sendiri makan, wife makan ataupun anak-anak makan. Pada waktu petang nak kena ambil anak, pergi dan balik. Jadi kita serahkan kepada wife.

Torticollis

Kadang-kadang ada benda yang memang kita tak boleh nak jangka sendiri pun. Kita pun tak sedar, dan ini berlaku sekali lagi dalam kes bayi-bayi ini, iaitu apa yang wife saya perasan untuk si abang, twin one atau twin A, asyik pandang ke sebelah kiri dan nampak seolah-olah tidak balance.

Dan ini adalah satu keadaan yang mungkin diistilahkan sebagai torticollis. Boleh jadi otot sternocleidomastoid yang sebelah kanan kontrak, dan menyebabkan dia lebih selalu menghadap ke kiri dan tidak pusing habis jika pandang ke kanan.

Jadi wife pun buat kajian demi kajian. Daripada hantar ke fisioterapi, which mungkin berkesan juga tetapi perlukan masa dan kesungguhan juga, kita sendiri pun boleh buat eksesais-eksesais yang ada. Kadang-kadang situasi macam ini pun sebenarnya pediatrician pun akan terlepas pandang.

Terhutang budi

Ini adalah antara kejadian yang terbaru. Antara kejadian sebelum ini, yang memang bukan mungkin, saya terhutang budi, adalah kesungguhan wife untuk menyuruh saya buat checkup sleep apnea dengan ENT di Hospital Jasin. Saya tak ingat, seingat saya pada waktu itu, ataupun Hospital Melaka. Dan memang rupanya saya kuat berdengkur, dan berdengkur itu menyebabkan sesak nafas, kurang stamina, selalu mengantuk. Dan dapat follow up buat sleep study. Dapat juga mesin CPAP. Namun demikian, apa yang lebih merawat adalah oral device daripada Klinik Gigi Saujana.

Cuti wife

Wife sebenarnya memang kalau boleh nak berhenti kerja, tetapi saya kata habiskan dulu cuti menjaga anak waktu melahirkan. Syazana memang ada cuti menjaga anak, ambil selama setahun. Kali ini ada baki lebih kurang 4 tahun.

Kita minta 4 tahun tetapi memang dinafikan. Pihak ketua unit hanya membenarkan sambungan 3 bulan sahaja. Kenapa 4 tahun? Sebab kita tak pasti sebenarnya pelan untuk berhenti kerja ini adalah pelan yang selamat, dan kita memerlukan semaksima mungkin peluang atau kesempatan. Lagipun benda ini memang ada terkandung dalam Akta pun, bukannya cuti bergaji, cuti tanpa gaji pun okey. Jadi saya rasa benda itu adalah sesuatu yang logik. Namun demikian, sektor perkhidmatan memang tak cukup orang.

Pemergian Tun Dr. Hasmah

Pada hari ini adalah pemergian Tun Dr. Hasmah. Kita ada lihat di berita. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, diampunkan segala dosa.

Dan ketika saya dan wife lihat berita di TV, saya menyebut, dan dipersetujui juga oleh wife, ada kemungkinan yang Tun Dr. M pun tidak lama, setelah sudah lama bersama dengan Tun Dr. Hasmah yang sudah pergi meninggal. Memang ada kes yang mana pasangan pun pergi tidak lama selepas itu.

Masa depan

Di sisi yang lain, dunia AI, masa kita semakin suntuk. Opus 5.5 telah pun dilancarkan, dan sekarang ini ada datang dengan keupayaan mengedit video. Jadi orang nak edit video itu menjadi lebih mudah. Programmer memang dah lingkup, editor-editor pun semakin lingkup nampaknya.

Jadi dalam keadaan tenaga kerja manusia berkurang, bagaimana kita nak mendepani masa depan ini? Bagaimana kita hendak dapatkan sumber kewangan untuk menyara hidup kita?

Kemas kini: Kiraan kos maid 2 tahun (disemak AI)

Segmen ini ditambah selepas rakaman. Kiraan dan kadar di bawah disemak oleh AI (Claude) pada 1 Oktober 2026 berdasarkan sumber awam (PERKESO, panduan levi dan PLKS 2026). Kadar kerajaan boleh berubah, jadi sahkan dengan ejen atau Imigresen.

Ejen yang saya ambil adalah GM Brothers, dengan kos pakej RM17,800. Pakej ini tidak termasuk levi dan PLKS tahun kedua. Kontrak ditetapkan 2 tahun.

PerkaraAnggaran (RM)
Pakej ejen GM Brothers (bayar di awal)17,800
Gaji RM2,100 × 24 bulan50,400
PERKESO bahagian majikan (Bencana Kerja 1.25% + Keilatan 0.5%) × 24 bulan882
Levi tahun kedua410
Pembaharuan PLKS tahun kedua (permit RM60 + proses RM125)185
Caj servis ejen untuk renew (anggaran)300
FOMEMA tahun kedua (pekerja wanita)234
Insurans hospital pekerja asing tahun kedua120
Tiket balik ke Filipina hujung kontrak (anggaran)1,000
Jumlah≈ 71,300

Kos sebenar sebulan: 71,300 ÷ 24 ≈ RM2,970. Tanpa gaji: ≈ 20,900 ÷ 24 ≈ RM870 sebulan. Julat bergantung pada caj ejen dan harga tiket (RM800 hingga RM1,500): lebih kurang RM70,800 hingga RM71,800.

Itu pun belum campur kalau maid tak nak ambil one day off setiap minggu. Kalau dia bekerja pada hari rehat, gaji sebulan kena tambah. Kiraan biasa: kadar harian = RM2,100 ÷ 26 ≈ RM81. Untuk 4 hari rehat sebulan, tambah lebih kurang RM323 sebulan, atau ≈ RM7,750 untuk 24 bulan. Jumlah jadi ≈ RM79,100, iaitu lebih kurang RM3,300 sebulan. Semak terma hari rehat dalam kontrak.

Tidak termasuk makan, keperluan diri, telefon, dan kenaikan gaji kalau ada. Kalau maid berhenti atau lari dalam 6 bulan, kos sebulan melonjak ke lebih kurang RM5,070 kerana kos pakej RM17,800 hanya dibahagi 6 bulan.

Wednesday, September 9, 2026

Movie Night, Boundaries dan Trauma Generasi

Kesyukuran

Ada satu pagi tu ketika saya membuka halaman Instagram, maka saya nampak adanya video clip ataupun reels tentang interview Emma Watson, pelakon dalam Harry Potter yang memainkan watak Hermione, dengan Jay Shetty. Antara fokus utama short clips tersebut adalah dia menyatakan kesyukuran dia.

Dia datang dari perspektif yang lebih stabil. Tidak ada keperluan. Tidak ada satu rasa desperate. Tetapi sebab nak, semata-mata nak. Dan bagi Emma Watson itu adalah satu falsafah yang dia pegang, dan dia bersyukur atas pilihan dia sendirilah.

Dan itu pun rasa ada kebenarannya, di mana ada kajian yang saya pernah dengar ataupun baca yang mana pasangan yang berkahwin pada usia yang lebih lewat, atas 30, lebih rendah kadar perceraian.

Movie Night dengan anak-anak

Musa atau Ibrahim, saya tak tahu bila, telah menyebut istilah Movie Night. Movie Night ni biasanya berlaku pada hujung minggu, di mana esoknya bukannya hari persekolahan. Kita akan berada di ruang tamu dan menonton movie yang biasanya berbentuk animasi, ataupun movie yang membawa nilai-nilai kekeluargaan, sesuai untuk ditonton bersama keluargalah.

Jadi ada dua movie yang kita berjaya tengok. Satunya adalah Nimona, tentang satu watak fiksyen yang boleh shapeshifting dan berasal dari zaman lampau, yang mana manusia mempunyai pandangan yang tak elok terhadap raksasa tersebut. Cerita yang menarik, dan yang melakonkan watak Nimona adalah Chloe Grace Moretz. Saya rasa dah lama tak nampak dia dekat mana-mana movie. Saya tak ingat sama ada dia yang terlibat dengan LGBT, ataupun Juno Temple. Mungkin salah satu ada masalah psikologi atau psikiatri, satu lagi terlibat dengan LGBT.

Dan sebenarnya cerita ni agak bahaya. Kalau ikutkan, kita boleh dan sepatutnya membuat carian terlebih dahulu dekat Google, adakah babak-babak dalam movie ini sebenarnya tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak. Tetapi saya tidak berbuat demikian, mungkin sebab malas ataupun membuat assumption yang movie itu normal.

Walaupun sebenarnya di awal-awal babak lagi sudah ada watak lelaki yang agak mesra hubungan antara dua orang lelaki, tapi saya ingat mungkin sekadar itu sahajalah. Tanpa disangka, dalam movie tersebut rupa-rupanya ada babak yang spontan, yang kita tak boleh nak agak pun, terus ada lelaki bercium dengan lelaki. Cerita kartun. Saya dan isteri agak tergamam.

Namun disebabkan kita dah tengok, maka tak bolehlah membiarkan sahaja tanpa penerangan. Maka saya ambil peluang untuk bercerita, di mana dalam dunia ni, orang masih ada yang nak membawa agenda-agenda dia melalui macam-macam cara, antaranya kartun ataupun movie. Mereka pun dah tahu berkaitan dengan siapa kaum Lut. Dan kita ingatkan lagi sekali bagaimana Allah telah memusnahkan kaum Lut, menterbalikkan bumi akibat perbuatan mereka, yang lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan.

Jadi, itulah berkaitan dengan cerita Nimona. Cerita yang bagus jalan ceritanya, animasi cantik, namun babak-babak seperti itulah yang kita terlepas pandang.

Kemudian, ada cerita lain, Animal Farm. Bagaimana sebuah farm berjaya membebaskan diri daripada manusia dan melaksanakan satu cubaan untuk autonomi, menjaga kawasan sendiri. Tapi dalam kegairahan, ada juga yang gilakan kuasa, telah membuat manipulasi-manipulasi yang menyebabkan ketidakadilan dan sebagainya. Lebih kepada macam mana nak tunjukkan realiti yang berlaku dalam dunia manusia sendiri. Cerita yang menarik, mungkin mengajarkan kepada kanak-kanak secara tidak langsung tentang perbuatan manipulasi, gaslighting, cakap tak serupa bikin, bagaimana kuasa boleh merosakkan seseorang, pentingnya mengkaji dan tidak menerima…

Boundaries

Saya ada tengok satu clip dekat Reels yang mana kita ni sebenarnya kena selesa untuk menerima boundaries orang lain dan juga selesa untuk menyampaikan apakah boundaries kita. Orang lain tidak sepatutnya defensif ketika kita mengatakan tidak, dan kita pun sebenarnya tidak perlu takut ataupun berfikir terlalu berlebihan ketika kita ingin menyampaikan apa yang kita rasa.

Jadi komunikasi yang bagus antara dua orang yang matang boleh menerima boundaries masing-masing, dan boleh berbincang tanpa rasa defensif dan emosional dengan boundaries masing-masing.

Call daripada emak

Emak saya ada jugalah menghubungi melalui WhatsApp. Untuk WhatsApp call yang pertama, mungkin saya letak phone dalam keadaan silent, maka saya tak perasan. Keesokan harinya saya perasan dan saya pun mengangkatnya.

Agak jarang mak yang memulakan call, mungkin agaknya sebab saya dah lama tak call ataupun tak memberikan sebarang update. Sejujurnya memang agak sibuk dengan kembar yang baru lahir.

Adanya confinement lady ataupun CL sebenarnya agak membantu, terutamanya bagi saya lah. Pada waktu siang saya sama ada boleh berehat, fokus kepada kerja, atau melaksanakan live petang bersama klien yang sudah menjadi rutin sejak 3 ke 4 tahun lepas.

Jadi sebelum waktu kelahiran bayi tu, memang kita ada bertanya lah adakah mak boleh datang teman, sebab saya berfikir takut keadaan tak terkawal. Tapi Eri pula tengah berpantang di Sungai Buloh. Namun, Eri pun dah pulang ke Sabak Bernam, Perak, bersama Khalid. Mak pula kerana ada menjaga ahli keluarga yang lain di rumah, maka untuk datang ke Melaka pun agak sukar lah. Kalau nak datang ke Melaka dengan membawa ahli keluarga tersebut, akan menyusahkan isteri saya pula lah nak menjaga aurat dan sebagainya.

Dalam kes ni sebenarnya, mak dan bapa mertua lebih proaktif untuk datang dan menghabiskan masa untuk membantu, dan berada di rumah untuk lihat apa yang mereka boleh bantulah. Dan saya tidak dapat tidak teringat memori lampau ketika mula-mula berpindah di Jasin dahulu, mak dan ayah mertua juga yang ada membantu membeli beberapa barangan di rumah. Saya memang bersyukur dan sangat berterima kasih kepada mereka.

Trauma generasi

Setiap keluarga mungkin akan ada latar belakang yang berbeza, akan ada kesusahan dan kesukaran masing-masing, ada aibnya sendiri, dan itu pun akan membawa kepada dinamik hubungan saya dan isteri sebagai pasangan suami isteri.

Dan saya rasa mungkin benda ni dah banyak kali orang sebut. Kadang-kadang apa yang kita tak suka dengan ibu bapa kita, itulah perkara yang kita buat. Kadang-kadang yang kita tak suka dengan ibu bapa kita, itulah yang kita jumpa pada pasangan kita. Kadang-kadang kita jadi defensif, kadang-kadang kita justify perbuatan kita sendiri. Dan ini menghasilkan generational trauma.

Dalam WhatsApp ahli keluarga juga ada selingan, di mana ada ahli keluarga yang membawa cerita. Seolah-olah adalah senario bisnes, tapi sebenarnya adalah usaha untuk memberi teguran ataupun kritikan kepada sifat ahli keluarga yang lain yang sangat mudah terjebak dalam scam dan mempertahankan scam. Sudah delusional. Ada juga ahli keluarga yang terlibat dengan addiction ataupun substance abuse. Ada juga yang sudah pun bercerai.

Hal ini kadang-kadang membuatkan saya berkata, kalaulah perkahwinan tak menjadi, mungkin suara hati saya akan berkata: "Akulah penyebabnya. Kesalahan mungkin memang datang daripada aku, sebab aku yang datang dari broken family."

Begitulah. Itulah sebabnya kadang-kadang kita mengharapkan masa berlalu dengan pantas. Mungkin perpisahan yang berlaku atas sebab bencana alam atau kemalangan lebih baik daripada perpisahan yang berlaku atas keputusan kita.

Bukanlah nak kata yang kita memang menghadapi masalah rumah tangga yang serius, namun ini hanyalah lintasan-lintasan hasil dari analisis, ataupun apa yang berlaku di hadapan mata.

Saya ada terbaca quote ataupun peringatan yang menyebut bahawa ketika kita sedang menjadi ibu bapa ni, di sudut hati kita, kita masih rasa kita ni seperti budak kecil yang masih tak tahu nak buat keputusan macam mana, tak tahu nak selesaikan konflik macam mana, tapi dah jadi ibu atau bapa dah pun. Maka bayangkanlah, sewaktu kita kecil dahulu, ibu bapa kita pada waktu itu pun sebenarnya berada pada tempat yang sama seperti kita sekarang.

Dan itu membawa kepada satu realization: adakah kita akan mencapai tahap matang dalam relationship, ataupun sampai sudah pun kita akan kekal seperti seorang budak kecil yang sentiasa ada konflik dan kadang-kadang tak tahu nak menyelesaikan konflik.

Al-Wadud, Al-Walud, Al-'Aud

Saya suka mendengar perkongsian-perkongsian oleh Ustaz Azlan Shah. Ustaz Azlan Shah ni pun banyak buat perkongsian. Dia menghantar videonya kepada ML Studio. Dia lebih banyak mengulas berkaitan dengan Sirah Nabawi dalam isu relationship atau psikologi relationship.

Matlamatnya adalah untuk mengukuhkan sistem kekeluargaan, sistem perkahwinan, mengajar bagaimana seorang suami atau seorang isteri sepatutnya bertindak, dan itulah perkongsian-perkongsian yang bagus.

Antara perkongsian yang diberikan adalah ketika kita mencari pasangan, isteri sebagai contoh. Mungkin juga kriteria yang sama boleh digunakan untuk lelaki, tetapi hadis itu specifically adalah tentang mencari calon isteri. Maka kriterianya adalah Al-Wadud, penyayang, dan Al-Walud, yang melahirkan anak, mungkin subur di situ. Tetapi tidaklah diperincikan bagaimana hendak menilai Al-Wadud dan Al-Walud. Dan dalam setengah riwayat ada Al-'Aud, yang mana si isteri tu tadi boleh untuk reconcile, maksudnya mungkin sebelum tidur. Kiranya ketika berlaku konflik, mungkin dia yang boleh memulakan perdamaian, mengajak kepada damai. Itulah antara benda baru yang saya belajar daripada menonton video Ustaz Azlan Shah.

Sekufu dan bertumbuh bersama

Kita ni, sama ada dalam partnership, mempunyai team, ataupun dalam relationship, kita nak grow. Kita tak boleh static sahaja. Dalam keadaan seseorang mungkin grow ke hadapan tetapi kita tidak, maka itu akan menimbulkan satu gap yang boleh membawa kepada keretakan.

Sekufu di awal perkahwinan tak sama dengan sekufu di dalam perkahwinan berbelas tahun, berpuluh tahun. Dan ini memanglah perlukan huraian yang lebih panjang.

Contohnya secara statistik, kalau nak membuat perbandingan sekufu dari segi kewangan, seorang lelaki pada umur 20-25 tahun mungkin memperoleh gaji kurang sedikit ataupun lebih kurang sama dengan seorang perempuan. Tetapi seiring dengan masa, seorang lelaki statistically akan memperoleh lebih banyak daripada seorang perempuan at the later age, mungkin 30-an, mungkin 40-an, dan itu adalah statistik. Jadi kalau nak menilai sekufu dari sudut itu adalah tidak adil.

Dan dalam ulasan Nouman Ali Khan pula, perkahwinan adalah kontrak ataupun agreement, perjanjian antara seorang lelaki dewasa dengan seorang perempuan dewasa. Men and women, bukan boys and girls. Dan dalam kontrak tersebut, kata Nouman Ali Khan, seorang lelaki yang masuk dalam agreement tersebut sudah pun tahu yang financially dialah yang bertanggungjawab 100%. Dan itu pun satu benda yang mungkin kita boleh bincang dan huraikan di lain waktu.

Meeting Mahersaham

Sekarang ini, kalau meeting untuk urusan pekerjaan, biasanya sudah tinggal bertiga sahaja: saya, Syazwan dan Husna. Kita target meeting seminggu sekali. Rasa macam dah dua minggu tak meeting, sebabnya ada waktu yang ada yang sakit kena influenza, ada juga yang tak dapat sebab cuti sekolah ataupun menghantar ahli keluarga ke tempat lain atas urusan-urusan tertentu. Jadi begitulah meeting yang fleksibel. Jika ada sebarang benda yang mustahak, sama ada ditulis dalam grup Telegram ataupun call secara terus.

Kucing

Dalam perbualan yang lepas, ada saya tulis berkaitan dengan kenapa beranak, kenapa berkahwin. Mungkin saya tertinggal, yang mana kadang-kadang sekalipun kita berhasrat memiliki anak, akhirnya masih tetap tertakluk dengan takdir. Ada yang Allah kurniakan cahaya mata, ada yang memang Allah belum merezekikan cahaya mata.

Ketika menghantar baju anak untuk diletakkan di transit, dapatlah saya perasan seekor ibu kucing sudah pun melahirkan anak dan sedang menyusukan anak-anak kucingnya.

Pemandangan seperti ini membawa kepada memori dalam lingkungan masa saya darjah 5 atau darjah 6. Dekat rumah memang ada kucing yang beranak. Ada juga momen ketika saya masih bujang sebelum berkahwin, ada situasi di mana ibu kucing melahirkan anak di rumah.

Itu sebenarnya adalah satu pemandangan yang menarik dan agak mengharukan, sebab ketika melihat kejadian tu, seolah-olah terdetik dalam hati kita kebesaran Tuhan. Dan mudah-mudahan Allah akan merahmati kita seperti mana Allah merahmati dan memberikan rezeki kepada kucing-kucing ini.

Sunday, September 6, 2026

Kenapa Beranak dan Kenapa Berkahwin

 Ada beberapa perkara yang kadang-kadang bermain di fikiran.

Kenapa kita memiliki anak?
Kenapa seseorang itu nak ada anak?
Bilakah seseorang itu berhasrat memiliki anak?

Adakah semua orang sama? Dah tentu semua orang berbeza.

Kalau tak masakan ada orang yang memilih untuk child free.

Kenapa pula ada sesetengah keadaan di mana seolah-olahnya perempuan yang merasakan dia yang memberikan anak sebab keinginan si lelaki ataupun another way to put it adalah seolahnya lelaki sahaja yang nak anak. Contoh.


Daripada Bela Kucing, Lebih Baik Bela Anak (Personal Opinion)

Saya rasa ada beberapa persamaan mungkin dengan keinginan untuk mengambil kucing sebagai binatang peliharaan. Bukan nak samakan manusia dengan binatang, tetapi memang ada yang keterikatan dengan binatang peliharaan adalah seperti hubungan kekeluargaan yang erat.

Bukan senang nak menjaga kucing sebenarnya.

Nak kena vaksin, nak kena neuterised atau kasi kalau tak nak dia membiak banyak ataupun mudah sangat kencing merata-rata.

Karpet dekat rumah nanti akan penuh dengan bulu. Belum lagi kes alergi sebagai contoh. 

Mungkin orang memilih ada binatang peliharaan adalah supaya kita dapat menghilangkan kesunyian. Ataupun dalam jiwa kita ada kasih sayang yang nak kita tumpahkan atau kongsikan kepada makhluk lain.

Mungkin kucing tersebut datang tanpa diduga. Takdir.

Jadi, sama ke dengan sebab-sebab untuk memiliki anak?

Mungkin benda ni adalah fitrah? 

Selalunya ada juga yang memberikan jawapan sebagai fitrah sebab apabila kita bertanyakan soalan seperti kenapa memiliki anak atau kenapa nak anak.

Saya rasa dia persoalan itu adalah hampir sama seperti kenapa nak berkahwin, kenapa nak menikah.

Adakah dah sampai masa? Adakah sebab fitrah? Adakah sebab nak mencari pahala memenuhi tuntutan agama? Adakah sebab nak escapism?

Nak lari dari realiti dunia sebenar, mungkin ada kehidupan yang menghimpit. Kita ingat dengan bertukar environment, maka kita akan bahagia atau terselamat daripada masalah kita sedia ada.

Senario lain, ada yang memang telah berkenalan dengan seseorang dan mereka pun jatuh cinta dan tidak ada jalan lain untuk maju ke hadapan selain daripada perkahwinan. Mungkin... Dalam kes ni perkahwinan dapat mengelakkan zina.

Mungkin zina juga boleh berlaku dalam kes di mana seseorang merasakan tekanan seksualnya ataupun tarikan seksualnya tinggi dan ingin melampiaskannya. 

Saya rasa ini semua adalah satu persoalan yang berbeza-beza bagi setiap orang dan.

Wujud tak jawapan yang betul dan jawapan yang salah bagi persoalan kenapa nak ada anak? 

Mungkin dalam kes ni adalah lebih baik kita memulangkan penilaian ni kepada Tuhan sebab Tuhan memang menjadikan segala apa yang ada di dunia ni sebagai ujian untuk melihat siapakah di antara kita yang lebih baik amalannya.

Ada orang go with the flow. 

Saya percaya, kalau seseorang melakukan sesuatu dengan sebab niat yang betul dan ilmu yang mendalam, maka dia akan memperolehi ganjaran yang lebih besar untuk tindakan yang dia buat. 

Orang lain pun memiliki anak juga.

Tapi dengan niat yang betul, dengan ilmu yang betul, mungkin orang yang juga turut memiliki anak, dapat memperoleh pahala yang lebih besar.

Jadi begitu juga saya rasa adalah approach dalam mencari jawapan kepada persoalan kenapa berkahwin ataupun kenapa menikah.

Kita tidak ada satu jawapan yang tepat dan kita pun tidak boleh mengharap jawapan yang spesifik daripada orang lain ataupun daripada pasangan kita sendiri.

Kita semua ada mempunyai spektrum masing-masing. Dunia tidak semuanya hitam, tidak semuanya putih.

Ada di antara putih dan hitam, adanya kelabu. Mungkin dalam sinar cahaya adanya tujuh spektrum warna yang berbeza yang hanya muncul apabila pelangi terbentuk.

Kita kena faham, expectation setiap orang berbeza-beza.


Nak Anak, Tetapi Bilangan Berbeza

Ada orang nak anak, tetapi ada yang selesa satu orang, ada yang selesa dua orang, ada yang mengharapkan tujuh orang.


Memasak Pun Ada Spektrum

Dua orang yang sama yang nak anak - sebab sukakan kanak-kanak - tetapi dalam kes ini akan berbeza pula dari segi bilangan anak yang dikendaki ataupun disukai.

Mungkin kita suka kalau pasangan kita mempunyai skill memasak tetapi memasak pun memiliki spektrum. Boleh jadi pasangan hanya dapat tahu masak masakan simple sahaja, nasi, masak nasi, goreng ikan, goreng telur, goreng sayur.

Tak sama dengan orang yang pandai masak, segala jenis masakan tak kisahlah western ataupun chinese.

Dalam kes memasak pun mempunyai spektrum. Apa lagi spektrum yang ada? 

Garang atau tegas dalam mendidik anak?
Spektrum dari segi sejauh mana kita nak memiliki autonomi kepada kehidupan kita sendiri.

Kebetulan ada satu lagu keluar lembaran Juzuk Cinta nyanyian Halim Ahmad dekat dashboard kereta ini. Tak adalah kebetulan sangat sebab saya yang tekan dari sebanyak senarai yang ada.

Bagi saya lagu ni, menyentuh rasa seronok untuk didengari.

Kita akan excited, kita suka kalau kita jumpa dengan orang yang juga excited mendengar lagu ni. Tetapi sejauh mana excitement kita sama dengan excitement orang yang satu lagi yang mendengar lagu ni.

Ini pun dalam kes dua-dua excited mendengar lagu tersebut.

Yang langsung tak suka itulah satu cerita lain yang berbeza lah.

Jadi semuanya memiliki spektrum.



Dashboard Xpeng G6 RWD Long Range

Saya rasa meninggalkan beberapa maklumat yang spesifik akan menghindarkan diri dari riak mungkin atau takbur - tetapi membaca tulisan orang lain, dengan adanya spesifik, membaca menjadi lebih hidup - kita mungkin didedahkan dengan sesuatu yang di luar algorithm atau feed kita.

Operating system kereta ini, dia macam android box atau android player - youtube pun boleh buka terus daripada dashboard, even kalau tengah memandu sekalipun boleh kita buka.

Kalau ada Sumayyah kat tepi, dan dia nak ikut pergi kedai, boleh la dia buka. Kita pula kadang-kadang nak explore, menarik - tapi ada masa berada dalam kereta yang senyap pun boleh jadi bagus juga - saat kita nak fokus pada pemanduan atau pandangan di sekeliling kita.


Membaca Tetapi Tidak Meninggalkan Jejak

Saya menggunakan AI dalam usaha untuk mencari blog-blog yang masih wujud sebabnya adalah saya ingat zaman blogspot ni dah berakhir. Saya berhenti menulis tahun 2012, bukan 2012, 2013 menulis dalam blog lain. Mungkin setelah berkahwin 2015-2016 dah sibuk untuk fokus kepada kehidupan sendiri, sibuk dan sekarang mula menulis semula.

Jadi, Threads wujud, Facebook wujud. Tetapi dalam banyak keadaan seolahnya kalau kita menulis dan benda tu viral, bagi saya dia agak hilang kesemuan di situ.

Ataupun boleh jadi kita menulis.

Yang memang agak bersifat peribadi pada diri kita sendiri.

Yang mana kita berikan nilai yang tinggi.

Ya kalau kita tulis di Facebook ataupun thread mungkin mendapat perkongsian yang tinggi.

Namun adakah semua yang membaca yang, Menjadikan benda tu viral Mempunyai, Meletakkan nilai yang sama Terhadap apa yang kita tulis, Ini adalah dari sudut Penghargaan Atau penilaian Belum lagi yang memilih untuk mengecam, Jadi.

Saya kira penulisan di blog adalah satu situasi yang special dan ini membawa kepada konsep membaca tanpa meninggalkan jejak.

Ada blog-blog yang saya masih follow namun terkadang saya tak tinggalkan komen. Dulu saya pernah follow satu blog tapi saya tinggalkan komen dan akhirnya membuatkan blog tersebut tidak lagi dapat diakses oleh saya.

Mungkin jadi adalah lebih baik kalau kita tidak meninggalkan komen. Namun ketahui lah bahawa dalam kalangan sahabat-sahabat yang menulis, suara dan kata-kata yang ditulis sedikit sebanyak meninggalkan.

Kesan kepada diri saya yang membaca. Ia jadi hiburan, ia jadi panduan, memberikan satu perspektif yang berbeza dalam kita nak melihat dunia ni.

Boleh jadi ada kawan yang berkongsi pengalaman lalu di satu tempat dan sekiranya saya berpeluang untuk lalu tempat tersebut mungkin saya akan teringat akan suasana ataupun perkongsian yang disampaikan oleh sahabat tersebut.

Ini sebab ada satu blog yang saya baca dan dia banyak berkongsi tentang buku apa yang dia baca. Dan kenapa dia suka membaca buku adalah sebab dia suka nak melihat perspektif dari penulis buku tersebut. Saya kira orang yang menulis blog pun sama. Cuma yang menulis blog lagi pula orang yang kita kenal sepatutnya lebih dekat dengan kita. Dengan kita mendalami latar belakang penulis dan kadang penulis menulis dengan jujur, maka saya kira kesannya adalah lebih besar.

v