javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Thursday, January 11, 2024

Satu Eksperimen Baru - SITS

 Kalau boleh untuk jadi kaya tanpa perlu saya menjadi popular, itu adalah lebih baik dan itulah lebih saya sukai. Cuma pada masa saya mulakan Mahersaham, jalan yang saya nampak adalah dengan marketing ditambah pula dengan Facebook yang baru memulakan ads dia mungkin dah setahun dua sebelum tu lagi. Tetapi mula mendapat momentum, maka itulah jalan untuk Mahersaham. Kalau nak kata ada tak jalan lain, ada dan contoh tu dapat dilihat daripada persaing saya sendiri iaitu Isaham.


ISaham, dia memfokuskan kepada produk semata-mata dan kepercayaannya adalah : "Sekiranya sesuatu produk itu bagus, maka ia akan viral atau mendapat perhatian orang ramai".


Kisah tentang bagaimana saya kali pertama berjumpa dengan Anas Faris, pengasas iSaham, akan saya ceritakan kemudian. Dan bagaimana mungkin style ataupun jalan yang ditempo oleh iSaham, mungkin akan saya ceritakan kemudian. Kali ini sebenarnya nak menceritakan tentang apa sebenarnya yang berlaku pada Rabu malam yang lepas, di mana saya telahpun membuat atau menjalankan satu program yang dinamakan sebagai Seni Intraday Trading Saham, SITS.


Program SITS ni adalah kesinambungan daripada cadangan yang kita nak cuba buat satu program utama setiap bulan. Kalau ikutkan sebelum ni, selepas Mahersaham dah tak buat kelas berbayar,kita nak fokus kepada klien. Program kelas Supertrader yang pada asalnya dibuat setiap bulan sekarang ni dijadikan percuma kepada klien tapi mungkin ada syarat-syarat tambahan seperti ada requirement berapa transaksi minimum sebulan.

Cuma bila betul-betul kita dah tutup company pada tahun 2022, maka kita tak cukup tenaga kerja untuk sentiasa update transaksi dan set requirement, jalankan program seperti biasa dan sebenarnya kalau ikutkan itu pun sesuatu benda yang agak memenatkan. Ditambah pula sebenarnya bilangan klien yang aktif ataupun menepati syarat dikira-kira bandingkan setiap bulan pun hanya akan ada perbezaan yang sedikit lah sebab mereka yang aktif memang akan aktif, mereka yang tak aktif biasanya akan kekal tak aktif dan kebiasaannya klien ni pun mereka memang aktif mungkin di saat awal-awal pembukaan account mereka.

Jadi untuk bisnes mencari klien untuk trade saham sebagai contoh tak wujudlah istilah passive income. Anda memang kena sentiasa mencari klien-klien baru dengan harapan ada di antara mereka akan menjadi klien yang aktif dan akan istiqamah dalam trading saham ni.

Oleh sebab itu, apa yang kita buat adalah setiap bulan, kita akan tengok siapa yang layak tetapi kita bagi rakaman yang lepas. Dengan harapan masa yang lain dapat diperuntukkan untuk fokus pada sesuatu yang lebih memberikan impak. Jadi, untuk tahun lepas - lebih kurang dalam bulan 2, bulan 3 macam tu kita mula aktif kembali membuat konten-konten di media sosial dan ada memang antara video di Youtube sebagai contoh meletup. Video di Tiktok pun teruk juga meletup pada penghujung tahun 2022.

Beberapa bulan selepas daripada keputusan untuk memberhentikan syarikat, sebenarnya memang mengambil masa 6 ke 8 bulan mungkin mencari jalan. Masih terlibat dalam proses-proses hendak clearkan barang, clearkan akaun. Kesakitan daripada pengkhianatan ataupun ketidakpuas hatian itu pun ada juga. Satu zaman yang sukar dan itu mungkin akan diceritakan kemudian.

Walau bagaimanapun, dalam Kempen-kempen ataupun usaha yang dijalankan ini, kadang-kadang mencari konsistensi itu yang susah. Kadang-kadang selepas mungkin 2-3 bulan kita nampak tidak ada apa-apa perubahan yang signifikan maka kita pun mungkin beralih kepada benda lain. Mungkin juga kita berhenti daripada meneruskan projek-projek sebelum ni. Cuma kali ini program yang dijangka nak buat sebulan sekali ini bertitik-tolak daripada sesi sembang santai untuk global yang kita buat dalam bulan 11. Kita tengok sambutan rancak. Cuba jadikan rakaman dan kemudian jual. Ini memberikan nafas baru kepada orang luar yang mungkin tak kenal Mahersaham dan juga klien Mahersaham sendiri yang dah lama dahagakan sesi khas bersama remisier mereka.


Untuk kali ini juga kita buat pendekatan dimana kita buka hanya 200 tempat sahaja -100 kita akan buka terlebih awal kepada klien kita, 100 kepada public ataupun (awam) dan klien. Memang mesej tu ada disampaikan kepada orang ramai tapi mungkin tak begitu diberi pendekatan. Mungkin "first come first serve" tidak disebut dan sikit sebanyak ada yang menimbulkan kata tak puas hati dalam kalangan klien ataupun dalam kalangan orang awam yang mungkin dah register untuk program tersebut.

Sepanjang program tersebut dijalankan, bagi saya itu memang adalah 1-2 jam yang padat dengan info. Engagement ataupun perhatian daripada audience maintain dan merupakan satu kejayaan. Flow program yang cantik - kita memang dah ada checklist flow untuk program kali ini. Saya pun tidak begitu aktif nak follow up - itu semua dilakukan oleh Aakif terutamanya dengan bantuan Wan. Jadi dari segi ketidakpuashatian itu ialah asalnya kita nak menjual kepada semua tapi kemudiannya kita fikir juga ada juga klien yang nakkan ada keistimewaan maka kita pun letaklah syarat tambahan untuk rakaman untuk klien adalah percuma tapi dengan syarat transaksi 10. Jadi kita mula hidupkan balik requirement seperti itu dalam erti kata lain sekiranya klien tidak berpuas hati dalam masa yang sama sebenarnya dia pun tidak ada melakukan sebarang transaksi jadi itu adalah sesuatu yang tidak wajar sebab adakah program yang kita buat itu adalah program amal semata-mata? Dalam saham ini hakikatnya saya memang berorientasikan keuntungan, sama ada datangnya daripada komisen orang trading ataupun orang membeli produk yang kita tawarkan.


Sejujurnya pada malam itu selepas habis program, setelah saya membaca kecaman-kecaman ataupun kritikan-kritikan yang ada, hati saya berdebar-debar sebenarnya dan saya terlintaslah sebagai cuba mencari apakah peristiwa-peristiwa lampau yang juga memberikan kesan seperti ini.

    - ketika saham global yang first pun ada yang memang tidak berpuas hati. Setelah dah masuk, mula-mula gunakan Google Meet, kemudian kita bertukar kepada Zoom yang dah dapat masuk pada awalnya kemudian tak dapat masuk. Dan itu pun datang daripada klien sendiri.

    - Di saat yang lain, ada juga lah program-program yang mana kita buat, kemudian ada kritikan yang mana program ni introduction face ataupun introduction punya talk tu terlampau berjelas.

Itu kadang-kadang bila kita tak bersedia untuk mendapat kecaman, maka benda tu buat kita takut. Business kita tenggelam, merudum, buat nervous. So kadang-kadang buat kita fikir," Lebih baik, tak payah buat program. Senang, tak adalah kena kecam".

Tetapi hakikatnya suara kecaman tu adalah hanya sebahagian kecil sahaja. Dalam dunia zaman sekarang, yang kecam tu lebih senang, lebih orang suka nak buat daripada memberikan kata-kata positif. Yang lagi ekstra adalah yang membantu untuk mempertahankan saya sendirilah sebagai remisier. Jadi kepada klien ataupun orang awam yang memang ada membantu untuk memberikan justifikasi, saya memang berterima kasih kepada mereka dan saya mendoakan agar mereka dapat berjaya dalam hidup. Dalam apa jua bidang sekalipun yang mereka ceburi.


Itulah zaman sosial, zaman media sosial. Saya ingat kalau sesiapa antara kita ada anak ataupun anda mungkin nak cuba, ada Google melancarkan program- Be Internet Awesome. Dalam program Be Internet Awesome tu, dia akan ajar apa tindak, tingkah laku, tindakan yang kita perlu buat untuk berurusan dalam internet. Dia berbentuk game, jadi belajar sambil bermain.


Saya teringat tentang pengalaman sewaktu menjalani Housemanship, di mana kadang-kadang ada MO yang 'malignant' - MO yang memang biadab, suka tengking, suka marah, buat orang lain stres. Sebenarnya mungkin mereka jenis macam tu satu hal, mungkin juga mereka stres. Mereka sendiri stres. Ada yang jenis suka cakap lepas. Dan di akhir cerita, mereka tak ingat pun apa benda yang mereka buat dekat orang lain. Jadi, tak usahlah untuk hidup kita yang miserable memikirkan tentang apa yang dimarahi oleh MO itu tadi. Ya, kita cari jalan untuk memperbaiki kesilapan kita, tetapi untuk stres, tertekan, teringat-ingat, maka mungkin itu adalah satu benda yang kita kena ingat. Kenapa hidup kita kena susah untuk benda yang mungkin orang itu sebut dan kita tak penting pun dalam hidup orang itu. Orang itu pun tak penting pun dalam hidup kita.


Baru-baru ni pun saya ada mendengar podcast oleh MrMoneyTV. Dalam tu ada juga yang complain kenapa podcast tu lewat 5 minit. Jadi dia pun memang kata sorry je lah tapi dalam masa yang sama dia kata memang kalau komen agak kasar ke tak puas hati ke, dia pun tak kisah sebab bila terlibat dalam media sosial itulah benda yang dia belajar. Iaitu untuk tidak terlalu tertekan dengan kritikan-kritikan ataupun komen-komen yang sedikit negatif. Dalam posting Facebook pula saya ada nampak kongsian seseorang ni - Dia bertanya dengan Encik Azmi. Orang besar juga dalam Farm Fresh. Yang mana kesimpulan ni adalah sentiasa tunjuk muka, keep showing up. Tak kisah kau kena kecam ke. Ada macam-macam benda berlaku. Ada dugaan, cabaran, jatuh ke, kena herdik ke, aktiviti ataupun projek yang dia laksanakan tak mencapai kepada matlamat. Rugi, hilang duit, kena marah.

Jadi itu in the end, keep showing up. Itulah benda yang kita kena lakukan.



No comments: