Nampak anak yang sulung ada tulis dekat dalam satu kertas senarai lagu. Lagu pula tanya dekat Google Nest, Google Nest Mini, apa lagu yang ada. So, siap buat tajuklah lagu tersebut, lagu bahasa Inggeris dan Arab. Point di sini adalah, kadang-kadang rasa kagum dan tertarik seolah-olah macam apa yang dia pelajari - sama ada di sekolah, mungkin ada juga belajar di rumah membawa kepada minat untuk menulis, minat untuk mencatat sesuatu. Mudah-mudahan dapat membuka lagi pintu-pintu pada masa akan datang.
Berkaitan pendidikan untuk anak - terlintas baru-baru ni ada tonton satu video YouTube cerita tentang Dr. Jason Leong. Dia seorang doktor yang kemudiannya menjadi komedian. Dia juga pernah baru-baru ni ada kontroversi Apabila dikaitkan dengan Jocelyn Chia - comedian ataupun warga Singapura yang mengutuk kejadian peristiwa MH370.
Dr. Jason Leong dalam satu video YouTube yang saya baru tengok ni dia menceritakan tentang bagaimana dia nak berpindah daripada Perth, Australia ke Singapura. Antara sebab utama adalah supaya anak dia mendapat pendidikan yang baguslah di Singapura. Jadi memang ada juga kisah-kisah lain seperti ini di mana Malaysian menghantar anak belajar di SIngapore.
Saya ada membaca, ada follow The Work Salaryman di mana pelukis dia adalah seorang rakyat Malaysia - dan sekarang ada di Singapura. Dia punya mak ayah memang Malaysian dan sejak kecil dia tinggal di Johor Baru. Dia ni memang pagi-pagi bangun seawal tak ingatlah 3 ke 4 pagi dia kena naik bas untuk pergi ke Singapura dan benda tu lah yang dia buat setiap hari.
Berdasarkan pengalaman saya pula,menentukan pendidikan untuk anak memang dilema. Ketika anak saya bakal masuk ke darjah satu persekolahan, saya pun memang mencari. Saya memang membandingkan sistem pendidikan sekolah rendah di Malaysia. Ada saya dengar kawan saya pergi hantar anak ke sekolah Cina dan untuk di Melaka ni sebenarnya bukan satu benda yang jarang berlaku di mana orang Melayu pun memang menghantar anak mereka ke sekolah Cina.
Dalam kajian tu pun ada juga saya melihat-lihat International school yang ada dekat Melaka. Ada juga bertanya kepada saudara-mara bagaimana - bagus ke sebenarnya international school.
Tapi kadang-kadang dia melihat kepada situasi kita yang sudah berada di sini. Kalau ada pun international school yang berdekatan tempatnya mungkin jauh dan dengan jauhnya itu akan datang dengan pelbagai kos yang lain seperti kos pengangkutan, kos masa, kos tenaga.
Mungkin jika ke sekolah jarak dekat - dalam masa yang singkat dapat menghantar - ibu ayah ada masa yang lebih dengan anak-anak. Kadang-kadang benda tu subjektif.
Ibu ayah mungkin sebenarnya tidaklah patut hanya mengharapkan sekolah yang memberikan ilmu pengetahuan. Ibu bapa sendiri pun perlu mengambil langkah proaktif dan itu pun situasi berbeza - sebab ada yang mungkin kurang dari segi kedudukan kewangan, mungkin ada yang lebih. Jadi kita semua akan dipertanggungjawabkan berdasarkan kemampuan kita masing-masing.
Cuma kalau bagi saya, saya mungkin ada kelebihan sedikit maka adalah aktiviti-aktiviti petang yang dihantar - kelas memanah ke, kelas berenang ke, kelas seni, programming dan lain-lain. Jadi itu semua adalah antara usaha kita nak cuba bagi exposure ataupun pendedahan kepada anak.
Berkaitan penerahan kepada anak-anak, apakah perkara yang sepatutnya kita ajar kepada anak-anak? Terlintas satu video dalam minda - berkaitan dengan apakah kriteria paling utama yang akan menjadi faktor utama kejayaan seseorang pada masa hadapan. Yang mana kejayaan itu mungkin dinilai dari sudut kewangan dalam dunia materialistik pada masa kini lah.
Angela Duckworth dalam satu TED Talk, yang mana dia menekankan kepentingan grit. Jadi grit ni apa? Grit ni tak silap adalah persistence, passion, persistence, kemampuan untuk meneruskan sesuatu dan tidak berputus asa. Jadi itulah benda yang utama. Macam mana nak melatih benda tu? Saya ingat tu adalah satu persoalan yang sukar lah. Ianya mungkin perlukan kepada contoh teladan yang baik. Itulah yang bagi saya adalah kalau kita nak achieve sesuatu dalam diri anak-anak - 'grit' pastinya adalah salah satu. Dan dalam masa yang sama - minat untuk belajar. Tak kisah apa-apa pelajaran ataupun ilmu sekalipun.
Juga agar menjadi seorang yang resourceful. Daripada ilmu pengetahuan tersebut dapat menukarkan sesuatu situasi ataupun keadaan berdasarkan kepada apa yang dia ada, apa yang dia miliki, apa yang dia pelajari - kepada sesuatu yang bermakna, berguna kepada orang ramai.
Bagaimana pula untuk mengenali di mana kekuatan dan minat anak-anak? Kita mungkin hanya dapat membentuk ataupun mengenalpasti berdasarkan kepada ilmu dan pengalaman yang kita ada. Dari sudut pandangan saya sendiri, antara benda yang saya suka pegang untuk menilai seseorang adalah contohnya daripada segi personaliti. Dan saya sangat berpegang kepada personaliti oleh Myers-Briggs yang mana menekankan ada 16 jenis personaliti dan personaliti itu memang daripada sejak kecil lagi sudah ada. Tinggal sama ada kuat ataupun lemahnya personaliti itu berdasarkan kepada type-type yang ada bergantung kepada sejauh mana kanak-kanak ataupun individu itu mengenalpasti personaliti dia sendiri dan juga 'nurture' - pengaruh daripada persekitaran.
Itu hanyalah salah satu konsep dan dalam memahami personaliti sebenarnya, kita tidaklah menganggap sebahagian jenis personaliti itu buruk dan sebahagian lagi adalah lebih baik. Itu adalah benda yang akan ada pros and cons, akan ada kelemahan dan kekuatan masing-masing.
Saya ada seorang kawan juga yang pernah bekerja bersama-sama dan dia ada memberikan satu konsep yang sukar untuk dilupakan. Ayah saya pun pernah juga memberikan konsep sebegini iaitu kita sebagai ayah ataupun ibu bapa, bila kita ada anak, kita nak anak kita jadi lebih baik daripada kita. Yang kawan saya ni kata, kalau ayah ataupun mak tu adalah accountant, maka dia cuba ajar anak dia untuk jadi accountant yang bagus, yang lagi hebat daripada dia.
Mungkin ada satu argument di situ di mana kita tidak sepatutnya menghala ataupun memaksa anak untuk career-career tertentu. Ya, betul. Tetapi, dalam erti kata lain, mungkin sebenarnya memberikan pendedahan seawal mungkin, memberikan batu loncatan-batu loncatan yang akan memberikan advantage ataupun kelebihan kepada kanak-kanak itu sekiranya dia ingin menceburi karier ibu bapanya pada masa akan datang - saya rasa itu adalah satu benda yang bagus.
Dalam masa yang sama juga, jika dilihat daripada perjalanan hidup saya, apakah sebenarnya yang membuatkan saya suka nak belajar? Adakah kegembiraan apabila mempelajari sesuatu membuka ruang pemahaman yang lebih besar tentang dunia? Mungkin itu salah satu. Tapi, tidak dinafikan juga kejayaan dalam mendapat antara tempat yang teratas seawal daripada mungkin tadika lagi memberikan motivasi untuk terus berada dalam kelangan yang teratas.
Itu dilihat dari sudut konteks peperiksaan. Walaupun itu pun boleh jadi satu argumen perbahasan yang lain. Apakah sistem peperiksaan adalah sistem yang bagus? Jadi, dalam erti kata lain, tidak dinafikan sebenarnya jika seseorang kanak-kanak itu mendapat satu batu loncatan, advantage akan memberikan satu keyakinan, confidence dan diharapkan dapat menjadi 'catalyst' atau pemangkin dalam dia nak meneruskan pembelajaran, meneruskan perjuangan dia dalam hidup, memilih kerjaya apa yang dia mahukan pada masa akan datang dan menjadi lebih baik daripada kita yang generasi sebelumnya.
No comments:
Post a Comment