javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Wednesday, June 20, 2012

GOS Exam


Sebenarnya mungkin ejaan tajuk adalah tidak tepat. GOS datangnya dari perkataan 'gosudarstva' dalam bahasa Rusia yang bermaksud kerajaan. Di sini, final year student akan ada national exam (gosudarstvenni ekzamien) sebelum boleh layak bergelar doktor.

Disebabkan kami juga adalah pelajar di Rusia, walaupun kami pelajar asing, kami juga perlu melalui peperiksaan tersebut. Dan exam itu semua berjalan dalam bahasa Rusia. Bila memikirkan masa lampau, dapat menjawab dalam bahasa Rusia kira-kira asalnya adalah sesuatu yang agak mustahil, untuk sebut semua term2 medik dalam bahasa asing, ditambah lagi pengetahuan teori (saya) yang agak lemah (dulu-dulu)....tapi akhirnya dapat juga saya lalui, alhamdulillah.....kuikuikui

Memang betul macam tak percaya. Belajar untuk baca buku Rusia pun mula masa 5th year, masa 4th year cikgu-cikgu yang berbahasa Inggeris masih ramai lagi...masuk 5th year baru mula di'basuh' dengan mendengar perkataan Rusia hampir setiap hari (cycle). Tapi memang ada je cikgu yang still semangat nak cakap English lagi.

Sridni Bal or Average Mark

'Legend' yang biasa saya dengar ketika senior-senior menghadapi final year adalah - "ala, markah korang memang dah ada pun untuk GOS exam. Dia ikut carry mark la (average mark)."

Cakap macam senang je. Ceh. Jangan percaya sangat cakap orang ni, cakap-cakap macam ni la yang buat saya tak study awal-awal menjejakkan kaki ke sini, sebab dengar cikgu senang la, tak payah study pun konfem lulus lah dan macam-macam lagi. zzzzzzz.

Saya tak tahu average mark memainkan peranan besar atau tidak, tapi ia bukan 100% faktor yang menentukan apa yang bakal anda dapat dalam exam. Banyak lagi faktor lain yang terlibat seperti, dapat jawab dengan cikgu apa, tahap ilmu dalam dada, kebolehan berbahasa Rusia, kebolehan nampak yakin ke, nationality - pelajar dari negara mana, dan mungkin juga appearance anda, kacak/lebam-kat-mata-sebab-gila-study/berhingus pun boleh jadi faktor juga.

Sridni Bal saya adalah....jeng jeng jeng...3.88. Di Rusia, sistem pemarkahan bagi setiap test atau exam, ada markah 2, 3, 4 dan 5. 2 bermaksud fail, manakala 5 adalah sangat cemerlang. Jadinya, markah saya 3.88 bermakna saya selalu gila dapat 4, sekali sekala sahaja dapat 5 (dalam 3-4 kali je kot) dan bilangan markah 3 yang saya peroleh lebih banyak dari bilangan saya dapat 5.

Sebenarnya saya selalu rasa saya antara pelajar-pelajar lemah, tetapi selepas melalui exam ini, dan tengok pelajar-pelajar lain, budak-budak Malaysian, budak-budak dari negara India, dan mungkin juga dari negara lain seperti Kazakhstan, Israel ke, Kenya ke...saya rasa tak adalah teruk sangat markah saya ni sebenarnya...hahaha. Apa-apa pun saya sangat gembira menjadi average. Sangat. ^^

Ok sebenarnya dah rasa penat menulis.


5 hari exam, 5 bahagian.

GOS exam berlangsung selama hampir 15hari sahaja, dan ada 5 hari exam. Exam pertama, obejktif/MCQ. Exam kedua. ketiga dan keempat - practical skills dan teori/first aid untuk subjek O&G (Obstetrics and gynecology), Surgery dan Therapy. Exam kelima, exam yang diberi masa lebih sikit berbanding exam-exam lain, adalah zadacha/short cases di mana anda akan diberikan 4 soalan berbentuk short history case merangkumi O&G, Surgery, Therapy dan yang keempat - tak tentu; boleh dapat Ophtalmology, ENT, Tuberculosis, Oncology,Infection dan macam-macam lagi.


Summary

Exam pertama, MCQ - mesti la gelabah sebab kami perlu study 2200 soalan MCQ, dalam dewan kena jawab 100 soalan dalam masa 1 jam setengah. Saya tak pernah dapat habiskan 2200 soalan tu pun, selalu training kat internet, laman web universiti jawab 100 soalan. Tapi masa hari exam, soalan-soalan yang biasa saya jawab dalam training tak keluar sangat pun, so macam gelabah. Siap dah terfikir aduhai malunya kena sambung lagi setahun kat Volgo, jatuh imej aku kat junior, tak ada duit nak bayar dan bla bla bla....padahal mungkin universiti tak kesah pun MCQ kitorang. Ada kes, seorang budak dari China tu dia cakap dengan cikgu dia tak tahu, lepas tu main tekan semua jawapan sampai habis, still boleh lepas lagi. Rasa macam tak berguna pulak study betul-betul untuk MCQ.

Exam kedua, O&G - jawab dengan Elena Pavlovna yang dikatakan cikgu yang selalu ada problem dengan pelajar. Tapi saya tak cuak sangat mungkin sebab saya tengok dia macam ok je. Masa saya jawab dengan dia, dia memang buat saya macam tak tahu apa-apa la. Siap tanya lagi, "siapa cikgu awak dulu?" Saya jawab, Margarita Viktorovna. "Pelajar Margarita tapi tak boleh jawab soalan ni?" aaaaaaaaaaaaa malunya saya (sambil buat mata terbeliak sket). Tapi dia baik je, bagi clue dan buat saya macam budak tadika...sebut sepatah-sepatah sampai saya boleh teka habis jawapan "Ad...? nex....?" Adnexectomy!!
Dia bagi 4, lepas tu dia cakap saya kena improve knowledge. Ceh, alhamdulillah, ingat dapat 3. Dengarnya ada budak Malaysian lain yang jawab dengan dia pun dapat nasihat macam tu jugak.

Exam ketiga, Surgery - subjek yang saya memang blur jenis-jenis operation yang ada apa semua. Rasa betul-betul belajar surgery pun masa last semester sebab dapat Vasili, cikgu yang dikatakan cikgu paling psycho kat Volgo. (kecoh lebih je sebenarnya, setiap kali dapat cikgu susah, itulah cikgu paling psycho kat Volgo) Tapi last-last jawab masa exam dengan cikgu senang. So tak ada apa yang menarik sangat. Ada budak lain dapat dengan cikgu susah, siap dapat markah 3 dan amaran kemungkinan untuk fail.

Exam keempat, Therapy - untuk exam therapy dan surgery, kami kena jumpa pesakit, tanya dia segala benda kemudian letak diagnosis. Untuk Therapy ni, saya susah sikit, salah jawab ubat, awal-awal lagi dah dapat markah 3 untuk history case patient. Mmg down la...dah tulis banyak ubat pun dapat 3? Nasib jawab teori bukan dengan cikgu tu, dengar cerita budak yang jawab dengan cikgu tu masa exam memang kena psycho...lama gila. Saya jawab dengan cikgu tua, apa dia cakap masa explain soalan saya, saya pun tak dengar sangat. Tengok muka dia macam nak tak nak je dengar saya jawab. Saya fikir, hai cikgu ni...dah tengok markah 3 untuk history case saya, tengok average mark saya 3.8 je, takkan nak bagi 3 terus. Last-last cikgu tu cakap, "ah layanlah saya bagi awak 4". whooaaa. cool.

Exam kelima, zadacha/clinical cases - ada masa lebih kurang 6 hari untuk mantapkan persediaan selepas exam keempat. Exam lain selang masa 1-2 hari je. 2 hari sebelum exam saya dah macam cacing kepanasan. Saya ulangkaji pun macam tengok-tengok je selak soalan, ugh, selalu tanya diri sendiri, ingat ke semua ni? Alhamdulillah dapat jawab dengan 'trio' tiga orang cikgu yang bagi saya baik...Therapy -Rogova, (muka dia macam sejuk mata memandang sket walaupun mak orang), Surgery - cikgu perempuan tua, mungkin 50-an, O&G - Margarita Viktorovna. Margarita cakap macam ni, "kenapa awak macam tak tahu sangat ni pasal o&G? saya kalau boleh tak nak bagi markah 3, sebab ni GOS exam, kalau awak boleh jawab soalan saya ni, saya bagi awak 4." Saya terjawab salah soalan tu....tapi dia baik jugak, masa dengar keputusan diumumkan, rupa-rupanya dia still letak markah 4. huahuahuahua

Ok, itu sahaja. Dua hari lagi akan ada Hari Graduasi, harap reduplah time tuh. Malas rasanya nak berpeluh-peluh.

Selamat meneruskan perjuangan anda semua.


5 comments:

zulaikha said...

Salam Maher..awak betul2 dah taknak update blog awak yg ni lg ye??erm..goodluck for your future undertaking then.cume nak bgtau,blog awak ni best..mungkin pasal ada kesamaan dgn saya.apa2 pun,tahniah utk hari graduasi awak.oo,mungkin dah lepas ea.. :) Salam Ramadhan

Pengembara said...

salam zulaikha. yup, kalau sy nak update pun, mgkin ada dlm dua post je lagi.

awak ad blog jugakah?

kalau betullah blog ini mempunyai persamaan dgn awak, baguslah. Semoga lebih ramai lagi orang dalam dunia ini yang seperti awak.

zulaikha said...

ada lagi 2 post ea?hopefully that will be the best 2 posts.hehe
sy takde blog psl sy lagi suka membaca daripada menulis..& just so you know,article yg 1st dragged me to your blog is the one that you sent to iluvislam.com..about being yourself and how others are different from you.ok,i talked too much.dah jadi macam slot penghargaan pulak. hehe

Pengembara said...

haha, sy tak tau masih boleh menulis dgn baik ataupun tidak nih. skg tgh cuti, dan mengalami emotional breakdown. ugh.

apa-apa pun terima kasih la sbb sudi membaca.

zulaikha said...

terima kasih juga kerana sudi menulis :) saya harap awak akan terus menulis, terus berkongsi pendapat & idea..pasal out there, ada orang yg juga sependapat dengan awak & mungkin dapat mempelajari sesuatu dari awak..macam saya. selamat bercuti :)