Syukur
Alhamdulillah sebab dah habis final exam. Habis sudah pengajian selama 6 tahun di VSMU ini. Segala turun naik, saat-saat mendebarkan, tekanan, suka duka berkaitan pembelajaran di universiti dah pun berakhir.
Perancangan
Ada beberapa perkara nak buat di blog ini. Pertama, seorang kawan lama Kuzman suruh buat tulisan cerita pasal pengalaman panggil jin di MRSM KK. Kedua, nak buat video (bodoh2 sahaja) 6 tahun di VSMU dalam masa 1-3minit. Letak semua gambar dalam satu video lepas tu fast forward laju-laju. Ketiga, buat entri pasal exam. Cerita selok beloknya apa semua....
Kemudian, saya akan berhenti update dalam blog ini lagi. Harap maklum.
Hipokrit
Sedang belajar untuk jadi hipokrit. Memang sesuatu perbuatan yang dibenci, tapi.......ah lantaklah. Bila seseorang itu melakukan sesuatu, dia seharusnya berani untuk menerima kesannya. Jadi hipokrit. Cakap tak serupa bikin. Menipu. Dan untuk kali ini, alasannya adalah perlindungan. Menjadikan topeng-topeng sebagai perlindungan.
Jangan mencontohi saya. Kadang-kadang, orang kalau jadi baik sangat ni, lagi sakit akibatnya.
Pesanan
Saya akan cuba ingat pesanan seorang member ni. Hariz. Kalau kau cuba hendak memahami sesuatu perkara yang kompleks, ada dua akibatnya. Yang satu adalah gila, manakala yang satu lagi adalah lebih teruk daripada gila.
2 comments:
wah, menariknya nasihat tu, boleh apply utk exam pat anat esok >.< btw, tahniah doctor!
lol aynn. nasihat dalam bahagian pesanan itu bukan untuk pelajaran lah....hahaha selamat exam pat anat esok!
Post a Comment