javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Saturday, March 10, 2012

The Grey (2012)



Baru habis tengok filem ni, genre boleh kata sama macam Sanctum dan The Way Back.



Cerita berkisar tentang :
After their plane crashes in Alaska, seven oil workers are led by a skilled huntsman to survival, but a pack of merciless wolves haunts their every step.


Walaupun cerita ni best, namun sangat lah ada unsur-unsur bahaya juga di dalamnya. Ada 'moment2' tertentu, filem ini mengajak penonton untuk mempercayai bahawa Tuhan tidak mampu nak buat apa-apa pun, tidak menyelamatkan kita ketika kita terdesak dan sebagainya.

Ini, sudah tentu tidak betul. Barangsiapa bertawakkal kepada Allah (kepercayaan penuh kepada-Nya), dia akan diberi jalan keluar. Tapi kalau ditakdirkan kita mati juga, biarlah kita mati, sebab itu semua memang dah tertulis dalam takdir.

'Poem' yang merupakan fokus utama cerita ini :

"Once more into the fray,
Into the last fight I'll ever know.
Live or die on this day.
Live or die on this day."

Maksudnya? Saya gunakan bantuan dari google translate;

"Sekali lagi ke dalam pergaduhan,
Ke dalam perjuangan terakhir yang pernah saya akan tahu.
Hidup atau mati pada hari ini.
Hidup atau mati pada hari ini. "

Pergh, smart ah google translate. Fokus pada hari ini, on the present. Kebimbangan tentang sesuatu yang tidak pasti, atau sesuatu yang akan datang hanya pada esok hari, bulan depan atau bila-bila pada masa akan datang, adalah sesuatu yang sia-sia.

Hadapi hari ini dengan baik, hadapi setiap hari seperti hari yang terakhir.

Pantang maut sebelum ajal.
Selagi kau belum mati, selagi itu ajal kau maknanya belum tiba. Ajal adalah sesuatu yang telah ditakdirkan, maka kau tak perlu tau kau mati atau tidak bila berdepan dengan apa-apa situasi. Ketakutan itu normal, tapi adakah ketakutan itu menghalang dari bertindak?

Cuba dulu, baru tahu.

Come, and make it a good fight.

Friday, March 9, 2012

Cik Beah Osem


Siapakah Cik Beah Osem sebenarnya? Tanya saya, saya pun tak kenal.

Pertama sekali saya mendengar nama Cik Beah Osem pun adalah selepas melihat video ini :





Nak dijadikan cerita, secara tak sengaja saya terjumpa pula blog Cik Beah ini semasa mencari bahan-bahan ilmiah untuk dibaca. Blog Cik Beah Osem boleh dilawati di sini :

http://suratcintarabiah.blogspot.com



Jadi saya pun berminatlah untuk berkongsi beberapa benda yang saya peroleh dari blog Cik Beah Osem ni.

1. Pengislaman Jo Yee



Video di atas menceritakan dari mulut Loo Jo Yee sendiri berkaitan pengislamannya. Tapi sebenarnya kalau share atau tunjuk video ini kepada rakan-rakan saya yang lain (lelaki), rasanya bukan difokuskan kat isi ucapan Jo Yee pun. Ceh.


2. Artikel 'Tentang Hawa dan Adam'

Di bawah akan saya copy paste penuh artikel Cik Beah ini berkaitan lelaki dan perempuan. Tapi memang betul la, ada lelaki-lelaki dalam dunia ni yang memang naif, fikir yang hanya kaum lelaki je yang boleh fikir bukan-bukan, perempuan adalah makhluk yang tak akan fikir bukan-bukan, mungkin lebih memikirkan benda lain, mungkin harta dan material, mungkin kecantikan masing-masing dan kalau mereka tengok cerita jiwang, hanya fokus kepada perasaan semata-mata. Namun setelah membaca artikel Cik Beah Ini, rasanya semua lelaki-lelaki naif ini tadi seharusnya berfikir dua kali juga.

Berikut adalah artikel penuh yang diambil dari link ini - http://suratcintarabiah.blogspot.com/2012/03/tentang-hawa-adam.html

Bismillah.

Saya ini, bukanlah yang ahli di dalam ilmu-ilmu Islam, namun saya melihat, haruslah saya menyampaikan sesuatu yang dirasakan perlu untuk membuka mata-mata yang sedang lena tertidur. Kerana, tidaklah dikatakan beruntung keadaan manusia itu jika tidak saling ingat-mengingatkan kepada hal kebenaran dan juga kesabaran.


Tentang Hawa

"Ak elah hai. Rilek ah kak. Muka dan badan lelaki bukannya auratpun nak kena tutup-tutup bagai macam pompuan. Bukannya berdosapun kalau tayang semua gambar saya yang berposing ala-ala Bruno Mars tu. Lagipun saya ni kalau tak berposing pun, dah tak boleh buat apa, sebab memang dah semulajadi hensem kot."

Ayat-ayat seperti ini sebenarnya selalu membuat saya sedih. Betapa 'ignorant'nya orang-orang di zaman ini, hanya sibuk menjaga tepi kain sendiri dan tidak mahu langsung meletakkan dirinya di luar kotak untuk melihat gambaran sebenar keseluruhan kotak yang dia senang sekali duduki itu.

Apakah salah jika lelaki menunjuk-nunjukkan ke'hensem'an dan juga kehebatan fizikal dirinya kepada perempuan? Pertama sekali, saya tidaklah berani mahu menghukum haram ataupun tidak boleh. Cumanya, sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut, saya mahu mengajak anda semua berfikir, kenapa ayat yang sama diturunkan kepada lelaki, juga diturunkan kepada perempuan? Bukankah perangai lelaki dan perempuan itu berbeza?


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka....." (Surah An-Nur: 31)


Lalu, adalah yang bertanya, adakah kerana perempuan itu juga sebenarnya punya sifat 'gatal' seperti orang lelaki? Jawapannya, ya, memang benar! Namun, kerana perempuan itu ada sifat malu, makanya orang tidak pernah nampak 'kegatalan sebenar' seorang perempuan; apa yang ada di dalam kepalanya, atau apa yang ada di dalam keinginan hatinya.

Tetapi, saya ini tidaklah terlalu kejam mahu menuduh semua perempuan di dalam dunia ini gatal. Namun, di zaman serba canggih yang dipenuhi dengan vampire hot seperti ini ataupun hero drama secomel ini, percayalah, untuk mencari seorang perempuan bisu, pekak dan juga buta seperti yang dinikahi oleh Thabit bin Ibrahim itu adalah amat sukar sekali!

Janganlah berfikir bahawa seorang perempuan itu naif, lagi-lagi seorang perempuan yang selalu menonton drama-drama cinta, atau yang suka sekali membaca novel-novel cinta. Janganlah berfikir, bahawa mereka itu tidak mempunyai kebolehan bermimpi ataupun berkhayal untuk membuat aksi-aksi comel bersama dengan lelaki hensem pujaan mereka seperti pakcik dan makcik di dalam gambar di bawah ini.



Ayuhai lelaki, kerana itu, tolonglah jaga ke'hensem'an dirimu demi menjaga hati-hati kami yang amat lembik seperti agar-agar ini. Tidak perlulah berlebih-lebihan di dalam menayangkan kecantikanmu itu. Kerana saya amat bimbang sekali, bimbang jika diri kamu yang lawa itu akan semakin memanjangkan angan-angan seorang anak gadis, yang di dalam kepalanya itu, sudah sedia terpenuhkan dengan adegan-adegan romantis yang ditontonnya setiap hari di dalam TV.

Kalaupun kamu mahu berbicara tentang betapa 'hensem'nya diri kamu ataupun si fulan bin si fulan, cukuplah kamu bincangkan hal-hal seperti itu sesama kamu sahaja. Ambillah ibrah nabi Yusuf 'alaihissalam yang lebih mencintai dirinya tersorok di dalam penjara, dan benci apabila baginda menjadi penyebab terpotongnya jari-jari perempuan yang melihat dirinya; yang berkali-kali ganda lebih hensem daripada kamu-kamu yang mengaku ala-ala Bruno Mars itu!


Tentang Adam

"Ish, mana aci kak. Asyik-asyik kita je yang kena jadi hantu bungkus. Dah tu, lelaki buat apa? Nafsu syahwat besar mengalahkan gajah! Kalau tak tengok perempuan dalam sehari, boleh mati ke?"

Ya, dik. Memang seorang lelaki boleh mati kalau tidak melihat perempuan di dalam sehari. Kerana kamu tahu, lelaki itu seperti seekor kucing, maka kamu lemparkanlah apa saja jenis ikanpun kepadanya, baik ikan bilis ataupun ikan paus, ia akan tetap menggigit dan membawa lari ikan itu.

Kepada lelaki, maaflah andai saya ini berbunyi agak sinikal, namun bukankah sememangnya Allah telah mencipta kamu semua begitu keadaannya? Maka terima sajalah, ya. Kalau mahu dihitung, berapa banyak ayat-ayat di dalam al-Quran dan juga riwayat hadith yang berbicara tentang nikmat bidadari? Kenapa tidak ada bidadara???


Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; (Ar-Rahmaan: 56)


Jawapannya, kerana lelaki itu kan makhluk ciptaan Allah. Makanya, pastilah Tuan yang menciptanyalah yang lebih kenal sifat dan juga kelemahannya yang paling utama, iaitulah perempuan. Pernah dengar ayat ini; behind every succesful man is a woman? Besar sekali pengaruh seorang perempuan di dalam kehidupan seorang lelaki, sampaikan kisah kejayaannya pun dikaitkan dengan seorang perempuan.

Juga, masih ingatkah, dengan peristiwa nabi Muhammad SAW sewaktu baginda menggigil-gigil kerana terkejut berjumpa dengan malaikat Jibril? Siapa yang menenangkan baginda pada waktu itu? ;)))


Untuk para perempuan yang selalu menyalahkan lelaki, ketahuilah bahawa lelaki itu kerjanya lebih berat daripada kita. Seperti kita yang perempuan ini yang saban waktu terpaksa menjadi 'hantu bungkus', merekapun sebenarnya berhempas-pulas juga menundukkan pandangan mereka daripada memandang kita tanpa ada sebab-sebab yang mengharuskan.

Melainkan, lelaki-lelaki fasik yang di dalam hatinya itu sudah sedia berpenyakit miang dan gatal;


Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Al-Ahzaab: 32)


Jadi perempuan, usahlah merungut-rungut susah menjadi 'hantu bungkus', kerana menjadi lelaki itu sebenarnya, adalah beratus-ratus kali ganda lebih susah daripada menjadi seorang perempuan! Hanyanya, kita saja yang tidak nampak, atau, sengaja buat-buat tidak nampak.


Akhlak Al Amin, Di Mana Mahu Cari?

Saya suka sekali untuk memetik sebuah cerita yang menggambarkan betapa halus dan berseninya akhlak Rasulullah SAW, yang sudah jarang-jarang lagi dipraktikkan oleh kebanyakan orang di zaman ini. Ada dikisahkan (maaf, saya tidak dapat mencari riwayatnya, namun kisah ini amat popular sekali), bahawa pernah sewaktu baginda SAW hendak bersolat, dilihatnya ada seekor kucing yang sedang tidur di atas serbannya.




Kerana tidak mahu membangunkan kucing tersebut, maka baginda yang baik hati itu lantas memotong serbannya, dan membiarkan saja kucing itu untuk terus tidur. Subhanallah. Sungguh cantik dan cakna (peka/concern) sekali baginda SAW, hatta hanyalah kepada seekor kucing!

Lalu, apa relevannya kisah kucing yang tidur ini dengan cerita Hawa dan Adam yang saya bahaskan di atas? Begini, pokok utama yang mahu saya sampaikan pada hari ini sebenarnya adalah mengenai isu akhlak, isu menjadi orang yang cakna terhadap keadaan di sekelilingnya.

Nabi SAW cakna terhadap keperluan seekor kucing. Kita? Apakah masih memilih untuk tidak mahu cakna terhadap keadaan sosial yang semakin hari semakin membarah di dalam masyarakat Islam khasnya? Apakah kita langsung tidak mahu memberikan sumbangan kepada kebangkitan semula Islam di dunia ini?

Kerana, daripada kedua-dua keadaan yang saya bincangkan di atas, saya dapat melihat, lelaki-lelaki sekarang kebanyakannya malas untuk buat 'homework', dan tidak mahu belajar untuk memahami jiwa perempuan di zaman ini yang sudah tidak lagi se'innocent' perempuan-perempuan Melayu terakhir di zaman dahulu. Lalu, merekapun mudahlah meremeh-remehkan soal menayang-nayangkan ke'hensem'an diri mereka di hadapan para perempuan.

Juga, perempuan-perempuan yang tidak menyedari betapa susahnya seorang lelaki yang baik itu berperang dengan nafsunya; di antara mahu memandang ataupun tidak ke mata seorang perempuan yang bukanlah tidak menutup auratpun, bahkan siap berniqab (namun cukup membuat dadanya hampir hendak pecah). Maka kerana itu, jadilah kita perempuan-perempuan jahil yang tidak lagi jelas sebab-musabab kenapa kita perlu menutup aurat.

Ayuhai, adik, kakak dan abang, hidup ini hanyalah singkat. Dan ia hanya akan jadi bermakna jika kita memberi, lebih banyak daripada kita menerima.

Apa yang ingin saya sampaikan adalah, jika masing-masing sedar dan faham tentang peranan serta betapa besarnya sumbangan yang dapat diberikan kepada Islam hanyalah dengan menjaga perkara-perkara kecil seperti ini... Maka, besarlah harapan kita hendak melihat Islam, tertegak semula dengan gahnya di muka bumi ini suatu hari nanti, insyaAllah!

Akhir kalam, baik Hawa ataupun Adam, kita punya peranan yang berbeza, namun kita semua tetap sama-sama bekerja! Wallahu'alam.


(Di bawah adalah ayat saya)
p.s : artikel ini memang cadangnya dah lama nak post, (copy paste sebenarnya = share) tapi tak ada masa. Jadi post ini tak ada kaitan langsung dengan sebarang situasi.

p.p.s : terasa bersalah pula kadang-kadang meletakkan gambar sendiri yang agak macho di blog ini. Dan fb pun saya sudah pun private kan gambar2 tertentu (bajet hot lagi)...melainkan gambar2 biasa je selepas membaca artikel ini.

Monday, March 5, 2012

Musyawarah Burung : Buku Yang Sangat Saya Suka


Kalau ada satu buku yang saya tidak akan jemu membacanya walau beribu kali sekalipun (saya rasa la)...maka buku itu adalah buku Musyawarah Burung ini. (Bear in mind, status AlQuran adalah sepatutnya lebih dari itu lagi, tak jemu membacanya walau trillion kali khatam sekalipun)

Musyawarah Burung adalah sebuah buku yang ditulis oleh Fariduddin Attar, dan buku ini lebih dikaitkan dengan kaum sufi. Kalau saya beritahu tentang buku ini kepada sebahagian kawan-kawan saya yang memang 'hardcore' mengikuti manhaj salafussoleh (baca : orang-orang soleh zaman silam yang terdiri dari para sahabat, tabien dan tabiettabien), mereka pasti akan menghalang saya dan meng'kondem' buku ini habis-habisan.

Bagi saya, saya tidak akan mampu untuk menjadi seperti itu. (walaupun saya memang sudah dengan tulus hatinya ingin menjadikan manhaj salafussoleh sebagai jalan hidup saya - kemudian lah ye saya cerita lebih dalam tentang salafussoleh). Bagi saya, setiap sesuatu, selagi ada benda yang elok boleh diambil, biarpun dikelilingi sampah, jika benda itu berharga, saya tetap akan ambil. Ianya seperti mengambil jongkong emas dalam lubang jamban. (maaf jika pemilihan bahasa agak kasar)

Dalam hal ini saya berpegang kepada kata-kata Ibn Taimiyyah, yang boleh juga disebut sebagai salah seorang ulama yang mengikuti manhaj salafussoleh (ke dia pun boleh digelar tabien atau tabiettabien? nnt kena check) :

It is not fair, just nor mature to judge a person by labels within the framework of general orthodoxy. What should be judged is one’s statements, actions and articulation according to Islamic rules. This was articulated by Ibn Taymiyyah in his Risalah al-Fuqara and al-Shattibi in al-‘Itisam. The latter saying about tasswuf that it is incorrect to contend that every aspect of it is an innovation, nor is it fair to label every aspect of it as correct. “Nay, this issue is inspected.”


Makanya, seseorang itu harus berusaha memperhatikan setiap perkara yang dia terima. Memang ada beberapa perkara, apa yang diberitahu oleh Fariduddin Attar dalam buku itu adalah tidak tepat. Contohnya, mengatakan iblis itu adalah sebahagian dari malaikat...pendapat ini tidak tepat, sebab iblis adalah memang asal-asalnya dari kalangan jin. Tapi apa yang lebih menarik minat saya dengan buku ini adalah dari semangat cintakan Tuhan, dan kata-katanya adalah saya kira sangat indah. Tulisan saya selama ini pun sebenarnya adalah cubaan untuk mencontohi lenggok bahasa buku itu. Walau macam mana sekalipun saya tulis, sehingga hari ini, saya masih menganggap tulisan saya masih tak sama pun macam apa yang buku itu tulis.

Kisah bagaimana saya mendapat buku itu pun sebenarnya sangat best. Tapi saya simpan untuk lain kali sahaja. Buku ini adalah benda yang saya selak selalu ketika suatu ketika dulu hubungan saya dengan AlQuran masih lagi sangatlah lemah, perintah-perintahNya tak semua saya penuhi....sangat teruk menjalani hidup...apa yang ada ketika itu hanyalah (sebahagian besarnya) membaca buku ini, dalam usaha menanamkan kecintaan terhadap-Nya, cuba menjadikan Dia lah tujuan hidup. Ugh. Sukalah saya ingin memetik suatu petikan dari buku itu :




Adapun bagiku, aku
akan merasa bahagia menemukan biar hanya jejaknya saja. Itu akan ada juga artinya, tetapi hidup
tanpa Dia tentulah akan menjadi sesalan.


Pastilah hidup tanpa Dia akan jadi sesalan, bila mana seluruh kehidupan kita adalah dengan pertolongan dan belas kasihanNya. Dalam keadaan fitrah hidup insan, fitrah jiwa manusia ingin hidup berTuhan, maka bagaimana seseorang itu mampu hidup tanpa Tuhannya?

Musyawarah Burung, menyampaikan sebuah cerita dengan menganalogikan manusia seperti sekelompok burung-burung. Maka perhatikanlah baik-baik. Saya harap, semua orang yang sekepala dengan saya, suka baca tulisan-tulisan saya (lol), atau mungkin semua orang yang saya suka (tak kisah lelaki atau perempuan) akan dapat membaca buku ini dan memetik intipatinya yang bagi saya sangat best.




Di sini adalah link bagi sesiapa yang berminat ingin membaca buku itu
http://dl.dropbox.com/u/11037569/musyawarah%20burung.pdf

********************************************************************************************

'Sneak Peek' atau 'Intai Isi Buku'

Di bawah adalah antara contoh-contoh ayat yang terkandung dalam buku ini.


O, hatiku, bila kau ingin sampai pada ambang pengertian, berjalanlah hati-hati. Bagi setiap
zarrah ada pintu tersendiri, dan bagi setiap zarrah ada jalan tersendiri yang menuju ke Wujud
penuh rahasia yang kusebutkan itu. Untuk mengenal diri sendiri orang harus menghayati seratus
kehidupan. Tetapi kau harus mengenal Tuhan dari Dia sendiri dan bukan dari dirimu; Dialah
yang membukakan jalan menuju padaNya, bukan pengetahuan manusia. Pengetahuan tentang
Dia tak tersedia di pintu orang-orang yang pandai menyusun kata. Pengetahuan dan kebodohan
di sini sama, karena keduanya tak dapat menjelaskan maupun melukiskan. Pendapat orang-orang
tentang ini hanya timbul dalam angan-angan mereka; dan aneh tentunya untuk mencoba
mengambil kesimpulan dari apa yang mereka katakan: baik atau buruk, apa yang mereka katakan
itu hanya berasal dari diri mereka sendiri. Sedang Tuhan di atas segala pengetahuan dan di luar
segala bukti, dan tak satu pun yang dapat menggambarkan Keagungan Suci diri-Nya.

O, kau yang menghargai kebenaran, janganlah mencari kias; adanya Wujud yang tak
terbandingkan ini tak memungkinkan kias. Karena tiada para nabi maupun para utusan dari langit
memahami sezarrah terkecil pun; mereka semua bersujud sambil berkata, "Kami tak mengenal
Tuan sebagaimana keadaan Tuan yang sebenarnya."



Kata burung Hud-Hud itu kepada kawan-kawan burungnya yang lain,

Kukenal baik Rajaku, tetapi sendiri saja tak dapat aku pergi mencarinya. Tinggalkan keseganan
kalian, kesombongan kalian dan keingkaran kalian, karena siapa yang tak mementingkan
hidupnya sendiri terbebas dari ikatan dirinya sendiri; ia terbebas dari ikatan baik dan buruk demi yang dicintainya. Bermurah hatilah dengan hidup kalian. Jejakkan kaki kalian di tanah dan
melangkahlah ke istana Raja. Kita mempunyai Raja sejati, ia tinggal di balik gunung-gunung
Kaf.2 Namanya Simurgh3 dan ia raja segala burung. Ia dekat dengan kita, tetapi kita jauh
darinya. Tempat persemayamannya tak dapat dicapai, dan tiada lidah yang dapat mengucapkan
namanya. Di mukanya tergantung seratus ribu tabir cahaya dan kegelapan, dan dalam kedua
dunia itu tak ada yang dapat menyangsikan kerajaannya. Ia Raja yang berdaulat raya dan
bermandikan kesempurnaan dari keagungannya. Ia tak membukakan diri sepenuhnya meskipun
di tempat persemayamannya sendiri, dan tentang ini tak ada pengetahuan atau kecerdasan yang
dapat meraihnya. Jalan itu tak dikenal, dan tak ada yang berteguh hati mencarinya, meskipun
ribuan makhluk melewatkan hidupnya dalam kerinduan. Bahkan jiwa yang paling suci pun tak
dapat melukiskannya, dan akal budi tak pula dapat memahami: kedua belah mata ini pun buta. Si
bijak tak dapat mengetahui kesempurnaannya dan si arif tak pula dapat mengamati
keindahannya. Sekalian makhluk memang ingin meraih kesempurnaan dan keindahan itu dengan
bayangan angan. Tetapi betapa dapat kalian menempuh jalan itu dengan pikiran? Bagaimana
mengukur bulan dari ikan? Begitulah, ribuan kepala pun bergerak ke sana ke mari, dan hanya
ratap dan keluh kerinduan saja yang terdengar. Banyak laut dan daratan di tengah jalan. Jangan
kira perjalanan itu singkat; dan kita mesti berhati singa untuk menempuh jalan yang luar biasa
itu, karena jalan itu amat panjang dan laut itu dalam. Ada yang berjalan dengan susah payah dan
keheranan, sambil kadang-kadang tersenyum dan kadang-kadang menangis. Adapun bagiku, aku
akan merasa bahagia menemukan biar hanya jejaknya saja. Itu akan ada juga artinya, tetapi hidup
tanpa dia tentulah akan menjadi sesalan. Janganlah kita menutup jiwa kita terhadap yang kita
kasihi, tetapi hendaklah kita ada dalam keadaan yang serasi untuk menuntun jiwa kita ke istana
Raja kita itu. Cucilah tangan kalian dari kehidupan ini bila kalian ingin disebut pengamal. Demi
yang kalian kasihi, tinggalkan kehidupan kalian yang berharga ini, sebagai muliawan. Bila kalian
menyerahkan diri dengan manis, sang kekasih pun akan memberikan seluruh hidupnya pada
kalian."

Saturday, March 3, 2012

Warkah buat Saudaraku yang Seagama

Ke hadapan Saudaraku yang Seagama, (juga buat saudari2)

Saya nk bercerita tentang satu perkara....iaitu berkaitan pentingnya berpegang kepada hadis sahih. Saya pernah berpesan kepada rakan-rakan saya, terutamanya mereka yg merupakan naqib2....ttg pentingnya menyelidiki setiap hadis yg sampai kepada mereka, sama ada sahih ataupun tidak. Hadis adalah segala sesuatu yg ada kaitan dgn Nabi Muhammad saw, samada berupa perbuatan dan perkataan.

Hal ini adalah sgt penting, tambah2 lagi mereka (atau kita semua) adalah org yg brtnggunjawab utk mmbimbing adik2 usrah. jd kita tak mahu mnyampaikan sesuatu yg salah, sesuatu yg tidak dipastikan kesahihannya atau mungkin lebih teruk lagi ialah sesuatu yg terbukti bertentangan dengan ajaran agama islam kepada adik2 kita.

Kita tidak mahu menerima bulat2 semua ayat atau berita2 yg dikaitkan dengan nabi Muhammad saw dari sumber yang kita tidak ketahui....sbb jika benda itu tidak benar, maka itu sudah cukup untuk disamakan dengan orang yang berdusta atas nama nabi.

Secara umunya, 'rules' yg sy pegang dalam menilai hadis itu sahih atau tidak (kawan sy ajar) ; hadis yg paling tinggi nilainya ialah muttafaqun alaih = hadis yg sama diriwayatkan oleh bukhari dan muslim, kemudian hadis Bukhari hampir kesemuanya sahih, dan hadis Muslim kebanyakannya sahih. Hadis2 ini adalah lebih selamat untuk disebarkan.

Mereka yang mendalami ilmu hadis juga akan kenal dengan Syeikh Albani. Dia adalah ulama hadis yg terkenal. Jadi sekiranya hadis itu juga disebutkan sebagai sahih oleh Syeikh Albani, maka hadis itu juga boleh diguna pakai dan dianggap sahih.

Walaupun demikian, hadis2 yg lain, (pd pendapat sy) masih boleh disebarkan asalkan kita letak situ diriwayatkan oleh siapa, dan isinya jelas tidak bertentangan dengan Alquran atau hadis yg lain.
Mungkin ada perbahasan yg lebih dalam berkaitan bolehkah beramal dengan hadis dhaif, sy pun tk kaji lebih lanjut lagi. Buat ms skg, inilah yg sy tahu.

Sebab bukan apa, sebagai contoh, ulama2 atau org2 alim sebahagiannya sedap2 menyebarkan kepada org ramai sesuatu yg tk sahih, lalu perkara itu diamalkan oleh orang ramai. Perkara ini adalah tidak patut. Sebagai contoh, kelebihan membaca doa awal dan doa akhir tahun. Tidak dinafikan yg mungkin isi kandungan doa itu adalah bagus, tetapi siapakah yg berani mengatakan membaca doa itu di sekian2 waktu akan mendapat kelebihan sekian sekian....

Allah Maha Mengetahui perkara yang ghaib, dan sebahagiannya diberitahu kepada kita melalui perantaraan lidah Nabi-Nya. jika Rasulullah saw sendiri tidak pernah memberitahu kelebihan2 itu, siapakah yg lebih hebat dr baginda, yg tahu pula berkaitan kelebihan2 tersebut?

saya pernah cerita bahawa cinta itu, sifatnya serupa (merujuk buku Ibn Qayyim). Yang berbeza mungkin kepada siapa cinta itu ditujukan. Kecintaan terhadap nabi, tidak dapat dicapai melalui ketidakpastian atau ragu-ragu. Kecintaan terhadap nabi adalah melalui kejujuran.

Ada sesetengah hadis nabi, (sedang merujuk yg sahih tentunya) akan mengandungi unsur-unsur perintah dan unsur-unsur larangan. Sebagai umat islam, kita diajar untuk patuh sekalipun benda itu berat buat kita....kita tidak boleh mencari-cari alasan atau mentafsirkan hadis itu dalam cara yang memudahkan kita untuk terlepas daripada tanggungjawab.

Saya pernah dengar satu talk yang menceritakan bagaimana sahabat2 bertindak dengan dosa2 atau kesalahan2 mereka. Antaranya ialah, apabila nabi menegur mereka, mereka cepat-cepat memberhentikan perbuatan mereka. Mereka tidak akan mencari alasan-alasan untuk menjustifikasikan perbuatan salah mereka. Mereka diam.

Begitu juga dengan kita. Kita mungkin tidak akan dapat melaksanakan semua perintahnya tapi dalam hati, kita sewajarnya menanamkan bahawa suatu hari nanti kalau bukan sekarang, pd masa akan datang, kita akan dapat melaksanakan perintah itu. Dan mungkin juga pada masa sekarang, kita tidak dapat meninggalkan larangan2 nabi, tapi janganlah memberikan alasan atau justifikasi kesalahan kita...sebaliknya berusahalah untuk mengurangkan atau lebih baik menghilangkan terus kesalahan tersebut. Jika bersalah, kembali semula ke pangkal jalan.

Kita belum boleh dikatakan sebagai orang-orang yang beriman (yang menjadi matlamat setiap umat islam tentunya), sehinggalah jiwa kita tunduk, patuh....dan bersikap jujur.

"Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." ( An-Nisa: 65)

Dan perkara ini, pada pendapat saya, adalah sangat penting kerana hal ini apabila difahami dengan baik, adalah pintu-pintu yang akan membuka pintu-pintu kebaikan yang lain. Sekarang mungkin kita tidak alaminya, sebab kita jarang terbaca tentang hadis-hadis nabi (di antaranya ada yang berat-berat), namun kalau masa itu tiba, sedangkan kita belum memahami perkara ini, bagaimana agaknya kita 'react' dengan hadis nabi yg bertentangan dengan kehendak kita?

Mudah-mudahan juga, dengan kita meneliti hadis nabi, berlaku cermat (dalam memilih apa yang hendak kita sebarkan atau amalkan), kita akan dapat merasakan perasaan seolah-olah nabi ada bersama-sama dengan kita...seperti mana yang dialami oleh orang-orang yang mendalami ilmu hadis.

Sekian, kalau ada salah dan silap harap diperbetulkan.



Digalakkan juga untuk klik link ini Redha Allah sebagai Tuhan kita.