javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.
Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

penamat Kitab Cinta


Saya memang suka sangat dengan drama kitab cinta ni. Tapi entah macam mana, saya tak habis tengok, seingat saya, saya tengok sampai episod second last atau pun episod last, yang penamatnya tergantung.

Rupa-rupanya ada telemovie yang dikatakan merupakan kesinambungan dari drama Kitab Cinta yang ditayangkan di TV Al-Hijrah itu. Telemovie tersebut memakan masa 1jam setengah. Memang best. Lantak la orang nak kata apa dengan ending tersebut, tapi telemovie tersebut berjaya buat saya rasa 1jam setengah tu macam beberapa minit sahaja.

Watak Aaron Aziz yang tiba-tiba muncul. Wali yang dari awal cerita sampai habis macam hampagas [hampa + tong gas] (tetapi tetap jadi watak kesukaan..lol). Salah seorang penonton memberikan komen di youtube, "ha, baguslah watak aaron aziz muncul, biar nur fazura dengan dia je. Penat aku tengok Wali ni.."




Dan macam biasalah, kalau kita suka jalan ceritanya, lagu yang keluar pada waktu-waktu tertentu akan mempunyai 'effect' yang lebih dahsyat daripada biasa. Nak pulak lagu tu dah lama tak dengar. memang gila.

Yang tersisa
Hanya gambarmu
Di meja kamarku
Diiringi dua puisi
Tentang lara hati...


Ok best. Selamat tinggal kitab cinta.


Saturday, May 19, 2012

aku ada, kau ada


Entah macam mana boleh terjumpa trailer movie ini. Sebelum tu terjumpa lagu bersama yang dinyanyikan oleh Shaheizy Sam dan Yana  Shamsuddin.

Inilah masalahnya dengan youtube yang mudah melekakan orang lain. padahal masalah sendiri sebab mudah sangat menekan segala link yang ada di internet



Kalau tak silap, jalan ceritanya begini. Watak utama dalam cerita itu, Shaheizy Sam adalah orang yang akan muntah setiap kali berhadapan dengan orang yang menarik perhatian dia.

Dua orang pelakon itu, pada pandangan saya, mereka ada 'chemistry'.

Memang obses. sehingga tengok trailer berulang kali Tapi cerita ini masih belum keluar di pawagam, apatah lagi versi cetak rompak punya.



Masalah dengan muzik atau lagu pula ialah perkara-perkara seperti inilah yang memprovokasi perasaan manusia, lebih dari apa yang sebenarnya.

Yup, ianya ironi.
I am iron man.




Monday, April 2, 2012

7 Petala Cinta


Itu adalah tajuk sebuah cerita yang baru sahaja keluar kat malaymoviesfull. Bagi budak oversea, rasanya website tuh macam pawagam. Apa yang keluar atau baru di'upload', itulah box office.

Sempat tengok sedikit sebelum pergi program sukaneka pagi ini, dan disambung 'nonton' pada siangnya.

Tak banyak pun nak komen.

1. Ya saya tahu genre cerita ini tipikal, dan tak mustahil memang ada orang sudah loya. (sayalah tu yang loya nyer...haha)
2. Mungkin disebabkan saya seorang idealist, maka komuniti/masyarakat ideal seperti dalam cerita ini adalah sesuatu yang saya impi-impikan. Seriously, kalau saya berada dalam masyarakat itu, tak perlu jadi orang penting, jadi watak sampingan, atau mungkin jadi bayang-bayang pun saya sudah merasa bahagia.
3. Disebabkan idealisme, maka pandangan saya terhadap dunia kita ini tak sama macam orang biasa pandang dunia ni. Maka saya akan selalu kena tipu dengan expectation saya sampai bila-bila pun. Merasa kecewa dengan diri sendiri yang tak mampu berfikir dengan baik.

4. Kalau ada watak yang saya suka dalam cerita ini, pastilah saya akan memilih Hilma. Jadi, saya rasa masanya sudah tiba untuk letakkan puisi Kahlil Gibran yang saya rasa menggambarkan Hilma.


For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.
-Kahlil Gibran

Saturday, March 10, 2012

The Grey (2012)



Baru habis tengok filem ni, genre boleh kata sama macam Sanctum dan The Way Back.



Cerita berkisar tentang :
After their plane crashes in Alaska, seven oil workers are led by a skilled huntsman to survival, but a pack of merciless wolves haunts their every step.


Walaupun cerita ni best, namun sangat lah ada unsur-unsur bahaya juga di dalamnya. Ada 'moment2' tertentu, filem ini mengajak penonton untuk mempercayai bahawa Tuhan tidak mampu nak buat apa-apa pun, tidak menyelamatkan kita ketika kita terdesak dan sebagainya.

Ini, sudah tentu tidak betul. Barangsiapa bertawakkal kepada Allah (kepercayaan penuh kepada-Nya), dia akan diberi jalan keluar. Tapi kalau ditakdirkan kita mati juga, biarlah kita mati, sebab itu semua memang dah tertulis dalam takdir.

'Poem' yang merupakan fokus utama cerita ini :

"Once more into the fray,
Into the last fight I'll ever know.
Live or die on this day.
Live or die on this day."

Maksudnya? Saya gunakan bantuan dari google translate;

"Sekali lagi ke dalam pergaduhan,
Ke dalam perjuangan terakhir yang pernah saya akan tahu.
Hidup atau mati pada hari ini.
Hidup atau mati pada hari ini. "

Pergh, smart ah google translate. Fokus pada hari ini, on the present. Kebimbangan tentang sesuatu yang tidak pasti, atau sesuatu yang akan datang hanya pada esok hari, bulan depan atau bila-bila pada masa akan datang, adalah sesuatu yang sia-sia.

Hadapi hari ini dengan baik, hadapi setiap hari seperti hari yang terakhir.

Pantang maut sebelum ajal.
Selagi kau belum mati, selagi itu ajal kau maknanya belum tiba. Ajal adalah sesuatu yang telah ditakdirkan, maka kau tak perlu tau kau mati atau tidak bila berdepan dengan apa-apa situasi. Ketakutan itu normal, tapi adakah ketakutan itu menghalang dari bertindak?

Cuba dulu, baru tahu.

Come, and make it a good fight.

Sunday, February 26, 2012

Feri Terakhir


Dah lama tak recommend cerita melayu. Antara cerita yang best ditengok adalah Feri Terakhir.

Pelakon: Azad Jasmin, Eira Syazira, Maimon Talib, Nuremy Ramli



Boleh tengok online di http://www.malaymoviesfull.net/2012/02/feri-terakhir.html

Cerita mengisahkan tentang seorang cacat yang mencari makna hidup dalam cinta walaupun ditentang oleh orang kampung yang busuk hati. Ok ewww dan lol sebab tetiba rasa ayat tuh kondem cerita ini pula.

"Kalau aku, dah lama dah amik Nuremy Ramli (Suria) daripada Eira Syazira (Aisyah). Apa benda yang susah sangat?"
-tak tahu sape cakap


Di kesempatan ini ingin lah memetik kata-kata daripada facebook Nisrin Insyirah yang banyak memuatkan kata-kata best.

"Sometimes you have to stop looking for what's not there, and just focus on what's in front of you."

Jadi seriously memang kau patut amik Suria daripada menunggu Aisyah tuh. Duh.






diambil dari sini

Seriously, muka dia macam seseorang. Duh sekali lagi.

Wednesday, January 11, 2012

Real Steel (2011), 50/50 (2011)


Dua filem terbaru yang saya rasakan best. Real Steel (yeah, Hugh Jackman) dan 50/50 yang diinspirasi dari true story, comedy.

Real Steel



Sinopsis cerita :

"Set in the near future, where robot boxing is a top sport, a struggling promoter feels he's found a champion in a discarded robot. During his hopeful rise to the top, he discovers he has an 11-year-old son who wants to know his father." -IMDB

Saya petik satu quote yang saya suka :

[referring to Noisy Boy losing getting badly beaten in the fight with Midas]
Max Kenton: You never should have taken that fight.
Charlie Kenton: Oh, really? Really? Thanks, genius!
Max Kenton: Do you even think about the stuff you do before youdo it? You had no idea how to fight that fight! Those combination codes, you didn't even know what half of them even meant. You just threw him in there cocky and half-assed! Of course you lost, you didn't even give him a chance.
Charlie Kenton: He wasn't that good.
Max Kenton: Noisy Boy was a great robot.
Charlie Kenton: Was! Was a great robot! Back in the league, back in the day. But look around you, kid. This place, this place is where once great robots go to die,
Max Kenton: So throw him away. That's what you do, right? Anything you don't need, you just throw away?
Charlie Kenton: Wow. It's been a long night, alright? You wanna sleep in doors? Now shut up and get in the truck.
[Max just looks at him]
Charlie Kenton: Don't look at me like that. Get in the truck!
[Max gets up and goes into the truck]

Charlie Kenton (Hugh Jackman) yang berlakon sebagai ayah, mempunyai perwatakan yang degil, keras kepala. Dia juga mudah yakin menang walaupun hanya berjaya untuk seketika waktu, yang kemudiannya akan kalah. Seorang yang melarikan diri dari banyak perkara.

Ada DUA orang kawan saya nangis tengok cerita ini. Bila saya cakap saya tak nangis, mereka bersungguh-sungguh nak saya mengaku yang saya pun nangis tengok cerita itu, supaya saya pun boleh join the club. Lol. Hello, aku tak nangis, tak nangislah!

Awesome movie. Seriously, best movie 2011!


50/50

"Inspired by a true story, a comedy centered on a 27-year-old guy who learns of his cancer diagnosis, and his subsequent struggle to beat the disease." - IMDB

50/50 adalah peratusan dia boleh survive/hidup/sembuh daripada kanser tersebut - 50%.



Adam: A tumor?
Dr. Ross: Yes.
Adam: Me?
Dr. Ross: Yes.
Adam: That doesn't make any sense though. I mean... I don't smoke, I don't drink... I recycle...

Sesiapa sahaja boleh kena cancer. Even kamu. Atau saya. Tapi mudah-mudahan kita dijauhkan dari penyakit.

Cikgu saya Margarita Viktorovna, seorang pakar ginekologi pernah cakap, " Ada orang (tokoh sains) cakap, sebenarnya semua orang ada cancer. Cuma tunggu masa sahaja...."

Sekarang saya sedang belajar subjek OZZ, statistik untuk exam nanti. Jadi sukalah saya untuk letak beberapa perkara di sini berkaitan medik.

Dalam 100 000 orang penduduk (Rusia), 60 orang akan kena kanser payu dara, 45 orang kena kanser paru-paru, 30-50 orang kena kanser perut, dan 16 orang akan kena kanser rahim and the list goes on...

Anda boleh juga lawat website ini, yang menceritakan tentang statistik berkaitan kesihatan di seluruh dunia, termasuklah malaysia. Mungkin anda berminat sebab-sebab kematian yang paling tinggi di Malaysia - kanser ke, kemalangan jalan raya ke atau apa-apa sahaja. Mungkin anda juga mahu tahu purata jangka hayat seseorang. Silakan melihat. Kredit diberikan kepada Nazrul sebab jumpa website tersebut.

http://www.worldlifeexpectancy.com

Berbalik kepada cerita, cerita itu best sebab dia tunjukkan bagaimana sifat seorang kawan yang betul-betul kawan. Bagaimana certain orang di sekeliling kita, akan cuba membantu kita walaupun di hadapan mata kita, kita tak nampak pun usaha mereka. Juga mungkin tentang certain orang yang lari bila orang terdekat menghadapi masalah.



Wednesday, January 4, 2012

Boy Wonder (2010)


Tadi ada program anjuran Kelab Umno Luar Negara Volgograd (KUV) untuk AJK. Antara harapannya adalah mereka akan dapat memulakan tahun baru dengan penuh semangat, akan lebih bertenaga untuk aktif dalam kelab. Bagus juga sebenarnya, sekurang-kurangnya saya tidaklah terperuk dalam bilik sahaja untuk sepanjang cuti New Year ini.

Juga dapat tengok balik, jumpa balik muka-muka yang dah lama tak nampak sebab dah banyak kali saya tak datang meeting. Dapat tahu perkembangan Volgo daripada Daus, Isyafiq (lawat rumah dia selepas habis program, itupun first time). Dapat tahu hala tuju KUV dari Ajim. Dan pandai pula Nawal teka saya yang berikan hadiah buku-buku tadi. Satu buku pasal Al-Aqsa yang dah habis baca tapi terperuk sahaja di rak, dan satu lagi novel Tunas oleh Hlovate yang sepatutnya memang hilang pun cuma syukur orang yang pinjam teringat nak pulang (tapi still saya tak mampu nak habiskan pun).

Apa-apa pun,it's good to know yang saya masih boleh dibenarkan makan-makan dalam jamuan antara ajk-ajk KUV walaupun telah bersara. Haha. Siap Ajim keluar statement yang patutnya saya tak payah buat apa-apapun untuk jamuan pun takpe, sebab saya ni mantan presiden. Pergh.



**************************************************************************************************************



Rasanya masa kanak-kanak adalah sangat penting dalam seluruh kehidupan. Masa kritikal. Kanak-kanak yang diajar untuk takut hantu, takut anjing akan membesar menjadi dewasa yang takut anjing, takut hantu. Ah, sebutkan apa-apa jenis sahaja - penderaan, kata-kata kesat, rasa rendah diri hasil dari cacian dan makian, rasa tidak cantik, rasa bodoh dan sebagainya.

"They are so fragile. Kids"

Membesar dan merasakan diri bodoh/rendah diri/pemarah/hodoh untuk seumur hidup. Bukannya mustahil untuk ubah, but it takes really great efforts. Dan effort yang macam mana yang patut diberikan untuk mengikis kesan psikologi yang sepatutnya membekas sampai mati?



Huh.

Kita yang dah agak besar ini pun, walaupun setelah tahu keterikatan, attachments hanya akan buat kita sakit kalau apa yang mengikat kita itu putus - kita tetap buat kesilapan berulang kali....maka bagaimanalah seorang kanak-kanak yang memang cenderung mengasihi emaknya yang sangat penyayang menghadapi kematian emaknya itu? Tambahan lagi kalau ada unsur pengkhianatan oleh orang lain lagi di situ...

Gila. Powerful sungguh filem ini. Good job filem Boy Wonder sebab berjaya memotivasikan saya untuk tulis review di sini.

Ada beberapa aspek cerita ini yang hampir sama juga dengan filem Law Abiding Citizen. Cerita yang buat kita rasa bengang gila dengan peraturan bodoh ciptaan manusia.

Sebab orang yang bersalah berjaya lepas dari menerima hukuman, ataupun hukuman yang dia dapat tak setimpal pun dengan apa yang dia dah buat iaitu bunuh.

Hmm, sebenarnya kalau dalam islam pun memang ada hukuman yang nak tak nak kerajaan kena fikirkan sendiri bagaimana nak menghukumnya sebab tak ada tertulis dalam nas (dipanggil takzir). Jadi 'lubang' atau kesilapan memang boleh berlaku, dah namanya manusia. Jadi sorry manusia sebab kata bodoh tadi. Tentang hukum hudud (juga dikenali sebagai hukum Allah, seperti hukum qisas) yang dah Dia tetapkan pula, maka lebihlah digalakkan untuk kita-kita yang lemah ilmunya ini mendiamkan diri atau mengelakkannya daripada jadi bualan-bualan di kedai kopi. Tanyakan pada yang pakar. Alim ulama' pun tak habis bincang lagi, macamana pulak kau boleh bentang exact details about that kat kedai kopi? Kau nak tunjuk pandai kan? Sebab bukan apa, takut kita terlanjur mempersendakan hukum Allah, mengingkarinya di satu sisi dan di sisi yang lain kita memfitnah kerajaan yang tidak menjalankan hukuman tersebut dengan tuduhan yang tidak tepat.

Sori emo.

Ok berbalik kepada cerita. Movie ini memang powerful. Tengok trailer pun dah boleh tahu.
Sekian.


Sebagai maklumat tambahan :
1. Takzir
2. Hudud
3. Qisas

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengingatkan dengan sabdanya:


“Akan datang nanti kepada manusia, masa-masa yang penuh tipu daya. Para pendusta dianggap sebagai orang yang jujur, manakala orang yang jujur dianggap pendusta. Orang khianat dianggap amanah dan orang yang amanah dilabel sebagai pengkhianat. Dan para Ruwaibidhah mula berkata-kata (bersuara).”


Ada yang bertanya, “Siapa Ruwaibidhah?”


Rasulullah menjawab, “Orang yang bodoh sibuk berbicara (mengulas) tentang masalah masyarakat.” [Hadis Riwayat Ibnu Majah, Kitab al-Fitan, 12/44, no. 4026. Dinilai sahih oleh al-Albani]

Friday, December 30, 2011

Terkait



Kita selalu minat sesuatu yang terkait dengan kehidupan atau diri kita sendiri. Sesuatu yang kita boleh 'relate'. Namun, untuk sesuatu yang asing buat kita, kita selalunya berasa takut.

Kita tengok movie, baca novel, dengar cerita orang lain, dan kita makin tenggelam dalam kisah-kisah itu apabila kita dapat mencari hubungkait diri kita dengan salah satu watak dalam cerita itu. Finding the connections.

Tapi itu tidak bermakna yang kita langsung tak tertarik dengan perkara yang tidak berkaitan dengan kita. Kita tertarik, tapi ianya hanya setakat itu agaknya. Berminat untuk sementara waktu. Sedangkan yang selalu terkait dengan diri kita, sampai mati pun perkara itu akan selalu terlintas dalam fikiran kita, atau terngiang-ngiang di telinga kita.

Contohnya :

sapu sampah

beza ruang sebelum dan selepas

makan biskut dengan milo

HAHAHA. Familiar? Kalau tak familiar buat anda, maknanya anda tak pernah sapu sampah guna penyodok, anda tak pernah keluarkan barang dari peti ais yang penuh dan masukkannya kembali serta anda tak pernah celup biskut dalam milo.

Happiness

Saya sedang cuba menghabiskan satu buku yang pernah saya beli. Dah setahun lebih saya ada buku Museum of Innocence, oleh Orhan Pamuk, tapi tak pernah nak cuba habiskan. Untuk hari ini dan semalam, saya rasa dah berjaya baca dalam 150 mukasurat. Sikit? Aaa lantakla, yang penting itu satu kemajuan buat saya.

Definition of happiness?
Family, children, and good company,
Even if you're not happy - even when you're having your worst day you live your life as if you are. All sorrows fade away when you're surrounded by your family.

Ok bila baca balik memang rasa translation dia (novel asal adalah dalam bahasa Turki) macam cacat, tapi tak kisahlah, janji point dia sampai. Hidup sebenarnya kalau simple dan mudah macam definisi 'happiness' di atas, kita dah boleh selesaikan banyak perkara dah. Kepala otak kita tak akan serabut lagi.


Ombak Rindu



Alahai cinta syahdu la sangat. Semuanya macam kebetulan!!! Kena langgar la, jadi GRo la, rupa-rupanya bukan anak kandung la dan sebagainya. Jangan marah peminat-peminat Ombak Rindu sekalian. Saja provoke.

Hmm. Biasa je movie ni. Mungkin overrated. Saya sebenarnya sepanjang tengok cerita ni, kondem je....lambatla pergerakan cerita, tak feel la watak-watak dalam cerita ni, Lisa Surihani asyik jerit la.....nak-nak pulak bila ada kawan saya yang lagi satu puji habis-habisan cerita ini. Heh. Makin saya mendengar pujian itu, makin nak cari kesalahan cerita ini.

Kebaikan cerita ini pulak. Maya karin ayu bertudung. Lol.
Kebanyakan cerita atau filem cenderung untuk membahagikan watak dengan jelas - baik atau jahat. Cerita-cerita yang macam itu, bagi saya, dah lapuk. Ombak rindu bukan jenis cerita itu, sebab setiap watak ada baik buruknya. Saya rasa kita semua perlu mula melihat orang sebagai orang - yang memiliki sisi baik dan sisi jahat. Dan kita tak perlu lagi nak justifikasikan setiap perkara. Hanya sebab kita nak seorang itu nampak baik di mata kita, kita fikirkan sebab-sebab yang mem'boleh'kan dia memiliki ciri-ciri jahat. Hanya sebab kita benci gila kat seseorang itu, semua perkara baik yang dia lakukan, kita katakan ada niat terselindung, atau ada sebab-sebab tertentu.

Tak penat ke?

Sunday, May 8, 2011

Dalam Mihrab Cinta


Ketahuilah ketika saya cuba menulis entri ini, saya berada dalam keadaan tidak tidur semalaman kerana telah menghabiskan masa saya berbincang dari hati ke hati dengan seorang budak gemuk (haha, gurau...bertubuh sasa sebenarnya), menonton filem "Dalam Mihrab Cinta", membaca sebuah buku 25 mukasurat yang di'recommend' oleh kawan saya (yang masih belum habis dibaca walaupun dia selalu bertanya saya baca ke tak link yang dia beri kat saya) dan mungkin juga sedikit sebanyak game terbaru "Leave Devil Alone" dalam handset saya (yang saya percaya dapat 'improve' managing skills and ability to devise strategies).

Maka bila-bila masa sahaja saya boleh 'blackout' dan pengsan ketika sedang menulis.


1. Berborak dengan kawan memang best. Lagi-lagi bila bercakap tentang benda yang kita suka. Seriously, term "yang berada di antara golongan baik dan golongan tak faham" tu muncul balik. Kami rasa kamilah yang masih tersekat-sekat di tengah-tengah itu. Lol. Banyak juga yang saya belajar daripada dia walaupun dia seorang junior, contohnya tumblr. Dan rupa-rupanya dia pemalu orangnya. Semasa bercerita, ada juga perkara-perkara yang dengan sengaja dia tak nak cerita kat saya sebab dia nak jaga hati saya daripada jadi tak terkawal. Wow. Biasakah orang berfikir macam itu bila berborak dengan kawan? Ok cukup. Kalau kita terlampau memuji, pun akan merosakkan kawan kita juga.


2. Menonton "Dalam Mihrab Cinta". **Spoiler**. Amaran! Sila jangan baca bahagian ini bagi mengelakkan anda mengetahui jalan cerita filem tersebut.


Filem "Dalam Mihrab Cinta", satu lagi filem Habiburrahman Al-Syairazi selain Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. Sebenarnya sesiapa yang pernah melihat "Ayat-ayat Cinta" pasti dapat mengagak ending cerita tersebut.




Saya hanya ada satu persoalan, iaitu :

"Mengapakah perlu salah satu watak perempuan dalam cerita tersebut mati seperti mana yang berlaku dalam Ayat-Ayat Cinta???!!!!"


Saya juga suka part ustaz tersebut mempersoalkan diri dia yang mencuri. Muhasabah diri adalah penting. Mungkin, hakikatnya semua orang ada dosa mereka masing-masing yang sangat disesalkan dan kadang-kadang sampai sekarang masih tak dapat bebaskan diri. Tak payah gelabah nak cakap diri kita tak ada dosa. Bersangka jahat itu dosa. Mengumpat itu dosa. Rasa takabbur, sombong, riak, ujub pun dosa. Tengok perempuan seksi pun dosa. Suka buat lawak bodoh dan penuh dengan unsur-unsur penipuan pun dosa. Cuma sesetengah dosa itu sahaja yang kita pandang lebih berat daripada dosa yang lain, menyebabkan kita tak nampak kita pun sebenarnya hamba Tuhan yang sering sahaja melakukan dosa.


Maka,
Adakah kita mampu untuk terus mengharap rahmat Tuhan dalam keadaan kita sering melakukan dosa dan sampai sekarang masih tak dapat bebaskan diri?
Adakah kita mampu nak terima yang kita sebenarnya berdosa setelah kita pelajari berdasarkan Al-Quran dan hadis yang perbuatan kita lakukan selama ini sebenarnya berdosa?


Sebab ada je orang tak boleh terima bahawa apa yang dia biasa lakukan selama ini sebenarnya salah. Sampai nak tertanya-tanya, 'ketat sangat ke peraturan dalam agama islam?' Sampai nak cari dalil-dalil dari Al-Quran dan hadis yang boleh menghalalkan keinginan kita?

Dan ada je orang yang tahu dia bersalah, dan selalu bertaubat, menyesal dan bersungguh-sungguh nak tinggalkan perkara dosa tersebut. Namun kemudiannya jatuh ke dalam dosa yang sama. Diri pun tertanya-tanya, 'benarkah aku bertaubat? Yang aku menyesal gila-gila tu apa....tipu ke?'


Semoga kita ditunjukkan Allah apa yang benar dan apa yang salah, kemudian Allah bantu kita untuk mengikut kebenaran dan meninggalkan kebatilan.
Semoga Allah tak jadikan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang berputus asa dari rahmat-Nya, dan kita pun dibebaskan dari belenggu dosa yang kita lakukan.

Saturday, April 16, 2011

The Way Back


Baru-baru ini saya ada menonton sebuah filem. Ok, mungkin saya tengok filem tersebut disebabkan ada Saoirse Ronan yang pernah berlakon dalam City of Ember dan Lovely Bone, tapi overall filem The Way Back sangat best dan bermakna. Tak rugi saya habiskan 2 jam masa saya dalam masa 2-3hari untuk habiskan filem tersebut. (See? saya sangat busy sebagai student medik, tak mampu nak habiskan satu flem sekali lalu pun - jadi sila hargai masa korang).

Poster The Way Back


Apa sinopsis cerita ni?

Siberian gulag escapees walk 4000 miles overland to freedom in India.

Simple je sinopsis dia. This film i think is one of the underrated films - filem-filem yang tak popular sangat tapi sebenarnya gempak giler. Boleh google atau search kat youtube untuk tengok trailer filem tersebut.


Part paling best. Pengajaran.
Saya tengok cerita tersebut dan saya boleh cakap ada three main points, iaitu :

1. Jangan putus asa. Sentiasalah bertawakkal kepada Allah.

...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),


Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(At-Talaq, 65 : 2-3)


Allah beri jalan keluar, Allah beri rezeki dari jalan yang tak terlintas langsung kat hati kita.


2. Hidup dan mati itu salah satu ketentuan Allah.

Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) 'maut' di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan.
(Al-Waqiah, 56:60)

Power gila rasa ayat kat atas. Tak rasa ke? Baik,saya akan ulang sekali lagi.

Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan.

Kalau kita dengar kupasan Nouman Ali Khan untuk tafsir surah Al-Mulk, ayat kedua, Nouman Ali Khan menjelaskan kepada kita bahawa dalam bahasa Arab, maut mempunyai konsep yang sangat luas, bukan semata-mata kematian. Maut adalah lawan bagi hidup. In other words, maut is lifelessness. Ya, mati juga adalah lifelessness, tanah kering kontang dan tumbuhan tak dapat hidup pun adalah lifelessness. Jadi selepas ini kalau terdengar perkataan 'maut', sila bayangkan seluruh lifelessness yang ada kat alam semesta ini. Sekian.


3. Semangat setiakawan yang tinggi.

Memang, kita letak kepercayaan hanya kepada Allah. Dalam masa yang sama, semangat setiakawan adalah sesuatu yang sangat dipuji. Anda tengok sendiri la, malas saya nak cakap banyak.





Tribute kat cikgu Russian Language saya, Brikalin Vladimir Andreevich.

Hari Khamis, 14 April 2011, dia dah pergi.
Sehari sebelumnya, kami sempat ada satu kelas dengan beliau. Kamilah kelas terakhir agaknya dengan beliau sebelum ketentuan ini berlaku.

Berita pemergian itu datang mengejut, dan kami tak jangka benda itu boleh berlaku. Sebab semasa beliau bersama-sama dengan kami, memang nampak sihat sangat. Kalau 2-3 kelas sebelum ini beliau agak 'psycho' dan memarahi kami, hari sebelumnya itu memang baik, macam semester-semester yang lepas sewaktu kami bersama dengan beliau.

Masa kelas terakhir itulah baru saya tahu macam mana nak eja nama beliau. Brikalin, dieja Брыкалин instead of Брикалин.

Dan masa kelas terakhir itu jugalah beliau sempat cakap (dalam bahasa Rusia),
"I can surely say no one in this class is симулянт/ pretender"

Kata-kata itu adalah antara yang buat saya gembira sebab saya dan dua orang rakan lagi adalah antara yang mengelat tak pergi kelas russian language. Walaupun sedikit sebanyak saya boleh dikatakan sebagai pretender, tapi saya gembira sebab cikgu tak cop saya sebagai pretender.

Dang.

Bila seseorang itu dah tiada, baru kita nak gelabah. Nak sedih ataupun ingat jasa dia kat kita, padahal sebelum itu kita tak perasan pun kebaikannya kat kita.

Pernah je antara kawan-kawan saya complaint pasal cikgu ni, teruk apa semua. Saya pun ada kadang-kadang tak puas hati, tapi honestly saya tak simpan dalam hati pun (selepas 3hari max). Kadang-kadang ada sampai nak buat lawak nak taruk kulit pisang la supaya cikgu tu jatuh apa semua. (ok diorang tak buat, sekadar melawak). Cikgu tu dah la jalan sedikit terhincut, ada dropped left hand lagi, boleh nak buat lawak macam tu. Saya tak ingat adakah saya ikut gelak masa diorang buat lawak tuh. Tapi kalau saya pun ikut gelak, memang celakalah. Celaka.

Brikalin Vladimir Andreevich, seorang cikgu yang memiliki pandangan tentang hidup yang best, even dia siap tahu lagi perbezaan dan persamaan antara agama Islam dan agama Kristian Ortodoks, pemergian beliau memang suatu kehilangan.

Brikalin Vladimir Andreevich

....Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(al-Baqarah, 2 : 155-156)

Friday, May 8, 2009

Perempuan Berkalung Sorban

engkau, kawanku, tak perlu gusar.
jika Allah telah mentakdirkan pertemuan, maka Dia akan menunjukkan jalan, dan menentukan bahawa apa pun yang berlaku, pertemuan tersebut tetap akan berlangsung sebagaimana mestinya.




Mungkin sorban di sini adalah serban menurut Bahasa Malaysia. Perempuan Berkalung Sorban adalah tajuk sebuah filem Indonesia (mereka omongin, ini film religi). Sedikit 'preview' tentang cerita tersebut:

Ini adalah sebuah kisah pengorbanan seorang perempuan, Seorang anak kyai Salafiah sekaligus seorang ibu dan isteri. Anissa (Revalina S Temat), seorang perempuan dengan pendirian kuat, cantik dan cerdas. Anissa hidup dalam lingkungan keluarga kyai di pesantren Salafiah putri Al Huda, Jawa Timur yang konservatif. Baginya ilmu sejati dan benar hanyalah Qur’an, Hadist dan Sunnah. Buku modern dianggap menyimpang.

Dalam pesantren Salafiah putri Al Huda diajarkan bagaimana menjadi seorang perempuan muslim dimana pelajaran itu membuat Anissa beranggapan bahwa Islam membela laki-laki, perempuan sangat lemah dan tidak seimbang.

Tapi protes Anissa selalu dianggap rengekan anak kecil. Hanya Khudori (Oka Antara), paman dari pihak Ibu, yang selalu menemani Anissa. Menghiburnya sekaligus menyajikan ‘dunia’ yang lain bagi Anissa. Diam-diam Anissa menaruh hati kepada Khudori. Tapi cinta itu tidak terbalas karena Khudori menyadari dirinya masih ada hubungan dekat dengan keluarga Kyai Hanan (Joshua Pandelaky), sekalipun bukan sedarah. Hal itu membuat Khudori selalu mencoba membunuh cintanya. Sampai akhirnya Khudori melanjutkan sekolah ke Kairo. Secara diam-diam Anissa mendaftarkan kuliah ke Jogja dan diterima tapi Kyai Hanan tidak mengijinkan, dengan alasan bisa menimbulkan fitnah, ketika seorang perempuan belum menikah berada sendirian jauh dari orang tua. Anissa merengek dan protes dengan alasan ayahnya.

Akhirnya Anissa malah dinikahkan dengan Samsudin (Reza Rahadian), seorang anak Kyai dari pesantren Salaf terbesar di Jawa Timur. Sekalipun hati Anissa berontak, tapi pernikahan itu dilangsungkan juga. Kenyataan Samsudin menikah lagi dengan Kalsum (Francine Roosenda). Harapan untuk menjadi perempuan muslimah yang mandiri bagi Anissa seketika runtuh

Dalam kiprahnya itu, Anissa dipertemukan lagi dengan Khudori. Keduanya masih sama-sama mencintai.…

Apakah cinta Anissa dan Khudori berakhir di pernikahan? Bagaimana hubungan Anissa dan kedua orang tuanya dan Samsudin suaminya? Apakah Anissa dapat menjadi muslimah seperti yang diinginkan orang tuanya?

Saksikan di bioskop-bioskop mulai 15 Januari 2009


Secara peribadinya, saya suka filem ini. Tapi kebiasaannya benda yang saya suka, orang lain tak berapa nak suka sangat, mungkin sebab citarasa saya yang pelik.
Kalau berminat juga nak tengok cerita ini, sukalah saya untuk memetik kata daripada seseorang yang sudah menontonnya - "lihatlah dengan teliti, perhatikan akan apa yang hendak disampaikannya. Tak semua orang akan faham melihat cerita ini".

Saya suka filem ini kerana jalan ceritanya yang berlainan dibandingkan dengan Ayat-ayat Cinta, misalnya. Saya suka melihat suasana(bi'ah) pesantren yang digambarkan dalam filem ini. Saya suka lakonan Anissa - watak Alya dalam Bawang Putih Bawang Merah. Saya lebih suka kalau filem ini ditonton oleh ramai orang, dan membuatkan mereka faham betapa indahnya Agama Islam itu. Saya harap orang ramai tidak akan salah faham lagi terhadap agama ini.

Saya kira watak-watak seperti Kiyai yang terlalu keras dan tidak fahami agama sepenuhnya, bekas pelajar pesantren yang telah hanyut oleh dunia, watak anak Kiyai yang biadab dan juga watak perempuan yang kadang-kadang sanggup melakukan apa sahaja demi cinta walaupun mencemar maruahnya sendiri harus diambil iktibar.

Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang diberi kefahaman dalam agama oleh Allah.

Thursday, March 12, 2009

Bolt : Kisah Haiwan Teladan

Saya sendiri tergelak sewaktu meletakkan tajuk post saya kali ini. Tapi anda tak perlu gelak hanya kerana saya gelak, itu hipokrisi namanya. Ah,lupakan. Kita teruskan saja cerita kita.




Baru-baru ini saya ada menonton satu filem. Filem animasi. Atau dalam bahasa kanak-kanak, filem animasi itu dipanggil kartun. Filem tersebut bertajuk Bolt. Berlainan dengan Wall-E, Bolt tidak berfokus pada air mata kita, sebaliknya pada perut kita.

Perut?Maaf, saya tidak boleh menjelaskan maksud saya. Anda harus mengalaminya sendiri.



Cerita Bolt ini akan bawa anda pergi mengembara. Anda akan mengembara bersama-sama anjing (Bolt), kucing (Mittens) dan hamster (Rhino) merentasi padang pasir, merenangi lautan dan meneroka hutan belukar.

Tapi ada orang pula akan persoalkan, "ish, anjing rupanya cerita ni. Apa kejadahnya kamu tengok cerita anjing ni?"

Rakan-rakan, sayangilah setiap makhluk Tuhan. Hanya kerana kita perlu melakukan sertu (orang biasa kata samak) jika tersentuh najis mughallazah, tak bermakna sama sekali kita harus membenci makhluk-makhluk tersebut.




Saya cadangkan anda lihat trailer cerita ini :



Di samping itu, saya selitkan gambar-gambar snapshot filem tersebut -



Kadang-kadang kita pelik, kenapa orang kita boleh tengok ikan (Finding Nemo, ikan laga Anak-anak Sidek) tetapi tidak boleh tengok anjing (Bolt)?
- luahan perasaan yang tak berasas sama sekali. Haha.

Oh, saya tak kisah anda hendak kata saya fanatik atau apa, saya tak kisah. Benda yang baik harus saja dikongsikan dengan semua orang, hatta kucing atau anjing peliharaan anda sekalipun harus dibawa tengok cerita ini. Mereka, iaitu haiwan-haiwan lain, harus disedarkan tentang keupayaan mereka yang sebenar, kuasa 'super' mereka!! Yeah!

Untuk siapa cerita ini? Sememangnya untuk semua. Namun saya rasa filem ini LEBIH DITUJUKAN kepada orang-orang yang mungkin masih ingat dia mempunyai kuasa istimewa (mungkin sebab terlalu terpengaruh dengan kartun) atau orang-orang yang berlagak sebab perasan diri kuat, ada nilai hidup yang tinggi atau apa-apapun agar mereka MULA MENGUKUR KEHEBATAN SENDIRI.

Antara dialog-dialog yang boleh dikatakan menarik :-

Bolt: What is this red liquid coming from my paw?
Mittens: It's called blood, hero!
Bolt: Do I need it?
Mittens: Yes, so if you want to keep it inside your body, where it belongs, you should stop jumping off trucks doing eighty on the interstate!

Ianya memang betul. Tak tipu. Saya yang percaya saya boleh terbang seperti Superman akhirnya sedar selepas tengok filem Bolt ini.

Maaf, untuk kali ini, saya tidak dapat letakkan link untuk download filem ini melalui torrent. Saya tidak dapat mencarinya. Namun jika saya jumpa, saya akan letakkannya.

Buat masa ini, anda boleh datang temui saya untuk ambil cerita ini. Dengan suka hatinya dipersilakan.

Sunday, January 25, 2009

Traitor [2008] – Filem Islamik Hollywood


Yup, anda tidak silap tengok. Traitor, ataupun dalam bahasa melayunya Pengkhianat, adalah sebuah filem Hollywood yang saya kategorikan sebagai sebuah filem islamik. Mengapa? Adakah kerana ‘director’nya seorang muslim? Pelakon-pelakonnya terdiri daripada orang-orang islam? Tidak.

Selepas kejadian 11 September, islam mula dilabel sebagai agama yang menganjurkan keganasan, agama yang mengajak manusia berperang (ya! Kita harus memberontak! Bunuh semua orang kafir! – adalah antara propaganda Barat) dan pelbagai lagi !@!#@%$#$%^%$^&$^ benda-benda yang tak dapat diterima akal manusia yang sihat. Dalam erti kata lain, jika anda pun tersenarai antara penyokong-penyokong slogan ‘Islam adalah terrorism’ maka saya ingin kata anda mempunyai masalah psikologi , mungkin dari segi kognitif kerana anda terlalu mudah dikaburi dengan maklumat-maklumat palsu yang ditadahkan kepada anda.



Dalam hal ini saya ingin memetik kata-kata dari filem dokumentari Occupation 101 :

“ The greatest enemy of knowledge is not ignorance, it is the illusion of knowledge”
- Stephen Hawking



Kebanyakan filem-filem Hollywood yang lahir selepas kejadian 11 September juga menganut fahaman seleweng Barat. Jika ada pun pendekatan untuk menunjukkan islam itu baik, maka cara mereka masih salah. Bayangkan sahaja, seorang perempuan islam yang memakai tudung, dibuatnya melakukan perbuatan zina (seks sebelum kahwin). Hal ini adalah perkara yang amat membimbangkan, dan ia berbahaya kepada umat-umat islam yang mempunyai fahaman agama yang cetek atau pun muslim hanya pada nama, ataupun berdasarkan keturunan semata-mata.

Selepas menonton filem Hollywood yang bertajuk Traitor ini, sedikit sebanyak saya berasa lega. Islam diterangkan dengan jelas. Bukan setakat itu sahaja, filem ini juga mengajak penonton berfikir, dan membuka minda terhadap konflik nilai yang sedang melanda dunia.


Saya ingin memetik skrip yang bagi saya menjelaskan islam dengan mudah, dan mungkin orang islam sendiri pun kebanyakannya masih tak tahu.

- Would you describe him as a devout muslim?
+ He is a muslim. I don’t believe there is a sliding scale.
Do you know what ‘islam’ means?

- “Submission”.
+ Yes, “Submission”. Submission to God’s will is absolute.

Skrip di atas sekaligus menjelaskan dalam dunia ini hanya ada muslim. Tidak ada istilah muslim radikal, muslim liberal dan sebagainya. Saya pernah terserempak dengan sebuah laman web yang ingin mempromosikan filem dokumentari Obsession. Oh, sedih benar lawat laman tersebut. Ugh! Islam radical, islam liberal, sharia law, semuanya adalah yang buruk-buruk tentang islam. Crap sungguh laman web itu.

Kesimpulannya, saya syorkan kepada semua orang seluruh dunia, tengoklah movie Traitor ini. Saya juga ingin bagi link untuk anda download dengan menggunakan torrent ( torrent adalah teknologi yang sangat canggih, murah dan menarik– haha) :

Traitor[2008]DvDrip-aXXo

Subtitle untuk Traitor[2008]DvDrip-aXXo.avi


Sekian. Selamat menonton.

Friday, December 5, 2008

Review : Cerita Melayu Minggu Ini

Jauh dari tanah air tidak bermakna langsung tidak mengikuti perkembangan semasa. Bahkan, lebih ramai pelajar-pelajar di luar negara yang lebih faham tentang isu-isu di Malaysia berbanding mereka yang berada di Malaysia sendiri. Tapi bukan saya. Dan post kali ini tidak ada kaitan pun dengan isu-isu semasa.

Semalam saya ada menonton sebuah cerita melayu. Mungkin sebab jauh dari kampung halaman (saya memang tinggal di kampung ok?... Kg Padang Balang, Sentul, KL) maka saya sangat seronok menonton cerita melayu. Namun saya tidak menyanggah beberapa pendapat yang mengatakan cerita melayu adalah sampah. Ya benar, tapi itu hanyalah sebahagian sahaja. Sebahagian cerita melayu yang lain, masih boleh diyakini akan potensinya untuk pergi lebih jauh (ayat ni menarik : pergi lebih jauh).

Baiklah, cerita melayu minggu ini : Ihsan. Saya cadangkan kepada anda semua agar cepat-cepat menonton filem ini, jika anda masih belum berbuat demikian. Sedikit sebanyak akan buat hidup kita ini terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah, dan buat kita merenung dalam diri kita, walaupun mungkin untuk kadar sesaat.

Ihsan – cerita tentang seorang anak yang berpendidikan tinggi, yang datangnya bukanlah dari golongan berada. Selepas pulang dari luar negara, dia mula bekerja sebagai peguam. Namun hidupnya tidaklah semulia mana. (memang tak mulia, saya tak nak spoil cerita kat sini)

layankan screenshot



Untuk melihat, anda boleh pergi ke link di bawah :
http://www.youtube.com/watch?v=fUCRB-dcRWw




Sememangnya cerita-cerita melayu agak tipikal, berendam air mata, kisah-kisah kedurjanaan, kisah-kisah kampung dan sebagainya. Pastilah cerita-cerita ini tidak semoden Gossip Girl, House, Heroes, Charmed dan lain-lain lagi, namun saya berpendapat cerita-cerita melayu seperti ini sebenarnya lebih jauh terkedepan lagi, lebih futuristik. Pengajaran yang diperoleh dari cerita-cerita seperti ini bukan berkesan untuk seketika sahaja, sebaliknya selagi mana diingat, dan diperhatikan baik-baik, ianya adalah bermanfaat sehingga berpuluh-puluh generasi akan datang.

Cerita-cerita ini dapat banyak ditemukan melaui channel hazel2k di Youtube :
http://www.youtube.com/user/hazel2k

Dalam hati saya tertanya-tanya, bagaimana pula sifatnya hazel2k ini? Tapi tak mengapa, memandangkan saya pun tidak mengenalinya, saya hanya dapat mengucapkan tahniah kerana dapat datang dengan idea meng’upload’kan cerita-cerita melayu seperti ini.

Oh ye. Marilah kita beramai-ramai subscribe channel ini. Betul-betul best!