javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Sunday, April 1, 2012

Bintang


kadang-kadang tak faham kenapa hampir kesemua tulisan dalam blog ni macam berperasaan sangat. Nak cerita benda yang abstrak je memanjang, tak ada langsung yang konkrit. Asyik cerita general concepts itu ini, tak reti nak touch benda-benda yang details dan berfakta.

Maka, biar tulisan kali ini fakta semuanya. Tak nak jadi manusia berperasaan sekarang. Nak jadi robot. Apa yang susah sangat nak tulis fakta kan?

Tentang bintang dan fakta-faktanya.

Sebenarnya, ada sesuatu tentang bintang, yang sangat menarik yang ingin saya kongsikan pada anda semua. Tentang kebenaran yang ramai tak tahu dan pandang sebelah mata je.

**************************************************************************************************************

Apa itu bintang?

Bintang (Jawi: بينتڠ) merupakan bebola jisim gas yang terbentuk disebabkan tarikan graviti mereka sendiri --------> diambil dari wikipedia berbahasa Melayu.

Bintang tu, kalau tak ada pencemaran cahaya, langit 'clear' tak berawan, kita boleh nampak titik-titik berchaya yang banyak gila kat angkasa. Itulah bintang.

bagaimana bintang itu terbentuk

Star formation is the process by which dense regions within molecular clouds, commonly referred to as "stellar nurseries", collapse into spheres of plasma to form stars.

Ok. Cerita dia macam ni. Dekat angkasa, di tempat-tempat tertentu, akan ada awan yang sangat besar. Tempat itu ada banyak molekul. Disingkatkan cerita, satu pusat graviti terbentuk, dan menarik seluruh molekul atau awan besar ini tadi membentuk sfera yang akan menjadi bintang.

kelahiran bintang


saiz bintang

Saiz bintang sangat berbeza antara satu sama lain.
Ada bintang, contohnya Betelguese, besarnya adalah 650 kali ganda diameter (ukur lilit) matahari kita.

Di bawah adalah gambar yang boleh dijadikan perbandingan, bumi dengan planet-planet lain, kemudian matahari dengan bintang-bintang lain.





jarak bintang

Bintang paling dekat dengan kita ialah matahari, iaitu lebih kurang 8 minit cahaya. Jika dikira dalam kilometer, the mean distance of the Sun from the Earth is approximately 149.6 million kilometers.

kematian bintang

Most stars are between 1 billion and 10 billion years old. Some stars may even be close to 13.7 billion years old—the observed age of the universe.

The more massive the star, the shorter its lifespan, primarily because massive stars have greater pressure on their cores, causing them to burn hydrogen more rapidly.


Istimewanya bintang. Point paling penting dalam seluruh artikel kali ini.

janganlah wish upon the star, itu kepercayaan syirik, tahyul, khurafat

Agak-agaknya, faham tak?

Anda tahu tak, boleh jadi sebenarnya bintang-bintang yang anda sedang lihat sekarang di langit pada waktu malam itu, sudahpun mati atau tidak wujud lagi?

Kita menikmati keindahan sesuatu yang mungkin sudah lama hilang dari angkasa ini.

Biar saya terangkan. Jarak antara bintang dengan bumi kita adalah sangat jauh. Kita ambil matahari sebagai contoh. Jarak bumi-matahari ialah 149.6 juta km. Nak dimudahkan, jarak itu juga bersamaan 8 minit kelajuan cahaya / 8 minit cahaya. Bermakna, cahaya matahari mengambil masa selama 8 minit untuk sampai ke bumi. Jadi, andaikata matahari itu tiba-tiba padam, kita hanya akan sedar tentang kehilangan matahari 8 minit kemudiannya. Sebab jarak antara bumi dan matahari sangat jauh. Walaupun cahaya itu bergerak dengan sangat pantas, cahaya tetap memerlukan selang masa selama 8 minit untuk sampai ke permukaan bumi.

Faham?

Jadi sekarang kita ambil contoh yang lain pula. Satu bintang, bernama Betelguese, jaraknya dengan kita adalah 600 tahun cahaya. Ini bermakna, cahaya yang berasal dari Betelguese perlu melalui masa 600 tahun barulah boleh sampai kepada kita. Jadinya, kalaulah ditakdirkan bintang itu mati sekarang, kita hanya akan perasan bahawa bintang itu sudah mati 600 tahun kemudiannya. 600 tahun kemudiannya baru kita perasan yang sudah tidak ada lagi cahaya dari bintang Betelguese itu.

jawapan yang saya ambil dari yahoo answers :

"That's exactly right. In fact, the light from our own Sun is 8 minutes old, so if the Sun blinked out seven minutes ago, we won't find out for another minute! The same is true for light that bounces off of your best friend and hits your eye. If your friend had disappeared a fraction of a second before the light hit your eye, you wouldn't know it. Well, that's only a fraction of a second, but you see the point. Astronomers can judge from the age of a star--where it is in it's life span, as you suggest--what the liklihood is that it is still there. But we can't know for sure. It is a safe hypothesis that a young star that is only 100 light years away is still there because 100 years is nothing compared to the lifespan of a star.

The useful thing about looking out into space at stars that are even 10 billion years old is that it is like looking back in time. Think about that. If we look at all galaxies that are 5 billion light years away, then what we are really doing is looking at the Universe as it was 5 billion years ago!

So, rather than "really watching it die", I would say that we are really watching the Universe be born. This is the reason that astronomers get excited each time they are able to see further and further into space. They are looking back further and further in time. This helps scientists better understand our Universe.

Although the lifespan of stars is part of it, looking so far away--and so far back in time--is more closely related to the lifespan of the Universe. I always think it's cool every time I realize that we can look back in time..."


Melihat bintang di langit, adalah seperti melihat masa lalu.

Saya harap anda semua faham apa yang saya terangkan ini. maka, apabila anda melihat bintang di langit, di mana-mana sahaja anda berada, mudah-mudahan saya yang bercerita tentang bintang ini akan terlintas dalam fikiran kalian.  Untuk itu sudilah kiranya berterima kasih kepada saya dengan mengingati saya dalam doa kalian, mendoakan yang terbaik untuk saya - masuk syurga ke, ditambah ilmu yang bermanfaat, jodoh yang baik, jadi orang kaya yang bersyukur dan macam-macam lagi!

9 comments:

norashikin rahmat said...

saya orangnya logik dan rumit.

dulu, masa mula-mula mengenal jisim bintang, bulan dan matahari, saya tak dapat nak menggambarkan bagaimana, bila cikgu katakan besarnya matahari ialah 10 000 (not exact) kali ganda bumi. begitu juga kalau cikgu beritahu saya tentang kelajuan cahaya. otak saya tak dapat memikirkan bagaimana rupanya kelajuan cahaya, sebab bagi saya, cahaya, cahayalah. kenapa ada kelajuan? pft.

memang rumit betul. thats why tak pernah dapat A dalam bidang sains.

"mari ukir bintang di langit". fuh.

Pengembara said...

benda2 ni memang rumit,mungkin sebab kita tak pernah lalui jarak yang sejauh itu.....mungkin jugak sebab kita tak ada pengalaman jadi matahari, jadi bulan, atau jadi bintang yang mampu membandingkan sesama sendiri.

tak pernah dapat A dalam sains ke? heheh. subjek apa yang awak paling minat dan hebat?

Cuiya Razak said...

ayat last menjadikan anda seorang yang berperasaan bukan lagi robot..
haha..:P

bintang.bintang lepas ni tgk bintang nampk muka abg maher..haha

norashikin rahmat said...

subjek paling minat? yang sentiasa A PAI & Bahasa Melayu je dulu, masa skolah..

bila masuk univ, baru sedar yang saya sememangnya lebih mahir bidang pengurusan dan kemanusiaan.

Pengembara said...

cuiya : haha, rasanya masuk part istimewanya bintang dah rasa berperasaan balik. memang zzzzzz.

norashikin : beruntunglah bagus dlm dua subjek itu, hidup jadi lebih bermakna. rezeki kita masing2, tak ada siapa yg tahu.

Anonymous said...

bintang yang bermusim...

ANNAS said...

Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai keyakinan bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya.

norashikin rahmat said...

tadi sy jalan-jalan, nampak langit ada bintang dan teringat tentang post ni.

timbul satu prsoalan; kenapa kita masih boleh tgk bintang mcm '3 sisters' & 'cross', since kita kecil sampai besar?position bintang takkan berubah ke?

Pengembara said...

saya pun kurang pasti. berdasarkan yg saya tahu, kedudukan bintang di langit memang tak berubah, tapi kita akan tengok dia berbeza2 mengikut lokasi kita di bumi. itu sebab ada orang boleh tengok zodiak libra ke cnthnya dlm bulan 9-10, musim lain dpt tgk bintang yg lain.

tp mngkin disbbkan kita duduk di malaysia iaitu khatulistiwa, putaran bumi tak effect sgt kot perubahan lokasi kita, malam dgn siang pun lbh kurang sama je...