javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Thursday, February 2, 2012

Rasulullah SAW seorang yang cemburu. Pemalu. Penyabar.


Rasulullah SAW adalah insan pilihan yang telah diutus oleh Allah, untuk menyampaikan khabar gembira buat orang-orang yang beriman dan berita buruk buat orang-orang yang mengingkari ayat-ayat -Nya. Namun demikian, baginda bukanlah seorang manusia yang langsung tak ada signifikan. Adakah kita fikir, sebenarnya kita tak perlukan nabi pun. Adakah Allah menjadikan Nabi Muhammad saw seorang yang maksum, bebas dari dosa semata-mata sebagai pengantara wahyu semata-mata?

Allah boleh turunkan kitab Al-Quran sebijik terus dari langit, turun ke bumi untuk manusia, tapi Allah tak buat macam tu. Allah juga boleh jadikan malaikat yang membawa dan menyampaikan perkataan-Nya, Al-Quran, tapi Allah tak buat macam tuh. Kalau kita tak ikut nabi, siapa lagi kita nak ikut?

Mungkin ada yang sampai pernah terfikir, 'alah, nasiblah. Dah Allah memang nak jadikan Muhammad sebagai nabi, dah tentu Allah sucikan dia daripada dosa. Sesiapa sahaja Allah boleh jadikan nabi". Kejadah? Nabi Muhammad saw bukan seorang robot. Baginda juga manusia yang berinteraksi dengan para sahabat, mempunyai perasaan. Ujian-ujian yang melanda, terasa berat sangat di hati baginda. Nabi Muhammad saw seorang manusia, kita juga manusia. Mungkinlah kita tak tahu banyak perkara tentang nabi, bagaimana baginda menjalani hidup baginda, perasaan-perasaannya, maka sebab itu kita tidak mempunyai sebarang hubungan atau kecintaan terhadap nabi.

Nah, saya persembahkan koleksi video dan kisah berkaitan dengan ciri-ciri Nabi Muhammad saw.

Cemburu

Ketahuilah, nabi merupakan seorang yang sangat cemburu. Sebenarnya banyak sangat kisah berkaitan cemburu ini, maka saya letak sepotong hadis sahaja dulu, lepas ni baru ada post khas berkaitan cemburu.

Dari Mughirah r.a. katanya: “Saad bin Ubadah mengatakan, ‘Kalau sekiranya saya melihat lelaki berkelakuan serong dengan isterinya, nescaya lelaki itu saya tetak dengan pedang, bukan dengan punggung pedang.’ Ucapan itu sampai kepada Rasulullah SAW lalu baginda berkata: “Mengapa kamu hairan melihat cemburu Saad? Demi Allah aku lebih cemburu daripadanya. Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang atau pun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang memuji-Nya) dijanjikannya syurga.’” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kalau Saad bin Ubadah mempunyai cemburu sehingga dia sanggup menetak orang dengan pedang, nabi lebih cemburu daripada itu. Dan Allah, adalah lebih cemburu daripada nabi sendiri.



Pemalu

Nabi Muhammad saw seorang yang pemalu dan untuk sesetengah keadaan, baginda juga akan berasa kekok. Di bawah adalah video tentang kesabaran, boleh di skip terus ke minit 3:10



Sabar

Nabi seorang yang sabar. DI bawah adalah rancangan Law Kana Bainana, sekiranya baginda ada bersama dengan kita hari ini...bagaimana yang akan baginda perbuat dalam menangani masalah sehari-hari? Dengan menonton rancangan ini, mungkin kita sedikit sebanyak akan dapat lebih mengawal tingkah laku kita.




Saya memang SANGAT SUKA dengan lelaki yang boleh gelak walaupun air tertumpah di atas pakaiannya. Tengok pun rasa gembira. Good soul.


Berbuat baik terhadap kanak-kanak

Main kuda dengan budak, selalu dukung budak. Sekalipun tak reti nak cakap kata-kata manis, perbuatan itu pun sebenarnya boleh terkesan dekat budak-budak.



No comments: