javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Tuesday, February 28, 2012

Doa, Tingkatan-tingkatan Latihan Diri dan Mata Hati



Hanya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi antara perkara-perkara menarik yang diperoleh dalam beberapa hari yang lepas. Juga dalam usaha mengurangkan bilangan tab di google chrome. (sudah lama dibiarkan, sebab ingin mengulas tentang setiap perkara, tapi nampaknya memang tak dapat).


Doa

Saya terbaca artikel di http://ilmuanmalaysia.com/2012/02/26/berdoalah-nescaya-akan-dikabulkan/
dan dalamnya saya temukan hadis yang tak pernah saya jumpa sebelum ini.

“Doa seseorang senantiasa akan dikabulkan selama dia tidak berdoa untuk perbuatan dosa ataupun untuk memutuskan tali silaturahim dan tidak tergesa-gesa.”

Seorang sahabat bertanya; ‘Ya Rasulullah, apakah dimaksud dengan tergesa-gesa? Rasulullah SAW menjawab: ‘Tergesa-gesa adalah apabila orang yang berdoa itu berkata; ‘Aku telah berdoa dan terus berdoa tetapi belum juga dikabulkan’. Setelah itu, dia berasa putus asa dan berhenti berdoa.” (HR Muslim)

Marilah kita renungkan. Adakah kita orang yang tergesa-gesa?


Tingkatan atau 'level; dalam melatih diri

Video di bawah adalah penerangan oleh Nouman Ali Khan dalam mengulas satu daripada ayat-ayat Al-Quran. Ternyata kupasannya sangat cantik.



"So whatever thing you have been given - it is but [for] enjoyment of the worldly life. But what is with Allah is better and more lasting for those who have believed and upon their Lord rely. And those who avoid the major sins and immoralities, and when they are angry, they forgive."
(As-Shura: 36-37)


1.Mempercayai bahawa segala sesuatu yang diberikan kepada anda, adalah hanya kesenangan untuk anda gunakan (mata') ke arah matlamat yang lebih tinggi, apa yang di sisi Allah adalah lebih elok dan lebih kekal. Untuk seseorang itu merasakan bahawa apa yang ada di sisi Allah adalah lebih kekal dan lebih baik, memerlukan iman dan tawakkal (percaya bulat kepada Allah)

2. Menjauhi dosa-dosa besar. Ini adalah benda yang lebih utama, dalam hidup sentiasa ada prioriti.

3. Menjauhi perkara-perkara keji (fawahish = inability to control your temptations).

4. Mengawal kemarahan.(Marah pada asalnya adalah disebabkan terikat dengan kesenangan2 dunia yang disebutkan sebelumnya. Dan jika seseorang itu melakukan fawahish, iaitu tidak dapat mengawal diri dari perkara-perkara yang diingini, maka sah-sah lah dia tidak akan dapat menahan marahnya. Maka mempunyai self control adalah step pertama sebelum dapat mengawal kemarahan.)


5. Memaafkan apabila marah. ( Seseorang itu pada tahap ini dia berjaya menahan marahnya, namun diberitahu jalan bagaimana dia boleh mencapai tahap yang lebih tinggi. iaitu, sekalipun dia berasa marah, dan berjaya mengawalnya, dia memaafkan perkara yang membuatnya marah)


Mata Hati



Mungkin sebenarnya kita rasa hidup kita dah cukup teruk, tapi apa yang dilalui oleh orang lain adalah lebih dahsyat lagi.

Siapalah kita nak 'demand' lebih, nak rasa resah pada nikmat yang kita rasa kurang.

No comments: