javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Tuesday, January 10, 2012

Gigi Geraham


Dah lama rasanya tak menulis cerita, mungkin seperti post Manusia Setan dan Sufi Sesat ataupun Ketua Kampung Utopia. Kali ini, saya ingin bercerita tentang kisah Budak Kacamata dengan Gigi Geraham. Anggap sahaja saya mendengar kisah ini daripada mulut seorang kawan, iaitu Budak kaca mata. Penceritaan semula di bawah adalah dengan menggunakan gaya bahasa saya sendiri. Fair enough.

Budak Kacamata itu pun bercerita kepada saya,

"Gigi Geraham adalah nama seorang gadis (gadis : pada tahun 2012) yang suka menyamar. Kadang-kadang dikenali sebagai Lisa Surihani, dan baru-baru ini membuat pengakuan bahawa dia adalah Tiz Zaqyah. Sebenarnya nama gigi geraham itu adalah translation daripada bahasa Arab menurut seorang ustaz. Tapi mungkin juga ustaz tu kelentong sebab saya check Google Translate pun tak jumpa-jumpa.

Saya tidaklah dapat untuk meletakkan atau menunjukkan gambarnya kepada kamu, Maher a.k.a Abang Macho (lol sedap-sedap memasukkan nama sendiri), sebab jika saya melakukannya dan kantoi, saya pasti akan diberi sindiran berupa video Ustaz Azhar Idrus - Hukum Simpan Gambar Perempuan. Dang.



"Mungkin kitakan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan
segalanya ketentuan tuhan


Mungkinkan terputus di tengah jalan
mungkinkan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir
mungkin kitakan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan segalanya"
-Cinta Terakhir, Aiman


Kalau ada 'period' saya teruk dalam hidup saya, saya boleh kata 'period' itu adalah saat saya bukan lagi pelajar sekolah menengah. Saya tak bersedia dengan dunia luar, saya kekok. Saya tidak tahu bagaimana untuk bertindak, bagaimana membuat keputusan dan sebagainya. Saya terjerumus dalam banyak perkara yang bukan-bukan.

Helaan-helaan nafas menjadi semakin panjang, namun tak sedikitpun melegakan dada yang sesak.

Memang perkenalan dengan dia, sebenarnya memang take a spot kat hati. Tapi macam yang saya ceritakan tadilah, saya dengan masalah saya. Main game? Pelajaran? Usrah? Rambang mata? Overpossesive? Attached? Jealousy? Dan memang dari dulu lagi, salah satu sifat saya adalah melepaskan apa-apa atau siapa-siapa kerana malas berfikir tentang masalah, yakin bahawa saya sudah terlalu banyak masalah dalam hidup.


Maka tidak hairanlah jika saya dikatakan seperti biskut. Indecisiveness. Kejap ada, kejap takde. Abang Macho pun tahu kan yang manusia akan sentiasa berperang baik dan jahat? Untuk sesetengah orang the heat of battle is too strong, walaupun sebenarnya mungkin masalah kecik je, hmm lets say nak mandi ke tak. haha. Ok tipu tak logik.

Peperangan ni berlangsung untuk berminggu-minggu, berbulan-bulan dan boleh kata bertahun. Dan adakah peperangan ni dah tamat? Belum lagi. Tapi dah bertahun berperang, mustahil kita tak belajar apa-apa pun kan daripada peperangan itu? Yang penting kita terus mencari, dan terus ingin menjadi baik.



Saya tak berani cakap Gigi Geraham pernah bagi hints atau tidak. Seumur hidup saya, saya memang yakin diri mengenal pasti hints atau clues orang sekeliling. Namun untuk beberapa kes yang saya alami, hints itu hanyalah anggapan saya. Intuisi saya salah. Ada yang dah dengan orang lain, ada yang siap kahwin lagi. Maka jadilah saya orang yang akan cuba menafikan segala intuisi saya; intuisi saya yang cuba mentafsirkan hints atau clues orang sekeliling. Sentiasa mengagak-agak.



i hate you today,
i can't find a way,
don't drag me down now,


goodbye, i've had enough frustration
i won't get stuck, goodbye,
this dead end situation,
it's just not worth my time


it's all better today,
i never thought it would end up this way,
you got somethin' to say?
don't wanna hear it if it gets in my way
(halt)this confusion, wondering, so overwhelmed,
(halt) this illusion seems so clear,
(cant) find conclusion dissapointing evolution
not (all) things are what they appear


so whats the point of this hell?
i know you too well we're running backwards,


while waiting so frustrating,
im so sick of,
all this tension not to mention,
im so sick of,
can't take it,
you won't make it,
just save yourself the struggle,
can't do this,
try for yourself 'cuz im just fine!
-No Brains, Sum41

Sebenarnya kalau semua orang jelas, we can save the hassles of being confused. Rasanya memang ada waktu yang jelas-jelas dah tak nak ada kaitan langsung. Dingin. Ataupun dicadangkan untuk kena lempang. Memang berpeluh dingin dengar. Tapi ianya tak difahami, kenapa kalau beberapa masa selepas itu, masih berani lagi nak betegur sapa, dan masing-masing buat macam tak ada apa yang pernah berlaku.


Saya pada hakikatnya masih tak tahu banyak perkara tentang dia. Ayah dia muallaf? Oh dia ada kakak rupanya. Ataupun, siapa dia di sekolah dulu? Sekolah mana dia dulu? Dan sampai sekarang pun tak tahu secara tepat daerah mana dia tinggal. Tak pernah ingat pernah jumpa dia ataupun tidak. Sampai sekarang masih samar-samar.

Antara soalan yang kalau ditanya, saya tak berani nak cakap ialah, kenapa saya suka dia. Tapi baru-baru ni saya jumpa satu gambar, tp menyesal tak simpan sebab last-last tak ingat apa exact gambar tu cakap. 'Quote' itu lebih kurang begini kot bunyinya : That one girl. Yang sentiasa ada dalam hidup, tak pernah betul-betul pergi sepenuhnya dari hidup kita. Seorang kawan. That one girl,which in the end, kau tak bersama dengan dia lagi.

Damn. Kenapa ada rasa regret kat situ. Jadi salah satu sebabnya ialah mungkin akan rasa regret kalau orang macam ni hilang dari hidup kita.

Saya mungkin pernah cakap, sebab best borak dengan dia. Atau sebab lesung pipit dia. Tapi saya sebenarnya tengah belajar, bahawa saya suka dia sebab dia ialah Gigi Geraham. Perempuan cantik yang lain bukan Gigi Geraham. Dia adalah dia. Jika ada orang yang muka sebijik macam dia, tapi tidak ada personaliti seperti dia, maka itu bukan Gigi Geraham. Jika ada yang miliki personaliti macam dia, tapi tak kenal bertahun-tahun, maka itu bukan Gigi Geraham.

Saya tak akan cakap banyak lagi dah. Sebab yang pegang hati-hati manusia ni Tuhan. Nanti Maher, kamu cuba cari video youtube Syeikh Najmy - Attaching hearts to specific girl dan Jodoh oleh Ustaz Fathul Bari. Isinya best. Ada masa carilah, saya blah dulu."

Dan saya pun mencarinya, maka di bawah adalah video yang saya temui.





Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku namun saat ini, kau juga adalah penyakitku.
-Kitab Cinta, Wali

No comments: