"Ugh. Perasaan seolah-olah diri 'terbakar' kerana berhadapan dengan orang yang mempunyai 'aura kebaikan' di sekelilingnya adalah sesuatu yang tidak enak. Ya, sepatutnya mengelak sahaja, tapi ada baiknya juga berperasaan seperti ini. Sekurang-kurangnya, diri yang terbakar itu tahu bahawa masih ada lagi harapan yang wujud dalam dunia ini. masih ada orang baik dalam dunia ni."
Continue to stand tall albeit your soul is turning to ashes.
"Hei budak. Masa akan tetap berjalan. Sila transformasi diri, 'evolve', 'awakened' atau apa sahaja yang mereka panggil; sila berubah dalam cara yang mengkagumkan seiring dengan masa yang berjalan. Sebab dalam beberapa tahun akan datang (sekiranya aku masih hidup tentunya), aku ingin melihat semula kamu, antara orang-orang yang aku pernah kenal pada masa lepas, dan berasa kagum melihat perkembangan diri kamu."
***********************************************************************************************
Subway
"Eh, kau tau tak Subway (sebuah restoran sandwich) dah bukak kat center?"
"Betul Subway dah ada kat center?"
"Haah, dah seminggu dah."
"Betul ramalan aku. Aku dah lama ramalkan Subway akan bukak kat center lepas aku pernah pergi Subway yang kat Volshki tuh."
"Ah, kau ni tahyul nak main ramal-ramal pulak".
Contoh kedai Subway |
Suatu hari dalam minggu lepas, saya, Ezuwan dan Yadi pergi makan di Subway. Cantik, tambah lagi satu tempat sesuai untuk lepak-lepak kat Volgo ni, sambil makan-makan. Jika hendak jimat, beli satu roti Subway yang panjang itu kemudian bahagi dua dengan rakan anda. Anda boleh jimat 10rubel seorang, dan mungkin lebih, bergantung roti Subway yang anda beli.
Kelas OZZ.
Minggu lepas, saya, Ezuwan dan Yadi pergi bertiga makan di Subway selepas habis kelas OZZ. Apa yang diajar dalam kelas OZZ adalah sesuatu yang tidak diajar dalam subjek-subjek medik yang lain. Kami belajar statistik, bagaimana untuk menggunakan algebra, rumus dan macam-macam lagi untuk mengira statistik. Kami juga belajar tentang bagaimana sistem perkhidmatan kesihatan berfungsi di negara-negara seperti USA, Jepun, China, Jerman dan Rusia sendiri. Dan dalam kelas OZZ itu juga saya mendengar pengakuan cikgu sendiri bahawa sistem pembelajaran medik di Rusia adalah satu kesilapan.
" Kamu perasan tak yang selama 6tahun kamu belajar kat sini, apa yang kamu belajar semuanya teori. Sikit atau mungkin tak ada praktikal langsung. Pernah kamu buat prosedur (.......)? Cuba kamu terangkan macamana nak buat (......)? Sebenarnya bukan kamu, foreigner students je yang mengalami masalah macam ni. Russian students sendiri pun tak boleh nak jawab.
Bukannya sebab apa. Di sini kamu semua disumbatkan dengan teori dalam kuantiti yang sangat banyak dengan harapan suatu masa nanti, bila kamu berpeluang mempraktikkannya, mungkin kemudahan-kemudahan dan peralatan-peralatan medik itu ada, kamu boleh keluarkan teori tu daripada kepala kamu dan gunakan ilmu pengetahuan yang ada pada kamu. Kat sini tak banyak peralatan yang canggih...
Kamu juga tak diajar bagaimana untuk memberikan ubat kepada pesakit berdasarkan status sosioekonomi mereka. Kamu harus berikan ubat yang cost effective buat pesakit. Mungkin ada ubat yang sangat berkesan, tapi kalau pesakit tak mampu, nak buat apa? Berdasarkan apa yang saya tahu, contohnya di UK, doktor-doktor yang buka klinik swasta gaji mereka dibayar oleh kerajaan mengikut jumlah pesakit yang datang berjumpa dengan mereka. Di UK pesakit akan memilih doktor-doktor yang mampu berikan perkhidmatan dan rawatan yang terbaik buat mereka, rawatan yang cost effective, mengikut guidelines yang ditetapkan oleh syarikat insurans kesihatan dan sebagainya.
Berapa harga ubat, ubat yang mana lebih berkesan, itu semua perlu diketahui oleh doktor di UK jika mereka ingin memperoleh gaji dari kerajaan. Sangat kompetitif."
Teringat pula kata-kata Abang Syukri yang sekarang ni sudahpun bergelar MO di Malaysia, seorang senior lepasan VSMU, " Memang akan ada satu masa nanti kamu lepasa dari Rusia ni rasa bodoh sangat, tak tau apa-apa. First thing first, korang kena terima hakikat tu. Tapi persoalannya adalah, adakah korang tak boleh adapt dengan situation tu? Adakah korang tak boleh jadi seorang doktor yang baik? Dengar sini. Berdasarkan pemerhatian, graduan lepasan dari Rusia lah yang memiliki adaptive skill yang paling tinggi".
Mungkin lambakan teori yang disumbat di Rusia ada kaitan dengan adaptive skill yang Abang Syuk cuba nak sampaikan. Layan. Tadahkan kepala untuk serap semuanya, harap-harap berguna di masa hadapan. Harap-harapnya semua akan 'make sense' nanti.
Tetang Hari Kiamat.
Berbalik kepada kisah kami makan roti di Subway. Sedang kami makan, tiba-tiba topik berkaitan dengan Hari Kiamat timbul. Memang topik Hari Kiamat adalah suatu topik yang besar dan abstrak, dan hanya Allah sahaja yang tahu tentang bila berlakunya Hari Kiamat itu. Namun itu tidak bermakna semua orang tidak patut membincangkannya, dan tidak patut bertanya apa-apa soalan sekalipun berkaitan hal itu.
Sebab bagaimana seseorang itu hendak tahu benda yang benar, benda yang betul kalau dia tidak dibenarkan langsung untuk bertanya? Pertanyaan adalah perlu, namun jawapan dan perbincangannya haruslah berdasarkan sumber-sumber yang jelas dan sahih. Jangan mengatakan sesuatu yang kita tidak ada pengetahuan tentangnya, dan jangan sekali-kali membuat andaian. Kesimpulannya, seseorang itu haruslah sentiasa bertanya semua perkara yang tidak dia fahami, mendengar hujah-hujah dari sumber yang sahih atau 'legit', membandingkan kesemua perbincangan atau hujah yang ada, dan akhir sekali membuat keputusan untuk menerima atau berpegang dengan hujah yang mana satu.
"Mengikut hadis sahih, menjelangnya hari kiamat, akan berlaku satu pertempuran terbesar antara orang islam dan bukan islam. Satu pertiga akan lari dari medan perang - golongan ini Allah tidak akan ampunkan sampai bila-bila, satu pertiga lagi akan mati syahid, dan satu pertiga lagi yang masih tinggal akan menang dan mereka inilah yang akan menikmati hasil kemenangan itu.
Seorang ulama yang menyampaikan hadis ni memberikan pesan, jangan kita doa supaya pertempuran tu berlaku dalam masa terdekat, atau kita berdoa semoga kita terlibat dalam orang-orang yang berperang itu, sebab boleh jadi bila masa tu tiba, kita sebenarnya tak bersedia dan tak mampu untuk menerima dugaan tersebut. Takut-takut kita yang akan jadi satu pertiga yang lari dari medan jihad tu. Sebaliknya kita haruslah sentiasa berdoa agar kita mendapat perlindungan Allah, dan semoga kita tidak tergolong dalam orang-orang yang Allah murkai."
"Aku tak rasa kiamat tu akan berlaku dalam zaman kita. Mungkin zaman anak cucu kita nanti"
"Tak boleh cakap macam tu. Kita tak tahu bila kiamat boleh berlaku. Bila-bila je"
"Haah. Kita tengok je la perubahan sekeliling kita. Kalau orang yang dah mati 50, 70tahun lepas, hidup semula hari ni, dia pasti rasa dia macam dah ada kat dunia lain. Perubahan berlaku di sekeliling kita, teknologi, bangunan-bangunan pencakar langit, transport, internet. Cuma kita je yang tak sedar. Kita sekarang berada kat zaman semuanya berlaku dengan pantas.
Kalau kita tengok, dulu masa kita darjah 6, kita tak pernah tahu bayangkan pun orang putih tu ada yang islam. Apa yang kita tau hampir semua mat saleh tu Kristian kan? Tapi sekarang kita tahu kita dah tak boleh cakap macam tu lagi. Islam dah tersebar kat merata dunia dengan pesat.
Dan kalau kita tengok hadis yang cerita pasal fasa-fasa pemerintahan, iaitu pemerintahan nubuwwah (nabi), khalifah-khalifah, kemudian diganti dengan pemerintahan-pemerintahan yang seterusnya, kita ni boleh kata dah fasa kedua terakhir dah ni".
(sumber boleh tengok video di bawah....saya harap mungkin ada yang boleh beritahu kesahihan hadis tersebut....)
Perhatikan bagaimana zaman berubah. Manusia pun berubah. Perhatikan sekeliling. Atau kita juga boleh perhatikan diri kita sendiri, sejauh mana kita dah berubah dalam puluhan tahun yang telah kita lalui.
2 comments:
salam
aiseh, br nk reply komen tu. tgk2 dh kena remove. apa pun, terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen.
:)
Jgn gv up bro.
Post a Comment