" Sedikit sebanyak, mungkin saya dah jumpa apa yang saya cari. Selama ni saya berharap akan menemui setiap penyelesaian untuk setiap masalah dalam hidup. Saya nak hidup saya sempurna, tahu segala-galanya. Tapi apa yang saya temui ini, tidak menjanjikannya. Sebaliknya, apa yang saya temui ini memberitahu saya bahawa walaupun saya tidak tahu tentang satu perkara, tapi jawapan sentiasa ada. Bila masa itu tiba, saya akan memperoleh jawapannya. Setakat ini satu demi satu benda baru yang saya belajar. Keyakinan saya tak akan goyah lagi. Mungkin boleh dikatakan perkara ini adalah sesuatu yang saya boleh pegang walaupun masih terdapat banyak perkara lagi yang saya masih tidak tahu".
-Tentang jalan orang-orang zaman silam.
"Kalau seseorang itu dapat tidur, bangun, makan, kerja dan bermain atau berehat, dia sebenarnya dah memiliki seluruh dunia".
"Aku memang tak guna! Macam mana aku boleh terfikir pun nak buat keputusan seperti itu. Bila fikir balik, aku hanya ikutkan emosi semata-mata. Aku tak pernah bersedia, tambahan pula ada tanggungjawab yang harus diselesaikan. Macam tak sedar kemampuan sendiri".
Harus guna otak, bukan perasaan. Harus sabar, dan tidak tergesa-gesa.
"Dont rush things. If the thing is worth having, it is certainly worth waiting."
**********************************************************************************************
Tahun pertama pengajian. Hujung tahun 2006.
"Bang, zachot tu apa? Saya dengar zachot tu macam...benda yang kalau kita dapat kita dah tak payah jawab exam. Betul ke?" tanya saya kepada senior.
"Ha? Kalau dapat zachot tak payah jawab exam? ....Kahkahkahkahkah!"
Peh. Tanya je pun, tak pasal-pasal kena gelak. Lawak sangat soalan itu agaknya.
"Benda yang sebaliknya. Zachot tu lah yang korang kena dapatkan supaya korang boleh jawab exam. Yang pasal tak payah jawab exam tu, nama dia avtomat. Benda lain." senior yang lain menerangkan.
Zachot seperti jam kredit bagi subjek-subjek yang kita belajar untuk satu-satu semester. Setiap pelajar di sini memiliki satu buku khas yang dipanggil buku zachot. Apabila peperiksaan menjelang tiba, sesi pengajian akan berakhir. Maka tugas setiap pelajar adalah mendapatkan pengesahan jam kredit daripada cikgu untuk setiap seubjek yang dipelajari.
Namun tak semua akan mendapat pengesahan tersebut kerana terhalang oleh beberapa masalah. Hal ini akan menyebabkan seseorang pelajar tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan. Antara masalah-masalah yang wujud adalah, seorang pelajar tersebut tidak datang lecture, dalam kelas pernah fail dan perlu menghadiri kelas ulangan, ataupun pernah tertinggal kelas samada disebabkan sakit ataupun sengaja ponteng kelas.
Hidup tak seronok kalau proses mendapatkan zachot terlalu lancar. Jadi di sini saya sebagai senior menasihatkan junior untuk sekali sekala dalam hidup, tidak salah rasanya mempunyai masalah untuk mendapatkan zachot. Itu semua adalah asam garam belajar di Rusia. Rasa berdebar-debar, bimbang tidak dapat menduduki peperiksaan, itu semua adalah pengalaman yang sukar diperoleh. Tapi memandangkan ramai pelajar zaman sekarang yang 'always play by the rules' dan rajin, maka lupakan nasihat saya. Anggap sahaja saya bergurau. Heheh. Nanti ada pula yang kata saya suruh mereka ponteng kelas, fail dalam kelas. Bagi yang tak pernah gagal, berani tak untuk gagal?
Hey, failures mean you can begin again more intelligently. Don't fret it.
November 2011.
Saya ditugaskan untuk mengambil zachot daripada Khortieva, seorang cikgu Therapy. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang Pulmonology (pakar paru-paru).
"Katalah, katalah awak dibenarkan melanjutkan pelajaran, awak nak pilih bidang apa?"
"Hmm, buat masa sekarang saya tak tahu lagi nak pilih apa, samada nak lanjutkan kepakaran atau tidak pun saya tak tahu lagi. Tapi mungkin, kalau berpeluang saya akan ambil Pediatrik."
Ok Pediatrik sebenarnya adalah bidang yang susah, dan saya tak ada sebab pun sebut Pediatrik sebagai pilihan saya melainkan sebabnya hanyalah saya suka tengok budak kecil. Tapi kita memang kena pilih benda yang kita suka, bukan?
"Uuu...Pediatrik? Susah, susah. Salah satu sebab dia awak tahu tak kenapa? Kalau awak jumpa pesakit dewasa, awak boleh tanya dia soalan yang boleh difahami. Tanya budak? Apa pun tak boleh jawab...", cikgu memberikan nasihat.
'Hmm, betul jugak kan' (baru jumpa 'disadvantages' Pediatrik setelah 5tahun belajar medik. Huh)
"Apa pendapat cikgu tentang Psychiatry?"
Jujurnya Psychiatry bagi saya adalah sesuatu yang menarik. Tugas yang utama adalah mendengar macam-macam cerita daripada pesakit. Serius, benda ini betul. Setiap pelajar akan ada subjek atau 'cycle' Psychiatry,dalam tahun kelima pengajian di mana pelajar-pelajar akan berinteraksi dengan mereka. Kami diberi pesakit yang tergolong dalam kategori sederhana teruk. Pesakit saya bulat dan comel. Dia mula menceritakan kisahnya kepada kami. Tentang dia ada kelas muzik (belajar piano kalau tak silap), dan tentang dia yang dah kehilangan ibunya ketika masih kecil. Dia minta kertas, saya bagi. Dia minta pen pun saya bagi melihatkan dia nak sangat menulis dan melukis. Tapi lepas itu saya dimarahi rakan-rakan kelas saya sebab bagi benda tajam kat pesakit. Dikhuatiri pesakit akan menggunakannya untuk melukakan dirinya sendiri atau pesakit lain. 'Cis. Kecoh gila, rilek sudah la. Dia nak tulis la guna pen tu.'
Kalau kategori pesakit psikiatri paling teruk? Duduk dalam ward yang macam penjara. Mereka dilabel agresif dan berbahaya kepada masyarakat. Cool.
Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian, kadang-kadang susah juga membezakan yang mana betul, yang mana satu adalah sekadar imaginasi atau cerita rekaan pesakit.
"Psychiatry, hmm...bagus jugak. Tapi baik pilih Neurology. Kalau saya diberi peluang sekali lagi, saya nak pilih Neurology. Buat Physical Examination, tengok simptom-simptom, kemudian bagi rawatan. Kemudian tengok progres pesakit.
Saya tak galakkan awak mengelak dari jadi pakar dan jadi doktor biasa sahaja. Sebab apa? Biar saya cerita kat awak. Jadi doktor biasa lagi awak kena fikir pasal banyak perkara, awak perlukan lebih banyak masa untuk belajar semua penyakit yang ada dalam dunia ni. Jadi pakar senang, awak hanya perlu fokus satu bahagian sahaja.
Dan bagi saya, saya tak berminat ambil bidang-bidang yang rawatannya kompleks dan tak menunjukkan sebarang hasil. Macam mana nak rawat penyakit gila? Susah. Nak rawat penyakit-penyakit macam Diabetes dan yang berkaitan dengan hormon - Endocrinology, penyakit-penyakit tu hanya boleh dilambatkan prosesnya, tak dapat sembuh 100%. Bidang Cardiology pulak,huh, membosankan. Ramai Cardiologist satu hal, dan lagi satu, Cardiologist, tengok ECG je dah boleh tahu apa penyakitnya", cikgu bercerita dengan panjang lebar.
"Awak ada masa 6 bulan lagi kan? Awak gunakan masa ni untuk belajar sedikit sebanyak bagaimana nak sambung pakar di negara awak ,berapa lama masa belajar..."
"Ok, nanti saya tengok-tengok".
...bersambung...
3 comments:
cool..sy pun cite2 nak smbung pediatrik..tpi bila pk sy nak jd doc bese2 je..haha..now dah baca entri rasanya kene pk 100 lagi...
anda ada 6 bulan lgi doktor maher...hehe
heheh...sabar dulu...byk lagi point-point penting yang akan dikemukakan...br tu baru blh fikir nak jadi pakar ke tak...huhuh
wau...
Post a Comment