javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Monday, October 10, 2011

Perjalanan Menjadi Kabur Kembali


Boleh saya katakan sewaktu saya pulang ke Malaysia, berada di sana selama 2 bulan, saya belajar banyak perkara tentang 3 skop besar dalam hidup saya. 3 skop besar itu adalah perhubungan, pendirian dalam hal-hal agama dan juga hal-hal berkaitan ekonomi.

Benda-benda dalam hidup ni, kita belajar. Mungkin sekarang kita tak faham, tapi suatu hari nanti kita akan faham.

They all gonna make sense. If not now, later.

Saya akan sentiasa teruja atau excited apabila belajar benda-benda baru. Kalau sebelum ini saya sangat sukakan kajian tentang personaliti, dan dengan personaliti itu saya boleh lihat aplikasi atau praktikalnya dalam dunia, saya juga temui topik baru pula. Tentang bagaimana ekonomi berfungsi.

Serius menarik. Tentang pelaburan, saham, bisnes. Rumah, hartanah. Ianya juga menarik sebab sedikit sebanyak kita tahu macam mana dunia ni berfungsi.

Namun menjadi kebiasaan, saya akan terlalu tenggelam dalam perkara-perkara tersebut, hingga pada akhirnya saya akan jadi kabur dengan perjalanan hidup.

Kemudian perkara lain yang saya sedar ialah,
Saya seorang yang selalu memberontak, biarpun dalam senyap.
Saya juga seorang yang selalu buat silap.

Saya buat silap dalam perhubungan, saya buat silap dalam menyatakan pendirian saya dalam bab agama sampai membawa kerosakan dan saya juga terlalu mengejar kewangan hingga memenuhi kepala otak saya.

Saya sentiasa percaya bahawa kalau seseorang itu ingat kematian, kematian akan beritahu dia apa yang penting dalam hidup. Dan untuk masa sekarang, benda tu kabur. Bising. Terlalu banyak bunyi di sekeliling, bunyi dalam hati, dalam kepala otak.

Perlu banyak masa lagi untuk fikir. Sekarang dah final year. Masa semakin suntuk.










2 comments:

isaura_88 said...

semua org pernah melakukan kesilapan n semua tu membuat kita berfikir n berusaha utk berubah ke arah yg lebih baik...moga mendapat kebahagian n rahmat dariNYA...tc~~~

Pengembara said...

betul. semoga kita semua mendapat kebahagiaan dan rahmat daripada-Nya...