javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Thursday, October 20, 2011

Meeting Terakhir

Hari : Sabtu
Jam menunjukkan 8 malam.

Berjalan pada waktu malam, sambil mendongak ke langit. Baru sahaja selesai meeting dengan beberapa orang ajk kelab UMNO Volgograd di restoran Riviera. Perjumpaan untuk merangka bagaimana pemilihan ahli-ahli jawatankuasa KUV yang baru akan dibuat. Walaupun terdapat banyak pendapat, akhirnya keputusan disepakati.

Maka saya pun berjalan kaki pulang ke rumah. Saya tak tahu berapa jauh jarak restoran itu dengan rumah saya, yang pastinya tak sampai 1km. Mungkin 500m. Mungkin lebih, mungkin juga kurang.

Ah, tak lama lagi saya akan melepaskan jawatan sebagai presiden. Memang sebelum balik Malaysia sempena cuti musim panas lagi dah bercadang nak mengadakan pilihanraya, tapi pada waktu itu semua pelajar sibuk menghadapi exam dan bersiap sedia untuk pulang.

Saya berjalan-jalan bersama seorang junior sebelum kemudiannya dia membelok untuk masuk simpang pulang ke rumahnya.

"Aku dengar tadi masa meeting budak-budak ni bincang pasal jumpa Datuk la, PM la apa semua tu....hish, kalau aku, aku tak biasa la benda-benda macam tu..", dia menyuarakan kegusarannya kepada saya.

"Hmm..aku pun tak biasa. Kebetulan aku tak perlu buat apa-apa tugas yang memerlukan aku untuk deal dengan orang-orang besar."

"Ye ke? Habis masa kau kat Malaysia, ada program apa semua...kau tak terlibat ke?"

"Macam tadila aku cakap, kebetulan tahun ni misalnya yang kena uruskan program pre-departure ke Rusia, budak-budak dari Nizhny. Aku datang tunjuk muka je. Tapi bagi aku la, tak payah risau....aku rasa kalau kita diberikan tugas tu, kita sendiri akan tergerak untuk belajar dan buat benda tu, sebab benda tu di bawah tanggungjawab kita. Kita mesti akan buat sedaya upaya untuk menjayakan program tu punya. Jadi tak payah risau kalau mampu atau tak untuk waktu sekarang."

Hakikatnya, walaupun saya seorang presiden, tak banyak benda pun yang saya pernah buat atau jadi ketua projek. Masa MIRC games, rakan batch yang jadi ketua projek - Faiz, untuk raya - Nadzrul. Kalau ada pun benda yang saya jadi ketua, benda itu ialah uruskan jubah 6th year, itupun berterabur. Bagaimana saya boleh jadi presiden, banyak faktor yang terlibat. Ceritanya panjang, dan biarlah disimpan untuk hari lain.

Saya pegang jawatan tersebut hampir dua tahun. Hanya tahun kedua barulah Kelab UMNO Volgograd semakin aktif sedikit. Tapi terus terang cakap, kalau nama KUV naik, yang menaikkan nama KUV itu tidak lain dan tidak bukan adalah ajk-ajk KUV itu sendiri. Peranan saya hanyalah perantara idea-idea bernas mereka dan penyusunan tugas.


Calon-calon yang bertanding

Semua calon-calon yang bertanding terdiri dariapada ajk-ajk KUV itu sendiri. Sebenarnya pencalonan juga terbuka kepada orang luar, namun mungkin sebab salah faham ataupun memang reputasi ajk-ajk KUV yang cemerlang maka semua calon kali ini terdiri daripada ajk KUV.

Semua calon-calon memang mempunyai kredibiliti masing-masing, dan saya tidak berpihak atau cenderung kepada sesiapa pun.

Ajim menang tanpa bertanding sebagai calon tunggal untuk presiden. Dia memang mempunyai semangat berpolitik yang tinggi, sewaktu di Malaysia dia pernah beritahu saya dia sudah pun mendaftar sebagai salah seorang ahli Putera UMNO. Dahsyat.

Persaingan paling sengit adalah untuk jawatan Timbalan, Naib 1 dan Naib 2. 5 orang yang akan bertanding adalah Khairul Afham, Sulastini, Hidayah Abdullah, Firdaus Zaid dan Mohd Khalisan.
Mereka semua best.

Sms Khairul Afham ketika saya mula-mula mengajaknya menyertai KUV, "Aku dah jadi ahli MSA, boleh ke? Aku kalau ikutkan lagi prefer Umno daripada MSA". Sulastini pula berjaya uruskan program perjumpaan dengan senior, ada pengalaman anjurkan perjumpaan dengan Tun Mahathir. Dengar cerita emak Hidayah Abdullah orang umno (bak kata Khai), Firdaus Zaid pula pernah memegang jawatan Presiden sewaktu di MRSM dulu dan Mohd Khalisan pula seorang yang jujur; dia pernah beritahu saya yang dia melihat kelab umno ni sebagai satu platform untuk melatih diri dia, sebab dia bercita-cita nak bergiat dalam politik di Malaysia nanti.

Calon lain yang bertanding, Amilin dan Fadhlin untuk jawatan Setiausaha, manakala Nazmeen menang bendahari tanpa bertanding.


p.s ; mungkin bukan meeting terakhir, saje taruk nama begitu untuk menimbulkan kesan dramatik

4 comments:

Cuiya Razak said...

haha,,oke abg maher..
ape motifnye?..mcm buat laporan persaraan je...hehehe

Pengembara said...

hahaha...takde apa, saje tulis, cuba berusaha nak buat novel ni...kuikuikui

Unknown said...

awwww mahirrr sadis gilaaaaaaa !!!

Pengembara said...

awwww hahaha...aku fikir banyak kali nak post entri ni, simpan beberapa hari...lol..nampaknya aku kena buat post baru