Ini adalah video-video Dr Asri. Malangnya banyak sangat bunyi muzik di belakangnya. Mudah-mudahan kita ambil mana yang elok.
“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari)
Mudah-mudahan kita memiliki hati yang baik. Menyertakan hati kita dalam setiap apa yang kita lakukan.
Jangan Kau serahkan urusan kepadaku walau satu saat. Bagaimanalah, seorang hamba itu, dengan memiliki sifat-sifat ketidaksempurnaannya, dengan kejahilannya, mampu menguruskan hidupnya sendiri?
Wahai Tuhan yang maha penyayang, Wahai Tuhan yang Sebaik-baik Penolong...peganglah hati-hati kami. Jangan Engkau pesongkan hati kami, sesudah Engkau berikan hidayah kepada kami.
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.
Friday, January 13, 2012
Wednesday, January 11, 2012
Real Steel (2011), 50/50 (2011)
Dua filem terbaru yang saya rasakan best. Real Steel (yeah, Hugh Jackman) dan 50/50 yang diinspirasi dari true story, comedy.
Real Steel
Sinopsis cerita :
"Set in the near future, where robot boxing is a top sport, a struggling promoter feels he's found a champion in a discarded robot. During his hopeful rise to the top, he discovers he has an 11-year-old son who wants to know his father." -IMDB
Saya petik satu quote yang saya suka :
[referring to Noisy Boy losing getting badly beaten in the fight with Midas]
Max Kenton: You never should have taken that fight.
Charlie Kenton: Oh, really? Really? Thanks, genius!
Max Kenton: Do you even think about the stuff you do before youdo it? You had no idea how to fight that fight! Those combination codes, you didn't even know what half of them even meant. You just threw him in there cocky and half-assed! Of course you lost, you didn't even give him a chance.
Charlie Kenton: He wasn't that good.
Max Kenton: Noisy Boy was a great robot.
Charlie Kenton: Was! Was a great robot! Back in the league, back in the day. But look around you, kid. This place, this place is where once great robots go to die,
Max Kenton: So throw him away. That's what you do, right? Anything you don't need, you just throw away?
Charlie Kenton: Wow. It's been a long night, alright? You wanna sleep in doors? Now shut up and get in the truck.
[Max just looks at him]
Charlie Kenton: Don't look at me like that. Get in the truck!
[Max gets up and goes into the truck]
Charlie Kenton (Hugh Jackman) yang berlakon sebagai ayah, mempunyai perwatakan yang degil, keras kepala. Dia juga mudah yakin menang walaupun hanya berjaya untuk seketika waktu, yang kemudiannya akan kalah. Seorang yang melarikan diri dari banyak perkara.
Ada DUA orang kawan saya nangis tengok cerita ini. Bila saya cakap saya tak nangis, mereka bersungguh-sungguh nak saya mengaku yang saya pun nangis tengok cerita itu, supaya saya pun boleh join the club. Lol. Hello, aku tak nangis, tak nangislah!
Awesome movie. Seriously, best movie 2011!
50/50
"Inspired by a true story, a comedy centered on a 27-year-old guy who learns of his cancer diagnosis, and his subsequent struggle to beat the disease." - IMDB
50/50 adalah peratusan dia boleh survive/hidup/sembuh daripada kanser tersebut - 50%.
Adam: A tumor?
Dr. Ross: Yes.
Adam: Me?
Dr. Ross: Yes.
Adam: That doesn't make any sense though. I mean... I don't smoke, I don't drink... I recycle...
Sesiapa sahaja boleh kena cancer. Even kamu. Atau saya. Tapi mudah-mudahan kita dijauhkan dari penyakit.
Cikgu saya Margarita Viktorovna, seorang pakar ginekologi pernah cakap, " Ada orang (tokoh sains) cakap, sebenarnya semua orang ada cancer. Cuma tunggu masa sahaja...."
Sekarang saya sedang belajar subjek OZZ, statistik untuk exam nanti. Jadi sukalah saya untuk letak beberapa perkara di sini berkaitan medik.
Dalam 100 000 orang penduduk (Rusia), 60 orang akan kena kanser payu dara, 45 orang kena kanser paru-paru, 30-50 orang kena kanser perut, dan 16 orang akan kena kanser rahim and the list goes on...
Anda boleh juga lawat website ini, yang menceritakan tentang statistik berkaitan kesihatan di seluruh dunia, termasuklah malaysia. Mungkin anda berminat sebab-sebab kematian yang paling tinggi di Malaysia - kanser ke, kemalangan jalan raya ke atau apa-apa sahaja. Mungkin anda juga mahu tahu purata jangka hayat seseorang. Silakan melihat. Kredit diberikan kepada Nazrul sebab jumpa website tersebut.
http://www.worldlifeexpectancy.com
Berbalik kepada cerita, cerita itu best sebab dia tunjukkan bagaimana sifat seorang kawan yang betul-betul kawan. Bagaimana certain orang di sekeliling kita, akan cuba membantu kita walaupun di hadapan mata kita, kita tak nampak pun usaha mereka. Juga mungkin tentang certain orang yang lari bila orang terdekat menghadapi masalah.
Labels:
filem
Tuesday, January 10, 2012
Gigi Geraham
Dah lama rasanya tak menulis cerita, mungkin seperti post Manusia Setan dan Sufi Sesat ataupun Ketua Kampung Utopia. Kali ini, saya ingin bercerita tentang kisah Budak Kacamata dengan Gigi Geraham. Anggap sahaja saya mendengar kisah ini daripada mulut seorang kawan, iaitu Budak kaca mata. Penceritaan semula di bawah adalah dengan menggunakan gaya bahasa saya sendiri. Fair enough.
Budak Kacamata itu pun bercerita kepada saya,
"Gigi Geraham adalah nama seorang gadis (gadis : pada tahun 2012) yang suka menyamar. Kadang-kadang dikenali sebagai Lisa Surihani, dan baru-baru ini membuat pengakuan bahawa dia adalah Tiz Zaqyah. Sebenarnya nama gigi geraham itu adalah translation daripada bahasa Arab menurut seorang ustaz.
Saya tidaklah dapat untuk meletakkan atau menunjukkan gambarnya kepada kamu, Maher a.k.a Abang Macho (lol sedap-sedap memasukkan nama sendiri), sebab jika saya melakukannya dan kantoi, saya pasti akan diberi sindiran berupa video Ustaz Azhar Idrus - Hukum Simpan Gambar Perempuan. Dang.
"Mungkin kitakan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan
segalanya ketentuan tuhan
Mungkinkan terputus di tengah jalan
mungkinkan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir
mungkin kitakan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan segalanya"
-Cinta Terakhir, Aiman
Kalau ada 'period' saya teruk dalam hidup saya, saya boleh kata 'period' itu adalah saat saya bukan lagi pelajar sekolah menengah. Saya tak bersedia dengan dunia luar, saya kekok. Saya tidak tahu bagaimana untuk bertindak, bagaimana membuat keputusan dan sebagainya. Saya terjerumus dalam banyak perkara yang bukan-bukan.
Helaan-helaan nafas menjadi semakin panjang, namun tak sedikitpun melegakan dada yang sesak.
Memang perkenalan dengan dia, sebenarnya memang take a spot kat hati. Tapi macam yang saya ceritakan tadilah, saya dengan masalah saya. Main game? Pelajaran? Usrah? Rambang mata? Overpossesive? Attached? Jealousy? Dan memang dari dulu lagi, salah satu sifat saya adalah melepaskan apa-apa atau siapa-siapa kerana malas berfikir tentang masalah, yakin bahawa saya sudah terlalu banyak masalah dalam hidup.
Maka tidak hairanlah jika saya dikatakan seperti biskut. Indecisiveness. Kejap ada, kejap takde. Abang Macho pun tahu kan yang manusia akan sentiasa berperang baik dan jahat? Untuk sesetengah orang the heat of battle is too strong, walaupun sebenarnya mungkin masalah kecik je, hmm lets say nak mandi ke tak. haha. Ok tipu tak logik.
Peperangan ni berlangsung untuk berminggu-minggu, berbulan-bulan dan boleh kata bertahun. Dan adakah peperangan ni dah tamat? Belum lagi. Tapi dah bertahun berperang, mustahil kita tak belajar apa-apa pun kan daripada peperangan itu? Yang penting kita terus mencari, dan terus ingin menjadi baik.
Saya tak berani cakap Gigi Geraham pernah bagi hints atau tidak. Seumur hidup saya, saya memang yakin diri mengenal pasti hints atau clues orang sekeliling. Namun untuk beberapa kes yang saya alami, hints itu hanyalah anggapan saya. Intuisi saya salah. Ada yang dah dengan orang lain, ada yang siap kahwin lagi. Maka jadilah saya orang yang akan cuba menafikan segala intuisi saya; intuisi saya yang cuba mentafsirkan hints atau clues orang sekeliling. Sentiasa mengagak-agak.
i hate you today,
i can't find a way,
don't drag me down now,
goodbye, i've had enough frustration
i won't get stuck, goodbye,
this dead end situation,
it's just not worth my time
it's all better today,
i never thought it would end up this way,
you got somethin' to say?
don't wanna hear it if it gets in my way
(halt)this confusion, wondering, so overwhelmed,
(halt) this illusion seems so clear,
(cant) find conclusion dissapointing evolution
not (all) things are what they appear
so whats the point of this hell?
i know you too well we're running backwards,
while waiting so frustrating,
im so sick of,
all this tension not to mention,
im so sick of,
can't take it,
you won't make it,
just save yourself the struggle,
can't do this,
try for yourself 'cuz im just fine!
-No Brains, Sum41
Sebenarnya kalau semua orang jelas, we can save the hassles of being confused. Rasanya memang ada waktu yang jelas-jelas dah tak nak ada kaitan langsung. Dingin. Ataupun dicadangkan untuk kena lempang. Memang berpeluh dingin dengar. Tapi ianya tak difahami, kenapa kalau beberapa masa selepas itu, masih berani lagi nak betegur sapa, dan masing-masing buat macam tak ada apa yang pernah berlaku.
Saya pada hakikatnya masih tak tahu banyak perkara tentang dia. Ayah dia muallaf? Oh dia ada kakak rupanya. Ataupun, siapa dia di sekolah dulu? Sekolah mana dia dulu? Dan sampai sekarang pun tak tahu secara tepat daerah mana dia tinggal. Tak pernah ingat pernah jumpa dia ataupun tidak. Sampai sekarang masih samar-samar.
Antara soalan yang kalau ditanya, saya tak berani nak cakap ialah, kenapa saya suka dia. Tapi baru-baru ni saya jumpa satu gambar, tp menyesal tak simpan sebab last-last tak ingat apa exact gambar tu cakap. 'Quote' itu lebih kurang begini kot bunyinya : That one girl. Yang sentiasa ada dalam hidup, tak pernah betul-betul pergi sepenuhnya dari hidup kita. Seorang kawan. That one girl,which in the end, kau tak bersama dengan dia lagi.
Damn. Kenapa ada rasa regret kat situ. Jadi salah satu sebabnya ialah mungkin akan rasa regret kalau orang macam ni hilang dari hidup kita.
Saya mungkin pernah cakap, sebab best borak dengan dia. Atau sebab lesung pipit dia. Tapi saya sebenarnya tengah belajar, bahawa saya suka dia sebab dia ialah Gigi Geraham. Perempuan cantik yang lain bukan Gigi Geraham. Dia adalah dia. Jika ada orang yang muka sebijik macam dia, tapi tidak ada personaliti seperti dia, maka itu bukan Gigi Geraham. Jika ada yang miliki personaliti macam dia, tapi tak kenal bertahun-tahun, maka itu bukan Gigi Geraham.
Saya tak akan cakap banyak lagi dah. Sebab yang pegang hati-hati manusia ni Tuhan. Nanti Maher, kamu cuba cari video youtube Syeikh Najmy - Attaching hearts to specific girl dan Jodoh oleh Ustaz Fathul Bari. Isinya best. Ada masa carilah, saya blah dulu."
Dan saya pun mencarinya, maka di bawah adalah video yang saya temui.
Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku namun saat ini, kau juga adalah penyakitku.
-Kitab Cinta, Wali
Sunday, January 8, 2012
Tawassul
Mungkin ada yang sudah tahu apa itu tawassul, tapi tahukah kita tawassul yang bagaimana yang dibolehkan? Buat yang tidak tahu, tawsssul itu bermaksud mendekatkan diri....ada kaitan dengan perkataan wasilah.
Dipetik dari IslamQA pada link http://islamqa.info/id/ref/3297
Tawassul Bid'ah dan Tawassul yang Disyariatkan
Soalan : Saya ingin bertanya tentang tawassul. Saya tahu bahwa orang yang meminta tawassul (perantaraan) dari kuburan atau meminta kepada orang mati adalah doa kepada selain Allah, dan itu tidak benar. Akan tetapi ada orang bilang, tetapi apa salahnya saya meminta doa kepada orang shalih yang masih hidup? Dengan begitu, apa salahnya pula meminta doa itu darinya sesudah dia meninggal dunia? Bagaimana saya menjawab sanggahan saudara saya itu? Tawassul bagaimana yang dibolehkan? Dan tawassul bagaimana yang tidak dibolehkan?
Jawapan :
Al-Hamdulillah. Tawassul secara bahasa artinya mendekatkan diri.
Di antaranya dalam firman Allah:
"…dan memohon wasilah untuk mendekatkan diri kepada Rabb mereka."
Tawassul dibagi menjadi dua: Tawassul yang disyariatkan, dan tawassul yang dilarang.
Tawassul yang disyariatkan yaitu:
Mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan yang Dia cintai dan Dia ridhai berupa ibadah-ibadah yang wajib dan sunnah, baik berupa ucapan, perbuatan atau keyakinan.
Bentuknya bisa bermacam-macam:
Pertama:Ber-tawassul kepada Allah dengan Asma dan Shifat-Nya.
Allah berfirman:
"Hanya milik Allah asma-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma-ul husna itu dan tinggalakanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."(QS. Al-A'raaf : 180)
Caranya, seorang hamba ketika berdoa kepada Allah, terlebih dahulu menyebutkan nama-Nya yang sesuai dengan permintaannya; seperti menyebutkan nama Yang Maha Pengasih (Ar-Rahmaan), ketika ia meminta belas kasihan; atau menyebut nama Yang Maha Pengampun (Ghafuur), ketika memohon ampunan, dan sejenisnya.
Yang kedua: Bertawassul kepada Allah dengan iman dan tauhid.
Allah berfirman:
"Ya Rabb kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, karena itu masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah). " (QS. Ali Imraan : 53)
Yang ketiga: Bertawassul dengan amal shalih.
Yakni dengan cara seorang hamba memohon kepada Rabb melalui amalan paling ikhlas yang pernah dia lakukan, yang bisa diharapkan, seperti shalat, puasa atau membaca Al-Qur'an, atau kesuciannya dalam menjaga diri dari maksiat dan sejenisnya. Di antaranya seperti yang disebutkan dalam hadits Al-Bukhari dan Muslim tentang kisah tiga orang yang masuk gua, tiba-tiba pintu gua tertutup oleh batu besar. Lalu mereka berdoa kepada Allah dengan menyebutkan amalan-amalan mereka yang paling diharapkan pahalanya.
Termasuk di antaranya bila seorang hamba bertawassul kepada Allah dengan kefakirannya, sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi Ayyub 'Alaihissalam:
"Inni Massaniadh-Dhurru wa Anta Arhamurrahimin."
(Sesungguhnya aku telah mengalami kesengsaraan dan Engkau adalah Yang Maha Pengasih dari segala yang pengasih..)
Atau dengan pengakuan seorang hamba terhadap kezhalimannya dan kebutuhan dirinya terhadap Allah sebagaimana diungkapkan oleh Nabi Yunus:
"Laa Ilaaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazh zhalimin."
(Tidak ada yang berhak diibadahi secara benar melainkan Engkau; Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zhalim..)
Tawassul-tawassul yang disyariatkan inipun berbeda-beda hukumnya yang satu dengan yang lainnya. Ada yang wajib, seperti tawassul dengan menyebutkan nama dan sifat Allah atau dengan tauhid. Ada juga yang disunnahkan, seperti tawassul dengan menyebutkan amal shalih.
Adapun tawassul yang dilarang dan bid'ah itu adalah:
Bertawassul kepada Allah dengan hal-hal yang tidak disukai dan tidak diridhainya, berupa ucapan, perbuatan dan keyakinan. Di antaranya tawassul dengan berdoa kepada orang-orang mati atau orang-orang yang tidak hadir, memohon keselamatan dengan perantaraan mereka, dan sejenisnya. Semua perbuatan itu adalah syirik besar yang mengeluarkan pelakunya dari Islam dan bertentangan dengan tauhid.
Berdoa kepada Allah, baik dalam bentuk doa permohonan seperti meminta sesuatu dan meminta diselamatkan dari bahaya: atau doa ibadah seperti rasa tunduk dan pasrah di hadapan Allah, kesemuanya itu tidak boleh dialamatkan kepada selain Allah. Memalingkannya dari Allah adalah syirik dalam berdoa. Allah berfirman:
"Dan Rabbmu berfirman:"Berdo'alah kepada-Ku,niscaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina…" (QS. Al-Mukmin : 60)
Allah menjelaskan dalam ayat di atas ganjaran bagi orang yang enggan berdoa kepada-Nya, bisa jadi dengan berdoa kepada selain-Nya atau dengan tidak mau berdoa kepada-Nya secara global dan rinci, karena takkbur atau sikap ujub, meski tak sampai berdoa kepada selain-Nya. Allah juga berfirman:
"Berdoalah kepada Allah dengan rasa tunduk dan suara perlahan.."
Dalam ayat ini Allah memerintahkan berdoa kepada-Nya, bukan kepada selain-Nya. Allah berfirman menceritakan ucapan Ahli Neraka:
"Demi Allah, sungguh kami dahulu (di dunia) berada dalam kesesatan yang nyata; tatkala kami menyamakan kalian dengan Rabb sekalian makhluk."
Segala bentuk penyamaan Allah dengan selain-Nya dalam ibadah dan ketaatan, maka itu adalah perbuatan syirik terhadap-Nya. Allah berfirman:
"Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sembahan-sembahan selain Allah yang tiada dapat memperkenankan (do'anya) sampai hari kiamat dan mereka lalai dari (memperhatikan) do'a mereka. " (QS. Al-Ahqaaf : 5)
"Dan barangsiapa yang menyeru sesembahan selain Allah, sesungguhnya perhitungannya di sisi Rabb-nya, sesungguhnya tidak akan beruntung orang-orang yang kafir."
Allah menganggap orang yang berdoa kepada selain-Nya, berarti telah mengambil sesembahan selain-Nya pula. Allah berfirman:
"Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari. Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruanmu; dan kalau mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu.Dan di hari kiamat mereka akan mengingkari kemusyrikanmu dan tidak ada yang dapat memberikan keterangan kepadamu sebagai yang diberikan oleh Yang Maha Mengetahui.(QS. Faatir : 13-14)
Allah menjelaskan dalam ayat ini, bahwa Dia-lah yang Maha Berkuasa dan Mampu mengurus segala sesuatu, bukan selain-Nya. Bahwasanya para sesembahan itu tidak dapat mendengar doa, apalagi untuk mengabulkan doa tersebut. Kalaupun dimisalkan mereka dapat mendengar, merekapun tidak akan mampu mengabulkannya, karena mereka tidak memiliki kemampuan untuk memberi manfaat atau memberi mudharrat, dan tidak memiliki kemampuan atas hal itu.
Sesungguhnya kaum musyrikin Arab di mana Rasulullah Shallalhu 'Alaihi Wassalam diutus, mereka menjadi orang-orang kafir karena kemusyrikan mereka dalam berdoa. Karena mereka juga berdoa kepada Allah dengan tulus ketika mendapatkan kesulitan. Kemudian mereka menjadi kafir kepada Allah di kala senang dan mendapatkan kenikmatan dengan cara berdoa kepada selain-Nya. Allah berfirman:
"Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia. Maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia adalah selalu tidak berterima kasih."
Allah juga berfirman:
"Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira karenanya, datanglah angin badai, dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahwa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan keta'atannya". (QS.Yunus : 22)
Kemusyrikan sebagian orang pada masa sekarang ini bahkan sudah melampaui kemusyrikan orang-orang terdahulu. Karena mereka memalingkan berbagai bentuk ibadah kepada selain Allah seperti doa, meminta keselamatan dan sejenisnya hingga pada saat terjepit sekalipun. Laa haula walaa quwwata illa billah. Kita memohon keselamatan dan keberuntungan kepada Allah.
Kesimpulan : untuk membantah yang dituturkan oleh teman Anda itu bahwa meminta sesuatu kepada mayyit adalah syirik. Bahkan meminta kepada orang hidup dalam batas yang hanya mampu dilakukan olehnya-pun juga termasuk syirik. Wallahu A'lam.
Islam Tanya & Jawab
Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid
Labels:
islam
Subscribe to:
Posts (Atom)

