Anekdot Kenangan Jilid 1, ditulis oleh ZRA, diterbitkan oleh Tentang Kita, diusahakan oleh Hafizul Faiz.
Waktu mula nak beli buku, Ibrahim dan Musa nampak dan kata dah beribu buku dalam rumah ni… nak beli lagi?
Heh..biarlah, saya dah dewasa, apa salahnya beli, kalau tak baca sekarang, akan baca nanti. Kalau tak baca nanti, diorg la akan baca satu hari nanti - sekadar monolog dalaman.
Ketika saya mula membaca buku ini, Ibrahim bertanya apakah maksud anekdot? Saya pun beritahu biasanya anekdot ni seingat ayah adalah lawak.. tak tahu lah kalau salah selama ni..
Bila buat carian,
"An anekdot is a short, amusing, or interesting story about a real incident or person that often contains a critique or a message wrapped in humor. While similar to humor, an anekdot is based on actual events and is used to convey a deeper meaning, such as a social commentary or a lesson, often about a famous or significant person."
Celah mana la buku ini adalah anekdot, wahai ZRA.
Kita membaca dan kita cuba mengaitkan bacaan kita dengan kehidupan dan pengalaman kita sendiri.
Kampung, basikal dan bola
ZRA cerita tentang pengalaman hidup di Kampung Sungai Lumpur, saya teringat kehidupan di Kampung Padang Balang atau Kampung Bandar Dalam.
Dia bercerita tentang basikal, maka saya dulu pun berbasikal ke sana sini dalam kampung itu.
Main bola. Saya kalau di Kuala Klawang, padang di atas … kadang hujung minggu selalu naik dengan kawan-kawan untuk main takraw.
Di Volgograd, kawan selalu ajak main bola, waktu dekat asrama, ada kawasan simen belakang hostel. Waktu duduk di kvartira, Pokwe yang selalu cari port tempat boleh main bola.
Tempat yang ingin saya lawati semula
ZRA pergi melawat kampung nak memutarkan kembali memori lalu. Kalau saya, tempat apa agaknya yang saya nak lawati semula untuk kenang masa lalu?
- Kg Padang Balang, Sentul secara keseluruhannya
- MRSM Kuala Klawang
- MRSM Jasin
- Volgograd
- Hospital Selayang
- Sarikei
- Jasin
- Kelana Jaya
Cikgu yang membekas
ZRA cerita tentang cikgu. Cikgu apa yang membekas dalam hidup saya? Cikgu Syed yang ajar BM, selalu bantu untuk persembahan sajak, cikgu yang waktu dalam kelas selalu bawakan nasihat dan pengajaran.. macam seorang ayah kepada anaknya. Cikgu Asrab Khan, cikgu bahasa Melayu juga darjah 6, Cikgu John? seorang cikgu India yang ajar Sains, cikgu Saiful dan cikgu Nordin yang ajar Matematik. Ustazah Normah. Cikgu Loke Yim Pheng yang menghina dan mempersoalkan emak ajar anak macam mana. Cikgu Zubir yang dah meninggal dunia, pernah terserempak waktu saya berdoa tadah tangan dalam hujan. Cikgu Hasran, yang masih bertegur sapa. Cikgu kat tadika. Ustazah kawan emak yang mengajar mengaji, isteri kepada cikgu Dolah.
Zoya dan Vladimir yang ajar bahasa Rusia. Hanya terfikir, cikgu yang ajar bahasa ni selalunya mendalam dia punya nasihat tentang kehidupan.
Kawan-kawan di Sentul
ZRA cerita tentang Kak Asiah yang umur 16 tahun dah kahwin. Waktu kat Kg Padang Balang dulu teringat samar2, ada kakak yang jaga kedai runcit dalam kg tu… rasa dia pun kahwin waktu sekolah menengah.
Teringat juga kawan-kawan kat Sentul dulu, siap ada kawan lima bersaudara follow pesilat legenda. Ifwat Jebat, Fikri Tuah, saya Kasturi, Azry Lekir, Adib Lekiu… selain daripada tu kita ada Fuad, Farid, Fahmi…. kalau yang non malay - ada Karan Singh, Aaron dan Janarthan, Lim, Phang Zhen Fei, Wong, Karthik.
Kakak Su dan zaman tadika
Rumah ZRA tak ada paip air. Maka saya teringat, dulu waktu kecil mak ayah ada ambil seorang kakak ni dari kampung kat Terengganu untuk jaga saya. Saya panggil Kakak Su. Pernah juga menangis kenapa waktu balik tak ikut sekali… saya memang betul2 ingat dia Kakak Sulung. Pernah pergi lawat rumah dia kat Terengganu, rumah kampung, kayu, mungkin nyamuk pun senang nak masuk sebab bahagian atas rumah memang berlubang bersambung dengan luar. Bahagian dapur ada tempayan isi air.
Dulu waktu tadika saya akan ditinggalkan dengan sepasang suami isteri dalam kampung tu untuk dijaga dengan adik saya. Ingat anaknya bernama Nazrin, abg dia Azim tak silap. Antara pesannya, kalau padam pensel, jangan tumpahkan ke lantai, kalau lepas makan, kena isi pinggan dengan air basahkan. Waktu tu kalau berak kena ke jamban kat luar rumah, masih perlu dia tolong basuhkan. Jamban kat rumah sewa Kg Padang Balang pun di luar juga.. waktu hujan memang dapat berak menghirup udara segar.
Hadiah yang mengharukan
ZRA pergi sekolah tak pakai kasut, hanya pakai selipar. Ayah buruh dekat MADA, habis kerja akan sambung bawak beca. ZRA beritahu kawan2 ayah dia dapat no 1 dekat sekolah, beberapa hari lepas tu, ayah bagi kasut sekolah - duit dia dan kawan2 kumpul untuk belikan kasut sekolah. Di sini saya menangis. Sebab pemberian tu sangat mengharukan ZRA.
Apa hadiah yang saya sangat teruja terima? Ayah ada belikan basikal waktu kecil-kecil… basikal tu lah yang saya guna untuk belajar naik basikal, bawak pergi tadika. Di awal berlatih naik basikal, basikal tu jugaklah buat saya luka terjatuh. Waktu tadika, masa turun bukit pun ada juga kejadian terjatuh yang lain, hinggakan saya kena disapu ubat oleh penduduk yang ada sekitar tempat kejadian di Kg Padang Balang itu.
Induk, maklang dan AyahChik
Antara orang yang ZRA pandang tinggi adalah bapa saudara beliau. Mengenangkan waktu kecil, saya dulu rapat juga lah dengan induk, kakak kepada ayah. Terkadang waktu ayah baran, adanya induk yang bawa pergi rumah dia, pernah melukis kat rumah dia, dia yang ajar main lastik getah ke dinding dan jatuh dalam sasaran… dan juga bawa ke Lot 10 (di saat belum begitu canggih seperti sekarang - mungkin waktu tu vibe dia adalah seperti lorong-lorong berhampiran pasar seni atau pun chowkit).
Kemudiannya induk berkahwin dengan seorang askar, dapat seorang anak lelaki yang sebaya dengan adik bongsu saya… dan suaminya pula sudah meninggal dunia sekarang ni.
Saudara-saudara lain yang agak rapat dan selalu juga habiskan masa adalah maklang paklang, di mana maklang adalah kakak juga kepada ayah. Ada anak yang lebih kurang sebaya dengan saya dan adik saya iaitu Ika. Selalu pergi ikut tengok dan hadiri sesi berubat anaknya yang katanya ada dapat ‘gangguan’.
Kalau saudara belah mak, yang sebaya adalah Madihah, anak AyahChik. Saya takkan lupa satu temuramah saya dengan AyahChik yang saya kira satu ‘masterpiece’. Saya tak pernah faham apa itu engineer. Samada ini tugasan sekolah rendah darjah 6 atau tugasan waktu MRSM, saya tak ingat - tugasan itu adalah temuramah kerjaya seseorang yang dikenali. Begitulah lebih kurang.
Maka mak cadangkan saya pergi temuramah AyahChik, maka tahulah saya dia adalah seorang civil engineer, kemudiannya miliki syarikat sendiri. Dari situ saya faham apakah skop kerja seorang engineer. Beliau jugalah orang yang jadi penjamin ketika saya nak melanjutkan pelajaran ke luar negara di bawah biasiswa MARA.. ketika saya sudah grad dan beberapa bulan lambat atau tak bayar biasiswa, MARA menghantar surat kepada beliau - dan saya pun teringat yang beliau adalah penjamin saya - dan saya tak sepatutnya membawa sebarang kerisauan kepada beliau.
Apakah, saya yang kini berusia 37 tahun, memberikan sebarang inspirasi atau impak kepada orang lain atau ahli keluarga atau saudara mara yang terdekat? Hmm…
Mengenang ayah
Ada segmen, mengenang ayah. Bagaimana dia ada cerita, latar belakang waktu kecil, diceritakan kepada ZRA hanya apabila ZRA sendiri sudah berumur 32 tahun. Itulah waktu pertama dan terakhir ayahnya bercerita kepada ZRA.
Latar belakang cerita yang lain ada juga cerita bagaimana pada umur 12 tahun, ayahnya sudah jadi yatim piatu. Datuknya dipukul di rel keretapi oleh komunis kerana disyaki talibarut ‘kempeitai’. Datuknya meninggal dunia tak lama selepas itu.
Saya hanya teringat, ayah ada cerita bagaimana kehidupan dia di kampung memang susah. Berjalan pergi balik sekolah berkaki ayam? Jauh, beberapa belas?puluh? Kilometer. Makan mesti berkongsi. Saya kira mungkin sebab itu ayah memang pantang kalau apa yang diberi kita tak makan. Hasil didikan itu saya menjadi seorang yang tak memilih bab makanan, kalau di asrama, budak lain ada yang tak makan sesetengah lauk, tapi saya memang makan je semua.
Ada budak yang ada duit boleh beli makanan kat cafe, tapi untuk saya, hanya dewan selera sahajalah makanan yang sepatutnya saya makan. Kalau ada kawan yang share makanan cafe, memang sangat-sangat bersyukur.
Kehidupan masa kecil, mencorakkan peribadi masa hadapan. Peribadi seseorang menentukan didikan dia kepada generasi yang seterusnya.
Dyslexia, kelas belakang dan privilege
ZRA seorang yang ada masalah dyslexia. Mr Teh bersungguh bantu dia untuk dapat tempat dalam kelas yang pandai, sebab ZRA pandai, cuma mengalami masalah. Melalui aktiviti baca, proses dan sampaikan semula arahan Syed Izham saudara ZRA, dia mencapai markah 10 terbaik seluruh darjah 5 walaupun dia berada dalam kelas belakang.
Ada juga cerita tentang perubahan suasana - berpindah dari kelas belakang ke kelas budak pandai menghasilkan perasaan rendah diri. Apabila bertukar sekolah sewaktu sekolah menengah - dia dulu dari sekolah lelaki sekarang ni sekolah bercampur.
Saya tak tahu teknik belajar yang betul. Dua orang pelajar melayu dapat 5A daripada 6-9 orang dari tiga buah kelas darjah 6. Dalam sebuah kelas ada lebih kurang 30-40 orang pelajar.
Privilege dan meritocracy. Form 4 form 5 MRSM pun masih ada tuition luar.
Langkah makin pendek, tangan terikat
Memanglah pernah frust menonggeng, tetapi nak struggle untuk membuktikan sesuatu kepada orang yang bukan ada dalam hidup kita pun benda yang sia-sia. Tapi bila dah berkahwin, benda tu berbeza.. Kau tak boleh mudah-mudah lari, tanggungjawab tu besar. Lepas tu pula bila anak sulung lahir, ianya membawa satu lagi aspek baru dalam kehidupan berumahtangga.
Betullah seperti nasihat bapa saudara ZRA, "Carilah isteri, dah kahwinlah. Jadi suami, langkah makin pendek. Nanti dapat anak, tangan akan terikat".
No comments:
Post a Comment