Akhirnya, maid
Hari ini saya dapat maid, satu perkara antara yang diusahakan waktu tahu wife mengandung anak kembar. Sebab dengan anak kembarnya lagi, dan ada lagi 3 orang abang kakak yang ada, takut tak dapat nak manage, dan masa akan habis untuk jaga anak sahaja, dan saya tak ada masa untuk fokus kepada mencari income.
Jadi setelah mencari, melihat apakah ejen-ejen yang ada, kita pun ada buat tapisan. Ada yang kita lihat dulu biodata. Ada juga yang kita kemudiannya melakukan interview, temu ramah, daripada maid Indonesia, kemudiannya kita beralih kepada memilih maid dari Filipina.
Banyak masa memang rasa takut ini scam, tetapi kita sudah semak latar belakang, dah buat interview, dan transfer duit pun adalah ke dalam akaun syarikat, walaupun syarikat ejen itu agak pelik, ofis dia ada di Gua Musang, Kelantan.
Jadi setelah beberapa waktu, mungkin dalam 3 ke 4 bulan daripada tarikh kita betul-betul finalize untuk ambil maid tersebut, maka hari ini hari yang ditunggu. Maid datang dihantar oleh runner dari Gua Musang. Mereka kata ada office dekat Setia Alam, tetapi disebabkan tidak ada asrama di sana, maka letak dulu di Gua Musang sebab sana ada asrama.
Ada banyak proses. Ada mula kena melalui kedutaan, ada kena melalui Imigresen sehingga sekarang. Tadi pagi pun diberitahu yang mana pasport maid itu belum diserahkan, ada dengan ejen untuk urusan dengan Putrajaya ataupun Imigresen yang masih belum selesai. Sebelum maid dibenarkan untuk bekerja pun, dia perlu menjalani ujian kesihatan oleh FOMEMA.
Kos
Jadi macam-macam perkara, dan semua itu juga datang dengan kos. Untuk maid Philippines, gaji lebih kurang 2100. Untuk maid Indonesia lebih murah rasanya, 1800. Jadi hari itu saya ada buat kalkulasi. Kalaulah maid lari dalam masa 6 bulan, maka kos sebulan adalah lebih kurang mungkin 3500, kalau tak silap saya. Tetapi kalau bertahan seperti kontrak 2 tahun ataupun 24 bulan, saya rasa mungkin gaji bulanan itu lebih kurang mungkin 2500.
Jadi sebelum ini, masa sebelum-sebelum ini pun, waktu ada anak nombor 2 atau nombor 3, ada juga terfikir untuk mengambil maid, tetapi waktu itu halangannya macam tidak selesa kalau ada orang lain dalam rumah. Mungkin kita masih boleh urus sendiri. Jadi kali ini tak dapat.
Maka setelah datang maid ini, sebenarnya agak lega, perasaan yang sama sewaktu ada confinement lady. Saya sendiri dapat lepas tangan dan fokus kepada kerja-kerja sebagai seorang remisier.
Di mana maid tinggal
Dekat mana maid duduk itu pun menjadi persoalan pada awalnya. Sebab rumah saya ini memang asalnya dijual sebagai satu tingkat, walaupun rangka dia boleh buat 2 tingkat. Memang kita buat tangga untuk utilize tingkat kedua, tingkat atas. Namun tingkat atas memang kita tak ada buat sebarang bilik, dan memang kehidupan seharian kita selalu berlaku di tingkat bawah sahaja, dan jarang kita naik ke tingkat atas.
Jadinya kebetulan saya ada mempunyai khemah. Saya merasakan adalah logik untuk maid tinggal dalam khemah di tingkat atas.
Tetapi apabila diceritakan kepada orang lain, ahli keluarga ke, mak ayah, mak bapa mertua ke, ada yang macam pelik. Ada juga yang memberikan cadangan yang lagi dahsyat: letak dekat luar rumah, di bahagian additional extension punya area, belakang dapur. Mungkin boleh buat partisyen. Masalahnya yang dekat luar itu panas kot. Bukan tak ada ruang dekat dalam rumah.
Jadinya, kita letak dulu khemah, tapi mungkin secara propernya nak beli partisyen. Itu pun tak ada pintu. Dekat atas tak ada siapa pun nak kacau dia. Seolah-olahnya, kalau ikutkan, tempat atas itu dimiliki oleh dia je, gabungan master bedroom dan juga ruang tamu. Dekat Taman Ozana Residence, dan rumah saya adalah satu tingkat, tapi rangka seperti 2 tingkat.
Ate
Jadi tibalah masa untuk perkenalkan diri masing-masing dengan anak-anak. Sebabnya adalah kita pun tidak tahu nak panggil dia apa, tetapi wife mencadangkan dan memberikan beberapa pilihan. Kita pun ada juga tanya-tanya AI, tapi saya asalnya macam pening juga. AI pun tidak bagi jawapan yang betul. Jadi cadangan wife memang bernas, dan maid itu sendiri yang prefer untuk dipanggil sebagai Ate, Ate Catherine.
Anak-anak pun perkenalkan diri juga. Sedikit sebanyak dapat membantu untuk berlatih bercakap dalam bahasa Inggeris.
Jadi saya harap kehadiran maid ini dapat membantu, dan saya serahkan kepada wife untuk atur urus. Matlamatnya adalah seolah-olahnya maid ini menggantikan saya sepenuhnya ketika waktu siang, di mana selalunya saya yang tukar pampers. Kalau tidak cukup tangan, satu bayi sudah siap menyusu tapi masih tidak tidur, saya yang kena dukung, menenangkan dan cuba menidurkan bayi, mandikan. Dalam kesempatan itu pun kena masak untuk sendiri makan, wife makan ataupun anak-anak makan. Pada waktu petang nak kena ambil anak, pergi dan balik. Jadi kita serahkan kepada wife.
Torticollis
Kadang-kadang ada benda yang memang kita tak boleh nak jangka sendiri pun. Kita pun tak sedar, dan ini berlaku sekali lagi dalam kes bayi-bayi ini, iaitu apa yang wife saya perasan untuk si abang, twin one atau twin A, asyik pandang ke sebelah kiri dan nampak seolah-olah tidak balance.
Dan ini adalah satu keadaan yang mungkin diistilahkan sebagai torticollis. Boleh jadi otot sternocleidomastoid yang sebelah kanan kontrak, dan menyebabkan dia lebih selalu menghadap ke kiri dan tidak pusing habis jika pandang ke kanan.
Jadi wife pun buat kajian demi kajian. Daripada hantar ke fisioterapi, which mungkin berkesan juga tetapi perlukan masa dan kesungguhan juga, kita sendiri pun boleh buat eksesais-eksesais yang ada. Kadang-kadang situasi macam ini pun sebenarnya pediatrician pun akan terlepas pandang.
Terhutang budi
Ini adalah antara kejadian yang terbaru. Antara kejadian sebelum ini, yang memang bukan mungkin, saya terhutang budi, adalah kesungguhan wife untuk menyuruh saya buat checkup sleep apnea dengan ENT di Hospital Jasin. Saya tak ingat, seingat saya pada waktu itu, ataupun Hospital Melaka. Dan memang rupanya saya kuat berdengkur, dan berdengkur itu menyebabkan sesak nafas, kurang stamina, selalu mengantuk. Dan dapat follow up buat sleep study. Dapat juga mesin CPAP. Namun demikian, apa yang lebih merawat adalah oral device daripada Klinik Gigi Saujana.
Cuti wife
Wife sebenarnya memang kalau boleh nak berhenti kerja, tetapi saya kata habiskan dulu cuti menjaga anak waktu melahirkan. Sumayyah memang ada cuti menjaga anak, ambil selama setahun. Kali ini ada baki lebih kurang 4 tahun.
Kita minta 4 tahun tetapi memang dinafikan. Pihak ketua unit hanya membenarkan sambungan 3 bulan sahaja. Kenapa 4 tahun? Sebab kita tak pasti sebenarnya pelan untuk berhenti kerja ini adalah pelan yang selamat, dan kita memerlukan semaksima mungkin peluang atau kesempatan. Lagipun benda ini memang ada terkandung dalam Akta pun, bukannya cuti bergaji, cuti tanpa gaji pun okey. Jadi saya rasa benda itu adalah sesuatu yang logik. Namun demikian, sektor perkhidmatan memang tak cukup orang.
Pemergian Tun Dr. Hasmah
Pada hari ini adalah pemergian Tun Dr. Hasmah. Kita ada lihat di berita. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, diampunkan segala dosa.
Dan ketika saya dan wife lihat berita di TV, saya menyebut, dan dipersetujui juga oleh wife, ada kemungkinan yang Tun Dr. M pun tidak lama, setelah sudah lama bersama dengan Tun Dr. Hasmah yang sudah pergi meninggal. Memang ada kes yang mana pasangan pun pergi tidak lama selepas itu.
Masa depan
Di sisi yang lain, dunia AI, masa kita semakin suntuk. Opus 5.5 telah pun dilancarkan, dan sekarang ini ada datang dengan keupayaan mengedit video. Jadi orang nak edit video itu menjadi lebih mudah. Programmer memang dah lingkup, editor-editor pun semakin lingkup nampaknya.
Jadi dalam keadaan tenaga kerja manusia berkurang, bagaimana kita nak mendepani masa depan ini? Bagaimana kita hendak dapatkan sumber kewangan untuk menyara hidup kita?
Kemas kini: Kiraan kos maid 2 tahun (disemak AI)
Segmen ini ditambah selepas rakaman. Kiraan dan kadar di bawah disemak oleh AI (Claude) pada 1 Oktober 2026 berdasarkan sumber awam (PERKESO, panduan levi dan PLKS 2026). Kadar kerajaan boleh berubah, jadi sahkan dengan ejen atau Imigresen.
Ejen yang saya ambil adalah GM Brothers, dengan kos pakej RM17,800. Pakej ini tidak termasuk levi dan PLKS tahun kedua. Kontrak ditetapkan 2 tahun.
| Perkara | Anggaran (RM) |
|---|---|
| Pakej ejen GM Brothers (bayar di awal) | 17,800 |
| Gaji RM2,100 × 24 bulan | 50,400 |
| PERKESO bahagian majikan (Bencana Kerja 1.25% + Keilatan 0.5%) × 24 bulan | 882 |
| Levi tahun kedua | 410 |
| Pembaharuan PLKS tahun kedua (permit RM60 + proses RM125) | 185 |
| Caj servis ejen untuk renew (anggaran) | 300 |
| FOMEMA tahun kedua (pekerja wanita) | 234 |
| Insurans hospital pekerja asing tahun kedua | 120 |
| Tiket balik ke Filipina hujung kontrak (anggaran) | 1,000 |
| Jumlah | ≈ 71,300 |
Kos sebenar sebulan: 71,300 ÷ 24 ≈ RM2,970. Tanpa gaji: ≈ 20,900 ÷ 24 ≈ RM870 sebulan. Julat bergantung pada caj ejen dan harga tiket (RM800 hingga RM1,500): lebih kurang RM70,800 hingga RM71,800.
Itu pun belum campur kalau maid tak nak ambil one day off setiap minggu. Kalau dia bekerja pada hari rehat, gaji sebulan kena tambah. Kiraan biasa: kadar harian = RM2,100 ÷ 26 ≈ RM81. Untuk 4 hari rehat sebulan, tambah lebih kurang RM323 sebulan, atau ≈ RM7,750 untuk 24 bulan. Jumlah jadi ≈ RM79,100, iaitu lebih kurang RM3,300 sebulan. Semak terma hari rehat dalam kontrak.
Tidak termasuk makan, keperluan diri, telefon, dan kenaikan gaji kalau ada. Kalau maid berhenti atau lari dalam 6 bulan, kos sebulan melonjak ke lebih kurang RM5,070 kerana kos pakej RM17,800 hanya dibahagi 6 bulan.
No comments:
Post a Comment